Home Untold Story Umum Drama 6 bulan
Drama 6 bulan
Izatul Husna
15/4/2021 11:05:19
13,011
Kategori: Untold Story
Genre: Umum
Senarai Bab
1
2
3
4
4

"Boleh perkenalkan diri?"

Sekejap. Kenapa aku dulu? Bukan Nor dulu ke? Aku kena scam ke apa ni? Ya Allah!

Tiba-tiba peluh merecik. Merecik! Hahahahaha! Kenapa aku tiba-tiba rasa tak bersemangat nak iv ni. Aduh!

"Nama saya Aimi Dhia. Umur saya 22 tahun. Saya baru saja habis belajar dalam jurusan Ekonomi di Kolej Ekonomi Perekonomian. Saya ... bersedia untuk menimba pengalaman."

Apa benda aku cakap ni. Ya Allah! Memalukan! Mana aku nak letak muka ni.

Dan sesi temu duga pun berjalan seperti drama atas pentas. Atau drama dalam tv. Aku jawab ikut logik dan selamat. Hahahahaha. Bertuah punya badan!

"Kamu tahu apa-apa tentang syarikat ni?"

Zasss...

"Tak," jawab aku selamba.

Kak Anne agak terkejut. Nampak dia naikkan kening dia tu. Habislah aku. Aduh, mulut! Kenapa kau jawab begitu! Arghhh!

"Syarikat ni buat OEM sos untuk macam-macam syarikat besar. Nanti kamu tahu bila dah kerja sini," ucap Kak Anne bersahaja.

Dia sindir aku ke? Ke perli? Sekejap. Sindir dengan perli bukan sama ke? Tapi aku datang sebab nak mohon kerja bukan nak temu duga. Maknanya double scam!

"Jadi, kamu anggarkan gaji berapa bila kerja di sini?"

Pap! Terimbau balik bebelan Nor. Tak fikir panjang, aku terus sebut amaun yang aku rasa boleh jalan. Kak Anne angguk-angguk.

20 minit temu duga. Padahal hantar borang je. Adeh. Habis je temu duga, aku keluar. Pintu pemisah aku tarik. Nampaklah seketul Nor sedang berdebar-debar di situ.

"Wei, macam mana? Okey tak? Susah tak soalan dia tanya?" serbu Nor.

"Soalan semua dalam borang. Dia nak kau jawab guna mulut. Giliran kau pula. Semoga berjaya," jawab aku sambil menepuk bahu Nor.

Nor melangkah masuk. Aku pula keluarkan telefon pintar dan mula main permainan video. Punyalah leka main, tak sedar Nor dah berdiri dekat sebelah aku.

"Jom cari tempat lain," ujar Nor.

Aku naik hairan. Muka masam semacam. Kena marah ke? Tak kan lah. Orang minta kerja, bukan minta disekolahkan. Kan?

"Kau nak cari kat mana?" tanya aku. Perjalanan kami menuju ke kereta mudah saja.

Pintu kereta ditarik dan masing-masing masuk ke dalam kereta serentak. Enjin kereta dihidupkan.

"Kau tak cakap pun ada temu duga! Kau cakap nak walk in cari kerja je. Kau tipu aku, eh?" sembur Nor. Terpercik sikit air liur dia kat muka aku. Pergh!

"Mana aku tahu tiba-tiba kena temu duga. Aku mana pernah cari kerja," bidas aku. Yelah, bukan salah aku. Kenapa nak rasa bersalah?

"Malu tau aku. Aku dah lah pakai seluar jeans. Kau pula pakai kain. Lainlah cerita. Aku ni, masa temu duga, dia tu pandang aku atas bawah tau! Mesti dia tak nak ambil aku kerja. Urgh!" luah Nor.

"Sabarlah. Insya-Allah rezeki kita ada dekat mana-mana. Yang penting usaha. Allah pandang usaha, tak pandang hasilnya. Nak makan mana? Jom aku bawa kau. Pastu kita pergi karok, release stress," kata aku.

Nor pandang aku sekilas. Salah ke apa yang aku cakap tadi? Betullah kan?

"Jomlah. Perut dah lapar ni. Pasni aku nak bantai sejam dua nyanyi. Biar puas hati aku! Stress!" kata Nor.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Izatul Husna