Home Cerpen Cinta Alena
Alena
Arani Aisy
15/3/2021 14:11:30
2,051
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

“Tinittit...tinittit.”

Deringanyang ditunggu-tunggu sedari tadi tanpa sedar membuatkan bibir mungil Alenamengoyak senyum lebar. 

“Saya rindu awak”

Senyumanmanis gadis itu semakin lebar bila dia membaca isi pesanan yang diterimanyaitu.  Zafirul.  Nama itu semakin mekar dan mekar di dalamlubuk hati Alena.  Perkenalan merekabermula kerana Alena telah tersalah menghantar pesanan kepada nombor yang padafikirannya nombor teman lamanya ketika di bangku sekolah.  Langsung tidak terlintas di fikirannya perkenalanitu boleh menginjak kepada suatu hubungan yang istimewa seperti sekarang. 

Bakkata Zafirul kepada Alena, dia merupakan seorang ahli perniagaan perhotelan.  Hari-harinya begitu sibuk, langsung tidakterhirau soal peribadinya, apatah lagi untuk mencari pasangan hidup. 

“Assalamualaikum,Min.  Aku rindukan kau dah macam monyet hilanganak dah ni.  Lama tak dengar khabar kautau.  Entah apalah khabar kawan sekolahcengeng aku ni agaknya ek?  Hahahaha..”

Pesanansesat dan lucu Alena yang kononnya untuk teman lamanya inilah yang membuatkanZafirul terbuka hati untuk berteman dan belajar bersosial.  Muka Alena tak usah dicakaplah bila dia tahubahawa penerima pesanan itu bukan teman lamanya, tetapi seorang lelaki..haru!! Pesananbalas demi pesanan dari Zafirul tidak diendahkan kerana takut akan disindirsehinggalah Zafirul menyatakan hasrat untuk berkawan dengan Alena dengan ikhlasdan Alena pun terima.  Iyalah, bak katamamanya berkawanlah dengan seramai mana pun asalkan pandai membawa diri dan berpegangpada agama.  Dan kini Zafirul jugalahkekasihnya yang satu.  Kawan biar seribu,kekasih biar satu!

PesananZafirul segera dibalas.  Senyuman mekar masihtidak lekang menghiasi ruang wajah Alena. Perbualan melalui media Whatsapp Messenger itu berlarutan sehinggalahkedua-dua mereka terlelap.  Itulah rutinsetiap malam Alena sehingga dia tertidur dengan senyumnya.  Bahagia dirasakannya dengan cara sebegitu.

“Awakpercayakan saya?”, soalan itu sering kali ditanya Zafirul untuk memastikansemula perasaan sebenar Alena.  Apa yangdia perlu hanyalah kepercayaan dan kasih sayang daripada Alena.  Barangkali hidupnya yang sebatang keramembuatkan kedudukan Alena begitu istimewa dan penting dalam hidupnya.  Tambahan lagi, hubungan jarak jauh memerlukankepercayaan yang sangat kuat.

JawapanAlena, “Mestilah!”.

Zafirulmenjaganya.  Dia enggan bertemu denganAlena sehingga hubungan mereka menjadi sah. Mereka hanya bertukar beberapa keping gambar sebagai pengubat dikalarindu.  Bila tiba hari ulang tahunkelahiran, hadiah segera diposkan kepada salah seorang dari mereka.  Bila dicerita soal Zafirul kepada keluarganyadan Marina, teman baiknya, sering kali Zafirul diperolok.  Mereka tidakmempercayai hubungan yang terjalin dengan cara sebegitu.  Tetapi bagi Alena, hatinya dapat rasakeikhlasan Zafirul dari nada suaranya apabila kedengaran sesekali di hujungtelefon.  Sukar untuk dijelaskan rasayang hadir itu.  Biarlah apa orang nakkata!

