3,679
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

 Wida duduk termenung di rooftop Blok Kenari sambil memikirkan idea baru untuk skrip teater. Dia sudah lepaskan peluang besar bila terpaksa menarik diri dari teater terbaru itu. Ini semua sebab Helen. Dia malas nak libatkan diri dengan Helen lagi. Perempuan itu sangat menakutkan. Dia mula menyesal sebab selama ni selalu meninggi suara apabila Helen cuba bagi pendapat. Masuk hari ini, sudah hari kelim adia cuba mengelak daripada bertembung dengan Helen.

Hidup dia tidak pernah huru-hara macam ini. Dia rasa macam nak kurung saja diri dalam bilik. Tapi, daripada dia buang masa dalam bilik baik dia duduk di sini ambil angin sekaligus menulis skrip baru. Angin sepoi-sepoi bahasa pada malam itu buat dia rasa nak turun ke bilik angkut tilam ke atas. Tapi, itu gila namanya.

Lagu yang dipasang memang menggamit memori. Semua lagu jiwang. Layan lagu jiwang tapi tulis skrip pasal cerita hantu? Sangat tidak kena. Takkan dia nak layan filem seram seorang diri kat atas ni? Mengundang ketakutan. Menulis dan menonton benda yang berbeza. Menulis tak rasa sangat seram tu.

“Wida,” perlahan suara itu memanggil. Wida tersentak.Jari jemari yang tadi laju menaip terhenti. Dia pandang sekeliling. Tak ada apa-apa.

“Wiidaaaa.”

Sekali lagi suara itu memanggil. Wida perlahankan volume laptop. Cuba untuk dengar darimana datang suara yang mendayu-dayu menyebut namanya. Lama dia mendiamkan diri.Tak ada pun suara tadi. Mungkin perasaan dia je kot. Dia menyambung semula kerjanya. Malas mahu melayan rasa takut yang mula menjengah.

“Wida. Pandang sini.” Suara itu memanggilnya lagi. Wida menarik nafas mengumpul kekuatan sebelum menoleh ke belakang.

“Astaghfirullahalazim!” Wida terkaku di tempatnya. Matanya melekat pada satu susuk tubuh yang berdiri di hujung rooftop itu. Wida mencuri nafas yang mula tidak teratur. Dia memejamkan mata sebelum membukanya kembali untuk memastikan apa yang dilihat hanya khayalan semata.

“Sinilah.” Tangan itu melambai perlahan.

Wida geleng kepala. Dadanya terasa mahu pecah. Dia tidak boleh menangis. Dia perlu kuat. Tetapi apabila melihat makhluk itu mula menghampirinya, dia sudah tidak mampu untuk berfikir apa-apa. Dia mahu lari dari situ tetapi dia perlu melepasi makhluk itu terlebih dahulu.

Dia melangkah ke belakang perlahan-lahan. Matanya melilau mencari sesuatu yang boleh dijadikan perisai tetapi tiada.

“Janganlah takut. Sinilah.” Panggil makhluk itu lagi.

Semakin makhluk itu menghampiri dirinya, Wida melangkah ke belakang. Sumpah wajah makhluk itu sangat menakutkan. Kain putih yang tersarung pada makhluk itu sangat kotor dan baunya sangat busuk.

“Pergilah dari sini. Aku tak kacau kau pun.” Terketar-ketarWida menutur kata. Dia melangkah lagi ke belakang dan tubuhnya sudah tersandar pada tebing rooftop yang tingginya hanya paras pinggangnya sahaja.

Helen terasa mahu ketawa. Wajah pucat Wida itu sudah cukup buat dia rasa puas hati. Dia berpusing ke belakang untuk meninggalkan Wida. Cukuplah setakat itu sahaja lakonannya. Tekaknya sudah kembang menahan rasa mual gara-gara bau busuk yang melekat pada kain putih yang tersarung pada tubuhnya.

Wida menarik nafas lega apabila melihat makhluk itu mula berpaling meninggalkannya. Tiba-tiba Helen rasa ingin mengusik gadis itu. Dia menoleh ke belakang lalu menyergah Wida. Suaranya kuat memecah kesunyian malam itu.

Wida yang terkejut dengan sergahan makhluk itu pantas menjerit lalu memanjat tebing itu dan melompat dari situ. Helen yang melihatsituasi itu pantas menekup mulut. Gia, Alai, Ika, dan Jay terus keluar dari tempat persembunyian mereka. Mereka pandang antara satu sama lain. Masing-masing tergamam melihat Wida yang melompat dari rooftop blok itu.

“Aku tak sedap hati. Jom blah!” Alai bersuara.

Kelam kabut mereka berlari meninggalkan kawasan itu. Tiadasatu pun patah perkataan yang keluar dari mulut mereka. Fikiran mereka mula rasa bercelaru. Kenapa Wida terkejut sampai begitu sekali? Itu yang menjadi persoalan dalam fikiran mereka.

           

 

 

Gempar!

Kampus Andalas pada pagi Selasa itu riuh rendah. Parapelajar mula bersesak mengerumuni perkarangan Blok Kenari. Ada juga manusia yang sibuk dengan telefon bimbit merakam keadaan yang kelam kabut dengan pergerakan pelajar ke sana ke mari. Ambulans sudah berada di situ sejak pagitadi. Polis juga sudah memenuhi segenap ruang.

Helen berada jauh dari situ ditemani Gia. Ika awal-awal lagi sudah lesap menghilang entah ke mana. Tubuh Helen menggigil. Semalam dia tidak dapat melelapkan mata walaupun seminit. Tidak sangka semua akan jadi begini. Gia diam tak bersuara. Dia juga takut.

Anggota polis mengangkat sekujur tubuh yang sudah kaku masuk ke dalam ambulans. Tubuh itu ditutup dengan plastik hitam. Kawasan parkir blok Kenari penuh dengan kesan darah yang masih segar.

Wida jatuh dari rooftop Blok Kenari. Wida bunuh diri. Wida stress sebab skrip teater ditolak. Ayat-ayat ini jadi bualan hangat pelajar Kolej Andalas pada pagi tu.

Alai dan Jay berlari mendapatkan Helen dan Gia yang berdiri di kaki lima berdekatan blok Kenari. Ada berita penting yang perlu disampaikan.

Thanks God !Tak ada CCTV atas rooftop tu,” Alai lepas keluhan lega.

“Pintu masuk blok? Takkan tak ada CCTV?” Gia menyoal tidak puas hati.

“CCTV rosak. Nasib kita baik kali ni. Kalau tak mampus merempat dalam lokap tunggu nak ke tali gantung,” jawab Jay. Dia mengerling Helen yang tidak bereaksi apa-apa. Hambar saja riak wajah perempuan tu.

“Kau boleh buat rileks macam takde apa yang jadi,Helen? Semua ni sebab kau tau tak?” Gia mula membentak. Tak pasal-pasal dia terlibat sekali.

Helen pandang Gia. Dia ukir senyum sinis. “Kau ingat hati aku sekarang tengah lompat hooray hooray ke? Kau fikir aku tak takut? Aku tayang muka macam ni sebab tak nak orang syak apa-apa. Kau nak aku tayang muka takut kat sini?”

“Aku lagi takut. Berganda-ganda rasa takut tu. Macam mana kalau pihak kolej dapat tahu pasal semalam? Aku tak nak masuk lokap,” Gia gigit bibir tahan marah. Rasa nak lempang muka Helen sekarang ni.

“Rilekslah. Aku dah cakap CCTV rosak. Tak ada apa yang nak takut sekarang ni. Sejak bila kau jadi pengecut, Gia?” Alai mencelah. Kusut kepala tengok dua orang perempuan yang mula nak bertekak. Masa tak sesuai untuk tuduh menuduh.

“Aku tak sangka yang Wida boleh lompat dan terjun semalam. Dia tu macam pelik,” Jay bersuara.

“Aku pun,” jawab Helen ringkas.

“Orang bila dah takut mana boleh fikir. Kau ingat dia saja-saja nak terjun? Dia takutlah bodoh!” Gia mula tinggi suara.

Alai tunjal kepala Gia. Geram dengan Gia yang tiba-tiba nak mengamuk. “Kau nak semua orang tau ke? Jerit bagi satu kampus ni dengar,”

Gia diam. Mujur tidak ada sesiapa kat situ. Mulut dia pun satu. Tak ada insurans langsung!

“Okay, stop! Kau pasti tak ada siapa yang tau?” Helen cuba dapatkan kepastian.

Jay dan Alai angguk serentak.

Case closed. Anggap tak ada apa-apa yang berlaku. Semuanya back to normal. Aku tau bukan senang nak adapt situation macam ni. But,we need. Gia, I’m so sorry. Please trust us. Tak ada apa yang akan jadi. Kita teruskan hidup macam biasa.”

Gia cuma mampu angguk kepala. Akur apabila semua orang sudah sepakat. Padahal jantung rasa macam nak pecah! Helen tarik tangan Gia ikut dia beredar dari situ. Kalau makin lama kat situ, lain pula yang jadi nanti.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.