Home Novel Lucu Love U Baby Mia !
Love U Baby Mia !
30/12/2015 09:27:05
8,189
Kategori: Novel
Genre: Lucu
Senarai Bab
Bab 1(Full)

Bab 1

Adina begitu khusyuk menonton televisyen sehinggakan tidak sedar yang ibunya sedang memerhatinya di belakang sofa. “Haaa!!”Pn Nurina sengaja menguatkan suaranya.

“opocot!Mak aku comel tapi aku comel lagi!ops!”Melatah pula si Adina ni.Adina menekup mulutnya lalu mengurut perlahan dadanya. “Ibu,kenapa tak bagi salam dulu?Terkejut beruk dina”Adina menjuihkan bibir tanda protes.Matanya kembali fokus kearah televisyen.

“Yalah,kamu tu khusyuk sangat tengok televisyen. Alih-alih filem korea. Macam dah tak ada filem lain. Tengoklah filem melayu pula”Pn Nurina memasang wajah selambanya.

Sengaja mengenakan anaknya. Dia merenung wajah anak bongsunya itu. Berkulit putih dan bibirnya kemerah-merahan. Dian Adina,anak gadis 19 tahun yang sentiasa menceriakan keluarga mereka dengan karenah-karenah nakalnya. “Kenapa Ibu pandang Dina macam tu?”Adina mula hairan dengan ibunya. Sekejap senyum,sekejap ketawa. Dina memandang sekeliling. Tak ada yang lucu pun.

“Ibu tengah tengok betul ke yang kamu ni lebih comel dari ibu” Puan Nurina mencuit hidung anaknya. Adina tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. ‘Ada-ada saja ibu ni’hatinya bermonolog.

Puan Nurina bangun dari sofa lalu menuju ke dapur. “Daripada membuang masa melayan si Adina ni,baik aku buat kek batik. Ada juga faedahnya”Bisiknya perlahan.

Petang itu, Dina mendapat panggilan dari London. Berita tentang paklongnya, Encik Dzahir benar-benar mengejutkannya. Dia sendiri tidak menyangka bahawa paklongnya itu mempunyai leukemia tahap empat. Makan malam keluarga Encik Danial Abdullah tidak seceria selalu. Dina juga turut membisu.

“Maklong telefon ibu tadi. Ibu dengan abah akan ke London minggu hadapan. Along,Achik dan Angah balik universiti. Dina duduk rumah. Tolong jaga Baby Mia”Puan Nurina memulakan kata.

“Apa?!”Adina melopong. “ Mama nak tinggalkan Dina dengan Baby Mia kat sini?” Adina terkedu. Rasa nak muntah,pengsan semua pun ada. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Dia menelan air liur. ‘Dugaan apakah ini?!’Hatinya menjerit.

“Sayang,kamu kena faham keadaan maklong. Kasihan dia . Sudahlah perlu menjaga suami yang sakit. Nak kena jaga anak kecil lagi kat sana. Nak harapkan anak-anaknya yang dua orang itu?jangan harap. Balik menjenguk bapa sendiri pun tidak.”Puan Nurina memasang wajah kasihan. Alahai ibu !

“Baiklah kalau macam tu. Dina ikutkan saja. Tapi Bibik kena ada, PakMat pun kena ada. Nanti kalau Dina nak ke mana-mana senang. Pakmat boleh tolong hantarkan.”Adina mengeluh kecil. Kasihan pula dengan maklongnya. Anak-anaknya lansung sudah tidak menjenguknya selepas berkahwin. Harapkan Baby Mia sahajalah.Huh ? nak harapkan Baby Mia?

Aduhai,nasib. Kenapa jadi macam ni?

Dina melabuhkan punggungnya di sofa yang terletak di dalam biliknya sambil merenung ke luar jendela. Dia menggapai telefon bimbitnya. Dia menelefon sepupunya yang telah tiba di London,Hadira.

“Helo,Hadira. Macam mana dengan keadaan Paklong?”

