5 tahun kemudian…
Afina Sofia menyeka air mata yang
mengalir perlahan. Penduduk kampung beransur-ansur pulang ke rumah mereka. Termasuk
juga ahli keluarga si mati. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ, di
tanah perkuburan Islam Kuang, Rawang, Selangor.
“Selama kami bersama, dialah yang
banyak tolong saya. Saya hargai apa yang dia lakukan semasa dia hidup. Hati ni,”
jeda Arina sambil jarinya dihalakan tepat ke dada.
“Akan kekal bernyawa sampai akhir hayat saya.”
Sebuah senyuman kecil bergayut di bibir mungilnya. Dia memandang insan di
sebelah. Insan tersebut hanya kaku berdiri sambil merenung kosong ke pusara.
“Afina…”
Afina menanti dengan sabar. Kemudian
pemilik suara itu menyambung kembali.
“Saya percaya bahawa awak pernah
dengar akan pernah berlaku situasi dimana dua insan yang berkongsi organ akan
turut merasa apa yang mereka rasa, pada satu masa yang sama.” Ujar insan itu. Terlalu
lama menangis menyebabkan anak tekaknya berasa perit. Seperit berita yang
terpaksa dia telan pada hari nan syahdu ini.
“Apa yang awak cuba sampaikan?” Afina
memandang wajah tersebut. Matanya sembap. Begitu juga insan tersebut.
“Saya merayu pada awak, Cik
Afina. Agar kawal hati awak. Jangan benarkan dia menguasai fikiran awak. Jangan
biarkan dia bermaharajalela. Saya merayu. Cinta saya hanya untuk dia seorang,
meskipun dia pergi lebih awal dari kita.” Balasnya.
Afina merenungnya. Lama. Cuba untuk
menghadam satu-persatu ayat yang disampaikan oleh manusia tersebut. Dan
akhirnya mereka bertentangan mata.
“Cinta kami sangat kuat, Cik
Afina. Kasih sayang kami tak kan pernah berubah, dan tak kan pernah beralih.” Sambung
insan itu lagi. Dia memandang kembali pusara di hadapannya.
Tidak lama kemudian, Afina
tersenyum manis.
“Jangan risau, saya tetap menjadi
Afina yang sebelum ini. Tolong doakan saya.” Ujar Afina tawar.
Kemudian dia berlalu pergi. Angin
kuat pada petang itu membawanya ke
sebuah tempat yang jauh dari penglihatan manusia tadi. Dan di situ, Afina
menumpahkan segelen air mata yang ditahan. Dia menangis semahunya.
Dia menyentuh perlahan dadanya. Kesan
pembedahan masih terasa hingga sekarang. Sakit. Namun tidak sesakit kehilangan
orang yang disayangi. Dia bermonolog sendirian.
“Aku rindukan kau, Izyan. Semoga
Allah kawal hati yang kau telah dermakan pada aku. Semoga Dia merahmatimu,
Izyan. Maafkan aku jika aku tewas. Maafkan aku…”
Afina menahan sedu. Dia memandang
Adlisyah yang masih tidak berganjak dari tempatnya. Ya Tuhan, aku tidak pernah
menyangka begitu hebat percaturanMu. Kau berikanlah kekuatan padaku. Semoga apa
yang aku lalui ini dapat menjadikan aku seorang hamba yang kuat. Kuat menghadapi
ujian-ujian yang mendatang. Lindungi aku Ya Rabb, sesungguhnya Kau adalah Yang
Maha Melindungi dan Maha Mengetahui. Segalanya pasti ada hikmah.
-TAMAT-