dialah pejuang
mengorban masa kian panjang
berbelas jam mengira hari
bersarung tangan dan sanitasi
komitmen penuh mengubati
insan-insan rebah bencana
virus Korona sang bala
melumpuh suku dunia
ujian buat manusia
yang alpa.
dialah pejuang
bersama pengusung
pesakit sudah meraung
demam lama
lembap selesema
batuk berganda
juga menyusur pelbagai petanda
pada awalnya bersahaja
tanpa ada rasa
maka tabib tiba memeriksa
"kamu positif COVID-19"
diri sudah dijangkiti
tular sampai mengenai sendiri.
duhai pejuangku
doktor dan jururawat dikasihi
kalian wira kami
tanpa malas kau peduli
pesakit yang kian bercambah
kau tetap tabah
kau ubati tanpa mengira belah
agama bangsa mahupun anak mana
kau sembunyikan merana
selit ia dengan bahagia
usaha sambil waspada
dari kamar rawatan
kau dalam pertarungan
kami tabik dan kurniakan penghormatan.
*Malaysia Sayang Doktor, Terima Kasih Para Doktor dan Jururawat diatas pengorbanan kalian dalam menangani COVID-19 saat ini. Kalian ialah Pejuang Tak Didendang.