Home Alternatif Kanak-kanak THE TEETH VILLAGE (cerita bersiri)
THE TEETH VILLAGE (cerita bersiri)
Nur Syazwani Ismail
18/8/2015 00:13:42
4,310
Kategori: Alternatif
Genre: Kanak-kanak
Senarai Bab

THE TEETH VILLAGE (cerita bersiri)

SIRI 1: PENGENALAN

Tik, Tok, Tik, Tok,,,,,Kringgggggggggg……Tepat pukul 7.30 pagi. Jam besar di bulatan kampung Valley berbunyi nyaring mengejutkan semua penghuni di dalam Teeth yang tengah tidur lena.

Pap, Pap, Pap, Pap,,,,Satu persatu pintu Teeth mula dibuka dari dalam. Berpusu-pusu penghuni Teeth menuju ke bulatan menara jam. Setiap penghuni teeth mula menjatuhkan berus Teeth masing-masing ke dalam kolam air yang mengelilingi menara jam. Berus yang sudah dibasahkan dengan air kolam kemudiannya dibawa ke Teeth masing-masing.

Brush, Brush, Your Teeth,

Get away the germ,

Happy, Happy, Happy, Happy,

Our life are free from the germ…

Seirama penduduk kampung Valley menyayikan lagu rasmi kampung mereka. Bersungguh mereka membersihkan Teeth yang menjadi tempat tinggal mereka.

Dalam kesibukan penduduk kampung Valley membersihkan Teeth masing-masing, Rio yang berumur 7 tahun turut tidak ketinggalan membantu ayah dia membersihkan Teeth mereka. Kata ayah, Teeth adalah nyawa mereka. Jadi, kalau mereka nak hidup lama, mereka kena jaga Teeth mereka dengan baik.

Kampung Valley hanya merupakan salah satu dari Teeth Villages yang terdapat di Negara Maryland ini. Di kampung Valley, setiap Teeth secara luarannya adalah sama. Cuma yang membezakan, ada Teeth yang kelihatan masih putih bersih, dan ada juga Teeth yang sudah kelihatan kekuningan.

“Rio ! Cepat masuk mandi. Nanti lambat nak ke sekolah.” Mama sudah menjerit memanggil Rio. Cepat-cepat Rio menyudahkan kerja dia dan masuk ke dalam Teeth untuk mandi.

“Huarghhh.. mengantuknya.” Rio mahu cepat-cepat balik ke Teeth. Dia dah mengantuk sangat. Memang Rio asyik mengantuk je bila pergi ke sekolah. Dia memang malas nak pergi sekolah. Tapi, mak dia garang. Jadi, Rio tak berani nak ponteng sekolah.

“Rio!” Tiba-tiba ada tepukan kuat di bahu Rio dari arah belakang. Dengan malas Rio memusingkan badan dia kearah belakang. Hmmm..Roy rupanya. Kawan sekelas yang juga merupakan jiran dia.

“Ada apa?” Tanya Rio malas.

Rio hanya memandang Roy yang tengah tersengih-sengih memandang dia.

“Kau lupa ke? Harikan Friday.”

“Friday..Ish macam mana boleh lupa ni.” Rio sudah tersenyum panjang. Hari Friday memang selalu dinantikan oleh budak-budak.

“Jom!” Cepat Roy menarik tangan Rio. Mereka berlari menuju ke Freetown yang terletak di Bandar. Setiap Friday, akan ada banyak makanan yang jatuh dari langit di Freetown. Selalunya gula-gula dan kek. Sebab itu kanak-kanak suka hari Friday. Tak sabar Rio nak tahu makanan apa yang akan jatuh hari ini.

Sampai sahaja di Freetown, Rio lihat sudah ramai kanak- kanak yang berkumpul di situ. Mereka mengelilingi satu padang yang lapang. Menanti jatuhan makanan dari langit. Rio dan Roy terus menuju ke arah padang itu. Sama-sama menanti.

Tiba-tiba Rio rasakan ada sesuatu jatuh atas kepala dia. Cepat-cepat Rio gapai dengan tangan. Candies! Mata Rio mula bersinar. Kepala dia mula mendongak ke langit.

“Waaaaa…” Kanak-kanak yang lain sudah mula bersorak gembira bila melihat banyak candies yang sedang perlahan-lahan jatuh dari langit.

Mereka sudah berebut-rebut mengutip candies. Rio mencapai segenggam candies dan terus masukkan ke dalam poket dia. Dia mencapai beberapa biji candies lagi dan dengan gopoh membuka pembalut candies sebelum candies itu di masukkan ke dalam mulut dia.

“Rio! Jom balik.” Terperanjat Rio yang tengah asyik megunyah candies.

“Eh, cepatnya nak balik. Baru sikit kita kutip.” Rio masih belum mahu berganjak. Tak puas lagi rasanya mengutip candies.

“Ambik sikit dah la. Mak aku cakap tak elok makan candies banyak-banyak. Nanti Teeth kita rosak.”

“Alaa…mak kita bukannya tahu pun. Kejap. Aku nak kutip sikit lagi.” Roy hanya menggeleng melihat Rio yang masih rancak mengutip candies.

“Okay. Jom balik.” Setelah poket dia sudah penuh dengan candies, barulah Rio mengajak Roy balik.

Sepanjang perjalanan mereka balik ke Teeth, Rio begitu gelojoh menghabiskan candies dia. Mak dia pun selalu pesan jangan makan candies banyak sangat. Jadi, Rio fikir baik dia habiskan candies dia sebelum sampai ke Teeth. Sebab takut nanti kalau mak dia tahu, habis dia kena marah nanti.

Malam itu, semua ahli keluarga Rio tiba-tiba sakit seluruh badan. Mak, abah, dan Rio sudah berpeluh menahan sakit.

“Kenapa dengan Teeth kita ni?” Mak sudah mula risau. Kalau mereka bertiga sekaligus diserang sakit, puncanya mesti daripada Teeth.

“Mama, baik kita telefon Doktor Jack.” Bila mama mengangguk tanda setuju, papa terus menghubungi Doktor Jack.

Rio sudah berguling-guling menahan sakit. “ Mama..sakit.” Mama yang berada di tepi Rio hanya mengusap-ngusap kepala Rio. Mama pun tak tahu nak buat apa. Mereka kena tunggu Dr Jack datang.

Tak lama selepas itu, Dr Jack pun sampai. Dr. Jack terus mengelilingi Teeth mereka. Kanta pembesar dibawa bersama semasa dia menilik Teeth.

“Teeth kamu diserang asid. Nasib baik kamu cepat panggil saya. Kalau tak nanti boleh berlubang Teeth kamu. Saya akan gosok Teeth kamu dengan alkali untuk meneutralkan balik serangan asid ni.” Dr Jack terus mengarahkan pembantu dia menyiram Teeth Rio dengan air alkali.

“Doktor. Macam mana tiba-tiba Teeth kami boleh kena serangan asid?” Mama yang sudah mula berasa sihat terus bertanya kepada Dr. Jack.

Tersenyum nipis Dr.Jack. Terus dia pandang muka Rio yang tengah kelihatan takut-takut.

“Hmmm..hari ni Friday. Saya pasti anak kamu ni makan terlalu banyak candies yang mereka dapat dekat Freetown tadi. Germ yang melekat dekat Teeth akan menggunakan candies yang dimakan Rio dan menghasilkan asid. Kan Rio?”

Rio mengangguk perlahan. Pucat muka dia bila pandang muka papa dan mama yang sudah kelihatan menahan marah.

“Rio mesti ingat. Semua benda yang Rio makan, akan bagi kesan dekat Teeth kamu. Bila Teeth sakit, semua yang tinggal dalam Teeth ni akan turut rasa sakit. Kalau Rio sayang dekat mama dan papa, Rio kena sama-sama jaga Teeth ni.” Dr. Jack menggosok perlahan kepala Rio dan terus meminta diri untuk pulang.

Rio terus berlari memeluk mak dan Abah dia. “Mak, Abah. Rio minta maaf. Rio janji tak buat lagi.” Mama dan papa hanya mengangguk sambil tersenyum kecil. Hari ini baru Rio faham kenapa mama cakap Teeth adalah nyawa mereka.

###Teeth yang dimaksudkan dalam cerita ini adalah rumah mereka.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.