4,700
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab Tiga


Bab Tiga

DIJA melakukan rutin kerjanya seharian di pejabat itu. Mencuci lantai. Menyapu dan mengemas mana-mana yang patut. Dia tidak lagi bertugas di dalam pejabat pentadbiran. Kak Sal sudah tukarkan Dija agar bekerja di kawasan agak jauh daripada pejabat. Semuanya demi mengelak daripada pertembungan Dija dan Faheem. Kak Sal tidak mahu sikap Faheem akan menimbulkan rasa tidak selesa di hati Dija. Juga untuk mengelak daripada Dija terkena jerkahan dan maki seranah Faheem lagi.

Sambil mencuci lantai, Dija menyanyi-nyanyi kecil.

Riangkah dia? Ataukah sekadar untuk menghilang rasa bosan sebab kena kerja seorang diri di kawasan yang agak jauh daripada ruang pejabat.

Dija terus menyanyi kecil.

Tiba-tiba telinga Dija menyambar suara orang ketawa. Riang dan mesra bunyinya. Dija tidak pasti suara siapakah yang sedang teralun itu. Dia pula malas untuk ambil pusing dengan suara-suara itu. Ketawalah dia orang kalau rasa gembira. Akupun sedang gembira sekarang ni. Tenang dan lapang sikit dada bila kerja jauh daripada pejabat pentadbiran syarikat itu.

“Sayang, you dengar sesuatu tak?” telinga Dija dapat menangkap suara itu. Macam pernah dengar suara itu.

Suara Encik Faheem? Soal hati Dija. Namun dia tidak berpaling. Malas dia mengalih pandangan ke arah Mamat Muka Masam itu.

Dija membiarkan suara itu. Kalau suara Faheem, telinganya akan pedih mendengarkan. Jadi, lebih baik dia tidak hiraukan suara itu. Dija terus menyanyi kecil.

“Dengar apa, sayang?” suara seorang gadis pula menyoal. Lunak suaranya.

Suara Cik Rita? Sekali lagi suara hati Dija menyoal. Memang benar, itu suara Cik Rita. Suara yang lemak manja. Lunak didengar.

l dengar macam suara lalat je. Kadang-kadang pulak Idengar macam suara nyamuk. Youdengar tak?” soal Faheem lagi. Kemudian, dia ketawa mengekeh.

“Suara lalat?” soal Rita. “Mana ada, sayang!”

“Ha, mungkin youdengar suara nyamuk kut.” Terkekeh-kekeh suaa Faheem ketawa.

“Nyamuk?” suara Rita kedengaran aneh.

Tiba-tiba keduanya muncul di depan Dija. Langkah mereka beriringan dan sangat mesra. Sedang menuju ke arah Dija yang begitu asyik dengan kerja-kerjanya.

“Eh, suara tukang sapu yang menyanyi rupanya...” Faheem ketawa sinis.

“Ohh...awak rupanya Dija. Pandai jugak awak nyanyi ya?” Rita menyampuk.

“Ha’ah, tukang sapu pun tahu menyanyi, ya, sayang?” ejek Faheem.

Rita ketawa lucu. Dia tahu Faheem sedang memerli Dija, tukang sapu yang berkulit hitam itu. Gadis itu tidak menoleh ke arah mereka berdua.

“Hmmm, kalau macam tu suara dia, baik you suruh dia hentikan lagunya sekarang dan sampai bila-bila tak usah nak nyanyi lagi.” perli Faheem.

“Nanti, meleleh tahi telinga lni, susah pulak!”

Rita masih meneruskan ketawanya.

“Kelakarlah youni sayang. Kenapa cakap macam tu? Kesian dengan tukang cuci papa youni.” usik Rita pula. Ketawanya terus mengekeh.

Dija terdiam. Rupanya merpati dua sejoli yang sengaja datang mahu mengutuk dia. Sengaja mahu menduga rasa di hatinya. Dija seolah tidak melihat kehadiran keduanya. Malah, dia terus menyanyi-nyanyi kecil dengan nada riang. Lagu dendangan Allahyarham Sudirman terus dialunkan penuh riang. Tanpa mempedulikan sinisnya suara sindiran mereka berdua.

‘Angan-anganku di suatu masa

Basikalkan kutukar kereta

Namun kekasihku tak setuju

Mungkinkah dia rasa cemburu....’

Tangan Dija terus bergerak lincah membersihkan lantai di kawasan itu. Kehadiran dua orang makhluk itu tetap tidak dipedulikan langsung. Seolahnya hanya dia seorang sahaja yang ada di situ. Semakin banyak Faheem memperlinya, semakin rancak Dija menyanyi dengan riang dan gembira. Tidak ada rasa malu atau segan yang hadir saat itu. Hanya melunasi kegirangan hati sendiri.

“Sayang, kalau Beyonce yang nyanyi, mesti lakan serbu dan angau sepanjang masa.” Suara Faheem agak kuat dizahirkan agar Dija dapat mendengarnya.

“Kalau Budak Hitam ni?” soal Rita pula. Tersengih dia saat mengucapkan kata penghinaan itu. “Yousuka tak dengar suara dia ni?”

“Kalau suara macam ni? Hmm, mencairkan tahi telinga aje. Boleh menanah telinga lni sayang....” suara Faheem terus mengejek.

lpun minat habis dengan Beyonce tu sayang...” balas Rita. “Hitam manis, kan?”

“Ya, gadis negro yang hitam manis tu, memang cantik orangnya.” Ujar Faheem. Rita mengiyakan. Keduanya riang ketawa.

“Jauh beza dengan Budak Hitam ni?” soal Faheem sambil memuncungkan bibirnya ke arah Dija yang tidak mempedulikan mereka berdua.

ltak minat dengan dia ni...” ujar Rita menjuihkan bibirnya. Jijik benar nampaknya.

lberjuta kali lagi tak minat, tau...” balas Faheem.

Rita mengekeh lagi. “Sayang, youni, macam-macam laaa...”

“Hisy...lalat ni memang suka sangat hurung orang-orang yang baunya tak berapa wangi, sayang...” suara Faheem dilontar lagi. Menyentuh gegendang telinga Dija. Rita pula terus ketawa mengekeh. Ejekan tawanya itu juga tidak dipedulikan oleh Dija. Dia terus dengan kerja-kerja rutinnya. Usahkan menyampuk, menjeling mereka berduapun tidak.

“Patutnya Kak Sal pindahkan dia ni bertugas sekitar Rest Room aje. Sesuai dengan dia. Baunya yang sama dengan bau Rest Room, taklah menyakitkan lubang hidung semua staf kat ofis kita ni, kan?”

“Betul tu, sayang! lharap tak ada lalat yang hurung lsayang...” balas Rita, turut memperli. “Kalau tak, nanti youakan lari dari lpulak....”

“Itakkan lari daripada you,sayang. Cantik manis macam ni, siapa tak sayang?” Faheem pula bersuara. “Bukannya macam Budak Hitam tu.”

Dija tetap dengan tugasnya. Mencuci dan membersihkan lantai walaupun lantai di situ sudahpun bersih disapunya sejak tadi. Menjeling tidak. Menjawab tidak. Memandang tidak. Malah terus saja menyanyi-nyanyi riang.

“Sudahlah, sayang.” Akhirnya Rita kebosanan. Tiada sebarang reaksi daripada Dija walaupun disindir, diperli dan dihina. Dia tetap dengan tugasnya. Seolah-olahnya suara Rita dan Faheem tidak singgah di kuping telinganya. Keriangan suaranya terus dilontarkan dengan lebih nyaring dan riang.

“Jom, kita tinggalkan dia ni. Agaknya dia ni pekak kut...” Rita terus menarik tangan Faheem dan berlalu pergi dari situ.

Dija tersengih senang bila keduanya berlalu tanpa mendapat reaksi daripada Dija. Kantoi juga mereka bila Dija memekakkan telinga dengan setiap sindiran dan penghinaan keduanya. Kalau dilayan, bukan dia juga yang menang. Akan kalah juga jadinya. Keduanya memang serupa!

PAGI itu seakan tidak membekalkan ketenangan di hati Dija. Suram wajahnya membekas hingga teman-teman sekerja mengerti bagaimana hati Dija saat itu.

“Kak Sal...” Dija merenung wajah Kak Sal. Ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh gadis di depannya itu. Kak Sal mengangkat kelopak mata. Membalas renungan Dija. Hatinya tertanya-tanya.

“Kenapa ni? Nampak macam kucing hilang anak je.” Tegur Kak Sal, pelik.

“Bukan kucing hilang anak, Kak Sal. Tapi biawak hilang telurnya.” Dija tersengih.

Berkerut dahi Kak Sal. “Budak ni. Peribahasa baru ke?’

“Rekaan sendiri, kak...” Dija terus tersengih. Wajah nakalnya terserlah di mata Kak Sal. Senyum itu terus melirik dalam versi sendiri.

“Hissyhh...pandai pulak adik Kak Sal ni mereka-reka peribahasa.” Kak Sal turut tersengih. Terasa lucu dengan ungkapan Dija.

“Cakap dengan Kak Sal, apa hal ni?” Kak Sal sudah mulai mendesak bila wajah Dija mulai bertukar menjadi kopi susu. Nampak risau. Sekeruh resahnya yang berladung. Senyum yang melirik di wajah Dija hilang dengan tiba-tiba bila Kak Sal mendesak dengan persoalannya itu.

“Dija nak berhenti kerja, kak...”

“Hah?” membulat mata Kak Sal. Seperti tidak percaya dengan pernyataan gadis di depannya itu.

Angguk.

“Kenapa?”

“Tak selesa langsung kerja kat syarikat ni.” bibir Dija dicebik. Malah dijuih.

Kak Sal daatang mendekat. Diletak tangan di atas bahu Dija. Matanya melekat ke wajah Dija. Mendalam renungan itu. Namun, Dija tetap berwajah keruh. Resahnya terpamer jelas.

“Dija, dah fikir habis-habis ke sebelum buat keputusan ni?” soal Kak Sal.

Angguk lagi. “Dah, kak...”

“Sejak bila Dija buat keputusan ni?”

“Sejak beberapa minit lepas.”

Melopong mulut Kak Sal. “Sejak beberapa minit lepas?”

“Ya, kak...” gigi Dija nampak putih melepak ketika dia tersengih lebar begitu.

“Budak bertuah ni. Biar betul...” Kak Sal berkerut dahinya.

“Memang betullah, kak. Dija dah fikirkan masak-masak dah.” Balas Dija, yakin.

“Hisy...sempat ke Dija berfikir masak-masak kalau keputusan dibuat sejak beberapa minit lepas.” Rungut Kak Sal kurang yakin.

Dija menyandarkan penyapunya ke dinding. Kemudian, dia menyandarkan badan yang melidinya sambil sebelah kaki diangkat separuh. Dijamah lutut yang dibengkokkan itu. Matanya meredup. Mengalahkan awan mendung hampir mentiskan hujan untuk seluruh maya.

“Keputusan tu Dija baru buat beberapa minit yang lalu. Tapi, sejak malam tadi, Dija dah fikirkan tentang kedudukan Dija di syarikat ni.” ujar Dija, kendur tapi nekad. “Kalau Kak Sal nak katakan keputusan separuh masakpun boleh jugak, kak.”

Dija tersengih dalam paksa.

“Dija...” Kak Sal cuba membujuk. Tiada senyuman di bibir Kak Sal.

“Keputusan Dija dah muktamad, kak.” Nekadnya jawapan Dija.

Wajah Kak Sal semakin keruh. “Dija...”

“Kau ni biar betul, Dija...” tiba-tiba Marina datang mencelah. Teman seperjuangan, tukang cuci di syarikat tersebut mulai datang berkumpul di sisi Dija. Agak terkejut dengan perkhabaran yang baru diterima.

“Kau cakap kau perlu duit untuk tampung kehidupan kau sekeluarga. Baru sekejap kerja kat sini, kau dah nak berhenti?” soal Marina, seperti tidak percaya. Ditepuknya bahu Dija, agak geram.

Dija mengalih pandangan. Wajah Marina pula direnung. “Memanglah aku baru kerja kat sini, Rina. Tapi...”

“Dulu, kau juga yang cakap nak kerja sungguh-sungguh. Nak cari rezeki untuk tampung Dija dan keluarga. Sekarang ni?” soal Marina. Wajahnya nampak bersungguh meletuskan soalan.

“Hati tak tenanglah kerja kat sini, Rina, Kak Sal. Sakit jiwa dengan Mamat Bertaring tu.” keluh Dija.

“Mamat Bertaring?” serentak pertanyaan keluar daripada bibir Kal Sal dan Marina. Pandangan keduanya tepat ke wajah Dija.

“Mamat Bertaring mana pula ni, Dija?” Marina bersuara dengan hairan.

“Hmm, Mamat Bertaring tu. Mengalahkan taring harimau. Macamana aku nak tunggu kat sini, Rina?” keluh Dija lagi.

“Siapa?” sekali lagi Kak Sal dan Marina bersuara serentak.

“Hmmm, tak ada lain laa tu. Mesti Encik Faheem, kan?” teka Kak Sal sebelum ada jawapan daripada Dija. Ada senyum di bibirnya. Menduga apa yang sedang bersarang di hati Dija. Kelihatan Dija mengangguk. Bersetuju dengan ungkapan Kak Sal. Marina juga sudah dapat meneka bila kalimah itu diuntai oleh bibir Dija.

“Sejak Dija tersilap tumpahkan kopi hari tu, sampai sekarang, dia tak pernah elok dengan Dija, kak. Kalau tak menengking, mesti menjerkah. Paling komanpun, dia akan menjeling sinis. Macamana hati Dija boleh tenang, kak?” soal Dija. “Padahal, Dija bukan sengaja masa kopi tu tumpah. Lagipun, dah berkali-kali Dija minta maaf. Dia tetap jugak tak sukakan Dija, kak.”

Tangan Kak Sal masih melekat di bahu Dija. Usaha membujuk masih tetap dicuba walaupun ternyata ada rajuk di hati gadis itu. Kalau boleh Kak Sal memang tak mahu Dija berhenti secepat itu. Dia baru saja bekerja di situ. Tempoh sebulanpun belum sampai.

“Dengan orang lain, dia tak macam tu. Tapi kalau dengan Dija, mesti ada yang tak kena. Mentang-mentanglah Dija ni...” keluh Dija.

“Dija, kadang-kadang akupun terkena juga dengan dia tu. Dia pernah juga marahkan aku. Malah, pekerja-pekerja lain pun terkena. Boleh tak, kalau kau tak ambil hati dengan dia?” pujuk Marina.

“Memang aku takkan ambil hati dia tu. Tak ingin!” Dija cuba tersenyum. “Orang lain tak sehebat aku. Aku ni macam-macam kena seranah. Dia ingat aku ni patung ke apa? Tak ada hati dan perasaan ke aku ni?”

“Kak Sal pun pernah kena marah dek dia tu. Tapi Kak Sal dah tak kisah dengan mulut dia tu. Marah-marahpun Kak Sal tak hiraukan sangat.”

“Yalah, Dija. Dia memang macam tu. Pemarah, pendengus dan suka cari silap orang. Pedulikan dia...” pujuk Marina. “Bukan dia yang bayarkan gaji kau. Gaji Kak Sal, gaji aku dan semua tukang cuci kat sini bapak dia yang bayarkan.”

“Aku tahu tu, Rina. Tapi, dia anak bos.” Ujar Dija.

“Kau jangan pedulikan dia, Dija. Kau mesti fikirkan tentang tujuan kau kerja kat sini. Kau nak bantu keluarga kau dengan rezeki yang halal, kan?” soal Marina.

“Memanglah aku nak rezeki yang halal.”

“Ha, di sini, rezekinya halal, Dija.” Bersungguh lagi suara Marina meyakinkan teman sekerjanya itu. Wajah Dija dipandangnya. Dia benar-benar tidak sudi lagi untuk mendengar ucapan Dija yang mahu berhenti kerja itu. Dia sudah sudah sukakan Dija. Tapi agak kecewa bila dapat tahu gadis itu mahu berhenti kerja dengan tiba-tiba.

“Rezeki memang halal tapi suara-suara sindiran dan marah-marahnya tu, macam buat aku tak halalkan diri aku berada di sinilah, Rina.” Balas Dija.

“Dija...” suara Kak Sal tetap lembut membujuk. “Kalau kita bersabar, kemenangan akan jadi milik kita jugak nanti.”

“Kau dengar kata Kak Sal tu....hanya kesabaran yang perlu dilakukan sekarang. Barulah kau boleh menang dalam kes ni.”

“Alaah, akupun ada hati dan perasaan Rina. Jangan semua orang ingat, hitamnya kulit aku ni hati aku pun hitam jugak. Tak ada perasaan langsung. Boleh telan je semua kutukan dan kemarahan Mamat Bertaring tu.” gerutu Dija kurang senang bila difikirkan tentang sikap sombong bongkak dan angkuhnya si Faheem itu.

Kak Sal hilang suara untuk berkata-kata.

“Habis, kau tetap nak berhenti, Dija?”

“Aku dah nekad, Rina. Aku nak berhenti jugak.” Tegas suara Dija.

Suara keluhan Kak Sal singgah di telinga Dija dan Marina.

“Kak Sal kesiankan Dija.” Simpati Kak Sal terhadap Dija. “Dija juga yang cakap nak bantu keluarga Dija kat kampung sana. Tapi sekarang...?”

“Sekarang, Dija dah tak ingin nak cari rezeki di syarikat ni, kak. Lagi baik Dija duduk kat kampung Dija sana. Tolong mak ayah buat ikan dan sotong kering.” Suara kesal Dija jelas kedengaran. “Lagi baik Dija buat semua tu daripada menelan jerkahan dan maki hamun orang-orang intelek macam Mamat Bertaring tu.”

Marina merenung wajah Dija dengan rasa simpati. Kak Sal juga.

“Kalau kerja kat restoran, kau nak tak, Dija?” soal Marina.

Dahi Dija sedikit berkerut.

“Aku tak tau masak. Nanti lingkup restoran tu.”

“Siapa suruh kau jadi chef.” Soal Marina.

“Habis?” soal Dija.

“Budak pelayan...” Marina tersengih.

Dahi Dija berkerut lagi. Wajah Marina dipandang penuh makna.

“Budak pelayan?” soal Dija lagi.

“Nak?” soal Marina tanpa mampu membaca apa yang ada dalam hati temannya itu. Wajah Dija nampak selamba walaupun dahinya sedang berkerut jutaan kedut.

“Budak pelayan?” lambat-lambat Dija bersuara lagi.

“Ha’ah...budak pelayan. Kau nak tak?” desak Marina inginkan jawapan daripada Dija.

“Budak pelayan...” ulang Dija lagi. Berkali-kali dia memikirkan jawatan baru yang ditawarkan oleh Marina.

“Kat mana, Rina?” tiba-tiba Dija menyoal.

“Sekitar bandaraya Kuala Lumpur ni juga, Dija.” Bersungguh benar wajah Marina memberikan jawapan.

“Aku tengah fikir ni. Jawatan tu kira okey juga dengan aku , kan?”

“Kau jugak selalu cakap, kalau kerja tukang cuci di syarikat kat Kuala Lumpur ni, taklah malu sangat. “ ulas Marina, mengharapkan tawarannya diterima oleh Dija.

“Yalah, kalau kerja kat negeri sendiri, orang ramai yang kenal. Malulah pulak, Rina. Kat Kuala Lumpur ni orang tak tahupun yang aku kerja kat syarikat ni sebagai tukang cuci je.”

“Habis, apa kerja yang kau cakap pada dia orang tu?”

“Tak cakap apa-apa jawatan aku. Cuma mereka tahu aku kerja kat KL. Itu saja.” Jawab Dija.

“Aku tak bohong, tapi aku tidak bercerita tentang diri aku. Peduli apa kalau dia orang nak anggap aku apa. Mungkin mereka sangka aku kerja sebagai pegawai eksekuif kat syarikat ni.” wajah Dija nampak tersenyum ceria.

“Masa aku nak datang sini dulu, ramai orang kampung yang tanya aku, nak kerja apa kat Kuala Lumpur. Aku cakap kerja kat syarikat tersohor milik Datuk Nik Rasyid ni. Bila mereka dengar nama datuk tu, terus mereka anggap aku ni kerja pegawai. Paling kurangpun kerani.” Sambung Dija lagi. Wajahnya makin ceria bila bercerita tentang hal itu.

“ltu silap mereka Dija. Mudah buat persepsi sendiri.” Balas Kak Sal yang sejak tadi hanya mendiamkan diri sambil mengikuti perbualan Marina dan Dija.

“Dija pula memang tak sangguppun nak cakap yang Dija diterima bekerja kat syarikat datuk tu hanya sebagai tukang cuci, Kak Sal. Malu pulak Dija nak cakapkan perkara tu.” akui Dija, jujur. “Sebab tu, Dija tak cakap apa-apa. Diam aje...”

“Tak apa. Dija bukannya bohong. Mereka yang silap mentafsir...”

Dija mengangguk.

“Dija ni siapalah, kak? Belajar tak tinggi, takkanlah boleh jadi pegawai, kan?” ujar Dija Kemudian, dia berpaling ke arah Marina. “Rina, dah dapat kerja sebagai tukang cuci ni pun aku dah rasa syukur sangat. Asal dapat duit yang halal. Dapat juga merasa gaji sendiri.”

“Aku juga sama macam kau Dija. Asal dapat rezeki yang halal, syukur sangat.” Tambah Marina. “Belajar tak setinggi mana, jadi tukang cuci ni dah kira beruntung dah. Kan, Kal Sal?”

“Yalah...kita kena sentiasa bersyukur. Barulah Allah akan tetap tambahkan rahmat untuk kita.”

Dija terus merenungi wajah Marina dengan sejuta persoalan dalam diri.

Patutkah dia terima tawaran Marina?

Ataukah patut dia teruskan perjuangannya di syarikat itu sebagai tukang cuci?

Di mana-mana kerja sebenarnya ada cabaran tersendiri.

Dija mengeluh.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh