Home Cerpen Cinta INEFFABLE
INEFFABLE
Lee
5/10/2021 18:53:41
2,621
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

2011.

Awal pagi dia sudah naik ke kelas sebelum perhimpunan pagi. Dari jauh sudah nampak 5 Erudite diterangi lampu. Saat kaki mahu melangkah masuk, dia dihalang ketua kelas.

"Apa Dafi? Aku nak masuk ni."

Dafi pandang muka Sera tanpa ada perasaan. Kemudian diberi laluan buat Sera. "Nanti tutup lampu balik tau." pesannya seraya pergi.

--

"Oit, kau dah siap kerja semalam?"

Angguk.

"aku nak."

Sera pandang budak sebelahnya. Fahamlah Dafi yang Fahmie pun tengah buat kerja yang tak siap tu.

--

2011 dan 2016. Tak banyak sangat berubah. Atau mungkin banyak?

Lima tahun. Cukup untuk mematangkan mereka semua.

--

Walaupun sudah lima tahun berlalu, ada yang masih berhubung. Misalnya Sera. Dia masih lagi berhubung dengan classmatenya walaupun tak semua orang hm.

Antara salah satunya si Dafi ni. Eleh. Dia masih berhubung pun sebab mat sekoq tu jiran dia. Cuma selang beberapa rumah buah saja. Cuma sejak si Dafi pindah KL, Sera jarang lihat lelaki itu di sini.

Aplikasi Whatsapp dibuka. Saja dia menegur ex-classmate bertanya khabar. Alang alang cuti sem ni. Kalau ada, adalah rezeki.

Kejap! Cuti sem? Ye la weh.. Dia kan baru habis sem pertama untuk Degree. Apalah.

Sera : Dafi.. Sibuk?

Kebetulan sungguh lelaki itu online.

Dafi : Tak. Aku freeeeeeee

Sera : Kau tak balik Joho ke?

Dafi : Aku kat Joho ah ni. Tengah kemas rumah. Dah nak pindah.

Sera gigit bibir. Lupa yang keluarga Dafi sudah menjual rumah itu.

Sera : Aku baru nak gembira, kau cakap nak pindah dah hm. Spoil ah kau ni! Bila balik KL ni 😌

Dafi is typing...

Dafi : Nanti jumpa la bila bila.

Dafi : Mana lah tahu kalau jodoh setiap hari kau leh hadap muka aku 😂

Dafi : Rabu

Sera ketawa berdekak bila baca pesanan itu. Serius dia rasa terhibur. Jarang gila kalau nak tengok Dafi kelakar begini. Selalunya serius manjang!

Sera : HAHAHAHAHAHA ya Tuhan...... Kawan aku aku 😂😂😂😂😂😂

--

"Kalaulah jodoh, aku hensem kau lawa anak anak kita hensem takpun lawa. Umph tip top!" kata Dafi sambil tersenyum bangga.

Sera jeling menyampah. Gila menyampah dengan. Mamat sekoq ni. "Kau boleh blah dari hidup tak?!"

"lek lek. Jangan emo emo. Ke kau emo sebab takut jatuh hati dengan aku ni?"

Buntang mata Sera bila Dafi berkata begitu. Slurpee yang diminumnya mula rasa payau.

Dia senyum sinis. "Tak ada maknanya okay aku akan jatuh hati."

Dafi pandang sinis. Haih awatlah depa nak mood nak sinis ni. Karang aku sekeh dedua baru tahu!

"Esok ada?"

"Entah."

"oh busy em tak apalah. Baru nak ajak lepak huhu"

"tapi aku kata entah. Kau ni faham bahasa tak?"

Langkah Sera terhenti. Dibiarkan saja lelaki itu meneruskan jalan tanpa beriringan dengannya. Statement yang agak kejam. Sudahnya Sera bawa diri ke mph. Lantak ah. Okay agak kebudak budakan untuk merajuk macam ni. Tapi peduli apa dia.

Buku Fixi berjudul Kamera dibelek. Nak beli ke tak? Haih lama beno dia tak membaca fixi ni. Beli bukan kemain banyak! Nak membaca tu macam takde masa. Sibuk dengan assigment lah itu lah inilah.

"Jom ah balik." suara Dafi mengacau suasana. Sera buat tak tahu. Buku Kamera diletak kembali di rak.

"Kau balik ah dulu. Aku nak lepak sini lagi. Nak makan lagi. Nak tengok wayang lagi. Apa lagi em.."

Dafi tunjuk plastik KFC. "ni makanan kau. Nak lepak? Tak payah. Dah nak asar ni cik kak. Tengok wayang? Bila kita dah kahwin nanti aku bawak kau. "

"Kau ni pahal?! Nak cari gaduh apa dengan aku?!"

"Sera Amalyn. Aku janji dengan bapak kau aku akan hantar sebelum enam. One more thing, I don't want to argue with you."

"kay."

--

Waktu yang sangat tegang. Ayah, mama, along dan alang semuanya senyap. Dari waktu makan sampailah sekarang.

"Someone died today?" soal Sera bersahaja.

Alang bagi renungan tajam buat Sera. "What? Sera cuma tanya je kan. "

"Ayah?"

Encik Syaihan pandang Sera. "Someone proposed you."

--

Sera : WE NEED TO TALK. TAMAN BELAKANG RUMAH.

Dia cuma seen saja.

--

Datang datang saja, Sera sudah melepaskan beberapa das tumbukan pada dada bidang Dafi. Emosinya benar benar kacau.

"Kau pahal suruh parents kau jumpa aku?! Aku tak mintak pun lah!"

Dafi senyap.

"Kau tak payah nak hina aku. Aku tahulah kau ni hot stuff. Aku ni muka tak lawa. Kau... Kau tak ada hak."

Terduduk Sera menangis mengenangkan keluarganya bersetuju. Semuanya sebab lelaki tak guna macam Dafi! Memandai cakap yang mereka bercinta dah lama. Cinta kepala hotak dia! Nak tolak tak boleh sebab majlisnya hujung minggu ni.

"Kau jahat."

"Aku minta maaf Sera."

--

Kau rasa dorang kahwin ke?

--

Hari Graduasi bagi penuntut Fakulti Perundangan, UUM. Dua tahun pulun untuk semuanya. Hardwork gonna pay off.

"Kau Ser, buat apa lepas ni?"

"Aku... Sambung kerja kat Firma yang aku aku prak hari tu. "

"Ser, ada orang cari kau."

"siapa?"

"dia kat luar dewan tadi."

--

"Tahniah." tuturnya seraya hulur sejambak bunga.

Sera?

"Kau nak apa datang?"

Dafi senyap. "It's my wife's graduation day. How can I miss this event, Sera."

"pergilah kat bini kau. Buat apa cari aku?"

"tapi bini aku yang datang kat aku." perli Dafi.

"baik sikit ayat kau. Aku ni bukan bini kau."

"sudahlah Sera. Haih muaknya aku dengan drama kau yang tak habis habis ni"

"Aku tak balik kang baru tahu kau. Menyampah konon. Padahal rindu aku. Macam aku tak tahu perangai kau."

--

TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lee