 

****

 

Hariini hari ulang tahun kelahiran Alena. Tarikh 24 Mei begitu istimewa bagi Alena semenjak dia mengenaliZafirul.  Tarikh ini jugalah tarikh ulangtahun permulaan hubungan mereka.  Sungguhkebetulan, Zafirul ingin menjadikannya teman istimewa pada tarikh istimewaini.  Kini hubungan mereka sudahmenginjak setahun lamanya.  Semenjak diatamat pengajian diploma lagi.  Memandangkantempoh masa setahun itu dirasakan agak lama bagi satu-satu hubungan, Alenasenyap-senyap mengundang Zafirul ke jamuan makan sempena hari lahirnya itutanpa pengetahuan sesiapa hatta keluarganya sekalipon.  Niatnya untuk memastikan tahap keseriusanZafirul terhadapnya.  Terhadap hubunganmereka.  Lokasi rumahnya juga telahdihantar.

 Beberapa helai dress dihamparkan di ataskatil. Dia perlu tampil cantik dan ayu tetapi tak terlalu nampak keterlaluanuntuk majlis sambutan malam itu.  Diabaru sahaja bekerja, jadi apa yang ada sahajalah yang akan dipakainya.  Akhirnya, dress berwarna ungu bunga putihhalus dipilihnya.  Sehelai selendangwarna sama diacukan bersama dress itu. Dia mengangguk tanda berpuas hati dengan pilihannya itu.

Haridah semakin menginjak ke malam.  Persiapanuntuk majlis malam itu pon semakin selesai. Alena turut bersiap-siap.  Adasedikit doa selamat sempena dia dapat kerja dan tetamu yang dijemput pon takramai.  Hanya saudara-mara terdekat,beberapa rakan sekolahnya dan juga jiran sebelah-menyebelah sahaja.

Tetamumulai hadir memenuhi ruangan rumah keluarga itu.  Majlis dimulai.  Anak mata Alena asyik tertinjau-tinjau ke mukapintu.  Sekejap-sekejap skrin telefonnyadihidupkan menantikan sebarang kata dari insan yang bernama Zafirul.

Sepi.

Malamitu setelah majlis selesai, dia cuba untuk menghubungi lelaki itu.  Tiada jawapan.  Hanya suara peti simpanan sahaja yangkedengaran.  Alena mulai panaspunggung.  Mata pula enggan lelap.  Antara risau terjadi apa-apa dan rajuknyasaling berbalah difikirannya.  Sedar-sedarazan Subuh mulai kedengaran.

 

*****

            Hari berganti hari. Minggu bergantiminggu.  Bulan berganti bulan sehinggalah tahun berganti tahun, masih tiada khabar berita dari lelaki bernama Zafirulitu.  Alena pula memutuskan untukmenyibukkan dirinya untuk melupakan nama itu. Dia masih bekerja ditempat sama di hari biasa dan menyambungpelajarannya secara sambilan di universiti swasta ditempat sekitar rumahnyapada hujung minggunya pula.  Rutinsebegitu menjadi kebiasaannya sehinggalah beberapa tahun mendatang.

 

****

 

            “Ummi Haleena Hambali”

“UmmiHaleena Hambali”, sekali lagi nama dia dipanggil oleh jururawat bertugas.  Kali ini dia tewas.  Dalam keadaan tidak sihat dan tergesa-gesaitu, tanpa sedar dia terlanggar seseorang. Setelah menolong mengutip barang-barang yang jatuh kerana pelanggarantadi, dia ingin segera mendapatkan kembali jururawat yang memanggilnyatadi.  Kalut sungguh Alena rasa paginyaitu.  Tapi, sebaik sahaja dia bangunberdiri, kepalanya rasa melayang.  Duniasekitarnya seakan berputar.  Satu tanganmenghulur untuk memimpinnya ke bilik rawatan. Setelah mengucapkan terima kasih kepada si penolong, dirinya masukmembolosi pintu bilik rawatan itu.

 

****

 

            “Alena”, dia tercari-cari arah suarayang memanggilnya. Kalau sebelum ini dia ditemani oleh pengurus atau mana-manarakan sekerjanya, hari ini dia perlu berurusan sendiri untuk perbincanganprojek baru syarikatnya.  Mujur dia sudahbiasa dengan kliennya yang satu ini. Jadi tidak ada masalah baginya untuk berjanji-temu di luar.  Dia menghulurkan senyum manis tatkala melihatorang yang melambai memanggil namanya itu. Langkah diorakkan ke arah orang itu. 

