Bab Tiga
DIJA melakukan rutin kerjanya seharian di pejabat itu. Mencuci lantai.
Menyapu dan mengemas mana-mana yang
patut. Dia tidak lagi bertugas di dalam pejabat pentadbiran. Kak Sal sudah
tukarkan Dija agar bekerja di kawasan agak jauh daripada pejabat. Semuanya demi
mengelak daripada pertembungan Dija dan Faheem. Kak Sal tidak mahu sikap Faheem
akan menimbulkan rasa tidak selesa di hati Dija. Juga untuk mengelak daripada
Dija terkena jerkahan dan maki seranah Faheem lagi.
Sambil mencuci lantai, Dija menyanyi-nyanyi kecil.
Riangkah dia? Ataukah sekadar untuk menghilang rasa bosan sebab kena kerja
seorang diri di kawasan yang agak jauh daripada ruang pejabat.
Dija terus menyanyi kecil.
Tiba-tiba telinga Dija menyambar suara orang ketawa. Riang dan mesra bunyinya.
Dija tidak pasti suara siapakah yang sedang teralun itu. Dia pula malas untuk
ambil pusing dengan suara-suara itu. Ketawalah dia orang kalau rasa gembira.
Akupun sedang gembira sekarang ni. Tenang dan lapang sikit dada bila kerja jauh
daripada pejabat pentadbiran syarikat itu.
“Sayang, you dengar sesuatu tak?”
telinga Dija dapat menangkap suara itu. Macam pernah dengar suara itu.
Suara Encik Faheem? Soal hati Dija. Namun dia tidak berpaling. Malas dia mengalih
pandangan ke arah Mamat Muka Masam itu.
Dija membiarkan suara itu. Kalau suara Faheem, telinganya akan pedih
mendengarkan. Jadi, lebih baik dia tidak hiraukan suara itu. Dija terus
menyanyi kecil.
“Dengar apa, sayang?” suara seorang gadis pula menyoal. Lunak suaranya.
Suara Cik Rita? Sekali lagi suara hati Dija menyoal. Memang benar, itu
suara Cik Rita. Suara yang lemak manja. Lunak didengar.
“l dengar macam suara lalat je.
Kadang-kadang pulak Idengar macam
suara nyamuk. Youdengar tak?” soal Faheem
lagi. Kemudian, dia ketawa mengekeh.
“Suara lalat?” soal Rita. “Mana ada, sayang!”
“Ha, mungkin youdengar suara
nyamuk kut.” Terkekeh-kekeh suaa Faheem ketawa.
“Nyamuk?” suara Rita kedengaran aneh.
Tiba-tiba keduanya muncul di depan Dija. Langkah mereka beriringan dan
sangat mesra. Sedang menuju ke arah Dija yang begitu asyik dengan
kerja-kerjanya.
“Eh, suara tukang sapu yang menyanyi rupanya...” Faheem ketawa sinis.
“Ohh...awak rupanya Dija. Pandai jugak awak nyanyi ya?” Rita menyampuk.
“Ha’ah, tukang sapu pun tahu menyanyi, ya, sayang?” ejek Faheem.
Rita ketawa lucu. Dia tahu Faheem sedang memerli Dija, tukang sapu yang
berkulit hitam itu. Gadis itu tidak menoleh ke arah mereka berdua.
“Hmmm, kalau macam tu suara dia, baik you
suruh dia hentikan lagunya sekarang dan sampai bila-bila tak usah nak
nyanyi lagi.” perli Faheem.
“Nanti, meleleh tahi telinga lni,
susah pulak!”
Rita masih meneruskan ketawanya.
“Kelakarlah youni sayang. Kenapa
cakap macam tu? Kesian dengan tukang cuci papa youni.” usik Rita pula. Ketawanya terus mengekeh.
Dija terdiam. Rupanya merpati dua sejoli yang sengaja datang mahu mengutuk
dia. Sengaja mahu menduga rasa di hatinya. Dija seolah tidak melihat kehadiran
keduanya. Malah, dia terus menyanyi-nyanyi kecil dengan nada riang. Lagu
dendangan Allahyarham Sudirman terus dialunkan penuh riang. Tanpa mempedulikan
sinisnya suara sindiran mereka berdua.
‘Angan-anganku di suatu masa
Basikalkan kutukar kereta
Namun kekasihku tak setuju
Mungkinkah dia rasa
cemburu....’
Tangan Dija terus bergerak lincah membersihkan lantai di kawasan itu.
Kehadiran dua orang makhluk itu tetap tidak dipedulikan langsung. Seolahnya
hanya dia seorang sahaja yang ada di situ. Semakin banyak Faheem memperlinya,
semakin rancak Dija menyanyi dengan riang dan gembira. Tidak ada rasa malu atau
segan yang hadir saat itu. Hanya melunasi kegirangan hati sendiri.
“Sayang, kalau Beyonce yang nyanyi, mesti lakan serbu dan angau sepanjang masa.” Suara Faheem agak kuat
dizahirkan agar Dija dapat mendengarnya.
“Kalau Budak Hitam ni?” soal Rita pula. Tersengih dia saat mengucapkan kata
penghinaan itu. “Yousuka tak dengar
suara dia ni?”
“Kalau suara macam ni? Hmm,
mencairkan tahi telinga aje. Boleh menanah telinga lni sayang....” suara Faheem terus mengejek.
“lpun minat habis dengan Beyonce
tu sayang...” balas Rita. “Hitam manis, kan?”
“Ya, gadis negro yang hitam manis tu, memang cantik orangnya.” Ujar Faheem.
Rita mengiyakan. Keduanya riang ketawa.
“Jauh beza dengan Budak Hitam ni?” soal Faheem sambil memuncungkan bibirnya
ke arah Dija yang tidak mempedulikan mereka berdua.
“ltak minat dengan dia ni...”
ujar Rita menjuihkan bibirnya. Jijik benar nampaknya.
“lberjuta kali lagi tak minat, tau...” balas
Faheem.
Rita mengekeh lagi. “Sayang, youni,
macam-macam laaa...”
“Hisy...lalat ni memang suka sangat hurung orang-orang yang baunya tak
berapa wangi, sayang...” suara Faheem dilontar lagi. Menyentuh gegendang
telinga Dija. Rita pula terus ketawa mengekeh. Ejekan tawanya itu juga tidak
dipedulikan oleh Dija. Dia terus dengan kerja-kerja rutinnya. Usahkan
menyampuk, menjeling mereka berduapun
tidak.
“Patutnya Kak Sal pindahkan dia ni
bertugas sekitar Rest Room aje.
Sesuai dengan dia. Baunya yang sama dengan bau Rest Room, taklah menyakitkan
lubang hidung semua staf kat ofis kita ni, kan?”
“Betul tu, sayang! lharap tak
ada lalat yang hurung lsayang...”
balas Rita, turut memperli. “Kalau tak, nanti youakan lari dari lpulak....”
“Itakkan
lari daripada you,sayang. Cantik
manis macam ni, siapa tak sayang?” Faheem pula bersuara. “Bukannya macam Budak
Hitam tu.”
Dija tetap dengan tugasnya. Mencuci dan membersihkan lantai walaupun lantai
di situ sudahpun bersih disapunya sejak tadi.
Menjeling tidak. Menjawab tidak. Memandang tidak. Malah terus saja
menyanyi-nyanyi riang.
“Sudahlah, sayang.” Akhirnya Rita kebosanan. Tiada sebarang reaksi daripada
Dija walaupun disindir, diperli dan dihina. Dia tetap dengan tugasnya.
Seolah-olahnya suara Rita dan Faheem tidak singgah di kuping telinganya.
Keriangan suaranya terus dilontarkan dengan lebih nyaring dan riang.
“Jom, kita tinggalkan dia ni. Agaknya dia ni pekak kut...” Rita terus
menarik tangan Faheem dan berlalu pergi dari situ.
Dija tersengih senang bila keduanya berlalu tanpa mendapat reaksi daripada
Dija. Kantoi juga mereka bila Dija memekakkan telinga dengan setiap sindiran
dan penghinaan keduanya. Kalau dilayan, bukan dia juga yang menang. Akan kalah
juga jadinya. Keduanya memang serupa!
PAGI itu seakan tidak membekalkan ketenangan di hati Dija. Suram wajahnya
membekas hingga teman-teman sekerja mengerti bagaimana hati Dija saat itu.
“Kak Sal...” Dija merenung wajah Kak Sal. Ada sesuatu yang ingin
diperkatakan oleh gadis di depannya itu. Kak Sal mengangkat kelopak mata.
Membalas renungan Dija. Hatinya tertanya-tanya.
“Kenapa ni? Nampak macam kucing hilang anak je.” Tegur Kak Sal, pelik.
“Bukan kucing hilang anak, Kak Sal. Tapi biawak hilang telurnya.” Dija
tersengih.
Berkerut dahi Kak Sal. “Budak ni. Peribahasa baru ke?’
“Rekaan sendiri, kak...” Dija terus tersengih. Wajah nakalnya terserlah di
mata Kak Sal. Senyum itu terus melirik dalam versi sendiri.
“Hissyhh...pandai pulak adik Kak Sal ni mereka-reka peribahasa.” Kak Sal
turut tersengih. Terasa lucu dengan ungkapan Dija.
“Cakap dengan Kak Sal, apa hal ni?” Kak Sal sudah mulai mendesak bila wajah
Dija mulai bertukar menjadi kopi susu. Nampak risau. Sekeruh resahnya yang
berladung. Senyum yang melirik di wajah Dija hilang dengan tiba-tiba bila Kak
Sal mendesak dengan persoalannya itu.
“Dija nak berhenti kerja, kak...”
“Hah?” membulat mata Kak Sal. Seperti tidak percaya dengan pernyataan gadis
di depannya itu.
Angguk.
“Kenapa?”
“Tak selesa langsung kerja kat syarikat ni.” bibir Dija dicebik. Malah
dijuih.
Kak Sal daatang mendekat. Diletak tangan di atas bahu Dija. Matanya melekat
ke wajah Dija. Mendalam renungan itu. Namun, Dija tetap berwajah keruh.
Resahnya terpamer jelas.
“Dija, dah fikir habis-habis ke sebelum buat keputusan ni?” soal Kak Sal.
Angguk lagi. “Dah, kak...”
“Sejak bila Dija buat keputusan ni?”
“Sejak beberapa minit lepas.”
Melopong mulut Kak Sal. “Sejak beberapa minit lepas?”
“Ya, kak...” gigi Dija nampak putih melepak ketika dia tersengih lebar
begitu.
“Budak bertuah ni. Biar betul...” Kak Sal berkerut dahinya.
“Memang betullah, kak. Dija dah fikirkan masak-masak dah.” Balas Dija,
yakin.
“Hisy...sempat ke Dija berfikir masak-masak kalau keputusan dibuat sejak
beberapa minit lepas.” Rungut Kak Sal kurang yakin.
Dija menyandarkan penyapunya ke dinding. Kemudian, dia menyandarkan badan
yang melidinya sambil sebelah kaki diangkat separuh. Dijamah lutut yang
dibengkokkan itu. Matanya meredup. Mengalahkan awan mendung hampir mentiskan
hujan untuk seluruh maya.
“Keputusan tu Dija baru buat beberapa
minit yang lalu. Tapi, sejak malam tadi, Dija dah fikirkan tentang
kedudukan Dija di syarikat ni.” ujar Dija, kendur tapi nekad. “Kalau Kak Sal
nak katakan keputusan separuh masakpun boleh jugak, kak.”
Dija tersengih dalam paksa.
“Dija...” Kak Sal cuba membujuk. Tiada senyuman di bibir Kak Sal.
“Keputusan Dija dah muktamad, kak.” Nekadnya jawapan Dija.
Wajah Kak Sal semakin keruh. “Dija...”
“Kau ni biar betul, Dija...” tiba-tiba Marina datang mencelah. Teman
seperjuangan, tukang cuci di syarikat tersebut mulai datang berkumpul di sisi
Dija. Agak terkejut dengan perkhabaran yang baru diterima.
“Kau cakap kau perlu duit untuk tampung kehidupan kau sekeluarga. Baru
sekejap kerja kat sini, kau dah nak berhenti?” soal Marina, seperti tidak
percaya. Ditepuknya bahu Dija, agak geram.
Dija mengalih pandangan. Wajah Marina pula direnung. “Memanglah aku baru
kerja kat sini, Rina. Tapi...”
“Dulu, kau juga yang cakap nak kerja sungguh-sungguh. Nak cari rezeki untuk
tampung Dija dan keluarga. Sekarang ni?” soal Marina. Wajahnya nampak
bersungguh meletuskan soalan.
“Hati tak tenanglah kerja kat sini, Rina, Kak Sal. Sakit jiwa dengan Mamat
Bertaring tu.” keluh Dija.
“Mamat Bertaring?” serentak pertanyaan keluar daripada bibir Kal Sal dan
Marina. Pandangan keduanya tepat ke wajah Dija.
“Mamat Bertaring mana pula ni, Dija?” Marina bersuara dengan hairan.
“Hmm, Mamat Bertaring tu.
Mengalahkan taring harimau. Macamana aku nak tunggu kat sini, Rina?”
keluh Dija lagi.
“Siapa?” sekali lagi Kak Sal dan Marina bersuara serentak.
“Hmmm, tak ada lain laa tu. Mesti Encik Faheem, kan?” teka Kak Sal sebelum
ada jawapan daripada Dija. Ada senyum di bibirnya. Menduga apa yang sedang
bersarang di hati Dija. Kelihatan Dija mengangguk. Bersetuju dengan ungkapan
Kak Sal. Marina juga sudah dapat meneka bila kalimah itu diuntai oleh bibir
Dija.
“Sejak Dija tersilap tumpahkan kopi hari tu, sampai sekarang, dia tak
pernah elok dengan Dija, kak. Kalau tak menengking, mesti menjerkah. Paling
komanpun, dia akan menjeling sinis. Macamana hati Dija boleh tenang, kak?” soal
Dija. “Padahal, Dija bukan sengaja masa kopi tu tumpah. Lagipun, dah
berkali-kali Dija minta maaf. Dia tetap jugak tak sukakan Dija, kak.”
Tangan Kak Sal masih melekat di bahu Dija. Usaha membujuk masih tetap
dicuba walaupun ternyata ada rajuk di hati gadis itu. Kalau boleh Kak Sal
memang tak mahu Dija berhenti secepat itu. Dia baru saja bekerja di situ.
Tempoh sebulanpun belum sampai.
“Dengan orang lain, dia tak macam tu. Tapi kalau dengan Dija, mesti ada
yang tak kena. Mentang-mentanglah Dija ni...” keluh Dija.
“Dija, kadang-kadang akupun terkena juga dengan dia tu. Dia pernah juga
marahkan aku. Malah, pekerja-pekerja lain pun terkena. Boleh tak, kalau kau tak
ambil hati dengan dia?” pujuk Marina.
“Memang aku takkan ambil hati dia tu. Tak ingin!” Dija cuba tersenyum.
“Orang lain tak sehebat aku. Aku ni macam-macam kena seranah. Dia ingat aku ni
patung ke apa? Tak ada hati dan perasaan ke aku ni?”
“Kak Sal pun pernah kena marah dek dia tu. Tapi Kak Sal dah tak kisah
dengan mulut dia tu. Marah-marahpun Kak Sal tak hiraukan sangat.”
“Yalah, Dija. Dia memang macam tu. Pemarah, pendengus dan suka cari silap
orang. Pedulikan dia...” pujuk Marina. “Bukan dia yang bayarkan gaji kau. Gaji
Kak Sal, gaji aku dan semua tukang cuci kat sini bapak dia yang bayarkan.”
“Aku tahu tu, Rina. Tapi, dia anak bos.” Ujar Dija.
“Kau jangan pedulikan dia, Dija. Kau mesti fikirkan tentang tujuan kau
kerja kat sini. Kau nak bantu keluarga kau dengan rezeki yang halal, kan?” soal
Marina.
“Memanglah aku nak rezeki yang halal.”
“Ha, di sini, rezekinya halal, Dija.” Bersungguh lagi suara Marina
meyakinkan teman sekerjanya itu. Wajah Dija dipandangnya. Dia benar-benar tidak
sudi lagi untuk mendengar ucapan Dija yang mahu berhenti kerja itu. Dia sudah
sudah sukakan Dija. Tapi agak kecewa bila dapat tahu gadis itu mahu berhenti kerja dengan tiba-tiba.
“Rezeki memang halal tapi suara-suara sindiran dan marah-marahnya tu, macam
buat aku tak halalkan diri aku berada di sinilah, Rina.” Balas Dija.
“Dija...” suara Kak Sal tetap lembut membujuk. “Kalau kita bersabar,
kemenangan akan jadi milik kita jugak
nanti.”
“Kau dengar kata Kak Sal tu....hanya kesabaran yang perlu dilakukan
sekarang. Barulah kau boleh menang dalam kes
ni.”
“Alaah, akupun ada hati dan perasaan Rina. Jangan semua orang ingat,
hitamnya kulit aku ni hati aku pun hitam
jugak. Tak ada perasaan langsung. Boleh telan
je semua kutukan dan kemarahan Mamat Bertaring tu.” gerutu Dija kurang
senang bila difikirkan tentang sikap sombong bongkak dan angkuhnya si Faheem
itu.
Kak Sal hilang suara untuk berkata-kata.
“Habis, kau tetap nak berhenti, Dija?”
“Aku dah nekad, Rina. Aku nak berhenti jugak.” Tegas suara Dija.
Suara keluhan Kak Sal singgah di telinga Dija dan Marina.
“Kak Sal kesiankan Dija.” Simpati Kak Sal terhadap Dija. “Dija juga yang
cakap nak bantu keluarga Dija kat kampung sana. Tapi sekarang...?”
“Sekarang, Dija dah tak ingin nak cari rezeki di syarikat ni, kak. Lagi
baik Dija duduk kat kampung Dija sana. Tolong mak ayah buat ikan dan sotong
kering.” Suara kesal Dija jelas kedengaran. “Lagi baik Dija buat semua tu daripada
menelan jerkahan dan maki hamun orang-orang intelek macam Mamat Bertaring tu.”
Marina merenung wajah Dija dengan rasa simpati. Kak Sal juga.
“Kalau kerja kat restoran, kau nak tak, Dija?” soal Marina.
Dahi Dija sedikit berkerut.
“Aku tak tau masak. Nanti lingkup restoran tu.”
“Siapa suruh kau jadi chef.” Soal Marina.
“Habis?” soal Dija.
“Budak pelayan...” Marina tersengih.
Dahi Dija berkerut lagi. Wajah Marina dipandang penuh makna.
“Budak pelayan?” soal Dija lagi.
“Nak?” soal Marina tanpa mampu membaca apa yang ada dalam hati temannya
itu. Wajah Dija nampak selamba walaupun dahinya sedang berkerut jutaan kedut.
“Budak pelayan?” lambat-lambat Dija bersuara lagi.
“Ha’ah...budak pelayan. Kau nak tak?” desak Marina inginkan jawapan
daripada Dija.
“Budak pelayan...” ulang Dija lagi. Berkali-kali dia memikirkan jawatan
baru yang ditawarkan oleh Marina.
“Kat mana, Rina?” tiba-tiba Dija menyoal.
“Sekitar bandaraya Kuala Lumpur ni juga, Dija.” Bersungguh benar wajah
Marina memberikan jawapan.
“Aku tengah fikir ni. Jawatan tu kira okey juga dengan aku , kan?”
“Kau jugak selalu cakap, kalau kerja tukang cuci di syarikat kat Kuala
Lumpur ni, taklah malu sangat. “ ulas Marina, mengharapkan tawarannya diterima
oleh Dija.
“Yalah, kalau kerja kat negeri sendiri, orang ramai yang kenal. Malulah
pulak, Rina. Kat Kuala Lumpur ni orang tak tahupun yang aku kerja kat syarikat
ni sebagai tukang cuci je.”
“Habis, apa kerja yang kau cakap pada dia orang tu?”
“Tak cakap apa-apa jawatan aku. Cuma mereka tahu aku kerja kat KL. Itu
saja.” Jawab Dija.
“Aku tak bohong, tapi aku tidak bercerita tentang diri aku. Peduli apa
kalau dia orang nak anggap aku apa. Mungkin mereka sangka aku kerja sebagai
pegawai eksekuif kat syarikat ni.” wajah Dija nampak tersenyum ceria.
“Masa aku nak datang sini dulu, ramai orang kampung yang tanya aku, nak
kerja apa kat Kuala Lumpur. Aku cakap kerja kat syarikat tersohor milik Datuk
Nik Rasyid ni. Bila mereka dengar nama
datuk tu, terus mereka anggap aku ni kerja pegawai. Paling kurangpun kerani.”
Sambung Dija lagi. Wajahnya makin ceria bila bercerita tentang hal itu.
“ltu silap mereka Dija. Mudah buat persepsi sendiri.” Balas Kak Sal yang
sejak tadi hanya mendiamkan diri sambil mengikuti perbualan Marina dan Dija.
“Dija pula memang tak sangguppun nak cakap yang Dija diterima bekerja kat
syarikat datuk tu hanya sebagai tukang cuci, Kak Sal. Malu pulak Dija nak
cakapkan perkara tu.” akui Dija, jujur. “Sebab tu, Dija tak cakap apa-apa. Diam
aje...”
“Tak apa. Dija bukannya bohong. Mereka yang silap mentafsir...”
Dija mengangguk.
“Dija ni
siapalah, kak? Belajar tak tinggi, takkanlah boleh jadi pegawai, kan?” ujar
Dija Kemudian, dia berpaling ke arah Marina. “Rina, dah dapat kerja sebagai tukang
cuci ni pun aku dah rasa syukur sangat. Asal dapat duit yang halal. Dapat juga
merasa gaji sendiri.”
“Aku juga sama macam kau Dija. Asal dapat rezeki yang halal, syukur
sangat.” Tambah Marina. “Belajar tak setinggi mana, jadi tukang cuci ni dah
kira beruntung dah. Kan, Kal Sal?”
“Yalah...kita kena sentiasa bersyukur. Barulah Allah akan tetap tambahkan
rahmat untuk kita.”
Dija terus merenungi wajah Marina dengan sejuta persoalan dalam diri.
Patutkah dia terima tawaran Marina?
Ataukah patut dia teruskan perjuangannya di syarikat itu sebagai tukang
cuci?
Di mana-mana kerja sebenarnya ada cabaran tersendiri.
Dija mengeluh.