Home Cerpen Cinta Saat Takdir Mengubah Kehidupan (Sambungan CERPEN: Anugerah Cinta Hanani)
Saat Takdir Mengubah Kehidupan (Sambungan CERPEN: Anugerah Cinta Hanani)
Ikmal Hakimi
2/7/2016 03:56:00
3,601
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta
“Abang...Kalau sayang jadi bunga, abang nak jadi apa ya?" tanya Hana. Hmmm...Anas berfikir. Sambil kepala Hana duduk dalam dakapan Anas, Hana menunggu jawapan.

“Kalau sayang jadi bunga, abang jadi...."

“Jadi?" Hana tertunggu-tunggu jawapan Anas. Kalau ditengok, memang romantik sungguh kelakuan mereka berdua selepas bergelar pasangan suami isteri.

“Of course la abang nak jadi manusia. Tak nak la jadi benda lain. Allah dah cipta abang jadi manusia. Abang bersyukur sangat" sempat lagi Anas bergurau dengan isterinya.

Hana mencebikkan bibir. Serta merta dia mengeluarkan kepalanya dari dakapan suaminya. Hana mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia menarik muka.

“Abang ni, saya tanya betul-betul, abang jawab main-main. Tak nak kawan la macam ni" Hana menyilangkan tangan.

Anas tersenyum mengekek. 

“Hahahah...Sayang ni la. Kuat merajuk betul. Abang bergurau aje la. Takkan la yang tu pun tak boleh" Anas cuba memujuk dengan memeluk Hana dari belakang. Itu sahaja sudah cukup untuk mengubat hati Hana yang merajuk.

Tetapi, Hana cuba buat-buat lagi merajuk. Ingin dilihat reaksi suaminya itu. “Sayang tak suka abang la. Abang jahat. Sampai hati abang jawab macam tu" sengaja Hana menjawab sedemikian. Dia sempat tersenyum sinis dengan lakonan yang tak berapa nak menjadi.

“Kalau sayang tak suka, abang boleh pergi dari sini. Ye lah, siapalah yang nak sayang abang kan?" Anas juga telah bersedia dengan plan pura-pura. Dia juga mencebikkan bibir. Meniru perbuatan Hana.

Hana curi-curi pandang wajah Anas dan rasa bersalah. Lebih sangatkah apa yang dia cakap sampai terguris hati Anas, suaminya?
Hana terus memegang tangan Anas. 

“Abang...Abang marahkan sayang ke? Sayang minta maaf bang. Sayang nak jugak bergurau dengan abang" rayu Hana. Tetapi, Anas tidak menjawab sepatah pun. Matanya hanya tertumpu pada kaca televisyen.

“Abang..." tegur Hana dengan nada perlahan dan kesal.

“Sudah la sayang. Siapalah nak kawan dengan abang kan? Biarlah abang berseorangan dan hanyut dalam dunia sendiri. Siapalah yang sayang abang?" Anas cuba membuat ayat pasrah. Sekali-sekala Anas hampir ketawa.

Muka Hana sudah mengalirkan sedikit air mata. Lantas dia memeluk suaminya itu dengan erat. “Sayang cinta abang. Hana sayang abang. Abang janganlah tinggalkan sayang ye?" pinta Hana sambil memejamkan mata. Tak dapat dirasakan betapa sakitnya jika dia berpisah dengan Anas.

Anas tersenyum sinis. Dia mengusap-usap lembut kepala isterinya itu. Haisy...Ada sahaja perlakuan romantik antara pasangan yang baru berkahwin ini. Walaupun di atas sofa sahaja...masih lagi romantik tahap kritikal.
Anas masih lagi mengusap lembut kepala Hana.

“Abang takkan tinggalkan Hana. Hana kan isteri abang? Mestilah abang sayang Hana juga" luah Anas. Si suami sudah kalah dengan kelakuan isteri yang memujuk rayu.

Tiada sahutan daripada Hana. Sedangkan tadi, baru sahaja Hana minta ampun dan rayu daripada Anas. Anas yang dari tadi mengusap kepala Hana terus hairan.

Perlahan-lahan Anas mengalihkan wajah Hana yang tidak berapa jelas tertunduk ke bawah.

“Laaa..tidur dah rupanya. Hmmm..mesti dia penat lepas balik kerja" Anas tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Segera dia mengangkat tubuh badan isterinya itu dan menuju ke bilik yang berada di tingkat atas.
Anas meletakkan Hana di atas katil dengan cermat. Dia menyelimutkan Hana. Sempat juga dia menatap wajah isterinya yang bagaikan bidadari itu.

“Sayang selalu cantik dan ayu" getus hati Anas sambil menyelak rambut Hana yang menutup wajah.

“Thanks for your love my dear wife. Abang sentiasa sayang Hana. Good Night" ucap Anas dalam keadaan berbisik. Dia mengucup lembut dahi Hana dan meninggalkan Hana di dalam bilik.
.....

Tugas Anas sebagai seorang bodyguard sudah lama ditinggalkan. Sejak berstatus suami kepada Hana, dia terus memohon untuk bekerja di Hanani Incorporation yang juga syarikat milik Hana.

Alhamdulillah, rezeki menyebelahi Anas apabila dia mendapat jawatan yang tidak sesekali disangka. Jawatan sebagai Pengarah Korporat Dan Perhubungan Awam sudah terlajak cukup buat Anas. Asalkan ada rezeki untuk diberi dan menanggung isterinya.

“Macam mana rupa abang hari ni? Handsome 
macam selalu tak?" tanya Anas kepada isterinya selepas dia memakai persalinan yang lengkap untuk ke tempat kerja.

Hana tersenyum ringkas. Dia mendekati tubuh Anas dan memperbetulkan tali lehernya. 

“Mestilah. Suami sayang kan memang handsome. Hana macam mana? Cantik tak harini?" soal Hana pula.

Anas juga mengukirkan senyuman yang manis. “Of course. Secantik-cantik sayang ni, kalah Erra Fazira" sempat Anas bergurau. Hana ketawa kecil sambil mencubit lembut lengan Anas. Anas mengaduh manja.

“Dah. Jom kita pergi kerja cepat. Karang nanti lambat pula" suruh Hana.

“Tak apalah. Sayang kan bos abang. Kita pergi sama-sama"

“Eh eh eh! Bila kita berdua diluar dari pejabat, kita ialah pasangan suami isteri. Tapi, bila di dalam syarikat, kita ialah suami isteri dan juga rakan sekerja. Ada faham?" tutur Hana menerangkan kepada Anas.

Anas menabik Hana. “Faham bos" ada sahaja gelagat yang cuba ditunjukkan Anas. Sebagai seorang yang happy-go-lucky, Anas memang bijak membuatkan hati Hana geli.

Hana berada di kereta. Belum sempat dia hendak membuka pintu kereta, Anas sudah membuka untuknya.

“Masuk bos. Cantik bos harini" puji Anas yang berlakon persis seorang PA.

Hana melihat Anas dan hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil wajahnya mengukirkan senyuman. “Haisy...Ada sahaja lah kelakuan suamiku ini. Kadang-kadang, macam comel pun ada" getus hati kecil Hana.
.....

Hari ini, mesyuarat untuk menyambut staf baharu sedang diadakan. Setiap staf memperkenalkan diri masing-masing.

“Baiklah. Saya sebagai CEO Hanani Incorporation berharap bahawa syarikat ini lebih maju di masa hadapan dengan adanya kerjasama daripada staf-staf baharu ini. Terima kasih. Boleh bersurai" suara Hana memenuhi dewan mesyuarat. Anas juga mendengar dengan teliti sambil dia kagum dengan kebolehan isterinya itu.

Selepas bersurai, semua staf syarikat kembali membuat kerja masing-masing.

Anas masuk ke pejabatnya dan mendapati seorang wanita sedang duduk di sofa menunggu. Wanita itu bingkas bangun dan menunduk hormat.

“Minta maaf ye. Awak siapa?" soal Anas yang agak hairan.

Sejurus selepas itu, Puan Asyikin pun masuk dan memaklumkan bahawa wanita itu adalah salah seorang staf baharu dan dia akan menjadi PA kepada Anas.

Muka Anas berkerut semahu-mahunya apabila menatap wajah perempuan itu. What? Betulkah dia?

“Eh! Awak ni.....Batrisya kan?" tanya Anas tiba-tiba membuatkan wanita itu terkejut.

“Ye Encik Anas. Saya Nurul Batrisya Binti Wahab. Tapi, macam mana Encik boleh kenal saya?" soal Batrisya pula. Masing-masing mengajukan soalan.

“Betullah awak Batrisya. Sekolah Menengah Permata, Kuala Lumpur. Kelas 5 Berlian"

“Encik Anas tahu semua ni dari mana? M..macam mana Encik Anas tahu semua ni? Siapa sebenarnya Encik Anas?" tergagap-gagap Batrisya bertanya. Anas masih lagi tidak percaya.

Batrisya mengerutkan dahi. Menunggu jawapan daripada mulut Anas.

“Batrisya, takkan la awak tak kenal budak nakal di kelas tu. Nama budak tu awak panggil Din" terang Anas.

Batrisya berfikir setakat yang termampu. Memang betul ada seorang budak lelaki yang aku panggil namanya Din. Tetapi, apa kena mengena budak tu dengan dia?

“Yes, memang ada. Tapi kenapa?" Batrisya masih lagi pelik dan tidak tahu menahu.

Anas tersenyum. “Sayalah Din tu. Ingat tak kita berkawan rapat dulu” jelas Anas selamba.
Batrisya ketawa kecil.

“Hahaha...Encik Anas ni jangan nak tipu la. Saya tahu Encik Anas ni main-main dengan saya kan?" Batrisya memang tidak percaya akan kata-kata Anas.

Anas mencebikkan bibir. Susah betul nak bagi orang percaya cakap kita. “Betul, awak tengok la parut di dahi saya ni" kata Anas sambil menunjukkan parut lama akibat terkena ranting.

“Haa. Betullah awak Anas. Ya Allah! Tak sangka dapat jumpa awak lagi" barulah Batrisya percaya setelah melihat parut itu.
.....

Pada waktu lunch, Anas membawa Batrisya ke sebuah kafe kecil berdekatan dengan Hanani Incorporation. Di situ, mereka berdua rancak berbual tentang diri masing-masing.

“Kau ni Batrisya, dah makin cantik je. Macam mana kau boleh dapat tawaran untuk jadi PA aku ni?" tanya Anas yang juga tidak menyangka dengan pertemuan dia dan Batrisya.

Batrisya tersenyum manis. Pipinya sudah menjadi merah. Tak sangka kan, dapat jumpa dengan classmate sekolah menengah.

“Kau pun apa kurangnya, handsome. Kerja pun besar" puji Batrisya pula.

“Ye ke aku handsome? Hmmm...patutlah ramai perempuan suka dekat aku kan?"

“Eeee...Tolonglah. Perasan betul dia ni" Batrisya tersenyum lalu mencebikkan bibir.

Tiba-tiba, Hana turun dari pejabat dan datang ke kafe yang sama. Dia ternampak Anas dan Batrisya sedang berbual mesra. Hana agak hairan kerana dia tidak lagi berjumpa dengan Batrisya.

Hana berjalan ke arah mereka berdua.

“Hai Encik Anas. Rancak berbual. Tak nak kenalkan saya ke siapa kawan awak ni?" tegur Hana mesra. Anas dan Batrisya tersentak.
Batrisya bangun dan bersalam dengan Hana.

“Minta maaf Puan Hana. Saya PA untuk Encik Anas, Nurul Batrisya Binti Wahab. Gembira dapat bekerja dengan Puan Hana, CEO terlajak popular dekat KL ni" puji Batrisya juga.

Hana pun apa lagi, bukan main kembang kempis hidung. Senyum sudah sampai ke telinga. Bukan main terkesan dengan pujian staf baru.

“Oh ya! Batrisya, ini isteri saya, Nur Hanani. Kitorang baru sahaja kahwin dalam 5 ke 6 bulan lepas" Anas menyampuk. Batrisya tampak terkejut. Hana hanya senyum.

“Ooo..Maknanya kita ada sweet couple la kan dalam pejabat Puan Hana. Hahaha...Jangan ambil hati ye Puan Hana, saya bergurau" cakap Batrisya.

Hana dan Anas ketawa kecil.

“Tak pa. Kalau diluar pejabat, kita tak payah formal sangat pun tak apa. Saya lebih suka dengan keselesaan masing-masing" terang Hana kepada Batrisya.

Batrisya tersenyum dan mengangguk tanda faham. Anas juga mengukirkan sekilas senyuman. Lega hatinya kerana Hana dan Batrisya dapat berkenalan.

Haraplah mereka boleh jadi kawan yang lebih rapat.

“Eh! Puan Hana tak nak join kami sekali ke? Jomlah. Your hubby nak belanja" Anas senyum mengejek. Mulalah dia buat-buat mnja depan Hana. Hana tersenyum malu dan berlagak cool. Padahal hati sudah terkunci dengan perangai suami yang sedemikian.

“Tak apalah. Korang lunch la together. Saya perlu meet up client untuk projek baru kita. Bye. Assalamualaikum" cepat-cepat Hana berlalu pergi dari situ meninggalkan Batrisya dan Anas.

Batrisya hanya tersenyum. Namun, hatinya masih tertanya-tanya. Adakah kecewa hadir dalam dirinya saat dia mendengar teman rapat lama sudah berpunya? Kalau tidak, mengapa dadanya berasa terlalu perit dan sakit?

Batrisya dan Anas menyambung kembali perbualan mereka sehingga satu soalan membuat keadaaan yang ceria bertukar sepi.

“Batrisya...awak ingat tak zaman cinta kita dulu? Masih ingat tak yang kita biasa berhubungan sehinggalah kita bawa haluan masing-masing" soal Anas tiba-tiba mengungkit perkara lama.

Batrisya hanya diam dan tunduk. Adakah aku perlu jawab tentang soalan itu? Sudah penat aku cuba melupakan Anas yang bertakhta di hati sejak zaman persekolahan lagi.

“Entahlah Anas. Saya nak bagitahu apa pun tak mampu. Bohonglah kalau saya cakap tak ingat tentang memori cinta untuk 4 tahun" jawab Batrisya dengan nada yang perlahan. Anas juga menarik nafas. Mengingat perkara lama, buat lelaki juga terasa.

Mereka berdua senyap dan diam. Suasana sudah bertukar menjadi janggal. Pasangan yang biasa menjalinkan hubungan antara satu sama lain ketika dahulu telah dipertemukan kembali sebagai rakan sekerja.

Bolehkah Batrisya bertahan dalam menepis memori lama yang semakin muncul dalam ingatan. Sebagai PA buat Anas, mungkin situasi kadangkala tidak seperti dahulu. Dan mungkin ada kalanya keadaan boleh berputar 360 darjah dan menjadikan memori lama sebagai realiti.
.....

Sejak Batrisya menjadi PA untuk Anas, hubungan mereka bertambah mesra. Hana sebagai si isteri juga tidak tahu menahu 
kerana terlalu sibuk dengan hal ehwal syarikat.

Di rumah, banyak perkara yang mengubah diri Anas sejak dia berjumpa kembali diri Batrisya.

“Abang, jom kita solat sama-sama. Dah lama abang tak imamkan Hana" ajak Hana sambil melihat Anas yang sedang sibuk dengan telefon pintar.

Tiada sahutan daripada Anas. Hana terasa bagaikan tidak wujud di bumi yang nyata.

“Abang" tegur Hana sekali lagi.

“Ish. Kacau la. Lain kali la kita solat sama-sama. Sayang pergi la solat dulu" suruh Anas dengan nada yang tidak pernah dilemparkan kepada Hana. Hana terkejut tatkala mendengar jawapan daripada Anas.
Hana melangkah pergi dengan kesedihan. Tidak pernah Anas bertindak sebegini. 

Selalunya Anas suka mengimamkan solat. Apakah petunjuk yang cuba diberi tahu oleh Allah kepada Hana.

Bukan itu sahaja, banyak perkara mengenai diri Anas bertukar. Dia merindui saat romantik antara dia dan suami. Saat dia dan Anas bersama-sama dikala susah dan senang.

“Abang...Mari makan Ikan Bawal Masak Merah kegemaran abang ni. Hana masak khas untuk abang seorang sahaja" ajak Hana sebaik sahaja Anas turun dari tingkat atas sambil membutangkan lengan bajunya.

Anas hanya memandang wajah Hana sekilas sahaja. “Sayang makanlah dulu. Saya ada meeting. Perlu pergi cepat. Assalamualaikum" cepat-cepat Anas meninggalkan Hana yang sudah menahan air mata.

Kelopak mata Hana sudah berat dengan air mata yang semakin penuh. Titisan titisan air mata mula jatuh di pipi. Tetapi, pantas sahaja tangan Hana mengesat air mata itu.

Sejak bila dia jadi lemah? Bilakah hatinya mula terasa perit walaupun kerana sikap suami? Jawapannya adalah sejak dia jatuh cinta dengan Anas.
.....

“Aaminn..." Anas mengusap lembut wajah setelah habis mengalunkan doa. Hana juga mengaminkan doa yang dipimpin oleh Anas. Anas menghulurkan tangan untuk bersalam dengan isterinya, Hana. Hana mengucup tangan Anas. Anas hanya tersenyum dan menatap wajah Hana.

Seperti ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Anas kepada Hana. Cuma dia rasa bersalah untuk menyatakannya.

“Ye abang...ada apa?" tanya Hana pelik sebaik saja dia melihat Anas macam tidak serba kena.

“Hana, abang nak minta sesuatu boleh?" soal Anas pula.

“Minta apa?"

Ada sesuatu yang cuba diminta oleh Anas. Anas tidak senang duduk. Sekejap pandang ke kiri, sekejap pandang ke atas. Nafasnya tidak tentu arah. Tercungap-cungap secara tiba-tiba.

“Abang nak apa?" Hana mengerutkan dahinya. Pelik benar kelakuan suaminya itu.

“Abang nak minta izin Hana untuk bermadu! Abang nak kahwin satu lagi!" luah Anas. Saat perkataan itu keluar dan masuk ke dalam telinga Hana, Hana tertunduk sambil tersenyum kelat.

Hana tidak menjawab soalan itu sebaliknya bergerak ke arah beg tangannya dan mengambil beberapa keping gambar. Dia melangkah kembali mendekati Anas yang masih menunggu jawapan.

Perlahan-lahan Hana duduk memandang Anas.

“Nah...ambil ni abang" hulur Hana. Gambar-gambar itu diberi kepada Anas. Anas meneliti setiap gambar dan mendapati bahawa gambar dia dan Batrisya sedang bermesra bersama.

“Hana dah tahu abang akan cakap macam ni. Hana minta maaf sebab spy segala aktiviti abang" luah Hana dengan nada yang sedih.

“Hana...abang nak kahwin dengan Batrisya. Dia adalah cinta lama abang. Sanggupkah Hana terima dia untuk menjadi madu buat Hana?" pinta Anas.

Hana masih tersenyum kelat. Sudah kering air matanya untuk mengeluarkan tangisan di saat suami yang disayangi hendak berkongsi kasih sayang dengan seorang lagi bidadari.

“Hana benarkan. Abang kahwinlah dengan dia. Tapi..." kata-kata Hana terhenti seketika.
Anas sudah gembira. “Tapi apa Hana?" tanya 
Anas pula sambil tersenyum manis.

“Tapi...kalau abang nak kahwin dengan dia, lepaskan Hana. Ceraikan Hana sekarang juga" tegas Hana.

Anas tergamam. Mengapa Hana perlu meminta sesuatu yang seperti itu?

“But...kenapa sayang? Kita boleh saja membina keluarga bahagia bersama-sama"

Hana tertunduk. Air matanya mula membasahi pipi. “Apa guna kita hidup bersama kalau hati abang sudah tak ada cinta buat Hana. Hana bukan tamak. Tetapi, apa yang Hana impikan dari dulu ialah seseorang yang setia kepada Hana seorang saja" luah Hana sambil menatap wajah Anas.

“Sekarang ini, tolong lepaskan Hana" pinta Hana walaupun hatinya bagai nak pecah.
Anas juga tunduk sambil berfikir.

“Baiklah. Kalau itu yang Hana minta, abang akan tunaikan. Nur Hanani Binti Fazrul, aku ceraikan kau dengan talak satu" lafaz Anas sekaligus melepaskan Hana.
.....

“Sampai bila kau nak jadi macam ni Hana? Syarikat kau tergendala macam tu. Kau tu pula berbadan dua. Dah dekat-dekat nak bersalin" tegur Liya. Sudah dekat beberapa bulan Hana menumpang di rumah Liya.

Ditambah lagi, Hana sedang mengandungkan anak Anas. Bila-bila masa sahaja dia boleh melahirkan anak.

“Biarlah aku jadi macam ni. Lagipun aku bukannya isteri kepada sesiapa" jawab Hana sambil menikmati susu soya untuk kandungannya.

Liya mencekak pinggang. “Yes! Kau bukan isteri kepada sesiapa. Tapi takkan la kau nak rahsiakan perkara ni daripada semua orang. Anas tahu tak yang kau tu mengandung?" tanya Liya yang risau akan keadaan Hana.

Sudahlah Hanani Incorporation ditinggalkan tunggang langgang. Hana pula hanya mendiamkan diri di apartment Liya.

“Jangan sebut nama lelaki tu! Aku tak pernah kenal dia!" cukuplah hati Hana terseksa. Dengar nama Anas pun buat dia lagi sakit hati.

“Confirm dia tak tahu pasal kau kan? Tolonglah bagitau dia pasal keadaan kau sekarang ni" pesan Liya.

Hana sudah tidak kisah dengan apa yang diperkatakan oleh Liya. Biarlah bayi dalam kandungannya dilahirkan dengan sihat.

“Petang ni aku nak keluar sekejap. Nak beli barang sikit" kata Hana kepada Liya. Liya hanya mengangguk tanda faham.
.....

Hana berjalan ditengah-tengah panas untuk mencari barang keperluan bayi yang akan lahir nanti. Satu persatu kedai disinggah untuk memenuhkan kelengkapan dan alat yang diperlukan.

Sedang dia leka berjalan, perutnya mula membuat ragam. Seluruh tubuhnya rasa sangat sakit sehinggakan dia tidak dapat bergerak.

“Aduh! Aduh!" perlahan-lahan Hana mengerang kesakitan. Dia mula rasa pening. Setiap benda yang dilihatnya mula kabur dan tidak jelas.

Dia dapat melihat seorang lelaki datang ke arahnya dengan risau. Tetapi, matanya terpejam tiba-tiba. Seluruh dunia menjadi gelap.

