Bab 6

Tahun 2012, KualaTerengganu, Malaysia

            Qalleed memandang kosong satu-satu manusia mengelilinginya.Matanya terkelip-kelip. Bingung. Sebelum ini sudah dikejutkan dengan jeritanPuan Fasya yang menangis bagaikan dirasuk. “ Abang! Abang! Qaisy dah sedar!Allah..Qaiy..Qaisy dah bangun..Qaisy jangan tinggalkan mama...Qaisy..” PuanFasya terjerit-jerit memanggil Encik Qairy. Sejurus selepas menelefon pihakhospital, Encik Qairy menelefon Puan Rohayu dan Encik Rahman akan berita yangmenggembirakan itu. Alhamdulillah. Semuanya baik-baik sahaja. Apa yangmengejutkan semua yang ada di situ, Qaisy telah pulih daripada penyakit barahparu-parunya. “ Encik Qaisy Adam sihat Puan Fasya. Saya akan menghantardarahnya untuk dibuat ujian sekali lagi untuk memastikan keputusannya yangsebenar. Puan Fasya menarik nafas lega walaupun Qaisy Adam tidak dapatmengingati apa-apa perihal dirinya.

            Puan Rohayu dan Iman bertolak terus ke Perumahan TamanPurnama bagi melawat Qaisy Adam setelah berhenti solat asar di Masjid Terapungyang juga diberi nama sebagai Masjid Tengku Tengah Zaharah. “ Nanti Iman kenasabar ya sayang.. Biar Allah yang tentukan segala-galanya..kita hanya mampumerancang..” Puan Rohayu mengingatkan Iman Humairaa. Iman hanya mengangguk danmasih memandang ke luar cermin kereta. Walaupun di dalam hati membentak-bentaktidak sabar ingin melihat wajah yang dirinduinya. Iman mengeluh halus. Diatetap tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekasih hatinya itu telah hilangingatan.

“Qaisy, yang ini Bonda..ibu Iman Humairaa..dan yang ini Iman Humairaa..” PuanFasya memperkenalkan seorang-seorang kepada Qaisy Adam. Qaisy Adam hanyamemandang sepi dan mengangguk perlahan. Lantas pandangannya dialihkan pulakepada ibunya. “ Ibu, aku mahu solat dulu..” Qalleed meminta dengan lagaksedikit canggung. Dunia dia yang sekarang bukan dunianya. Namun dia pasrahdengan ketetapan Allah yang Maha Kuasa. Pasti ada hikmah di sebalik semua yangterjadi. Puan Fasya terpinga-pinga dengan bahasa baku yang digunakan QaisyAdam. Semua memandangnya dengan wajah hairan. Tanpa menunggu lebih lama, EncikQairy memimpin Qaisy Adam ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Puan Fasya pulamembentangkan sejadah ke arah kiblat.

ImanHumairaa semakin tidak keruan. Puan Rohayu sekadar menumpang simpati anakdaranya itu. “ Bonda, jomlah kita balik dulu..dah dekat maghrib ni..malam nipun Iman ada kerja lagi..erm,..biarlah Abang Qaisy berehat..” Iman mengajaksambil tersenyum yang dibuat-buat. Puan Rohayu meminta diri dan bersalamandengan Puan Fasya. “ biarkan dulu urusan budak-budak yer Sya..lagipun, Qaisypun baru sedar..Iman mungkin sedih dengan keadaan Qaisy sekarang..” Puan Rohayumenyatakan rasa hati yang mungkin sama dengan Puan Fasya. Puan Fasya hanyamengangguk hiba. Iman Humairaa memerhatikan Qaisy Adam yang baru keluar daribiliknya usai solat asar. Dia masih diam dan sesekali masih memandang kejap kearah Qaisy Adam. Iman Humairaa ingin menduga Qaisy Adam jika dia dapatmengingati wajahnya walaupun sekelumit. Namun pandangannya tiada balasan danreaksi daripada Qaisy Adam. Qalleed mula rimas dengan pandangan gadis yangmenziarahinya. Dia mengelakkan diri dengan duduk memerhatikan ikan kap di dalamkolam buatan Encik Qairy. Ikan kap yang berwarna-warni mengusir resah di jiwaQalleed yang sebenarnya terpesona dengan kecantikan Iman Humairaa. Terbit satuperasaan aneh seolah-olah dia pernah mengenali gadis itu sebelum ini. Tapientah bila...kian menjadi persoalan di dalam benaknya.

PuanFasya dan Encik Qairy melambai-lambai ke arah kereta Myvi milik Iman Humairaamengucapkan selamat tinggal. Puan Fasya amat berharap sekiranya Iman Humairaadapat membantu Qaisy Adam untuk mendapat ingatannya kembali. Namun begitu, adajuga yang dia tidak mahu anak lelakinya itu ingat...iaitu perihal sikapnya danlayanannya terhadap Qaisy Adam. Jauh di dalam sanubari Puan Fasya, dia sangatbersyukur kerana masih diberi peluang untuk mengasihi Qaisy Adam sepertiibu-ibu yang lain.

PuanFasya dan Encik Qairy bakal mengadakan sebuah kenduri kesyukuran bagimensyukuri nikmat Qairy Adam telah sedar dari koma. Jiran-jiran tetangga, sanaksaudara serta kenalan-kenalan telah dijemput hadir sekaligus mengadakan solatsunat hajat bagi memohon keselamatan yang berpanjangan. Iman Humairaa sertakeluarga dijemput hadir bagi membantu lebih awal sebelum majlis itu diadakan.Iman Humairaa segera menyiapkan kerja-kerja yang perlu dilengkapkan sebelumperbentangan projek akhir thesisnya.Dia mahu lebih masa untuk membantu untuk majlis kesyukuran itu nanti.

PuanRohayu dan Encik Rahman tidak dapat ikut serta pada waktu siang kerana perlu kemesyuarat di sekolah. Mereka akan datang pada waktu malam pada majlis itusahaja. Iman Humairaa telah berkunjung ke rumah Qaisy Adam lebih awal. Setelahberbincang dengan Puan Fasya mengenai kelangsungan majlis, Iman Humairaa terusmasuk ke dapur untuk membuat manisan-manisan ringkas. Puan Fasya juga turut kedapur setelah selesai menyiapkan ruang tamu untuk tujuan solat hajat dan bacaanyassin pada malam ini. Puan Fasya cuba mencari ruang berbincang dengan ImanHumairaa perihal Qaisy Adam. “ Iman..Mama harap Iman boleh sabar dengan keadaanQaisy sekarang..bantu dia ingat balik tentang diri dia..Mama dengan Abah sahajatak kuat nak menghadapi sume ni Iman..I am not that strong dear..” Puan Fasyamenahan sebak. Iman Humairaa menggosok-gosok belakang Puan Fasya memberisedikit kekuatan.” Iman faham Mama.. Iman akan cuba sedaya upaya Iman..” Iman mengiakan.Puan Fasya kini telah banyak berubah. Dia lebih menjaga solat dan ibadahnya.Dia juga menjadi lebih penyayang dan mesra dengan keluarga Iman Humairaa. PuanFasya memegang tangan Iman Humairaa, kemas. Iman Humairaa menjadi agak pelikdengan tindakan Puan Fasya. Puan Fasya ingin menyatakan sesuatu yang mungkinagak rahsia. “ Iman...Mama dah cakap dengan Bonda Iman..malam ni jugak Mama nakIman dengan Qaisy bertunang...” Puan Fasya akhirnya berterus-terang kepadaIman. Iman diam. “ Allah...kenapa sekarang...?” Iman pasrah.

Tahun1400, Melaka, Tanah Melayu

Bayutenang menghirup angin malam di Kampung Baru. Sebuah kampung yang terletak disebuah negeri yang tidak ketahuan namanya. Jiwa hanya memandang pergerakanBayu. Banyak yang ingin diketahui olehnya. Wajah Bayu amat mirip dengan wajahtemannya. Barangkali pelanduk dua serupa. Bayu kemudiannya berdiri tegap dengantangan yang memeluk tubuh. Usai solat isyak berjemaah, Bayu lebih suka membawadiri berseorangan. Jiwa cuba mencari ruang menyingkap persoalan di benak. “Assalamualaikum tuan hamba, bisa kita bercakap-cakap sekarang..? kita tidakmengganggu tuan hamba..?” Jiwa memulakan. Serentak dengan itu, Bayu berpalingdan menjamu Jiwa dengan senyuman penuh ikhlas. “ Bisa Jiwa..kamu bisa..saya takkisah..” Bayu menjawab. Namun kali ini, lenggok bahasanya sudah bercampurdengan Bahasa Melayu moden. Jiwa kepelikan. Bahasa yang didengari terasa asing.Jiwa berpura-pura tidak menghiraukan. Keyakinannya akan Bayu itu temannya salahsama sekali. Bayu adalah orang yang berbeza. “ Bayu, siapakah tuan hamba yangsebenarnya? Kita merasa tuan hamba ini bukan orang biasa...” Jiwa mula mendugaBayu. Bayu terasa sedikit resah. Adakah dirinya sudah diketahui Jiwa? Diabimbang jika itu boleh mengancam nyawanya sekiranya rahsia terbongkar.             Bayu masih tersenyum. “ Apakahmaksud kau Jiwa?” Giliran Bayu pula yang menduga Jiwa. Jiwa masih cubamendapatkan jawapan yang tulus daripada Bayu.

Bayuakhirnya mengalah. Mungkin Jiwa adalah orang yang dapat memahami keadaannya.”Aku sebenarnya bukan diriku yang sebenarnya...Maksud aku, jasad ini bukanmilikku Jiwa. Aku hanya menumpang sahaja..mungkin yang kau dengari ini di luarakalmu, karut semuanya..tapi aku tidak berbohong Jiwa..” Bayu berterus-terang.Telus. Jiwa diam. Barangkali akalnya tidak dapat menerima apa yang didengarinyadari mulut Bayu. Jiwa tersenyum sebelum menepuk lembut bahu Bayu. “ Jadi, apanamamu yang sebenar wahai jiwa yang menumpang jasad..?” Jiwa berkecindan. “Namaku Qaisy Adam...” Bayu menyatakan yang sebenar. Namun begitu, Bayu memintaagar cerita itu dirahsiakan bersama namanya yang sebenarnya. Jiwa berlalu darisitu setelah meminta Bayu merehatkan badan. Mereka akan berjalan-jalan ke pekanKampung Baru pada esok pagi.

PenjaraGua

OrangTua kini sudah punya kuasa sakti. Namun durjana dan kejam. Taring telahmenurunkan ilmunya kepada Orang Tua setelah berjanji sumpah setia mengkhianatikalimah syahadah yang suci. Taring kini menjadi Tuan kepada Orang Tua. Kinibukan lagi Orang Tua, tetapi Garuda Hitam gelarannya. Tempikan bergema di dalamgua itu. Garuda Hitam ada tugas yang perlu diselesaikan. Dia kini sudah bertuan,Taring pula sudah punya hamba setia. “ menjelmalah kau Garuda, temukan akudengan Qalleed..sampaikan aku berita itu secepatnya..” Taring memberi arahan.Garuda Hitam mula tunduk dengan tangan yang didepangkan seperti burung yangingin terbang. Lalu menjadi kepulan asap hitam yang berubah menjadi seekorburung berwarna hitam, matanya merah dan kukunya yang tajam berbisa. LantasGaruda Hitam terbang keluar ke pintu gua. Taring bersorak kemenangan.

MataGaruda Hitam tajam melilau ke sana ke mari. Sayapnya terus terbang menunaikanjanji setia Taring. Dia kini bebas melakukan kejahatan semahunya. Qalleed pastiakan dia dapatkan demi Taring dan imbalan yang besar yang akan dia perolehselepas ini. Menjadi jelmaan Garuda Hitam menjadikan dia kini seorang yang mudadan perkasa. Ya. Selagi dia tidak dibunuh oleh sesiapa yang hanya bersujudkepada Allah tuhan sekalian alam yang tinggi taqwa dan imannya. Garuda Hitamjuga mampu menjelma menjadi apa sahaja yang diingininya. “ Aku bebas! Akuberkuasa!” tempikan Garuda Hitam sayup-sayup kedengaran di ruang angkasabiru...

Pagiitu usai solat subuh, Jiwa mengingatkan Rafi, Pangeran, Raden dan selainnyamendapatkan bekalan makanan yang cukup di pekan Kampung Baru untuk pelayaranmereka pada esok hari. Semua harus disiapkan awal agar mereka dapat menghantarbarang dagangan mereka pada waktu yang tepat. Kapal Jiwa membawa kain-kain yangbermutu tinggi, serta rempah-ratus. Semua sudah arif dengan tugasan yang telahdiagihkan. Masing-masing begitu taat dengan permintaan Jiwa. “ Semua kita harusberkumpul semula di sini ketika selewatnya hamper masuk waktu zohor..jagatingkahmu dan jangan sesekali merosak hak yang bukan hakmu...” Jiwa tegasmemesan kepada anak-anak kapalnya. Bayu kagum. Beginilah yang dimaksudkandengan pemimpin yang berkarisma. Bayu hanya bermonolog sendiri sebelumsama-sama pergi ke pekan Kampung Baru berjalan-jalan bersama Jiwa.

Jiwadan Bayu tampak segak dengan persalinan yang baru. Bersih dan kemas. Kumis danmisai telah dicukur kemas. Kelihatan lebih rapi dan tampan. Lagak keduanyaberjalan seperti anak-anak putera raja yang gagah. Mana-mana gadis yang melihatpasti akan tertawan. Pandangan orang-orang kampung di situ dirasakan begitujanggal dan tidak selesa. Pasti mereka tertanya-tanya siapakah mereka berdua.Bayu dan Jiwa tidak menghiraukan mereka itu. Langkah demi langkah tidak silapdi atur. Pandangan ditebarkan ke kiri dan kanan melihat barang-barang yangdijual di pekan Kampung Baru. Sayur dan buah-buahan memenuhi ruang. Hasil lautjuga tidak kurang banyaknya. Suara-suara penjual semakin rancak berjual-beli. Tidaksemena-mena, Bayu dilanggar seseorang yang berkelubung dengan kain batik. “Allah..maafkan aku..” Bayu meminta maaf biarpun itu bukan khilafnya. Yangmemakai kelubung itu rupanya seorang perempuan. Ayu dan manis wajahnya yanghitam manis. “ Bukan..itu salahku tuan hamba..maaf..mata ini tidak kugunadengan sebaiknya..” Melati memohon maaf lantas tidak sedar dengan langkahnyayang sumbang. Kepalanya didongakkan untuk mencari mata gerangan yang dilanggar.Matanya tetap pada wajah Bayu. Bayu juga terkesima. Seolah-olah mengenali tuanempunya diri. “ Abang Qalleed..Abang Qalleed..bilakah sampaimu abang..kenapatidak pulang ke rumah?” Melati yakin bahawa itu adalah suaminya.  Bayu tidak berkata apa-apa. Jiwa yangmendengar juga kaget...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh