Monolog
Tidak pernah terfikir yang aku akan bergelar guru. Perlu
berada di sekolah mengadap budak-budak yang pelbagai ragam. Ditambah lagi
dengan kerja-kerja pengkeranian itu ini. Bukan semua orang sanggup berbuat
sebegitu. Menjadi seorang guru bermakna diri harus bersedia menjadi seribu satu
macam. Superman, Ultraman, Batman atau lain-lain “man” pun belum tentu sanggup
andai diminta menjadi guru.
Perlu berlakon menjadi kerani yang memasukkan pelbagai
maklumat dan data dalam sistem online, dalam fail itu ini. Juga bertindak
sebagai tukang kebun mengajar kemahiran hidup berkebun, bertukang, membaiki,
menjahit dan memasang paip. Dia lah juga sehebat jurulatih berkelas dunia
menyediakan pasukan untuk bersukan bertarung di padang. Kadang kala dia juga
menjadi doktor yang merawat sakit demam pening dan keletihan. Menjadi warden
dan polis mengawasi anak-anak di asrama tidak kira masa.
Aku memang tidak terfikir untuk menjadi guru lantara
faham perit seorang guru yang sabar mengajar aku dan teman-temanku semasa di
bangku sekolah. Berapa ramai yang nakal, yang kaki tidur, kaki couple, kaki ponteng, kaki rokok, kaki
gaduh pun ada. Aku akui yang aku bukan dalam kumpulan itu. Aku ni budak baik,
orang kata geng skema. Sebab tu aku kasihan melihat guru-guru aku yang terpaksa
berdepan karenah budak-budak tu.
Aku memang tak mahu jadi cikgu. Cita-cita aku nak jadi
ahli perniagaan. Satu hari, aku nak buka syarikat milik aku sendiri. Siap
difikir nama lagi dah. NADA INTERPRISE. Syarikat pembinaan, pengangkutan dan
konglomerat berjaya. Terbayang di fikiraku, yang aku akan membina sebuah
empayar teguh di tempat kelahiranku. Pengakhirannya aku akan abdikan diriku ke
dunia politik bergelar YB yang berjiwa rakyat.
Aku memang mengimpikan perkara ini menjadi nyata. Biar
berapa lama masa pun aku tak peduli. Aku memang tak mahu jadi guru. Biar lah
orang lain yang lebih sabar, lebih berjiwa seni menjadi guru. Tapi bukan aku.
Jiwa aku bukan jiwa guru.
Tapi kenapa mak abah aku nak sangat aku jadi guru?
Alasannya mudah sahaja. Jadi guru ni kerja dengan kerajaan. Ada pencen, gaji
terjamin dan bla bla bla bla... Itu ini dipujuk supaya aku jadi guru. Aku tak
nak. Tak nak, tak nakkkkkkkk... Tolong lah faham jiwa anak mu ini bukan jiwa
guru. Aku tak nak jadi guru. Cukuplah enam tahun di sekolah rendah, 5 tahun di
sekolah menengah dan empat tahun di universiti. Aku dah jemu mengadap muka guru
aku. Aku nak tengok muka makhluk lain pula.
Tapi akhirnya begini lah nasib aku!!! Takdir Allah
barangkali. Di mana-mana pun kini, aku tetap juga di panggil guru. Ke kiri
Cikgu Arzman, ke kanan cikgu Arzman. Atas bawah pun cikgu Arzman. Adooiiiiiii
aku tak terfikir pun aku akan dipanggil Cikgu!!!
Apa-apa pun, memang ini lah diri aku. Bila kau buat
sesuatu, aku akan buat sepenuh hati. Setelah aku bergelar guru, jiwa raga ku
adalah menajdi seorang guru. Aku akan terus dengan tagline diri aku “ seorang manusia biasa, yang berjiwa luar biasa”
tapi kena lah tukar sikit kan. Aku tukar jadi “Seorang Guru Biasa, Berjiwa Luar
Biasa”
Kini aku sangat
happy dengan status aku seorang guru. Aku boleh jadi pelakon yang terhebat sebagai
guru. Aku lah kerani, tukang kebun, jurulatih, doktor, hatta tok bomoh, tukang
tilik yang terbaik di pasaran. Terima kasih atas usaha mak aku yang memulakan
langkah pertama aku bergelar seorang guru. Terima Kasih Cikgu… Aku Suka! Aku
Suka! Aku Suka! Jom layan kisah benar aku sepanjang bergelar cikgu.
BAB 1 : LANGKAH BERMULA
“Assalammulaikum.. Mak cek lulus pangkat 1 mak. Dapat 19
agregat!!! “
“Waalaikummussalam. Alhamdulillah, tahniah la abang...
Lepaih ni isi borang cikgu.”
Aduhhhhhh.... Cikgu lagi. Aku tak mau jadi cikgu. Taubat
aku tak mau jadi cikgu. Aku nak masuk Universiti Utara Malaysia. Nun di utara.
Aku dah target U ni sejak aku lulus UPSR lagi. Nampak tak? Sejak aku sekolah
rendah lagi, aku dah set yang aku nak masuk UUM. Bukan U lain apa lagi masuk
maktab.
“Tahniah Arzman. Tak sangko pulok Ekonomi mu dapat A.”
“Terima kasih Cikgu Wan. Saya pun memang tak sangka sebab
langsung tak target. Rezeki kot. Yang saya target pulak dapat C. Minta halal
ilmu yang cikgu beri kat saya ya.”
“Lepas ni mu nak gi mano? Masuk maktab? Senang dapat
kijo. Jadi cigu ni ada pecen. Dari mu make gaji dengan swasta.”
Aduhhhhhh Cikgu lagi..... Aku tak minat, tak minat tak
minattttttttttttttttttttt!!!
Selepas duduk seketika dan berjumpa dengan guru-guru yang
pernah mengajar aku, aku pun memohon undur diri. Selamat tinggal Sekolah
Menengah Sains Teluk Intan. Lima tahun aku di SEMESTI, terlalu banyak kisah
pahit dan manis yang aku lalui. Aku minta dihalalkan lah segala ilmu yang cikgu
beri pada aku. Aku tak berapa nak ingat dah nama-nama cikgu yang dah beri aku
ilmu. Tapi raut wajah confirmaku
akan ingat.
Terima kasih cikgu Ardani yang mengajar Geografi
merangkap mentor aku, cikgu Rohaya mengajar Sains, cikgu Seri Rohayu mengajar
Matematik Tambahan yang mana tak pernah lulus masa ujian, Asyik dapat
belas-belas je markahnya. Tapi SPM aku lulus tau. Cikgu Wan apa yer??? Cikgu
Wan ni orang Kelantan. Ajar Ekonomi Asas. Cikgu Azlin ajar English. Aku paling
tak lupa subjek ni lah. Sentiasa aku kena marah kena denda. Pernah dia tanya
kenapa aku tak minat english? Selamber badak aku jawab “English ni bahasa
penjajah! Saya benci penjajah!!” Mak aiiii.. semangat Dato’ Maharaja Lela betul
aku kan. Tak tahu lah kenapa?
Tak lupa juga cikgu Norzainal yang mengajar Sejarah seratus
persen guna buku teks. Sampai boleh khatam teks sejarah daripada khatam Al
Quran. Cikgu Chong Diam Fong ajar Prinsip Akaun. Tapi serius aku tak minat dan
diam sama seperti nama cikgu tu. Cuma tak lah diam sampai tertidur macam
budak-budak hari ni. Lain-lain guru minta maaf aku tak berapa nak ingat lah.
Guru Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik dan Bahasa Cina. Muka aku ingat. Nama saja yang tak ingat. Minta maaf
minta ampun ya cikgu-cikgu. Dan Aku rasa mereka pun tak berapa nak ingat dan
Arzman ni yang mana satu?
Masakan tidak, aku ni manusia paling pendiam di sekolah
tu agaknya. Adalah sebab kenapa aku ni pendiam, menyisih diri dari masyarakat
sekolah. Berkawan pun dengan junior-junior. Rakan-rakan rapat dan beberapa
orang cikgu mungkin tahu kisah getir yang terpaksa aku lalui sepanjang aku di
SEMESTI. Namun, aku bersyukur, kegetiran itu sangat mengajar aku erti sabar,
tabah dan bersemangat untuk berjaya. Terima kasih teman-teman.
Aku tinggalkan SEMESTI dengan langkah yang boleh aku aku
banggakan. Dalam pada aku berdepan seribu satu dugaan yang maha berat untuk ku
tanggung, aku masih lagi mampu mendapat Pangkat 1 dengan 19 agregat. Waktu itu,
kira hebat juga tu. Ada jug ayang dapat pangkat 2, pangkat 3. Yang gagal pun
ada tahu. Aku terbaik!!!
