22,434
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

    Aku memerhatikan list barangan yang dipinta oleh ibu tiriku. Ini adalah rutin mingguan yang sering aku lakukan. Ya, mungkin kerja ni tersangat membebankan.

   Tapi lebih baik dari terus berada di rumah mendengar ibu tiriku membebel tak henti-henti. Ah! Aku penat nak jalani hidup terkongkong, tapi aku terpaksa kerana aku tak boleh nak bina takdir aku sendiri.

   Bak!

 Aku terundur bila bahuku dilanggar oleh seseorang yang mengenakan penutup mulut.

  “Hoi!” Jerkahnya. Terkedip-kedip aku bila ditengking sedemikian rupa . Ni dah apahal pula dia nak jerkah aku? Bukan aku yang mangsa keadaan ke? 

  “You kalau jalan boleh tak mata tu letak kat muka! Bukan letak kat lutut!” Perlinya. Tercengang aku seketika. Wah! Boleh tahan juga tahap biadap mulut mamat ni!

   “Awak ingat saya ni alien ke ada mata kat lutut? Ke awak yang alien, sebab mulut awak ni tak layak nak diiktiraf sebagai manusia!” balasku. Padan dengan muka dia! Ingat kau seorang je ada mulut pedas bak cili? Kirim salam, mulut aku lagi laser dari kau!

  “You ni memang tak padan dengan low class kan! Dahlah dressing macam mak cik-mak cik! Mulut pula puaka habis!” Sindirnya lagi. Aku kepal penumbuk. Mak cik? Low class? Mulut puaka? Wah! Ni dah lebih dah ni!

  “Eh!”

  “Wei... Kau dah jumpa apa yang kau nak ke? Cepatlah, kau ada temu janji lagi petang ni!” belum sempat aku nak membalas kata-kata lelaki mulut longkang tu, datang pula seorang lagi lelaki.

  “Tak jadi! This crazy girl ruin my mood! Jom!” sempat lagi mulut longkangnya mengejek aku! Hisy! Nasib jelah kau ada orang back up! Kalau tidak, dah aku tenyeh-tenyeh mulut kau dengan kasut aku ni! Dasar Alien mulut longkang!


****

  “You tahukan hak kami sebagai penerbit? Dan hal ini juga ada tertulis didalam perjanjian, bahawa kami mempunya hak untuk mencadangkan novel di bawah naungan kami kepada pihak lain…” 

   Aku mengeluh saat mengingati semula kata-kata Encik Sahat. Pada mulanya aku rasa nak marah, sebab mereka lakukan tanpa kebenaran aku. Namun sebagai seorang yang bernaung di bawah sebuah syarikat penerbitan, aku seharusnya tidak boleh membangkitkan hal ini, sebab semuanya sudah tertera didalam surat perjanjian.

   Deringan telefon bimbitku membuatkan langkahku terhenti untuk seketika. Beg plastik aku letak di atas bangku bus stop. 

   “Nombor semalam…” aku mengeluh. Ni mesti Encik Sahat yang beritahu mereka yang aku dah setuju. Hm... apa lagi yang mereka nak ni?

   “Assalamualaikum.” Aku memulakan bicara.

   “Waalaikumusalam, terima kasih Cik Alana kerana bersetuju untuk menghadiri meeting bersama hero pelakon ni. Untuk keserasian agar pelakon kami mampu menjayakan watak dengan bagus berdasarkan bimbingan penulisnya sendiri. Bagaimana cik?” Jelasnya panjang lebar. 

   Aku buat muka menyampah, dah kena hadiri perjumpaan pula! Makkluk manalah yang akan bawa watak Zulfiqar dan watak Mardina ya? Harap-haraplah mereka yang aku minat, senang sikit nak tunjuk ajar. Tapi akukan hanya penulis biasa je, bukannya pelakon pun. Buat apa aku nak beri tunjuk ajar pula? Ingat aku ni sekolah perfileman ke?

  “Cik…”

   Aku tersedar dari lamunan bila mendengar teguran si jejaka dihujung talian.

  “Baiklah, jam berapa? Di mana?” soalku. 

  “Di cafe Aromalicious, jam 2 petang.” Beritahunya. 2 petang? Harap-haraplah aku tak busy masa tu. 

   “InshaALLAH. Kalau tak ada halangan, saya akan ada kat sana dalam waktu yang dijanjikan.” 

  “Okay, terima kasih cik.” 

   “Sama-sama!” Dan talian terus aku tamatkan. 

   Nafas kembali aku hembuskan, jam di tangan aku tenung. Jam 12;30 petang, nak balik rumah pun takut tak sempat. Hmm… lepak kat cafe Encik Haqimi jelah. Beg plastik yang tadi aku biarkan, aku raih dan segera membuka langkah. 


*****

   Aku kelam kabut berlari bagai tak cukup tanah, jam di tangan aku tenung hampir berbelas kali. Macam manalah aku boleh tak sedar dah pukul 12;55 petang. Matilah aku! Ni semua salah Encik Haqimi! Kalau borak dengan dia, semua perkara pun aku boleh lupa!

   “Ah! Jumpa pun.” Tercungap-cungap aku mengatur nafas yang kian sesak. Baju dan rambut yang kusut masai aku rapi bercerminkan kaca cafe Aromalicious tersebut. Peluh di dahi dan leher aku lap mengunakan hujung lenggan baju. 

  “Kan aku dah kata penulis dia…”

  Bak!

  “Auch!” Pekikku bila punggungku tepat mencium lantai hadapan cafe tersebut.      

   Cepat aku mendongah melihat manusia mana yang berani langgar aku! What! Mamat mulut longkang ni lagi! Kenapa dalam beribu orang dekat bumi ni, aku boleh juga terserempak dengan dia!

   “Hei! Kau lagi! Berapa kali aku nak suruh kau jalan pakai mata ah!” marah dia. Terlopong aku ditengking sedemikian rupa. Aku pantas berdiri. 

   “Awak yang jalan tak tengok depan, saya pula yang awak salahkan! Sakit tau punggung saya!” Bebelku. Sedap mulut dia je nak kata salah aku!

  “Wait…wait…” tiba-tiba lelaki di sebelahnya bersuara. Aku lihat dia mengeluarkan sebuah novel, dan aku tersangat kenal novel itu. Tukan novel aku! 

  “Ah! Betullah, you Alana Aqira kan? Penulis novel ni? Ni gambar you yang kat belakang buku nikan?” Bertalu-talu lelaki itu menanyakan aku soalan. Aku mengangguk dalam kesal. 

  “What? Mak cik ni penulis novel ni? Patutlah klise habis, rupanya idea sampah dari penulis low class!” Hinanya. 

   Membulat mataku mendengar dia menghina hasil kerjaku. Jangan cakap mamat mulut longkang ni artis yang aku kena jumpa tu? No!

   Aku tarik kolar bajunya dan tanpa sengaja jangutnya yang panjang itu turut terikut sama. Membulat mataku bila janggut lelaki itu tercabut dari dagunya.  Janggut palsu? 

   Aku teguk airliur. Perlahan-lahan melihat ke arahnya. Lagilah aku membuntang. Hadiyat Aqasha! Mamat poyo ni artis yang aku kena jumpa tu? Dia...dia… adalah hero untuk novel aku? Dia yang akan bawa watak Zulfiqar? Hello! sesiapa tolong sedarkan aku! Dia dan Zulfiqar sangat berbeza!

   Laju dia menarik semula janggut yang ada ditanganku lalu dilekatkan semula didagunya. 

   “You…”

   “Dah! Tujuan asal kita buat perjumpaan ni nak bincangkan hal novel yang bakal diadaptasi ni. Jom, yang lain dah tunggu kat dalam.” Cela lelaki yang berada di sebelahnya.


*****

  "Cik Alana nak minum apa?” Soal seorang lelaki yang memperkenalkan namanya sebagai Khairul. 

   “Honey greentea with pearl, but without sugar.” Jawabku. 

   “Okey.” Lalu mereka bertiga berdiri serentak. Terkedip aku, dah kalau semua nak pergi ambil order takkan nak tinggalkan aku dengan mamat mulut longkang ni? Hello! Ada kejap lagi perang dunia ke tiga kat cafe ni.

  “Eh! Awak bertiga nak pergi mana?” Cepat aku bertanya sebelum apa yang aku fikir kat kepala otak aku menjadi kenyataan.  

   “Saya nak ambil order. Encik Alias pula nak pergi tandas.” Sahut Khairul.

   “Saya nak pergi ambil barang kejap kat kereta.” Pintas manager mamat mulut longkang tu. Aku ketap bibir, nampak gayanya aku memang akan ditinggalkan berdua-duaan dengan pelakon poyo ni. Oh! Tidak!

   “Macam budak kecil.” Perli satu suara. Aku menoleh dengan sorotan mata yang tajam. Kau buka mulut lagi sumpah aku jerit satu cafe ni! biar kau pengsan kena hempap dengan peminat kau!

   “Kalau macam tu biar saya yang tolong order.” Aku mencadangkan bantuan. Tolonglah makbulkan permintaan aku. Aku tak nak ditinggalkan dengan mamat bajet perfect ni. Aku mohon sangat.

   “Eh... tak apalah cik, lagipun cik ni tetamu kami. Jadi kata kenalah beri layanan yang tip top.” Larang Khairul. Aku hanya mampu tarik muncung. Dengan sekali pernolakan, akhirnya aku ditinggalkan dengan si pelakon mulut longkang.

   “Jadi you lah penulis novel ni?”  Dia mengangkat novelku lalu dijatuhkan dengan 

     Buntang saja mataku melihat dia menghempaskan karyaku dengan sebuah penghinaan. Sabar Lana, ni peluang keemasan untuk kau bina hidup sendiri dan berdiri diatas kaki kau. Anggap saja dia ni tak wujud dan kau tak perlu nak layan kerenah dia.

    Aku berdiam diri, ada baiknya begini berbanding melayan kerenah kebudak-budakkan mamat perasan ni. Earphone aku sumbatkan ke dalam telinga. Aku lihat dia besarkan mata, mungkin geram dengan kelakuanku yang menganggap kehadirannya seperti tidak wujud.

   Spontan saja earphone ditelingaku ditarik kasar. Tersentak aku. 

    “You jangan nak buat dengar tak dengar eik! I tengah cakap dengan you tau!” Marahnya. Aku menjeling dia. Earphone aku tarik semula. 

   “Awak ada cakap dengan saya ke? Rasanya saya tak dengar pun?” Saja nak sakitkan hati dia. Dia ingat dia seorang je pandai nak sakitkan hati orang? Aku pun bolehlah.

   “No wonder karyanya menjengkelkan, penulis pun macam tu juga.” Perlinya lagi, aku kepal penumbuk. Nampak gayanya dia memang tak retih nak jaga perasaan orang.

   “Apa masalah awak ya Encik Hadiyat? Kenapa awak benci sangat dengan karya saya?” Aku menyoalnya dengan perasaan geram. Kalau ikutkan hati dah aku hempukkan novel aku tu kat muka dia.

    Yalah, siapa tak sakit hati bila orang hina karya kau secara terang-terangan. Dia nak mati ke apa? Dia tak tahu ke aku boleh jadi hilang kawalan bila orang pandang rendah pada minat aku!

    “Ops... you silap, I bukan  benci kat you seorang je tau. Tapi pada semua penulis novel cinta clise macam ni. Kau orang tak ada idea yang lebih fresh ke dari kahwin paksa or gaduh-gaduh lepas tu jatuh cinta. Kau ingat kerja pelakon ni senang ke nak hadap cerita macam ni?” Bebelnya.

   Wah…dia ni! Aku sudah singsing lengan baju. Dia ni tak sayang mulut ke? Ke nak aku cabut mulutnya tu baru tahu cara adab semasa berbual.

   “Kalau encik tak suka, kenapa encik terima nak bawa watak hero dalam cerita saya?” Nadaku sudah mula hilang sabar. Kalau tak ingat tempat umum, sah-sah mamat ni dah kena wresling dengan aku.

   “This is what we call popularity strategic.” Dengan bangga lagi dia bersuara. Aku hanya memandang dia dengan pandangan menyampah. Entah apa dia merepek pun aku tak tahu.

    “Oh, ya! You mesti tak fahamkan apa tu ‘popularity strategic?’ You kan hanya tau cerita cinta je. Mana retih nak ambil tahu benda-benda macam nikan?” Cacinya. Ewah-ewah! Kaki aku dah rasa nak naik atas meja dah. Please, sesiapa tolong sabarkan aku! 

   “Saya tahu…”

  “Shs...I'll explain it to you. You tahu I ni artis baru?  I bukan sahaja pertarungkan bakat, tapi juga rupa. Will, you tau orang sekarang ni, muka okey je mulalah ramai tergila-gila. So, kalau muka dah kacak bawa watak yang tangkap leleh mesti ramai yang akan suka I kan?” Dia sudah mula isi bakul angkat sendiri. 

    “Awak ada bawa beg plastik ke? Sebab kata-kata awak buat saya nak muntah.Tapi sebelum saya nak muntah, saya nak minta maaflah ya Encik Hadiyat,sebab sayan tak suka awak. awak ingat awak kacak?Tu, Cashier tu lagi handsome dari awak. Dahlah lakonan kayu!” sindirku. 

   Terang matanya melihat aku. Rahangnya hampir saja terngangga luas. Ah! Padan dengan muka, kau ingat kau siapa nak tinggi diri dengan aku.

   “Kau…”

   “Yoo... sorry buat kau orang berdua tertunggu-tunggu. Okey, ni latte you Diyat and ni minuman you Cik Lana. Sampuk Khairul. Aku tersenyum lebar. Ting! 1- 0 .


BERSAMBUNG...


Nota kaki: Terima kasih sudi membaca karya tak seberapa saya ni. Sebarang komen amat saya hargai. Follow Facebook ( syaza arisha )saya untuk sebarang update atau pertanyaan... With love ~ syaza arisha

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh