Mungkin luaran ku tenang
Namun didada berkocak hebat
Sedaya upaya ku cuba bertahan
Menyimpan resah pada diriku seorang
Mungkin luaran ku tertawa
Tapi hati sering menangis sendiri
Mencuba memahami apa yang terjadi
Bertabah untuk apa yang dihadapi
Percayalah...
Setenang mana aku kelihatan
Sehebat itulah juga cabaran
Seluas mana ku tertawa
Seluas itulah resah dihati
Dan aku juga percaya...
Kau juga begitu, bukan?
Siapa pun kau..
Dimana pun kau...
Dan apapun yang kau hadapi...
Ku titipkan doa buatmu
Semoga jalan terbuka luas buatmu
Semoga kelammu ditelan sinar terang
Semoga kesulitanmu dipermudahkan
Semoga segala yang terbaik datang menjengah
Buatmu dan aku...