Seminggu duduk di rumah, boleh dikatakan setiap hari
posmen akan datang menghulurkan surat. Macam arti s pulak aku ni. Surat tawaran
daru UiTM, dari kolej-kolej swasta dan ada juga surat tawaran belajar sambil
bekerja daripada Petronas. Nampak menarik sangat. Masa belajar lagi dah di
tawar elaun seribu ringgit sebulan. Habis belajar tiga tahun terus sahaja kerja
dengan Petronas dengan gaji hampir lima ribu Ringgit Malaysia. Ada peluang ke
luar negara juga tu.
Tapi iman aku ni kukuh. Dalam kepala dah terpatri simpul
mata. Aku nak masuk UUM. Aku hanya nak masuk Universiti Utara Malaysia. Lupa
nak bagitau tahun tu, kita masih lagi tak perlu memohon masuk. Cukup sekali isi
borang UPU lepas tu tunggu sahaja apa-apa tawaran yang datang. Sekarang ni,
apa-apa pun kena mohon. Dah tu, yang memohon puluh ribu tapi tempat yang
disediakan tak sampai sepuluh ribu. Kasihan. Sebab apa ye? Budak-budak sekarang
makin pandai atau keputusan peperiksaan sekarang yang tidak menggambarkan
kualiti pelajar hari ini?
Setiap hari aku tunggu surat tawaran dari UUM. Tapi hari-hari juga kau kecewa.
Tapi aku yakin yang aku akan dapat masuk UUM. Sementara tunggu tu, aku terus
lah bekerka dengan Apek Ban Sheng. Aku keje di Pusat Servis Bot di pekan Pantai
Remis. Setiap hari aku kena berkayuh basikal sejauh lime belas kilometer untuk
datang kerja. Lepas subuh, aku mula berkayuh. Hampir sejam juga. Bekerja dari
jam 8.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Gaji aku masa tu empat belas ringgit
sehari. Penat jangan dicakap. Memang penat yang amat. Ada juga dulu aku lari.
Aku pergi Penang dengan kawan, Tapi semalam sahaja. Pagi esoknya belum sempat
kerja kilang, aku dah blah balik. Malam tu aku kena paww dengan mat bangla mana
di kedai runcit. Ada ke patut, dia beli barang aku yang kena bayar? Lepas tu aku
tolong Pak Lang aku jual air tebu. Sebelum aku balik semula kerja dengan apek
Ban Sheng. Dia je yang boleh bagi aku duit gaji yang baik. Masa tu dah naik
jadi tujuh belas ringgit sehari.
Akhirnya!! Aku dapat dua pucuk surat. Satu tawaran dari
Maktab Perguruan di Ipoh dan satu lagi Matrikulasi Universiti Utara Malaysia.
Aku gembira tidak terkata time tu.
“Abang dah buat pilihan ka? Mak harap abang pilih maktab.
Masuk sana ada elaun, tak payah nak keluar duit banyak. Kalau masuk kolej abang
tau saja lah. Semua tu nak makan duit kita saja. Kita ni bukan orang senang
abang....”
“Cek nak masuk UUM. Cek tak mau masuk maktab, tak mau
masuk Petronas dan tak mau masuk mana-mana kolej. Cek nak masuk Matrik UUM.”
Aku nampak muka mak aku kecewa. Sebab tu masa aku pergi
daftar diri tu, walaupun satu van pi hantar aku, tapi tak nampak muka gembira
di wajah mak dan abah aku. Adik-adik aku semua happy. Ye lah dapat jalan-jalan ke Kedah kan. Dan aku yakin, kisah
lima tahun aku di SEMESTI akan berulang lagi. Dihantar masa mula masuk Form 1, dijemput bila habis Form 5. Itupun sebab barang banyak nak
kena bawa balik. Tapi aku tak kisah sebab faham yang keluarga aku bukan orang
senang.
Bergelar lah aku mahasiswa Matrikulasi UUM. Aku duduk di
kolej kediaman TNB dan pagi-pagi naik bas ke kelas. Syok nya lah rasa masa tu.
Lagi aku tak sangka aku beranikan diri masuk bertanding pilihanraya matrik. Aku
ingat sampai bila-bila. Aku calon nombor enam dan motto aku pun Elak Nama Ayah
ibu Malu. Aku yang selama ini pendiam boleh rupanya bercakap bila mikrofon di
tangan. Aku dapat undian kedua tertinggi dari ramai-ramai calon. Seterusnya aku
jadi Pengerusi Majlis Perwakilan Matrikulasi (MPM). Hahahahahahaha aku gelak
kat diri aku sendiri sebab aku pun tak percaya sebenarnya yang aku akan jadi
Yang Diipertua MPM. Jawatan tertinggi dalam MPM tu.
Semangat punya pasal sebab cita-cita nak masuk UUM
tercapai, aku berjaya menamatkan pengajian di Pusat Matrikulasi UUM dan mulai
15 Jun 1996 aku bergelar mahasiswa UUM secara rasmi dalam bidang Pengurusan
Sumber Manusia. Untuk gerak kerja kokurikulum pula aku ambil Khidmat Masyarakat
(Pendidikan). Saja aku ambil tu sebab kalau ambil unit Pengakap, BBSM, Kadet,
Pelapes dah kena kawad. Aku pantang bab berkawad ni. Memang aku akan hilang
dulu. Tidak tahu lah kenapa langsung tak suka berkawad.
Bila masuk khidmat masyarakat ni, salah satu pengisiannya
ialah praktikal. Aku diwajibkan menjalani latihan praktikal. Setiap hari khamis
aku akan mengajar di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan. Aku dan kawan aku
sorang nama apa aku dah tak ingat di SMK Changlun. Aku jumpa dengan Pengetuanya
dan kami diberikan sekumpulan dua puluh orang pelajar tingkatan dua untuk kami
ajar. Kiranya kelas tambahan buat mereka lah. Siap dipesan kami kena sedia
menerima jika pelajar-pelajar ini nakal.
Setakat aku mengajar saban minggu okey jer. Mungkin sebab
guru baru, handsome (perasan giler.. atau orang kata poyo!) pulak tu. Mereka
semua okey je. Tiga nama yang aku ingat sampai sekarang iaitu Kartina Shahriza,
Rabiatul Adawiyah dan Nurul Izyan. Aku ingat sebab mereka tiga orang ni
pengawas dan paling banyak bertanya time kelas. Sekarang ni, agaknya semua dah
kerja dah kahwin ada anak dua tiga orang kan. Lama dah tu. Jujur aku cakap, jiw
asebagai seorang guru tetap tak ada dalam diri aku. Mengajar sekadar nak penuhi
kehendak kursus. Cumanya, aku ikhlas dengan ilmu yang aku berikan.
Dalam pada tak ada jiwa, setiap kali result peperiksaan keluar, yang inilah selalu memberi aku gred A.
Agaknya jika aku ada jiwa guru, di gred tu siap ada tanda bintang apa kan. Tapi
itu semua kisah dulu kan. Syok juga mengajar ni cuma aku masih dengan stigma
aku tak mahu jadi cikgu.
Hari bersejarah aku berlangsung pada 11 November 2000.
Aku menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Dengan Kepujian dari
UUM. Aku bersalam dengan Dato’ Dr. Abdul Hamid Pawanteh, Naib Canselor UUM.
Kalau aku dapat Kelas Pertama mungkin aku akan dapat bersalam dengan Sultan
Kedah. Tapi niat aku masuk UUM tu sekadar nak bergelar mahasiswa UUM dan dapat
ijazah. Tak kisah kelas berapa pun.
Dengan iringan muzik gamelan, aku menerima segulung ijazah kelas kedua
sahaja. Bersaksikan mak abah aku dan di
luar Dewan Muadzam Shah tu ada kakak dan adik-adik aku bersama dengan Norlaili
dan Kartina Shahriza. Aku jemput dua orang ni bersama sebab mereka ni teman
yang banyak beri aku dorongan untuk menghabiskan pengajian di UUM.
UUM dah masuk, ijazah dah dapat. Ke mana langkah aku
seterusnya ya? Baru nak fikir. Nak buka bisnes sendiri confirm tak boleh. Duit bukannya ada. Nak kerja, ada ke company yang nak terima aku yang tak da
pengalaman ni? Aduh.... macam mana ni? Tapi aku tak menyesal walaupun mak aku
ada cakap kat aku satu hari tu.
“Itu lah, mak suruh masuk maktab, abang tak mau. La ni,
ada ijazah pun nak guna ke mana?”
