Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,620
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
SE(P1)

Kemangkatan Tengku Yahya Alam Shah memang amat menyedihkan bagi semua rakyat terutama sekali ahli - ahli keluarga yang rapat.

Kepergian baginda amat membuatkan puteranya sedih iaitu siapa lagi kalau bukan Tengku Ilham Huzairie. Hmmm ya lah kalau nak tahu kan Huzairie begitu rapat dengan ayahndanya. Ke mana saja urusan kerajaan mereka pasti dibawanya Huzairie supaya Huzairie lebih terdedah untuk menguruskannya nanti.

Tahta juga telah diberikan sebelum ayahndanya jatuh sakit.

" Huzairie..."

" Ya ayahnda " sahut Huzairie sebak.

" Tolong janji dengan ayahnda..."

" Janji apa ? "

" Tolong jaga ahli kerabat kita...tolong jaga kebajikan rakyat kita. Jadi ketua pemimpin yang bertanggungjawab. Berusaha sebaik mungkin untuk jaga keamanan negara kita. " pesan Tengku Yahya panjang lebar.

Akhirnya air mata Huzairie gugur mendengarkan setiap butir bicara yang keluar dari mulut ayahndanya itu.

" In shaa Allah ayahnda. Huzairie akan usahakan. "

Begitu lah sedikit sebanyak apa yang Huzairie teringat tentang pesan Almarhum Tengku Yahya Alam Shah.

Huzairie hanya duduk termenung jauh di halaman rumahnya.

Tetiba tangannya di genggam seseorang.

" Kenapa ni ? Rindukan ayahnda lagi ? "

Huzairie menoleh ke arah suara itu. Ditatap wajah yang selalu memberinya kekuatan. Yang selalu ada dengannya tika jatuh dan bangun.

Seketika Huzairie membalas genggaman tangan itu.

" Hmm ya . Rindu sangat pada ayahnda " luah Huzairie.

" Jangan lah macam tu sayangku Huzairie. Pasti ayahnda tak suka kalau kita bersedih macam ni.. cuba kalau rindu tu sedekahkan al fatihah untuk ayahnda " kata orang itu lagi.

Siapa dia ? Siapa yang memberi nasihat ini ? 😂

Akhirnya Huzairie mengangguk lalu mempamerkan senyuman kecil.

Hai ! I'm back hahahahah 😉 so ya ini lah Aliya yang dah jadi isteri kepada Huzairie dan juga bonda kepada 3 orang anak kembar yang comel-comel macam bonda dia 😎💕

" Riku...mana anak - anak kita ? " tanya Huzairie tetiba.

" Hah ? Anak kita ea ? Hmmmm kat mana ehh aduh lupa pulak. " kata Aliya sambil tergaru - garu belakang kepalanya yang tidak gatal.

Huzairie tayang muka pelik. Apa kena lah dengan isteri aku ni. Dah jadi mak budak dah pun perangai still macam dia yang budak lebih pulak.

" Hah ! Diaorang semua ada dekat atas tengah mai psp kot "

See ? Anak - anak dia pun ikut ayahnda diaorang yang suka main psp 😂

" Riku tinggalkan diaorang bertiga aje kat atas ? " tanya Huzairie sedikit risau. Iya lah anak - anaknya baru berusia 6 tahun.

Bukan boleh ditinggal - tinggal. Kejap lagi kang ada yang tercabut psp tu. Ada yang terbalik televisyen kat bilik tu kang. Biasa lah budak 6 tahun kan suka sangat main.

" Hahahah tak ada lah. Al tinggalkan diaorang dengan Fira ketua pembantu baru bahagian bilik tu. " jelas Aliya.

Huzairie menghembus nafas lega. Nasib baik.

" Ish Ayie ni ! Anak kita tu tak nakal macam yang Ayie fikirkan. Diaorang behave macam bonda diaorang ni ... " kata Aliya sambil memuji diri sendiri.

Habis saja Aliya berkata seperti itu lantas pipi kanannya dicubit lembut oleh Huzairie.

" Macam ni behave ? Hmmm i don't think so. Bonda diaorang pun perangai 2 x 5 aje. Kalau letak sebelah - sebelah ni. Entah mana satu bondanya mana satu anaknya " bebel Huzairie.

Well Huzairie dah kuat membebel sekarang. Alah maklumlah. Dah jadi seorang ayah ni kena lah tegas sikit. Tak boleh nak control macho sangat macam dulu.

Aliya mencebik.

" Ish Ayie ni .... " kata Aliya protes lalu dia menarik pipinya dari dicubit Huzairie.

Aliya menoleh ke arah lain tanda merajuk. Ala saja nak merajuk.

" Sayang.." panggil Huzairie lembut.

Aliya sedikit pun tidak menoleh. Alaa nak merajuk lagi takmau kalah dengan Huzairie. Nak tengok Huzairie nak pujuk macam mana.

" Sayang pandang Miku please ? " pujuk Huzairie dengan suara yang agak mendayu aceywahh.

Bergetar jantung Aliya aihhh dengar suara Huzairie macam tu. Ish ni yang buat Aliya cepat kalah ni.

Aliya spontan menoleh ke arah Huzairie akhirnya...Namun dia mendapat sesuatu yang tak dijangkanya.

Chupppp !

Aliya tersentak. Bibir Aliya dan bibir Huzairie bertembung.

Satu saat..
Dua saat.. 
Tiga saat..

Huzairie dan Aliya serentak menarik wajah masing - masing. Muka mereka juga blushing teruk hahahaha. Alahai dah kahwin berapa tahun and dah ada anak kembar 3 pun still ada perasaan malu dalam diri.

" Err...Al masuk dulu ea.. tengok anak - anak.." kata Aliya gugup lalu berlari meninggalkan Huzairie sendiri. Arghhh malu 😳😳

Seketika figura Aliya hilang dari pandangan Huzairie. Huzairie tersenyum sendiri lalu menyentuh bibir merah delimanya.

" Comel..." desis hati Huzairie.

Dalam diam ada 3 pasang mata sedang memerhati gelagat mereka dari balkoni tingkat 2.

" Hmmm sweet lah ayahnda dengan bonda ni....nak jugak macam tu..." ngomel Humaiera.

" Oii dik..kau tu kecik lagi lah. Jangan nak berangan ya. " bebel Adam. Abang yang sulung well keluar dulu kan ?

Humaiera tayang muncung itik.

" Ish kau ni abang. Biarlah Maiera nak berangan pun. Jangan kacau dia lah. " backup abang kedua iaitu Adwa.

Humaiera tersenyum kecil. Yeahh abang Adwa back up lah 😂❤

" Hahahaha...hmmm abang Adam ...abang Adwa..."

" Apa ? " jawab Adam dan Adwa serentak.

" Maiera nak sangat...bonda dengan ayahnda sama - sama macam tu sampai bila - bila.." luah Humaiera.

Even diaorang masih berumur 6 tahun namun lagak mereka dah macam orang dewasa. Berfikiran cerdik. Memikirkan sesuatu yang diluar jangkauan.

" Hmm yelah. Kami pun nak macam tu jugak. " balas Adwa.

Adam hanya terdiam. Well Adam di antara adik beradik yang selalu nak control macho. Hahahaha ikut sapa lah agaknya ya ? 😎

*********

2 putranya telah selamat ditidurkan. Hanya tinggal si kecil Maiera ni aje yang susah sangat nak tidur.

" Maiera sayang bila nak tidur ni ? Dah pukul berapa dah ni. " kata Aliya sambil menepuk - nepuk lembut tubuh Humaiera.

Mata Humaiera masih segar lagi kelihatannya.

" Hmmm Maiera tak ngantuk lagi lah bonda. "

Aliya tayang muka pelik. Kenapa anak aku tak boleh nak tidur pulak malam ni ea ? Aku ada bagi minum kopi ke tadi ? Tak rasanya. Mana ada aku ajar anak - anak aku yang masih kecil ni minum kopi. Haish apa yang kau melalut sampai ni Aliya oii 😂

" Habis Maiera nak bonda buat apa sampai Maiera tidur ni ? " tanya Aliya.

Maiera memejamkan matanya seketika sambil tangan menongkat dagu lagak seperti tengah berfikir. Hahaha macam - macam lah perangai.

" Hah ! Bonda ...bonda ceritakan lah dekat Maiera macam mana bonda boleh kenal dengan ayahnda ? " petah sungguh si Maiera ni berkata - kata.

Glurp ! Aliya tertelan liur sendiri. Hah ? Ceritakan macam mana aku boleh kenal Huzairie ? Adehh malu lah weyh kalau aku cakap yang aku banyak bawa masalah dekat Huzairie masa first time aku jumpa dia 😂

Lama Humaiera menunggu jawapan dari Aliya.

" Bonda ! Ceritakan lah...please ? " rayu Humaiera sambil buat muka ala - ala pussy cat yang dalam cerita shrek tu hahahah 😂

" Err...yelah - yelah. Okay macam ni first masa bonda jumpa dengan ayahnda kamu, kami ni satu sekolah menengah. Pastu bonda tak ingat lah macam mana kan. Ayahnda kamu boleh pulak bagitahu kat bonda yang dia suka kan bonda. Dia dah lama crush kan bonda. Hahahaha lawakkan ayahnda kamu tu ? "

Errrr apa yang kau membongak ni Aliya oii. Siapa yang suka siapa ni ? Alahaii. Cerita sebenar Huzairie nak confess perasaan dia ? Memang tak lah. Hahahaha budak kecil boleh lah kau nak main - main kan Aliya oii.

" Wahhh bestnya. Ayahnda bagitahu dia suka bonda ? " kata Humaiera teruja.

Aliya mengangguk laju. Ish - ish Al apa lah kau ni. Kau tu yang suka Huzairie dulu.

" Lepastu ? Apa yang jadi bonda ? " tanya Humaiera lagi.

" Lepastu err...bonda jual mahal lah...takkan nak senang - senang aje kan terima ayahnda kamu tu "

Ceh ! Jual mahal konon. Akal dia yang cepat cair bila Huzairie pujuk.

" Pastu bonda ? "

" Pastu..."

" Pastu sekarang ni dah waktu untuk Maiera tidur. " mencelah  seseorang tiba - tiba.

Siapa ? Aliya dan Humaiera memandang ke arah suara itu.

Kelihatan Huzairie sedang tersandar sambil berpeluk tubuh di muka pintu bilik Humaiera.

Aliya sedikit tersentak. Alamak ! Huzairie dengar apa yang aku cakap tadi ? Mati lah aku.

" Alaaa ayahnda. Maiera nak dengar cerita bonda lagi. " rengek Humaiera.

Seketika Huzairie mengorak langkah mendekati isteri dan anaknya.

" Nak dengar cerita ? Hmm takpayah lah Maiera. Bukannya betul pun. Semua tu dongeng aje lebih. Sekarang tidurnya. Esok kan nak sekolah ? " kata Huzairie lalu menarik selimut menutupi tubuh anaknya.

Aliya telan liur. Huzairie perli aku lah tu. Aduhaiii. Tu lah kau Aliya mengada adakan cerita yang tak ada ! 😧

Akhirnya Humaiera akur. Tak berani lah dia nak lawan kata - kata ayahndanya ini. Setelah beberapa minit , akhirnya Humaiera terlena jugak.

Huzairie juga ingin mengorak langkah keluar dari bilik Humaiera tanpa dia bercakap sedikit pun dengan Aliya yang mematung sejak tadi.

Baru satu langkah Huzairie tiba - tiba tangan Huzairie ditarik Aliya.

" Ayie "

Langkah Huzairie terhenti lalu dia menoleh ke arah pegangan Aliya.

" Ayie...ma..marahkan Al ke sebab cerita yang tak betul dekat Maiera ? " kata Aliya takut - takut.

Huzairie diam. Tiada respon dan masih di posisi yang sama.

" Al minta maaf...Al bukannya apa. Al malu lah nak cerita hal yang sebenarnya. Al banyak buat masalah dengan Ayie masih first kita jumpa...Al selalu.." kata Aliya dengan mata yang berkaca. Haish sebab ni pun kau nak nangis ke Al ? Asal cengeng sangat ?

Zapppp ! Tangan Aliya ditarik. Dalam sekelip mata , Aliya di dalam pelukan Huzairie. Seketika rambut Aliya dicium Huzairie.

Aliya sedikit pelik. Kenapa Huzairie memeluknya ?

" Hmmm jangan malu untuk ceritakan tentang kenangan manis kita berdua. Even Al banyak buat masalah masa first meet kita semula , semua tu bagi Ayie kenangan yang paling indah. " ucap Huzairie perlahan.

Akhirnya baru Aliya faham maksud Huzairie. Seketika pelukan di lepaskan. Huzairie memegang bahu Aliya dengan kedua - dua tangannya.

" Ayie tak marahkan Al pun. Ni hah jangan lah nangis. Ayie tak suka tengok Al nangis atau sedih. Air mata Al terlalu berharga untuk Ayie. " kata Huzairie lalu menghapus air mata Aliya.

Aliya mengangguk kecil lalu tersenyum. Seketika Aliya terus memeluk Huzairie semula.

" Iloveyouuuu " ucap Aliya di dalam pelukan Huzairie.

Huzairie tersenyum kecil. Dia mengusap lembut belakang Aliya.

" Iloveyouutooo permaisuriku " balas Huzairie.

#SpecialEditionPart1 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi