Duhai belia zaman kaca warna
Usah leka dan mati pedaya
Racun hiburan dan suka-suka
Layu tuli sahutan dakwah bergema
Wahai remaja
Bangkitlah dari mimpi malap
Tahi mata diusap
Cerahkan nurani ummah yang gelap.
Siapa saya, siapa anda, siapa bersama?
Kita tanggungjawab sama
Semboyan Ikhwan merentas samudera,
Ayuh gerak wahai belia Malaysia.