            Sejujurnya dia kurang selesaberjanji-temu dalam waktu puncak sebegitu. Orang-orang bersesak-sesak untuk mengisi perut.  Lokasi perbincangan di restoran hotel inilagi menambahkan ketidakselesaan Alena. Takut dia terkenangkan kisah lama dan sekaligus kembali mengharap.  Namun, dia sedar saat ini dia harus bertindakprofesional.  Enggan diganggu fokusnyadengan kisah lampau, dia menghulur tangan untuk bersalaman dengan kliennyasebaik sahaja sampai di meja yang terletak di hujung itu.

            “Assalamualaikum, dah lama ke PuanNita tunggu ni?”, tanya Alena.

            “Waalaikumusalam, haa..Alena. Duduk,duduk.  Saya pon baru sampai.  Tak sempat panas punggung pon lagi”,selorohnya.  Alena tertawa kecil lantasmenarik keluar kerusi untuk didudukinya.

            “Kita pesan makan dululah, ya.  Kemudian, baru kita start bincang.”, Alena hanya mengangguk setuju.  Seperti yang disepakati, mereka makan setelahmakanan yang dipesan sampai barulah beralih ke tujuan utama pertemuan itu. 

Jamsudah menginjak ke pukul 2 petang. Perbincangan mereka pon sudah selesai. Puan Nita juga sudah mengemas barang-barangnya untuk pulang ke pejabat.  Alena pula perlu siapkan beberapa dokumenterlebih dahulu sebelum dia turut pulang ke pejabatnya.  Selesai semuanya, dia bingkas bangun menujuke ruang parkir hotel itu. 

 

****

 

            Langkahnya terhenti saat melihatfigura seorang gadis selang beberapa kereta darinya di ruang parkir itu.  Pantas dia menyembunyikan diri dan melihatwanita itu dari jauh.  Pandangan matanyacuba ditajamkan.   Benar itu dia, gadis yang selama ini diacari!  Mendengarkan bunyi enjindihidupkan, dia pantas masuk semula ke keretanya.  Kali ini dia harus dapatkan gadis itu.  Perlahan dia ikuti kereta gadis itu membelahjalan.  Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.  Nekadnya!

 

****

 

             “Helo, assalamualaikum mak. Kenapa tu?”, telefon yang berdering sedari tadi meminta diangkatternyata daripada maknya.  Jarang emaknyamembuat panggilan ketika jam bekerjanya. Mod pemanduan dipasang untuk menjawab panggilan itu.

            “Okey, mak. Lina balik sekarang,ya”, entah ada apalah yang jadi di rumah sehingga emaknya mendesaknya untukbalik.  Harap-harap tiada apa yang burukberlaku.  Stereng kereta segera dipusinguntuk menuju ke rumah.  Sampai sahaja disimpang dengan lampu merah, dia telefon pengurusnya pula untuk memberitahubahawa dia tidak dapat masuk ke pejabat.

            Sesampai sahaja di persimpanganrumahnya, terdapat beberapa kereta yang tidak dikenalinya di halaman.  Alena cuak. ‘Allahu..ada apa ni?’  Cepat-cepatlangkah dibuka untuk masuk ke dalam rumahnya. Semua mata kini tertumpu kepadanya apabila tiba sahaja Alena di mukapintu dan memberi salam.  Tergamamseketika dia disitu.  Dia cuma tersedarbila lengannya ditarik lembut oleh maknya untuk masuk dan duduk.

            “Ada apa ni, mak?”, soal Alena yangmasih tak hilang gamamnya.  Satu-satuwajah orang dihadapan diteleknya.  Tiadaseorang pon yang dikenalinya.   

            “Macam ni Alena, kedatangan kami nisebenarnya nak tanya sama ada Alena ni dah berpunya ke belom?  Kalau belom anak mak cik ni berkenankan kamu”,salah seorang wanita dikalangan tamu didepan matanya memulakan bicara.  Melihatkan Alena yang masih tergamam, maknyasenggol lengannya perlahan bagi menyedarkan kebingungannya itu.

            “Ini ada kami bawakkan cincinsebagai tanda merisik kami.  Itupon kalaukamu terima maksud kedatangan makcik sekeluarga ni.  Jadi, kamu macam mana?”, tanya wanita itulagi.

            “Macam ini mak cik, saya masihterkejut lagi sebenarnya.  Tapi bolehsaya tahu, siapa anak mak cik?  Sayakenal ke?  Dia kenal saya ke?”, tanyaAlena untuk kepastiannya dengan penuh hati-hati agar tidak menyinggung perasaanmana-mana pihak.

            “Atau kamu nak kenal-kenal duludengan anak mak cik?”, lagi bertambah bingung Alena dibuatnya.  Semua mata tertumpu padanya menantikanjawapan saat itu.  

            “Saya memang tak ada teman istimewabuat masa ni. Tapi saya rasa, elok saya berkenalan dulu hati budi anak mak ciksebelum kita nak bincang lebih lanjut pasal hal ini, boleh mak cik?”.

            “Boleh, nak.  Nanti makcik sampaikan pada anak makcik,ya.  Kata putus pon dah ada, jadi buatmasa ni kalau tak ada apa kami pon nak minta diri dululah ya.  Habibah, Hambali, terima kasihlah terimakedatangan kami yang mengejut ni”, Alena hanya mengangguk dan tersenyum.  Dia pandang satu-satu wajah seantero ahlirombongan tersebut. Sungguh tiada yang dikenalinya walau seorang pon.

            “Kami tak keberatan pon puan.  Kami pon akan bincang nanti anak-beranakpasal hal ni”, mak Alena pula membalas.

            Hilang saja mereka dari pandangan,mak Alena kerling ke arah kad nama yang diberikan.  Melihatkan sebaris nama yang tertera didalamkad tersebut, keningnya terangkat. Mungkinkah...Wajah Haleena pula dipandang lalu disuakan sekeping kadnama itu.   Melihatkan saja isi kadtersebut, giliran Alena sendiri pula terkejut.

 

****

 

            Jantungnya dirasakan seperti mahuberhenti berdegup sebaik sahaja melihat insan dihadapannya.  Kaki pula seakan terkunci enggan meneruskanlangkah.  Sebaik sahaja melihat antarasatu sama lain,  masing-masing tergamam. 

            “Alena...”

Alena hanyamengemamkan bibir bila namanya diseru. Entah kenapa pertemuan semula dengan insan yang selama inidirindui...terasa sakit sekali.

            “Alena..”, sekali lagi namanyadiseru.  Langkah insan dihadapannyasemakin hampir dengannya.  Ternyata,sebaris nama yang ada pada kad nama tempoh hari memang kepunyaan seorangZafirul yang pernah disayangi dan dirindui beberapa tahun lalu.  Selangkah Zafirul melangkah mendekati Alena,selangkah dia berundur.  Banyak persoalandalam mindanya saat itu.  Dalam dirinyaseolah berperang sendiri.  Dalam berperangdengan diri sendiri, akhirnya dalam tak sedar dia telah berpaling dan lari darisituasi yang serba keliru itu.  Tidakdipedulikan pandangan orang sekeliling yang sedang menjamu selera di restoranitu.

****

 

            Langit cerah malam itu menggamitsuasana pasangan yang baru berkahwin itu. Bintang-bintang pula bertaburan terang di langit umpama merestuipenyatuan dua hati itu.  Penat lelahseharian melayan tetamu majlis kian hilang ketika mereka bersama-sama menikmatikeindahan malam. 

“Abang..”

“Ya, sayang”.

“Terima kasihsebab jaga hubungan kita”

“Abang mintamaaf ya sebab pernah tinggalkan sayang dulu. Tanpa khabar berita”

“Ada hikmahnyasemua tu, kan.  Abang janganlah rasabersalah.  Sayang pon belom sedia lagikalau abang ajak sayang kahwin dulu”

“Abangkalau boleh nak jaga sayang.  Tak naksayang sakit.  Masa abang pimpin sayangmasuk bilik rawatan haritu, terdetik kat hati abang ni untuk jaga sayang.  Abang terfikir mungkin salah satu sebabsayang sakit haritu sebab abang.”

“Jadi,masa kat hospital haritu, abang ke yang pimpin sayang?”

“Ya.  Kebetulan abang hantar ibu untuk check-up kathospital tu.  Mula-mula pon abang takperasan tu sayang.  Niat abang nak tolongje.  Bila sayang cakap terima kasihsebelum masuk bilik rawatan tu baru abang perasan tu sayang.  Kebetulan ibu pon nampak sayang masa tu.  Dia baru keluar dari bilik rawatan.”

“Ingatlagi abang kat sayang rupanya ya”

“Mestilah.  Key chain yang sayang pasang kat beg masa tu,abang yang bagi.  Abang tahu tu sayang”,Alena tersenyum.  Pantas dia berpaut padalengan suaminya aka Zafirul. Kekasihnya yang pertama dan terakhir.  Dunia dan akhiratnya kini.

“Tapi,mana abang tau rumah sayang ya?”

“Laa...kansayang pernah bagi abang location rumah dulu. Ingat tak?”

“Tapi,macam mana abang tahu sayang masih duduk rumah tu?  Entah-entah orang lain ke..terus datangmeminang macam tu”, Zafirul terkemam-kemam mulutnya menahan gelak.

“Sebenarnya,abang dah berapa kali jadi spy.  Abang pernah ikut kereta sayang sampai tempatkerja sayang.  Jadi, abang tahu lah rumahsayang.  Tempat kerja sayang.  Itu yang abang berani mintak ibu hantarrombongan”

“Pernahtak abang lupakan sayang?”

“Pernahlupa sayang tak?  Tak tahulah nak cakapmacam mana.  Masa abang koma sebab accident dulu tu..hampir setahun jugakrasanya, abang selalu dengar suara sayang. Sayang mintak abang bangun.”

“Syukurabang sedar semula”, senyuman masih tak lekang dibibir mungil seorangAlena.  Sungguh bahagia dirasakan saatitu.

“Alenafikir apa masa abang tak dapat datang rumah sayang masa majlis ulang tahunkelahiran sayang dulu sampailah kita jumpa balik ni?”

“Hmm..bercampur-adukperasaan sayang masa tu.  Risau apa-apajadi kat abang, dalam masa yang sama merajuk, marah, geram.  Sayang cuba husnudzon.  Sudahnya, banyak sangat fikir..tiba-tiba dahmasuk waktu Subuh dah masa tu.”

“Masakat restoran haritu, kenapa sayang lari?”

“Masatu sayang rasa terlalu sakit.  Tak tahunak gambarkan perasaan sayang masa itu. Tak terluah rasanya.  Sesak dadatak usah cakaplah.  Sayang tak nak orangsekeliling tengok sayang menangis-nangis. Jadi, sayang cepat-cepat lari dari situasi tu.  Sayang minta maaf ya abang”

“Then,apa yang buat sayang terima abang?  Abangterkejut bila sayang mesej abang yang sayang terima lamaran abang.”

“Sayangbalik rumah, tenangkan diri.  Bilafikiran tenang baru boleh fikir dengan jernih. Sayang fikir masak-masak.  Tanyapendapat mak.  Solat istikharah.  Semua jawapan menuju kepada abang.  Tak ada sebab untuk sayang tolak jodoh yangdah datang, kan”

“Alhamdulillah,abang bersyukur sangat semuanya dipermudahkan. Terima kasih sayang sebab terima abang ni.  Dah larut malam ni, jomlah kita masuk duluya”

“Okey,abang”

 

****

            Kadang-kadang Allah sembunyikanmatahari untuk kita lihat cantiknya pelangi setelah hujan.  Begitu juga hidup kita.  Jangan mudah mengalah dengan hidup, walaupunkita seakan hampir lemas.  Bahagia ituuntuk semua dan pasti ada untuk kita juga.

  

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Arani Aisy