Home Cerpen Cinta Kerana Percaya
Kerana Percaya
ARIZZAN
24/6/2018 20:04:09
4,214
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

 Rumah ini sudah berubah. Ia tidakpernah senyap. Ia sering dihiasa gelak tawa yang meriuhkan suasana. Namun kini,semuanya berubah. Rumah aku ibarat gua yang gelita dan sunyi. Aku hilangsemuanya. Segalanya. Kebahagiaan yang aku gengam selama ini hilang dalamsekelip mata. Linangan air mata tidak henti membanjiri cadah bantalku. Akumenyesal.

 

“ ibu, leya nak ini! “

 

Aku pernah bahagia. Sangat bahagia.Aku dikurniakan anak dan suami yang sangat memahami dan indah. Keluarga kecilaku tidak pernah terpisah dengan senyuman dan tawaan. Namun, aku terpengaruh.Aku lalai dan abaikan kepercayaan suami dan maruah sendiri.

 

Matahari memerah bahangnya,menimbulkan titik-titik peluh kepada kami manusia. Aku hanya mengeluh kepanasantidak henti. Gedung Clementii sungguh penuh diisi insan-insan yang sedang sibukmencari persiapan raya, sama seperti aku dan anakku.

 

“ Hanis Fathira?”.

 

Tiba-tiba bahuku disentuh sambildiiringi suara yang pernah aku dengar. Siapa? Aku pun menoleh ke belakang danmenyedari bahawa ia adalah kawan sekolah aku. Sufyan Sa’lihin. Seorang lelakiyang sering menjadi kegilaan ramai, termasuk aku. Kami pun terus menyambungperbualan kami kerana sudah bertahun tidak jumpa dan menukar nombor telefon.

 

Sejak hari itu, aku sering meluangkanmasa aku di rumahnya. Aku lupa tentang suami aku yang sering kerja luarkawasan. Pada mulanya, kami hanya berbual kosong. Anak-anak kami pun sudahmenjadi rapat dek sering berjumpa. Isterinya, Yani Suraya juga sudah ibaratkawan rapat aku.

 

Namun, semakin masa laju mengejartahun baru, rasa cinta mula pupuk dalam sanubari kecilku. Aku meluangkan banyakmasaku dengan telefon, gelak bersama kekasih gelapku, bukan suamiku. Perasaanmenguasai mindaku. Aku terpelesot mencurangi lelaki yang setia denganku. Akumula melakukan perkara yang tidak sepatutnya aku lakukan sebagai isteri,sebagai manusia.

 

“ I cinta u, Yan “

 

Tiba-tiba, pintu kamar aku yangditutup rapat dibuka laju. Aku panik. Aku sangkakan tiada siapa di rumah. Anakaku sudah dihantar ke sekolah. Suami aku ...

 

“ Sampai hati awak mengkhianati cintakita, sayang. Abang percayakan awak. Abang kerja cari rezeki, awak layan nafsuawak. Kau keluar! “ jerit suami aku sambil jarinya menunjuk ke arah pintu ,menghalau kekasih gelapku.

 

Puas aku merayu, memohon kemaafan namunibarat membuang garam ke laut. Suamiku hanya memekakkan telinganya. Kekecewaanjelas terpapar pada wajahnya yang sempurna. Aku bebal mencuranginya. Dia satudalam seribu. Aku menyesal mencurangi suamiku hanya kerana seorang wanita yangmampu memuaskan nafsu aku, Yani Suraya. Aku lalai akan tanggungjawab akusebagai seorang manusia yang sedar akan dosa. Aku bebal. Aku menyesal.

 

Kini, aku sendiri. Hanya ditemanibayangan suami dan anak.

 

“ Nis, mari kita balik “, ibukumenyuara.

“ Nis tidak mahu balik. Ini rumah Nis.Nis tidak mahu tumpang di rumah orang gila lagi. Nis tak gila!”

 



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ARIZZAN