Kuala Lumpur, 7 tahun kemudian..
Wardah
berdiri di depan cermin bersiap-siap untuk pergi kerja. Sudah 5 tahun dia
berkhidmat sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
TOK!
TOK! kedengaran bunyi pintu biliknya di ketuk seseorang.
“
Isya! Sekejaplah ummi tengah bersiap ni,” laungnya. Rumaisya, puteri
kesayangannya dengan Allahyarham suaminya, Fazrul. Sehingga saat ini Wardah
hidup sendirian membesarkan Rumaisya. Bukan tidak ada jejaka-jejaka yang
mencuba nasib untuk memperisterikan dirinya. Namun semuanya ditolak dengan baik
oleh Wardah. Hatinya tidak terbuka dengan mana-mana lelaki lagi.
“Ummi!
tadi pak cik jambang datang, Nenek yang buka pintu. Dia ada hantar barang untuk
ummi.”Laung kanak-kanak 6 tahun itu dari luar bilik.
“Pakcik
Jambang? Siapa pula yang datang pagi-pagi ni?” Wardah tertanya-tanya sendirian.
Dia menapak ke muka pintu, tombol pintu dipulas olehnya lalu daun pintu itu
dikuak perlahan.
“Barang
apa pula wahai tuan puteri Rumaisya?” Wardah menguntum senyuman di saat menatap
puteri kesayangannya. Dia melutut lalu diusap kepala anaknya itu. Rumaisya
menghulurkan satu kotak yang berbungkus kemas dengan pembalut plastik.
“Ummi
ada beli barang online ke?” suara anak kecil itu mencelus.
“Ermmm..takde
rasemya” balas Wardah sambil memorinya ligat memutar kalau-kalau dia ada
memesan barangan secara online. Dia
membuka bungkusan plastik itu, satu kotak hitam dengan dihiasi dengan corak
bungaan berwarna emas dipegangnya kini. Dia membuka kotak itu.
Berderau
darahnya, melihat isi di dalam kotak itu. segera Wardah bangun lalu berlari
meninggalkan Rumasya terpinga-pinga di muka pintu biliknya. Lariannya terhenti
di pintu utama rumahnya, pantas tangannya membuka pintu. Wardah berlari keluar
ke halaman rumahnya. Pandangannya melilau seolah-olah mencari seseorang. Air
mata mula bergenang.
“Abang!..mana
Abang pergi!” laung Wardah, namun laungannya tiada sahutan. “Wada tahu abang
masih hidup!” Wardah kembali menatap pisau bersarung keemasan dengan
ukiran-ukiran mesir kuno di dalam kotak hitam itu. Wardah mengesat air mata
yang mengalir di pipinya. Sebak meruntun hatinya apabila terbaca tulisan pada
penutup kotak hitam itu.
‘LINDUNGI DIRIMU, DAN PUTERI KITA..’