Aku dapat panggilan daripada Encik Ahmad Khusairi,
Pegawai jabatan Buruh Taiping. Dia kata ada syarikat sudi nak terima aku
bekerja sebagai Pengurus Personel syarikat tu. Tu dia!!! Rezeki datang
bergolek. Aku terus meninggalkan kampung aku dan memulakan kehidupan di Taiping
sebagai Pengurus Personel di Prima Food Quality. Kilang membuat roti dan biskut
yang tidak lah sehebat Gardenia atau High5 tu. Tapi oleh lah sebab fresh graduate dapat jadi pengurus
personel. Syarikat cina pula tu. Aku pun memulakan kerjaya sebagai pengurus di
situ dengan semangat yang membara. Tak sabar nak praktik ilmu yang di pelajari
di UUM.
BAB 2 : INDAH KHABAR DARI RUPA
“Saya mau, you tengok apa yang tidak kena dengan company
kita. Then you buat cadangan biar i tengok. Yang penting ikut law.”
“Ok boss. Beri saya masa sebulan untuk melihat dan
mengemuka cadangan.”
“Ok satu bulan i kasi you.”
Dengan gaji ditawarkan RM2500 kira lumayan lah tu jika dibanding dengan
pengalaman aku yang kosong kan. Aku melihat keseluruhan syarikat, selak satu
persatu fail syarikat. Dari jam 8.00 pagi ke pukul 6.00 petang aku buat kerja
aku. Lebih dua jam setiap hari aku kerja. Dapat bayaran lebih hihihihihihihihi.
“Bos, ini saya punya dapatan dan cadangan untuk bos lihat dan
pertimbangkan.”
“Haiya... ini tidak boleh terima. Ini orang i punya adik,
ini i punya sepupu. So, memang gaji dia orang kasi lebih sikit. Ini maid, i
bayar itu kerajaan, so suka hati i mau bawa dia datang sini. Ini pun mana boleh
bikin. Kos tinggi man amau untung?”
“Tapi bos suruh saya tengok, saya betulkan yang tak betul
kan? Gaji mesti sama rata lah. Tak kisah lah adik beradik atau tidak. Gaji
mesti ikut taraf pendidikan dan pengalaman. Orang gaji tu, kontrak sebut
bertugas di rumah sahaja kan. Bukan bawa ke sini buat kerja sini. Kalau Jabatan
Buruh tahu, boleh kena saman.”
“Haiyaaa.. you bos ka i boss?? I bayar you gaji untuk
bikin keje you. Bukan pandai-pandai!”
Pening kepala aku dengan boss cina aku ni. Kalau tak
sebab fikir dia boss, dah lama makan penampar aku kot. Nasib baik kau tu boss
aku nyonya oiii.... Aku malas nak pening kepala dalam bab ni. Sebab aku rasa
yang boss cina aku ni tidak akan menerima apa sahaja cadangan pembetulan yang
aku dah panjangkan pada dia. So? Apa guna aku terus ada di situ? Sebagai
Pengurus Personel tapi power tak ada? Dah tu, gaji dijanji RM2500 di bayar
hanya RM1500. Alasan aku tidak sah jawatan lagi. Tidak pula dinyatakan dalam
kontrak begitu.
Akhirnya aku nekad letak jawatan 24 jam dan aku balik
kampung. Cuma aku bawa bersama beberapa fail syarikat. Bukan apa, aku ni fikir
juga kalau-kalau syarikat tahan gaji aku. Rugi lah kan. Selepas
berbincang-bincang dan aku dapat bayaran penuh gaji aku, aku pun tinggal kan
fail-fail syarikat di Balai Polis Kamunting.
Aku pun kembali mengadap apek Ban Sheng dan bekerja
sebagai kuli dia semula. Aku masukd alam air paras leher, naik kan bot dari air
ke darat. Cuci, buang teritip di badan bot, dah kering, aku cat bot tu dan
kemudian turunkan semula ke air. Gaji aku time tu dan diberi RM21.00 sehari. Ok
lah tu dari awal-awal dulu RM14 sahaja. Kerja memang teruk. Tapi aku tak ada
pilihan. Aku kena kerja untuk kumpul duit sebelum nak ke mana-mana memula
kerier aku. Ada juga bercita-cita nak ke Kuala Lumpur atau Selangor.
Dua bulan aku kerja situ, gaji aku dah naik jadi RM30.00
sehari sebab aku dah mahir buat semua kerja. Paling penting, aku jenis yang tak
melawan cakap tokey aku. Aku diam dan buat sahaja kerja yang di suruh. Pekerja
dia yang lain silih berganti. Tak tahan dengan mulut dia yang macam bertih jagung.
Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tahan kerja dengan dia. Aku dapat beli
motorsikal. AEF 7395 kris hitam pilihan ku. Itu lah harta pertama yang aku
miliki. Tapi sebulan pakai, aku terbabas dalam hujan. Dua bulan motor aku
tersimpan di bengkel sebelum dapat diguna semula.
Dalam diam-diam, mak aku rupanya ada berbuat sesuatu.
Tetiba aku terima surat panggilan temuduga untuk kemasukan program Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah. Orang panggil KPLI lah sekarang ni. Adoii mak aku ni.
Semangat nak tengok aku jadi cikgu tak pernah padam. Aku pun, nak tak nak pergi
lah temuduga tu di Ipoh.
Calon ramai lah juga. Dan aku fikir-fikir tiap seorang
tak kurang sepuluh minit di dalam bilik tu. Apa yang disoal? Siapa Menteri
Pelajaran? Siapa PM? Siapa Menteri itu ini? Atau sebab apa nak jadi guru? Apa
aku nak jawab? Mak aku suruh? Tunggu sahaja lah apa soalan dan aku jawab dengan
jawapan yang paling jujur.
“Boleh awak jelaskan kenapa Malaysia kalah final bola
sepak Sukan Sea kepada Filipina baru-baru ini?”
Apa punya soalan daa??? Tak ada kaitan dengan perguruan
langsung. Ke dia nak saja nak test kebijaksanaan aku. Nak sangat yer. Nak
dengarkan jawapan jujur dan penuh bijaksana ku.
“Malaysia kalah final bola sepak lawan Filipina tu sebab
keeper! Keeper Malaysia sangat bodoh. Bola yang sepatutnya dia boleh tangkap
dengan mudah tetapi nak tunjuk fancy punya pasal, nak ditendangnya. Tapi apa
jadi? Miss kick. Boleh terlepas ke kaki pemain Filipina. Mudah saja ditendang
masuk gol. It lah kesilapan Syamsuri Mustafa yang paling bodoh.”
“Okey, itu sahaja yang saya nak tanya. Ada apa-apa
soalan?”
“Itu sahaja? Emm saya nak tanya, saya dapat ke masuk
maktab?”
“Awak rasa?”
“Saya rasa saya dapat sebab setakat ni, saya tak pernah
lagi gagal dalam temuduga ataupun ujian akhir yang penting-penting.”
“Oh begitu. Awak sanggup jika awak kena mengajar di Sabah
atau Sarawak? Di hulu yang tiada kemudahan asas?”
“Saya tak kisah tuan. Lagipun nak harap pergi sendiri
sana, mungkin tak kan pergi. So, jika di hantar memang saya akan pergi. Memang
andainya saya dapat jadi cikgu, time nak isi borang posting nanti saya akan
letak 1. Sabah, 2. Sarawak dan 3. Baru semenanjung yang jauh dari negeri saya.
Macam Johor atau Melaka.”
“Ok, tunggu sahaja lah surat tawaran. Terima kasih.”
Aku kembali mengecat bot bersama apek ban Sheng. Gaji aku
time dah cukup lumayan kot. RM37.00 sehari. Memang mewah. Bersih-bersih dapat
sekitar RM1100 sebulan. Tiada EPF tiada SOCSO. Aku pun seronok kerja kat situ.
Memanglah tak perlukan sijil apa lagi ijazah untuk kerja kat situ. Cukup
sekadar rajin dan sedia bekerja keras. Kadang-kadang kerja tak ada, aku
bercuti. Cuma jika bercuti, tak da lah gaji. Kira gaji hari. Itu yang
kadang-kadang hari yang tak ada bot, aku datang juga buat kerja pembersihan
kawasan kerja. Dapat juga gaji.
10 Januari 2002 aku dapat surat tawaran KPLI. Akhirnya
aku tak sangka aku akan masuk juga ke Maktab Perguruan. Ini semua mak aku punya
kerja. Aku masuk sebab mak aku yang nak
sangat tengok aku jadi cikgu. Nasib aku dihantar jauh. Aku ditawar masuk ke
Maktab Perguruan tengku Ampuan Afzan, di Pahang. Aku pun mendaftar diri dan
bergelar guru pelatih mulai 20 Januari 2002. Aku nak jadi cikgu? Matematik
pulak tu!!
Bersama-sam ageng KPLI yang lain, aku mendalami ilmu
matematik sebagai major dan imlu pendidikan sebagai pelengkap diri. Sekali lagi
aku bermasalah. Matematik yang diajar adalah lebih kepada matematik tambahan.
Aku ni mana pandai add math! SPM pun
cukup-cukup makan jer. Tapi aku berterima kasih pada rakan pelatih aku, Noor
Alydza dan Rafidah Uzir yang kerap memberi aku salin jawapan mereka hahahahaha.
Lupa nak bagitau, aku dilantik jadi Ketua Kelas KPLI tau.
Apa lah mereka ni bagi aku yang diam ni jadi ketua. Masuk maktab ni aku tak
diam seperti dulu dah. Aku dah boleh bercakap dan bising-bising. Maklumlah aku
kan ketua. KU YOP panggilan aku. Ketua Unit. Yop tu sebab aku orang Perak. Di
maktab ni lah aku mencuba pelbagai benda. Aku mengenali tenis, aku libat diri
dengan Badan Bulan Sabit Merah Malaysia (BBSM) dan semua yang aku ceburi semuanya
aku dilantik jadi ketua. Seolah aku ni pakar semua. Apa yang peliknya? Aku kan
luar biasa. Ada juga kerja gila aku buat tau semasa di maktab.
Aku berkenalan dengan budak cashier kantin. Hahaha. Orang lain pakat tackle guru pelatih tapi
aku lebih suka budak cashier ni. Bukan lah minat sebab apa. Sebab aku tengok
muka dia muka ada masalah. Dalam mulut dok membebel macam murai tercabut ekor,
dia ada masalah yang bukan mudah dihadap sorang-sorang. Bila aku dapat kenal
dia, aku boleh bagi semangat
Kat dia kan. Sekurang-kurang dia ada tempat nak
bercerita. Bila maktab nak dipindahkan dari Kuantan ke kampus baru di Kuala
Lipis, aku sedih juga sebab tak boleh dah nak usik adik cashier tu. Tapi tetap kekal berkawan sampai hari ni.
Pernah juga aku bermotor dari Lipis ke Raub. Jauhnya
lebih kurang 80 km tau. Semata-mata sebab teman sepelatih yang mengidam. Bahaya
ooo orang pregnant jika tak dapat apa yang dia nak makan. Kang nanti anak
melelh air liur. Itu orang kata. Aku percaya jer. Lagipun aku kan ketua diaorang
kat situ.Kena jaga anak buah betul-betul.
Pengalaman bersama rakan-rakan KPLI sangat membantu aku
menimbulkan rasa suka pada kerjaya yang bakal aku ceburi sepenuh masa. Aku mula
suka sikit-sikit bergelar cikgu. Terima kasih lah Dato’, Tok Ayah, Tok Aji, Mak
Aji, Linda, Aisyah, Kak Wani, Kak Irda, Abang Faris, Mat Roi dan lain-lain lagi
tu. Nak sebut semua nama 40 orang tu kot panjang.
Aku seronok sangat bila dapat peluang mengikuti program
Bina Insan Guru (BIG) di Pekan. Teringat time latihan di dalam air, tak ada
siapa nak berkayak dengan sorang guru pelatih india ni. Badan besar dan aku tak
ingat nama dia. Aku lah sanggup sebab aku ketua. Masa berkayuh tu, silap kayuh.
Kayak kami terbalik. Time tu aku tak ingat, mungkin aku tendang muka dia kot
untuk segera timbul di permukaan air.
Lagi satu yang buat aku seronok adalah ketika dapat buat
Khidmat Masyarakat Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai juga
di Pekan, Pahang. Program tiga hari dua malam yang memberikan peluang untuk
menyumbang bakti kepada masyarakat di sana. Macam-macam yang kami buat dan
dalam pada itu kami juga di “buli” oleh pelajar-pelajar di sekolah tu. Tidak
mengapalah.
Sampai hati adik-adik semua yer membuli bakal-bakal guru
Malaysia ni ya. Aku akan ingat namakau. Saloma. Ketua pembuli SMK Paloh Hinai.
Juliana juga timbalannya. Yang lelaki tidak pula berani nak membuli. Aku
bersama-sama rakan-rakan ku menjayakan pelbagai aktiviti meliputi kelas, gotong
royong dan sukaneka. Tiga hari dua malam terasa begitu pantas berlalu.
Sekurang-kurangnya semangat aku nak menjiwai nama cikgu
tu dapat dipertingkatkan. Sekolah tu ada campuran orang asli juga. Tapi satu
apa pun aku tak belajar tentang perkataan yang mereka gunakan. Apalagi nak
melihat gaya hidup mereka. Lagipun, orang asli sekarang bukan yang bercawat
macam satu masa dulu kan. Dah moden dah sekarang ni. Entah-entah lebih moden
dari orang kita yang di bandar. Mereka ada parabola kan? Kita ni harap nak ada
piring astro sahaja. Hebat tu. Kerja
kutip hasil hutan, memburung kijang tapi dapat miliki parabola. Best tu....
Bayangkan kalau aku bercawat? Pegang sumpit? Eiiiii tak sanggup aku nak
bayangkan walaupun mungkin nak try juga hahaha.
MPTAA mengajar aku banyak tentang dunia perguruan. Semasa
aku menjalani sepuh minggu praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Bera juga,
aku mula melihat dunia pendidikan dari perspektif seorang guru. Bila berada di
dalam bilik guru, melihat suasana di dalam bilik guru, tak kurang gossip-gossip
semasa guru rupanya tidak lah sesukar mana. Rasa aku lah. Aku lihat guru-guru
di situ masih punya masa berehat, bergossip, membuat jualan langsung. Dipujuk
aku membeli insurans dan tupperware. Aku memang tidak berminat dengan semua tu.
Aku hanya tersenyum dan menyatakan aku belum berminat lagi.
Aku mampu mengawal kelas yangaku ajar dan tidak hairan
lah jika mendapat pujian daripada Guru Penolong Kanan Akademik sekolah itu,
Cikgu Hassan Bin Basri. Penamatnya latihan praktikal itu aku dan cikgu Suhaimi
mendapat banyak hadiah dari pelajar-pelajar aku. Tidak kurang yang menangis dan
berpesan agar terus mengajar di SMK Benta. Confirm
lah aku tidak akan ke situ. Dalam kepala dah set nak mengajar di Sabah atau
Sarawak.
BAB 3 : NAIK BELON MAS
Tamat sudah pengajian aku di MPTAA, balik lah semula ke
Pantai Remis. Kembali bekerja dengan apek Ban Sheng sementara tunggu surat
posting. Lupa nak bagitau. Masa isi borang posting, pilihan aku sama seperti
yang aku cakap masa interview setahun yang lalu. Aku akan pilih nombor satu
Sabah. Nombor dua Sarawak dan nombor tiga Johor. Aku nak sejauh yang mungkin
dari negeri kelahiran ku. Belum tiba masanya untuk aku berkhidmat di negeri
Darul Ridzuan ni. Tunggu lah kot dekat-dekat nak pencen ke. Atau memang ada
peluang langsung lah nak merasa langsung tulang empat kerat anak jati Pantai
Remis ni.
10 Januari 2002 aku masa aku sedang leka membaca surat
khabar di buai bawah pokok mempelam, datang lah posmen ke halaman rumah aku
bawa surat tertulis Urusan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong. Aku dah tahu surat
posting aku dan dalam diam aku doa lagi “Bagi lah dapat Sabah atau Sarawak.”
Aku tinggalkan sementara Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Harakah
mahupun Keadilan. Aku ambil surat dari posmen selepas aku calit satu
tandatangan di buku penerimaan surat berdaftar. Aku buka......
“Yahooooooooo... dapat pergi Sarawak!!!!!” Tapi aku tak
lah menjerit macam tu. Aku buat-buat sedih. Bagitau lah kat mak aku.
“Mak, cek dapat surat posting dah.”
“Dapat kat mana? Area sini juga ka?”
“Dak.... Kena pi Sarawak! Betul lah kata pensyarah kat
maktab hari tu. Batch kami semua akan di hantar ke Sabah Sarawak.”
“Awat yang jauh sangat. Minta tukaq ke sini la.”
“Belum pi lagi pun dah nak minta tukaq dah? Dulu nak
sangat kan orang jadi cikgu. Kena la terima bila anak di hantaq pi mana-mana
pun.”
Aku tinggalkan mak aku yang termangu dan aku pun kembali
baca surat khabar yang masih ada lagi ruangan yang belum dibaca habis. Bukan
baca semua pun. Ruangan sukan tu wajib baca semua. Ruangan hiburan okey juga
lah. Yang tak tengok sangat tu ruangan ekonomi. Aku memang dalam satu hari akan
beli empat lima jenis surat khabar. Memang isinya sama tapi jenis surat khabar
tak sama kan. Nak kena seimbang antara surat khabar yang berpihak kerajaan
dengan surat khabar yang berpihak pembangkang. Aku bukan ahli mana-mana parti
tapi aku ambil tahu perkembangan semasa politik negara.
Petang itu aku berjumpa dengan Norasyikin. Aku beritahu
dia yang aku akan mula bertugas di Sarawak. Dia nampak terkejut tapi aku tahu
dia sedia merelakan aku pergi ke sana. Dari awal perkenalan aku dengan dia pun
aku dah menyatakan yang aku besar kemungkinan akan di hantar bertugas ke
Malaysia timur.
“Apa kata kalau sebelum abang pergi, kita nikah? Tak
payah ikut plan kita yang asal. Ikin boleh ikut abang ke sana. Tidak lah berjauhan.
Apa pandangan Ikin?”
“Ikin tak mau! Ikin nak kita ikut plan asal kita. Ikin
tak sedia nak kawin. Ikin muda lagi.”
“Tapi abang nak pergi bukan dekat. Tak tau berapa lama
pulak tu. Mak pun tak kisah kalau kita nikah terus. Lagi senang. Tak lah dia
risau abang sorang-sorang kat sana. Dia takut kalau abang terpikat kat orang
sana, langsung tak mau balik sini.”
“Itu ikut abang lah. Tapi, Ikin tak nak! Muktamad! Ikin
tak nak! Kalau abang tak boleh nak terima, senang saja. Kita putus!”
Putus? Aku putus sebelum aku nak berangkat ke Sarawak.
Sedihnya hati. Aku pun meninggal kan Ikin yang tetap berkeras hati dengan
memecut AEF 7395 aku tu melepaskan rasa kecewa. Bila hati dan jiwa melayang
memikirkan hal lain, akibat buruk sudah pasti. Sama seperti yang ada di papan
iklan di tepi-tepi highway. Tidak berhati-hati, padah menanti. Aku tersungkur
lagi di jalan raya. Sakit giler bila aku terperosok dalam hutan. Tangan aku
tertusuk dengna batang pokok ubi. Apalah punya sial kau anak lembu. Yang kamu
melintas waktu aku sedang pecut laju apasal? Tak pasal-pasal kau mati merasa
motor aku.
Aku tak kisah. Tangan yang sakit ni tidak sesakit hati
yang terluka. Chewahhhh sempat lagi berjiwang karat di saat kecelakaaan.
Bersantai kira-kira empat jam di Hospital Taiping. Aku disuntik di cucuk untuk
masuk air dan dibenarkan rehat. Petang tu aku datang dijemput sebab aku tak
dapat jalan betul. Terjongket tersenget juga lak kisah lah. Paha pun masih
terasa sengal-sengal lagi. Nasib baik tak arwah. Kalau tidak, kempunan Bumi Kenyalang
nak merasa khidmat aku kan.
Seminggu dah berlalu. Norasyikin pun langsung berdiam
diri. Tak kisah lah sebab aku pun bukan jenis yang suka sangat memaksa orang
untuk terus suka kat aku. Biar semuanya ikhlas sendiri. Dipaksa-paksa pun tidak
membawa bahagia. Bukan aku tak pernah putus cinta pun. Dulu aku putus dengan
Amaliah pun bukan sebab aku tak mahu kat dia. Tapi keluarga dia yang tidak
boleh terima aku yang berasal dari semenanjung. Sudahnya aku tersungkur atas
jalan juga. Kes langgar lopak aor dalam hujan. Lopak tu pun, time tu lah nak
muncul. Aku tak nampak sebab dalam hujan. Lepas tu aku juga pernah juga
accident bertembung dengan lori treler lagi tu masa aku kecewa dengan Siti Noor
Fatmah.
Cuma dengan Siti Noor Fatmah tu aku tidak lah mengharapkan
sangat. Aku suka-suka cuba nasib. Yelah, berkawan rapat dan nampak serasikan.
Cuba je lah luah hasrat. Mana tahu gadis cashier
maktab tu mahu terima aku. Rupanya telahan aku salah. Dia dah ada pakwe dah.
Aku sendiri yang frust sikit saja. Sikit-sikit pun mencium juga tayar treler di
Mentakab.
Jadi, bila putus lagi buat kali kali ini aku tak da rasa
ralat sangat pun. Cuma aku harap ini putus yang terakhir lah. Aku nak lupa
sejenak kisah cinta. Aku nak bina kerjaya dan memula-kan kehidupan sebagai
seorang guru dan seorang warga negeri Sarawak. Semangat aku nak ke sana.
Sekarang peluang dah pun di depan mata. Terima kasih dan selamat tinggal kisah
cinta ku. Tidak lupa tapi tak kan diingat lagi.
Pagi itu, aku dan emak aku ke Kuala Lumpur. Aku perlu ke
Hotel Dynasti untuk sesi taklimat dan orientasi khas sebelum terbang ke
Sarawak. Aku akan bermalam di hotel. Terbayangkan kali pertama dan terakhir aku
meningap di hotel adalah pada tahun 2000. Waktu itu aku sedang menjalani
praktikal di Jabatan Buruh Taiping. Jabatan Buruh Taiping menganjurkan Seminar
Perburuhan Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama yang mana aku dilantik
sebagai penyelaras. Jadi sehari sebelum program berlangsung aku ditempatkan di
hotel Legend Inn untuk membuat persiapan akhir sebelum menerima kira-kira dua
ratus orang pengurus syarikat atau pengurus sumber manusia dari dua ratus
syarikat dalam daerah Larut Matang Dan Selama. Besar tanggungjawab untuk
menguruskan majlis yang akan dirasmikan oleh Pengarah Buruh Perak, Encik Malek
Bin Ishak.
Aku akan meninggalkan kampung halaman dan meninggalkan
seluruh keluarga di sini. Malam itu aku mengemas barang aku. Aku nak bawa hanya
satu beg sahaja. Malas aku nak pikul dua tiga beg. Dah lah pergi naik bas.
Bukan naik kereta atau dihantar naik van pun.
Di Puduraya, mak aku menyuruh aku menelefon Kak Zam. Aku
raba poket untuk mengambil syiling. Puas di raba tapi tak ada di semua poket.
Mana perginya dompet aku?
“Mak... Dompet orang tak dak ni!!”
“Ya Allah.. agaknya dah kena curi dah tu. Haram jadah sungguh.
Sapa la yang tergamak curi dalam kita dok bersesak kat puduraya ni. Abang tak
dak duit langsung ka?”
“Tak dak. Semua duit yang nak di bawa tu ada dalam
dompet. Duit yang pinjam kat tok pun ada dalam tu. Seribu tu mak. Cek nak pi
Sarawak macam mana dengan duit tak dak, ic pun tak dak, Kot lah boleh naik
kapal terbang macam mana?”
“Tak pa lah. Kita usaha telefon kak Zam dulu minta tolong
dia. Pi kena pi sebab dah arahan.”
Tak lama selepas itu Kak Zam pun sampai dan mak
menceritakan semau yang berlaku.
“Di KL ni man, kalau kita tak berhati-hati, duit dalam
poket depan mata pun boleh hilang. Diaorang tu pakar. Mencuri kita langsung tak
sedar pun. Tau saja dah hilang. Tak pa lah, Man pi lah Sarawak. Jangan bimbang.
Kak Zam bagi sikit duit belanja. Tapi kita pi buat report polis dulu untuk
maklum kehilangan ic dan kad – kad bank tu.”
Akhirnya aku berjaya juga naik belon walaupun tiada ic.
Nasib baik pasport aku simpan dalam beg. Berbekalkan sedikit duit yang
diberikan kak Zam itu lah aku akan memulakan hidup di negeri orang. Aku tidak
patah semangat langsung. Nasib buruk sekarang pasti dibalas dengan kebaikan
yang tidak berpenghujung oleh Dia. Asalkan aku sabar.
BAB 4 : KEJUTAN BUAT AKU
Kecut perut aku masa pesawat Malaysia Airline System atau
MAS berlepas. Terasa kering darah aku. Bila dah ada di atas terasa boring
betul. Seolah-olah pesawat tidak bergerak, Kiri kanan hanya putih awan sahaja.
Nak tidur memang tak dapat tidur. Nak berbual dengan orang di sebelah aku, tak
ada isu nak dibualkan. Penerbangan satu jam empat puluh lima minit itu berakhir
bila sekali lagi perut aku kecut semasa pesawat mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching. Seramai lebih kurang dua ratus orang guru yang
ditempatkan di Sarawak menaiki pesawat itu. Kami disambut oleh wakil dari
Jabatan Pelajaran Sarawak dan kemudian dihantar ke Electra House. Di situ kami
akan
Hampir dua jam menanti van yang disewa tiba, aku sempat
berkenal ala kadar dengan dua lagi guru yang turut sama di hantar ke sekolah
yang sama dengan aku. Dapat lah aku kenal dengan Mohamad Bin Adam dan Siti
Wahida Binti Suleiman. Tapi aku malas lah nak cakap banyak. Aku bukan jenis
ramah tamah yang ringan sangat mulut nak bercerita itu ini. Tidak semua orang
boleh aku berbual. Aku memang dari awal lagi agak pendiam pemalu. Hanya dengan
orang pada fikiran aku boleh ngam dengan aku sahaja yang aku boleh berbual dan
juga berkawan lama. Jika tidak memang tidak akan berkawan lama.
Perjalanan daripada Electra House di Kuching ke Daerah
Simunjan yang terletak kira-kira 175 kilometer aku jangkakan akan mengambil
masa sekitar dua jam untuk sampai. Itu pada perkiran matematik aku jika van
bergerak dengan kelajuan sekata 90 kilometer sejam. Tapi yang sebenarnya lain.
“Lebih kurang empat jam cikgu untuk sampei ke Simunjan.
Jalan sik bagus. Perlu jua lalu nya jalan balak. Belum ada tar lagi cikgu.”
Tu diaaaaaaa!!!!! Kejutan pertama buat aku. Perjalanan
175 kilometer yang akan memakan masa empat jam. Mau kematu punggung aku dalam
van. Tapi aku tak peduli lah. Asalkan sekolahnya nanti dekan dengan pekan
kecil, ada api dan air itu sudah okey bagi aku.
Sepanjang perjalanan aku hanya membaca papan tanda dan
melihat suasana kehijauan kiri dan kanan jalan. Daripada Electra House, sempat
ku baca nama-nama seperti Kota Sentosa, bandar Padawan, Bandar Siburan, Serian,
Balai Ringin dan beberana nama kampung yang pelik-pelik seperti Engsegei,
Munggu, Mawang hinggalah ke Ruan dan Spaoh.
Van berhenti rehat sekitar satu jam di bandar Serian.
Tidak lah teruk sangat bandarnya. Okey jer aku tengok. Lebih kurang sama macam
pekan Pantai Remis tempat aku. Best lagi di Serian ni adanya KFC. Pantai Remis
ada juga tapi dah tutup. Pelik tak? Kali pertama aku lihat dan dengar KFC
terpaksa tutup operasi sebab tidak laku. Orang Pantai Remis tak suka KFC? Atau
boikot barang dari Amerika? Atau lebi suka makan ayam goreng pasar malam dari
KFC? Ataupun suka makan benda lain selain dari ayam?
Lebih kurang jam sepuluh pagi, van memasuki perkarangan
sekolah. Aku happy giler bila tengok sekolah yang bakal menjadi destinasi
pertama aku sebagai seorang guru. Masuk sahaja dah nama surau di sebelah kanan.
Aku fikir ramai pelajar Islam lah di situ. Aku keluar kan wang dari poket
seluar. Perjalanan 175 kilometer itu terpaksa di bayar RM60.00. Rabak poket
aku. Dah la bawa RM500.00 pemberian kak Zam. Gaji belum tentu dapat bilanya.
Aku kena juga bayar. Tapi aku tidak akan cerita pada siapa-siapa yang aku tiada
duit.
“Tak pa cikgu, bayar RM60.00 sahaja. Nanti cikgu dapat
claim semula.”
“Ya lah. Terima kasih uncle.”
Sampai di depan pintu pejabat, cikgu Mohamad Adam
bercakap-cakap sebentar dengan kerani di kaunter bertanya. Seterusnya di bawa
berjumpa dengan Guru Penolong Kanan 1. Aku baca di pintu biliknya tertera nama
Sariee Bin Pet. Apa punya nama aku pun tak tau.
“Selamat datang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan
No.1 ya cikgu. Saya cikgu Sariee, GPK1 sekolah ini. Saya sudah dimaklumkan
tentang kehadiran cikgu-cikgu semua Cuma belum kenal lagi secara dekat. Boleh
perkenalkan diri cikgu-cikgu semua.”
Cikgu Mohamad dan Siti Wahida memperkenalkan diri serba
sedikit untuk pengetahuan GPK 1 dan sampai ke giliran aku.
“Nama saya Arzman Bin Saad berumur 24 tahun berasal dari
negeri Perak. Saya berkelulusan dari UUM dan mengikuti KPLI di Maktab Perguruan
tengku Ampuan Afzan dalam bidang matematik. Saya berharap saya mampu menyumbang
sesuatu di sekolah ini dan InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk
sekolah.”
“Bagus lah macam tu. Harap dapat kekal lama di sekolah
ini. Cumanya di awal-awal ini, mungkin cikgu akan berasa pelik atau terkejut
dengan budaya di sini. Untuk pengetahuanlah, disiplin sekolah ini tidak lah
terlalu teruk tetapi tidak juga terlalu baik. Cikgu akan melihat dan melalui
sendiri nanti. Tabahkan hati dan yakin diri bahawa cikgu mampu jadi guru yang
terbaik di sini.”
Selesai berkenalan dengan GPK 1, kami di bawa oleh GPK 1
untuk melihat sekitar sekolah. Aku hanya mengekor sahaja. Suasana agak bising
di kelas-kelas. Ketika melalui kelas di tingkat yang paling bawah, aku lihat
ramai pelajar yang tidur ataupun berbual di belakang. Guru di depan buat tidak
kisah. Aku tidak biasa dengan semua ini.
Menjelang waktu rehat, pelajar berlari, berasak untuk
membeli makanan. Bercampur lelaki dan perempuan semacam tiada adab. Tetiba
sahaja terdengar suara tengking menengking. Ada pergaduhan di hujung kantin.
Pelajar lain bersorak memberi galakan. GPK 1 terus sahaja menghampiri.
Ditinggikan suara supaya berhenti bertumbuk.
“Dia yang mula cikgu! Aku mauk beli makan, nya potong
baris.”
“Dia yang potong baris cikgu!” seakan tidak berpuas hati.
“Sudah!!! Pergi kamu beratur semula. Beli makan. Apa nak
jadi dengan kamu Alexsion. Kalau sehari tidak bergaduh tidak bertumbuk, kamu
tidak boleh aman ya di sini?”
Alexsion Siaw... Di bajunya tertulis nama sebegitu.
Agaknya ini yang paling gengster di sini. Aku berbisik sendiri. Selepas makan
di ruang yang dikhasnya buat cikgu-cikgu, aku dan dua rakan di bawa ke bilik
guru. Di situlah kami diperkenalkan kepada cikgu Aiman, cikgu Ami Girum, cikgu
abang Kamarul, cikgu Yong Chee Hua, cikgu Liew, cikgu Thing, cikgu Dora, cikgu
Piyot, cikgu Robert, cikgu Ida, cikgu Ivan, cikgu Aileen, cikgu Ryon dan
beberapa orang guru yang kebetulan ada di dalam bilik guru. Aku memilih tempat
duduk di sudut paling hujung. Senang dan ruang pun luas.
Ada juga cikgu yang berasal dari semenanjung yang lebih
dahulu berkhidmat di sekolah ini. Cikgu Ku Mohd Nor mengajar Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan, cikgu Shahrizal mengajar Kimia dan sains, cikgu Syopiah mengajar
sains dan biologi, cikgu Siti Hajar mengajar subjek perdagangan, cikgu Naim
mengajar kemahiran hidup dan cikgu Wan Amir Nurihah mengajar sains dan Fizik
kalau tak silap aku lah. Rasanya tidak lah kami rasa terpinggir di sini. Ada
keluarga semenanjung yang besar di sini. So, apa nak ditakutkan?
Jam menginjak dua petang, aku dan cikgu Mohamad menumpang
kereta cikgu Ivan untuk ke rumah sewa cikgu Shahrizal di kampung Kelaka. Cikgu
Siti Wahida akan bersama cikgu Syopiah dan cikgu Siti Hajar.
Rumah sewanya tinggi betul tiang. Menapak naik sambil menjijit
beg yang yang maha berat penuh dengan harta pusaka aku memang agak menyakitkan
bahu. Dikeliling rumah juga ada banyak yang bertiang tinggi.
“Sini memang rumah bertiang tinggi sebab air sungai akan
naik bila tiba air pasang.”
Terjawab lah kenapa rumah bertiang tinggi. Ada sebab
rupanya.
“Sewa rumah ni RM150 sebulan. Kita duduk bertiga jadi
setiap orang RM50. Api air dan bahan dapur kita share lah nanti.”
“Tak dak masalah. Aku ok.”
Mohamad adam menyatakan persetujuan. Aku nak setuju ke
tidak? Aku bukan ada duit pun. Aku kena pekin-pekin bajet dengan duit yang ada.
“Saya pun ok. Setuju saja. Janji ada tempat tinggal ok
dah.”
“Lepas ni tiap pagi nak pergi sekolah kita naik motor.
Sorang akan naik dengan aku, sorang lagi dengan cikgu dari rumah dekat-dekat
sini. Dalam jam 6.30 kita gerak ke sekolah. Kelas mula 6.50 sampai 1.15
petang.”
Petang itu, aku ambil kesempatan berjalan sekitar-sekitar
kampung. Melihat suasana dan bila ternampak telefon awam, aku menghubungi
keluarga di Perak.
“Cek ok saja. Dok rumah sewa dengan kawan satu sekolah.
Dia orang semenjung juga. Tak payah nak risau apa-apa lah.”
“Abang ada duit dak kat sana?”
“Ada lagi lah sikit-sikit. Tak pa lah berjimat-jimat lah
sementara nak dapat gaji.”
“Abang jaga diri baik-baik di tempat orang. Jangan buat
perangai.”
Malam itu aku membelek majalah sekolah yang aku pinjam
daripada cikgu Shahrizal. Aku lihat informasi tentang sekolah dan aku sangat
tertarik melihat keputusan peperiksaan PMR dan SPM sekolah. Lebih separuh yang
gagal matematik. Ini satu cabaran besar buat aku. Bila melihat keputusan
sebegitu, aku tanamkan satu tekad di dalam hati dan diri aku.
“Aku tidak akan balik ke Semenanjung selagi mana peratus
PMR dan SPM tidak mencecah 50% dan aku tidak akan balik selagi aku dapat
meninggalkan kesan besar kepada sekolah ni. Lantak lah walau terpaksa bertahan
di sini sampai pencen pun. Aku akan pastikan kelulusan Matematik PMR dan SPM
sekolah ni pecah tembok 50%.
BAB 5 : UTARA KU TAK HILANG
Mendapat jadual daripada GPK 1 aku merenung ke hadapan.
Aku diberi kelas Matematik dan Sains tingkatan 1. Aku tak pernah lagi mengajar
sains. Kena buka buku teks lah tengok awal. Aku melangkah masuk ke kelas 1B
untuk subjek sains dua masa. Aku tidak bawa mereka ke makmal dahulu sebab nak
kenal-kenal dahulu.
Ramai yang bertanya itu ini dengan aku. Excited lah kot
dapat guru baru yang masih bujang. Sebelum ni guru sains mereka cikgu sandaran
seorang perempuan cina yang dah berkahwin. Bila aku dah masuk, dia pun
ditamatkan perkhidmatannya. Kenal lah aku dengan pelajar seperti Lydia
Majakatar, Madarina Obeng, Glyniss. Nama yang pelik-pelik. Okey lah juga kelas
tu. Mungkin sebab baru tingkatan 1. Belang tidak ditunjukkan lagi.
Habis kelas 1B aku terus ke kelas 1G. Mengajar matematik.
Sebelum masuk kelas itu aku sempat melihat-lihat senarai nama pelajar dan
memang ada lagi banyak nama yang pelik-pelik. Ni yang buat aku tidak sabar nak
tengok adakah rupa budak itu sepelik namanya. Alicia anak Tinis, Elles Anak
Sampang, Bennet anak Raymond, Elister anak Limbang dan ramai lagi. Sedang aku
bertanya-tanya dan berbual-bual memperkenalkan diri...
“Cikgu..... Bennet conteng b****t aku!”
MasyaAllah... Gila babi ke apa budak tu? Berani betul dia
cubit b****t budak perempuan dalam kelas depan-depan aku? Ganas betul budak ni.
“Hey, kenapa kamu buat begitu? Tidak malu kah kamu?
Elles, macam mana Bennet buat?”
“Ini cikgu... Dia tulis dengan kapurnya di kerusi aku.
Aku duduk terus melekat di b****t aku. Hukum dia cikgu. Selalu gago aku!”
Fuhhhhhh kapur melekat di kain kawasan bontot sahaja pun.
Bikin tercopot jantung aku ingat di b****t yang di conteng. Aku mengarahkan
Bennet duduk di kerusinya dan tidak lagi suka-suka mengganggu rakan yang lain.
“B****t tu punggung dalam bahasa semenanjung cikgu.”
Penerangan daripada Elister memberi kefahaman kepada aku.
Patutlah pegawai JPN Sarawak ada berpesan kepada kami semasa taklimat supaya
berhati-hati apabila menyebut sesuatu perkataan. Ada perkataan yang biasa pada
kita di semenanjung tetapi memberi makna sebaliknya di sini. Begitu juga
perkataan yang jelik di sini sebenarnya biasa. Dalam satu hari sahaja aku kenal
beberapa perkataan seperti belon, pusuk, pusak, gayau, kacak, gago dan juga
b****t yang dipelajari secara tidak sengaja.
Pelajar di sini juga tidak aku lupakan. Aku berikan
beberapa perkataan yang selalu diungkap oleh orang semenanjung khususnya orang
utara. Aku tekankan pada mereka bahawa bahasa utara ini sangat mudah untuk
disebut. Yang berakhir huruf “r” digantikan dengan huruf “q”. Lalu ramai lah
yang mencuba sebut sayuq, ulaq, belajaq dan banyak lagi. Pembelajaran aku hari
ini mencapai objektifnya.
Sebulan yang pertama ku lalui okey semua. Pelajar pun aku
lihat mereka enjoy dengan cara aku mengajar dengan dialek utara. Dalam pada
itu, aku pun cuba juga memahami sedikit-sebanyak bahasa dan budaya orang
Sarawak khususnya kaum iban. Lebih kurang sahaja dengan kita di semenanjung.
Bulan Mei menyusul. Aku nak balik ke Perak hari itu.
Biasalah cuti sekolah panjang dan duit gaji pun dah diterima bersekali dengan
tunggakan. Kaya mak labu wa cakap sama lu. Naik belon lagi aku., Tapi aku naik
AirAsia sahaja lah untuk menjimatkan kos. Aku pulang tak bawa apa-apa pun
ole-ole. Memang aku tak gemar beli apa-apa untuk di bawa pulang. Sebab utamanya
mudah sahaja. Malas nak memberatkan beg. Kalau boleh nak pulang melenggang
sahaja. Senang jika sekadar bawa badan yang sekeping.
Rutin aku sama seperti sebelum aku ke Sarawak. Aku ambil
peluang kerja di tempat lama. Bos aku sayang kat aku. Sebab tu bila aku minta
nak kerja sementara, apek Ban Sheng terus beri aku kerja. Dapat tambahan lagi
poket aku kan. Selain tu, surat khabar empat lima jenis sudah menjadi
kemestian.
Lupa aku nak bagitau, masa aku dah dapat gaji pertama tu,
aku beli harta pertama aku yang maha penting. Keluarlah dari kedai sebuah Kris
1 warna purple berplat QCB 4751. Aku
beli cash tau. Duit banyak apa kisah.
So, dah tak perlu lagi aku menumpang cikgu Shahrizal atau kawan-kawan untuk ke
mana-mana. Bukan nak belagak tapi aku lebih suka bergerak sendiri.
Diam tak diam cuti pun sampai ke penghujung. Aku tak
sabar nak menunggu hari esok. Aku akan naik belon lagi. Malam itu, aku habiskan masa dengan ahli
keluarga aku.
“Abang dah minta tukaq balik Malaysia dah?”
“Sarawak tu Malaysia jugak lah abah.”
“Minta la tukaq mai sini. Tak payah nak lama-lama kat
sana.”
Tidak habis-habis ayat yang sama, benda yang sama yang
dipesan. Baik mak aku, mahupun abah aku. Aku dah cakap pada diri aku sendiri.
Aku tidak akan balik selagi target aku tidak tercapai. Peratus Matematik SPM
wajib mencapai 50% terlebih dahulu.
Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No.1 menerima
pengetua baru. Cikgu Selbi telah bertukar dan yang datang pula pengetua baru
iaitu Dr. Linton @ Briton Anak Jerah. Muka iban betul kali pertama aku buat
penilaian tentang dia. Tapi aku tidak berasa seronok sangat sebab dengan tiltle
Doktor yang dia pegang tu, asyik keluar sahaja. Balik-balik kena berurusan
dengan Cikgu Sariee.
Satu hari yang aku dah lupa tarikh, aku pergi berjumpa
dengan Dr. Linton untuk bercakap mengenai niat aku nak tubuhkan Kelab Tenis.
Bukannya apa, aku ada kemahiran, sekolah ada gelanggang Cuma tidak diusahakan
sahaja. Sekurang-kurang, dengan tenis mungkin boleh menaikkan nama Semeks1?
“Ada kah budak kita yang boleh main tenis?”
“Kita cuba lah cikgu. Benda ini perlu dibuat betul-betul
baru akan ada hasilnya.”
“Tapi, kosnya mahal. Nanti rugi kita jika tiada pelajar
yang boleh bermain.”
“Saya faham cikgu. Tapi sekolah kita sudah ada
gelanggang. Cumanya perlu belikan jaring, raket dan bola tenis sahaja. Sik
perlu yang mahal-mahal cikgu. Beri saya tiga tahun untuk saya jadikan Semeks1
sebagai gergasi tenis Samarahan.”
“Ok, saya beri masa untuk cikgu buktikan.”
Rasa nak melompat aku bila Dr. Linton memberi lampu hijau
untuk aku tubuhkan kelab tenis. Terus aku minta Ketua Panitia PJK cikgu Ku
Muhammad Nor Bin Ku Chik menempah jaring dan bola tenis. Raket pun dibeli baru
lima enam unit. Selain yang sedia ada di dalam stor ada lapan. Itu pun jenama
entah apa-apa. Tak kisah lah asalkan ada dahulu. Ak buat pengumuman semasa
perhimpunan tentang penubuhan kelab tenis. Tetapi aku lihat macam tak ada
sambutan je. Rileks cikgu Arzman. Awal lagi tu.
Petang itu aku turun dengan semangat nak memperkenalkan
tenis. Sekitar jam empat petang aku dah berada di gelanggang. Aku pasang jaring
yang baru sampai. Ikat kemas-kemas. Aku sapu daun-daun yang memenuhi di sudut
hujung gelanggang. Al maklumlah gelanggang yang tidak pernah digunakan untuk
tenis. Nama sahaja ada gelanggang. Selebihnya diguna untuk bermain sepak takraw
yang sememangnya menjadi trade mark sekolah ini.
Jam menjangkau pukul lima setengah tapi bayang pelajar
yang mahu mencuba belum ada. Aku cuma dapat lihat beberapa orang pelajar yang
berlari-lari di trek sekolah. Ada juga yang bermain sepak takraw dan bola
tampar. Mana yang nak mencuba tenis ni. Kecewa juga rasa hati bila tidak
seorang pun mahu mencuba. Aku macam
orang bodoh servis bola masuk ke gelanggang yang kosong.
Untuk membolehkan kelab ini bernyawa, aku meminta
kebenaran cikgu Ku Muhammad untuk ”mencuri” sebahagian pelajar dari Kelab Bola
Keranjang yang sememangnya kelab yang menjadi hidup segan mati tak mahu. Dapat
lah aku sekitar dua puluh pelajar yang mana majoriti pelajar tingkatan lima.
Tidak mengapalah. Aku tidak kisah sangat dan setiap kali ada perjumpaan aku
mengajar teknik permainan kepada Siti Rahima, Mas Mardiana, Hazidah, Hafizi dan
beberapa orang lagi. Kelab ini berakhir tanpa apa-apa pencapaian sebab
kejohanan peringkat daerah sudah pun berlalu.
Memasuki tahun ke dua penubuhan kelab barulah sambutan
semakin baik dan aku berjaya menyediakan pasukan untuk dihantar ke Kejohanan
Tenis MSS bahagian Samarahan buat pertama kalinya di SMK Muara Tuang. Siapa
sangka, penampilanm pertama pasukan yang aku bawa berjaya mendapat beberapa kejayaan.
Pemain aku seperti Alexander Bayang Anak Lengih, Cetty Anak Umbot, Jacquelin
Liew, Ronny Anak Miscon, Erriana Anak Pita dan beberapa orang lagi menghadirkan
kejayaan buat SMK Simunjan No 1 yang berkjaya muncul naib juara keseluruhan
dalam penampilan pertama di belakang tuan rumah.
Tahun 2006 aku terus mencari bakat-bakat baru di kalangan
Tingkatan 1 dan 2 sebab sasaran aku menjelang 2010 SMK Simunjan No 1 akan ada
wakil yang bakal mewakili Sarawak ke peringkat Kebangsaan. Waktu itulah di
suatu petang, nun di hadapan astaka, ada ada seorang pelajar perempuan sedang
berlari-lari sambil cuba melepasi pagar untuk lari berpagar. Aku perhati sahaja
cara dia berlari. Terdetik dalam hati “ini lah pelajar pertama yang akan
menyentuh raket tenis dan bakal ku gilap menjadi pemain tenis terbaik
Simunjan!” Aku membawa kereta kancil ku menghampiri pelajar tersebut. Aku ajak
dia naik kereta ku dan pusing semula ke gelanggang tenis.
“Saya sik pernah main tenis cikgu!”
“Tak da hal.. Saya Cuma nak tengok cara awak pegang raket
dan servis bola tenis ni ok. Tadi awak kata, awak pernah main badminton kan.
Caranya sama Cuma rakt lebih besar dan bola lebih berat. Lain sama sahaja.”
Dua tiga kali srevis tidak juga masuk ke gelanggang
sebelah. Nampak rupa kecewa dan tidak suka pelajar itu terhadap sukan asing
baginya ini. Aku tidak akan berputus asa. Sebab aku yakin dia boleh
melakukannya.
“Apa nama awak tadi?”
“Lenja Martina Junior cikgu.”
“Ok Lenja. Cara awak pegang raket dah betul. Cuma waktu
awak nak servis, bola tenis tu awak kena lambung tinggi dari paras kepala dan
pukul di tengah-tengah raket. Jika tidak, bola akan tersasar jauh ataupun
tersangkut di jaring. Boleh faham?”
“Boleh cikgu. Saya cuba lagi.”
Lenja terus mencuba dan mula berjaya membuat servis yang
tepat ke gelanggang. Aku terasa sangat gembira sebab dia sudah dapat apa yang
aku mahukan. Lenja juga kelihatan mula suka dengan apa yang sedang dia lakukan.
Seterusnya aku juga menceritakan serba sedikit tentang tenis dan cara
permainannya. Selepas itu aku membuat permainan simulasi dengan Lenja supaya
dia mendapat secara praktikal juga. Bukan sekadar mendengar. Waktu itu, sudah
ada beberapa orang pelajar yang melihat dia dan aku bermain dsari luar
gelanggang.
“Jangan tengok dari luar. Mari masuk dalam ni dan cuba
sendiri.”
Selepas berjaya mencari Lenja, baru lah muncul pemain
seterusnya seperti Helemlda Bungan,
Zulkifli Lasalem, Nurul Fatiah, Stella Limbang dan Mona Majeng.
Bersama-sama barisan pemain sedia ada aku berjaya membentuk pasukan yang paling
mantap menjelang 2006 apa lagi tahun itu SMK Simunjan No 1 menjadi tuan rumah
kejohanan. Dalam kejohanan itu Erriana, Nurul Fatiah dan Alexander muncul juara
kategori perseorangan perempuan 18, 15 dan lelaki 18. Mereka mengalahkan rakan
sepasukan iaitu Stella, Lenja dan Rosman. Jacqueline Liew berganding dengan
Chetty muncul juara bergu perempuan bawah 18. Lenja yang berganding dengan
Hemelda, Zulkifli berganding dengan Henry Jinny muncul juara bergu mengalahkan
pasukan dari SMK Muara Tuang. Seramai 12 daripada 16 pemain telah berjaya
dipilih untuj mewakili Bahagian Samarahan ke peringkat Negeri Sarawak di Sibu.
Namun, dek cetek pengalaman, bahagian Samarahan hanya
mampu mendapat dua pingat Gangsa dan satu darinya sumbangan Erriana dalam
kategori Perempuan Bawah 18 tahun bila dia berjaya kalah kepada pemain dari
Miri di peringkat separuh akhir. Hasil penah lelah aku melatih mereka terasa
begitu berbaloi. Aku sentiasa mengingatkan mereka.
“Saya target 2010 nanti, ada di antara kamu yang akan
menang peringkat negeri dan dapat mewakili Sarawak ke MSSM. Saya sasarkan Lenja
dan Hemelda dalam acara bergu, Zulkifli dan Fatiah dalam acara single. Untuk
Jacqueline, Chetty dan Alex, kamu tahun depan dah tahun akhir di sini kan. So,
buat yang terbaik dan kamu boleh gunakan kemahiran yang ada untuk mewakili
universiti nanti.”
“Terima kasih cikgu sebab beri kami peluang dan berjaya
menjadikan kami pemain tenis yang baik.Kami akan buat yang terbaik.”
Habis tenis, kembali tumpuan ku di dalam kelas dnegan
loghat utara menjadi ikutan ramai pelajar. Aku gembira hahahahahahaha.