Sedar-sedar sahaja, dia sudah berada di hospital. Badannya terlantar di atas katil.
“Dimana aku?" getus hati Hana.

Tiba-tiba, dia dapat lihat seorang lelaki sedang membaringkan kepalanya di tepi katil Hana. Lelaki itu sudah terlena.

Hana mengejutkan lelaki itu secara perlahan. Lelaki itu terbangun dan senyum ke arah Hana.

“Siapa awak ni? Saya di mana? Apa dah jadi sebenarnya?" soal Hana setelah lelaki itu bangun.

Lelaki itu agak janggal pada mulanya. Tetapi, dia tetap memperkenalkan dirinya.

“Minta maaf sebab buat awak risau dan takut. Saya Asyraf Akmal. Awak tak ingat apa-apa ke tadi?" soal Asyraf pula.

Hana hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia cuba mengingati apa yang terjadi. Tetapi, tiada sisa memori.

Asyraf tersenyum ringkas. “Awak pengsan tiba-tiba. Mujur saya sempat tangkap badan awak. Terus saya bawa awak datang hospital" jelas Asyraf. Hana hanya mendengar dalam diam.

“Boleh saya tahu sesuatu?" pinta Asyraf.

“Boleh. Apadia?" balas Hana yang masih janggal.

“Mana suami awak? Takkan la dia tak teman awak" marah Asyraf sedikit. Memang bohong jika dikatakan yang isteri mengandung berjalan berseorangan.

Hana tertunduk sedih. Asyraf hairan.
“Sebenarnya...dia dah ceraikan saya" jawab Hana. Asyraf hanya tersenyum kelat.

“Ooo...Saya harap awak tak terasa" Asyraf meminta maaf. Mungkin pertanyaannya menyebabkan Hana sedih.

Keadaan bertukar sunyi sepi. Asyraf memandang Hana dengan serba salah.

“Terima kasih sebab bawa saya ke hospital. Kalau tak ada awak, apalah yang mungkin jadi dekat baby dalam kandungan ni" Hana berterima kasih. Dia mengusap lembut perutnya. Syukur kerana baby ini selamat.

Asyraf tersenyum sinis. “Tak apa. Saya tak kisah" balas Asyraf selamba. Senyuman yang diukirkan cukup untuk membuatkan hati Hana terdetik. Masih wujud lagi lelaki yang prihatin sebegini.

Hana masih menatap wajah Asyraf.
.....

“Aduh! Sakitnya" Hana mengerang sakit. Asyraf juga cemas. Mungkin ini masanya untuk bayi dalam kandungan Hana keluar dan menikmati dunia.

“Doktor! Doktor! Cepat!" Asyraf segera memanggil doktor. Dia cukup risau dengan keadaan Hana sehingga tangan Hana dipegang tanpa sengaja.

Doktor dan jururawat segera memindahkan Hana ke wad untuk melahirkan anak. Keadaan ketika itu amat huru-hara dan penuh dengan kelam kabut.

Sebelum sempat memasuki wad, Asyraf ditahan oleh jururawat supaya tidak masuk bersama. Apakan daya, jika itu yang terbaik, Asyraf perlu mengikut sahaja.

Asyraf tidak senang duduk apabila berada teringatkan Hana. Dia meraut wajahnya dan hanya mengenangkan Hana.

“Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan" pinta Asyraf sambil matanya dipejam. Hatinya berdegup kencang.

Lebih kurang 30minit, doktor keluar dari wad. Asyraf terus meluru ke arah doktor untuk mengetahui keadaan Hana.

“Doktor...dia tak apa-apa ke?" tanya Asyraf risau.

Doktor itu mengukirkan senyuman. “Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Bayi awak nanti kami bagi. Tahniah sebab dah jadi papa" ucap Doktor tanpa mengetahui hal sebenar.

Asyraf menarik nafas lega. Nasib baik Hana dan bayi selamat. Tetapi, kata-kata doktor itu sebentar tadi membuatkan dia tergelak kecil.
.....

Hana sedang berehat selepas bertarung dengan nyawa. Perlahan-lahan Asyraf dan jururawat yang membawa bayi Hana masuk.

“Terima kasih nurse" ucap Asyraf sambil melihat jururawat itu keluar meninggalkan mereka.

Asyraf mendekati bayi itu dan terus menatap wajahnya. Haisy! Comelnya bayi ni, getus Asyraf.

Perlahan-lahan Asyraf mengangkat bayi itu dan memeluknya. Dia merapatkan bibirnya dengan telinga bayi itu lalu mengalunkan azan secara bisikan.

“Allahuakabar...Allahuakbar" Asyraf masih memeluk bayi itu.

Ya Allah! Inilah anugerah hidup. Walaupun aku tak ada kena mengena dengan bayi ataupun ibu bayi ini, aku rasa terlalu sayang pada mereka berdua. Aku tidak tahu mengapa aku tertarik untuk menjadi sebahagian daripada 
hidup mereka.

Semasa Asyraf sedang mesra dengan bayi itu, sepasang mata Hana sedang melihat aksi mereka berdua. Itu sahaja sudah cukup untuk membuat Hana tersenyum.

“Papa nak panggil...hmmmm...Umaira. Umaira Alia. Ha..sedap nama tu" perlahan-lahan Asyraf berbicara dengan si kecil itu. Hana masih lagi tersenyum.

Mungkin inilah masanya untuk dia meluahkan isi hati. Tetapi, dia takut.

Asyraf meletakkan bayi itu kembali. Dia mendekati tubuh Hana. Hana tersentak dan 
berpura-pura tidur.

Wajah Hana ditatap oleh Asyraf. Dia gembira sangat. Sehinggakan mulutnya seperti hendak meluahkan sesuatu.

“Awak mungkin tak dengar perkara ni. Tapi, saya nak awak tahu yang saya mahu menjaga awak sampai bila-bila. Mungkin kita baru sahaja kenal. Tapi...saya nak awak tahu yang hati saya sudah mula terima awak" luah Asyraf dengan nada perlahan.

Fikirnya, Hana memang langsung tidak akan mendengar sepatah perkataan pun. Tetapi, dia tidak tahu yang Hana sudah mendengar semuanya.

Asyraf memegang tangan Hana dengan erat. Mungkin ini masanya untuk dia pergi. Hana pasti tak akan terima seorang lagi suami kerana dia fobia.

Sebelum sempat Asyraf melangkah pergi, Hana memegang tangan Asyraf secara tiba-tiba. Asyraf terkejut. Hana membuka mata sambil tangannya memegang erat tangan Asyraf.

“Saya rasa...Umaira Alia perlukan seorang papa. Dan saya juga perlukan seorang suami" luah Hana.

Kata-kata Hana membuatkan Asyraf keliru.

“Sudikah awak? Jadi papa untuk Umaira Alia dan menjadi isteri kepada Nur Hanani?" tanya Hana sambil tersenyum.

Kata-kata itu cukup membuatkan Asyraf gembira. Hatinya sudah berbunga-bunga. Dia mengangguk perlahan tanda sudi.

“Hana...Mungkin inilah takdir yang Allah tentukan. Awak, saya dan Umaira Alia" Asyraf masih mengenggam tangan Hana. Senyuman di wajahnya tidak langsung terhapus.

Hana membalas dengan senyuman manis juga. “Ya, inilah takdir yang Allah tentukan buat kita. Saya pasti" jelas terpancar kegembiraan pada wajah Asyraf dan Hana.

Masjid yang pertama dibina sudah runtuh. Tetapi, ia pantas dibina kembali dengan hadirnya Asyraf. Dan juga si kecil Umaira Alia sebagai penambah kebahagiaan hidup Hana. Inilah takdir.





Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.