Home Puisi Islamik Malam Yang Datang
Malam Yang Datang
Diansutera
21/8/2020 15:33:10
3,627
Kategori: Puisi
Genre: Islamik
MALAM YANG DATANG


Kurenung malam yang datang

membawa seribu persoalan

matanya mercik cahaya

berikan aku pengharapan

meski secebis cinta

tetap berharga

bermakna

pada ilham dan rasa.


Aku biarkan

jari jemari malam menari

melakar mimpi esok hari

bersama elusan angin damai

warna-warna alam menjalin makna

menghampar di dataran jiwa

di sana kasih bersemi

istana bahagia terbina

dalam redha restu Illahi.


Malam yang datang

beriring sejadah pengabdian

disulami ehsan taqwa dan iman

pastinya cinta ini bersuluh realiti

agam memasak lubuk hati nurani

keyakinan teguh terbina

bahawa esok masih ada.


Nukilan,

Diansutera,

Chat Rimau, Tanah Merah, Kelantan.

24112015( Selasa )

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.