“Paklong masih tidak sedarkan diri. Masih kritikal. Paling teruk anak-anaknya lansung tak menjenguknya.”Hadira menangis di hujung kata.

“baiklah kalau macam tu,Ibu dan Abah saya pergi minggu depan. Kalau ada apa-apa tolong maklumkan ya”Dina menitiskan air mata. Entah mengapa dia berasa sebak. Sampai hati Kak Diyah dan Abang Hazli buat maklong dan paklong sampai macam tu sekali. Maklong membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang tapi akhirnya apa yang terjadi? Kesakitan abah mereka lansung tak dipedulikan. Dina mengesat air matanya. Tabahlah wahai hati. Ya Allah,panjangkanlah umur Paklongku.

Adina menyusun buku-bukunya yang berselerak agar kemas tersusun di atas meja. Tiba-tiba dia terpandang sebuah novel bertajuk ‘Sabarlah Wahai Cinta’Karya Zakwan Zakri. Baru dia teringat,novel ini belum habis dibaca. Terlalu banyak buku sampai tidak sempat dibaca. Dina mula menyelak-nyelak novel itu.

“Tak faham betul aku dengan penulis novel ni, diorang ni adik beradik tapi kahwin juga akhirnya. Orang yang jahat pula menang. Aku cukup benci bila pengakhiran macam ni” selesai membaca novel itu,Dina mula mengutuk penulis novel itu. Dina mengambil sebatang pen lalu mencoret rasa tidak puas hatinya di muka belakang novel. Hahaha ! baru puas hati aku !

Novel itu disusun kembali olehnya ke dalam rak novel. Bilik Dina memang susah kelihatan kemas. Dia sendiri tidak faham mengapa biliknya jadi begitu.

“kenapa bilik aku ni tak pernah kemas?Dah macam reban ayam aku tengok. Ayam pun tak ingin masuk bilik aku. Kalau bukan sebab esok Baby Mia nak datang,memang aku tak akan kemas bilik ni” Dina tersenyum sendiri. Membebel pada diri sendiri.

___________________________________________________________________

“Ibu nak pesan dekat kamu, dapur jangan masuk walau sekalipun. Hanya bibik yang dibenarkan masuk ke dapur. Yang kedua, jaga Mia elok-elok,jangan didera pula budak tu. Bibik bekerja dari pukul tiga hingga tujuh petang sahaja. Yang terakhir,ini duit amanah ibu kalau nak beli pampers atau susu Mia. Kalau nak keluar ke mana-mana mesti kena bawa Mia. Satu lagi,jangan ingat ibu tak upah spy” ternganga Dina mendengar amanat ibunya.

Siap upah spy lagi ibu ni biar betul. Macam la aku ni jahat sangat. Bibik bekerja lima jam sahaja. Melampau betul. Naik lemak la lepas ni bibik. Sabar Dina,sabar. Amanat ibu sebelum ke lapangan terbang memang banyak. Dina tak dibenarkan ke lapangan terbang kerana Baby Mia dalam perjalanan ke rumahnya. Sungguh tidak adil !

“Ibu tu kena jaga diri. Jaga abah elok-elok. Makan ubat tepat pada masa. Darah tinggi ibu tu makin tinggi. Jaga kesihatan.” Adina mengerutkan dahinya. Sempat menasihati ibunya.

Selesai bersalaman,kereta Exora yang dipandu oleh Pakmat meninggalkan halaman rumah banglo dua tingkat milik keluarga Encik Danial Abdullah itu.

Tak lama kemudian,pintu rumah diketuk beberapa kali.

“Assalamualaikum”

“waalaikumussalam. Eh,Mia dah sampai pun”

“Awak ni pembantu rumahnya ke?Boleh panggilkan Cik Dian Adina?”

Seorang lelaki berkot hitam yang datang bersama Baby Mia dengan selambanya men ‘cop’ Dina sebagai pembantu rumah. ‘Ish mamat ni,aku ni Dian la. Muka aku ini memang macam bibik ke?kau ni memang dah melampau!berani kau cari gaduh dengan aku?!’

“What?!”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.