Huzairie melangkah masuk ke dalam rumahnya. Aliya hanya membuntuti lemah di belakang Huzairie.
" Awak ..." panggil Aliya.
Tiba - tiba langkah Huzairie terhenti.
" Saya minta maaf kalau saya malukan awak. Saya tak sengaja. " luah Aliya.
" Apa kau cakap ? Minta maaf ? Tak sengaja ? " kata Huzairie yang menoleh ke arah Aliya.
Aliya hanya menunduk memandang lantai.
" Okay aku akan maafkan kau. Tapi kau akan kena denda. " putus Huzairie.
" Denda ? Apa ? " tanya Aliya sambil menatap wajah Huzairie sayu. Kadang kala pandangan Aliya menjadi kabur. Tapi tidak dihiraukan Aliya.
" Kau jangan turun makan hari ni ! Tu denda kau " kata Huzairie sinis lalu berjalan meninggalkan Aliya.
Hah ? Jangan turun makan ? Aku dah tak makan pagi tadi sebab fans Huzairie dengan geng wannabe. Sekarang kena denda jangan makan pulak ? Hmm Ya Allah, ibu .. Aliya rindu ibu. Rindu masakan ibu. Aliya nak mengadu dekat ibu. Hmm tak apa lah , denda jangan turun makan pun tak apa lah. Nasib kau lah Aliya kena hadap semua ni. Lagipun Aliya juga sudah putus selera untuk makan. Dia hanya ingin tidur , tidur dan tidur. Tubuhnya terasa penat dan sejuk sekali. Aliya meneruskan langkahnya. Kelihatan beberapa pembantu sedang melakukan tugas masing - masing. Aliya tidak menghiraukan semua itu.
Pada malam itu , seperti mana denda Huzairie. Aliya hanya terperap di dalam bilik dan tidur sambil menyelimut tubuhnya. Di ruang makan utama.
" Eh Aery mana Aliya ? Dia tak turun makan sekali ? " tanya nenda prihatin.
Aduh aku nak jawab apa ni ? Takkan nak cakap yang aku denda dia tak boleh makan hari ni sebab malukan aku dekat sekolah.
" Err dia cakap dia diet nenda. So dia tak nak turun makan. " bohong Huzairie.
" Betul ke ni Aery ? Ke kamu dengan dia bergaduh ni ? " duga bonda Huzairie pulak.
" Err betul lah bonda. Takkan Aery nak tipu pulak kalau dia sendiri yang cakap macam tu . " bohong Huzairie lagi.
Maaf bonda , maaf nenda. Huzairie terpaksa menipu supaya Aliya dapat pengajaran atas kesalahannya. Hish ! Kejam ahh Huzairie ni. Kesian Aliya , dia hanya ingin menyelamatkan maruah Huzairie namun di salah anggap pulak oleh Huzairie. Hanya Kuzaimie yang mengetahui hal sebenarnya.
Setelah selesai makan , Huzairie naik ke biliknya. Dikuak perlahan - lahan pintu bilik. Kelihatan Aliya menyelimut tubuhnya. Dah kenapa dengan Aliya ni ? Buang tabiat apa selimut sampai satu badan ? Seketika Huzairie mendekati Aliya. Dia menyelak sedikit selimut yang menutupi muka Aliya. Kelihatan muka Aliya berpeluh - peluh. Eh dia dah kenapa ? Lantas Huzairie menyentuh dahi Aliya. Suam.
" Dia demam ? " desis hati Huzairie.
" Ibu... ibu.. along rindu..ibu.. " rengek kecil Aliya dalam tidurnya.
Terbit rasa bersalah dalam diri Huzairie kerana telah mendenda Aliya supaya tidak makan apatah lagi bila dengar Aliya merengek - rengek merindukan ibu mertua nya.
" Aliya...bangun... " panggil Huzairie sambil menepuk lembut pipi Aliya.
Aliya terjaga apabila tidurnya dikacau. Dia membuka matanya walaupun berat.
" Eh awak ? Kenapa ? " tanya Aliya dalam keadaan mamai.
" Kau demam ea ? " tanya Huzairie risau.
" Errr tak lah mana ada demam. Cuma rasa tak sedap badan sikit ja. " nafi Aliya.
Huzairie tidak menghiraukan kata - kata Aliya , dia terus mengambil telefon bimbitnya di atas meja bersebelahan katil.
" Hello , Siti tolong bawak naik makanan lengkap dan ubat demam untuk Aliya. " kata Huzairie.
Aik ? Tadi kata denda tak bagi aku makan. Sekarang suruh ketua pembantu makanan bawa makanan pulak ? 😂
Tak sampai 5 minit , makanan yang dipesan Huzairie sampai .
" Kau larat tak nak makan sendiri ni ? " tanya Huzairie.
" Errrr larat lah tapi awak cakap saya kena denda tak boleh makan ? " tanya Aliya..
" Ish kau ni . Aku tak sekejam tu lah. Takkan dah sampai kau demam pun aku tak bagi kau makan jugak. Dah lupakan denda tu. Sekarang ni kau makan nasi ni pastu makan ubat. " kata Huzairie mengarah.
Aliya sedikit terharu. Huzairie ambik berat jugak ea pasal aku 😍 Aliya hanya akur. Dia cuba untuk makan walaupun mulutnya terasa pahit. Biasalah orang bila demam selalu macam tu.
Selepas selesai semuanya termasuk solat isyak. Aliya pun tidur semula.
" Betul ke kau sengaja ponteng kelas Aliya ? " desia hati Huzairie sambil dia meneliti wajah Aliya di sisinya itu.
Seketika Huzairie pun tidur.
**********
" Kau nak pergi sekolah ? Dah sihat ke ? " tanya Huzairie.
" Boleh tahan lah. Saya okay lah. Lagipun saya tak nak ketinggalan kelas. " kata Aliya bohong.
Ya dia berbohong mengatakan dia sudah okay. Sebenarnya kepalanya juga masih terasa pening - pening lagi.
" Tak nak ketinggalan kelas ? Hahahahaha kelmarin ponteng kelas boleh pulak . " perli Huzairie lalu meninggalkan Aliya pergi ke kereta.
Hmmm cakap lah apa awak nak cakap Huzairie. Saya buat semua ni pun sebab awak 😌
Aliya membuntuti di belakang. Kelihatan Kuzaimie sedikit muram.
" Hmm kesian Puan Muda Aliya.. " monolog hati Kuzaimie.
Kuzaimie sempat mendengar perlian Huzairie ke atas Aliya.
Di sekolah. Aliya tidak terlalu fokus dengan kelasnya kerana kadang - kadang kepalanya terasa pening.
" Al ... demam kau dah teruk ni. Huzairie tak bawak kau pergi hospital ke ? " tegur Firzana.
" Hah ? Eh tak lah mana ada teruk. Aku okay lah. Demam sikit aje pun. Kau jangan lah risau. " kata Aliya belagak sihat kononnya.
" Ish kau ni. Ni hah kau dah bagi tahu Huzairie belum pasal cerita sebenar kelmarin ? " tanya Wafa pula.
Aliya hanya menggeleng lemah.
" Kenapa kau tak bagi tahu dia ? " tanya Firzana geram.
" Errr aku tak nak panjangkan masalah. Biarlah . Mungkin diaorang tak sengaja kot. "
" Apa ? Tak sengaja kau cakap ? Eh diaorang buat kau sampai kau demam macam ni tau. " marah Wafa pula.
Wafa dan Firzana geram dengan sifat polos Aliya yang mudah memaafkan orang yang dah sakitkan dia.
" Korang jangan lah marah. Aku okay lah. "
Wafa dan Firzana hanya mencebik !
" Haahahaha okay lah aku nak pegi toilet kejap. Nanti kalau cikgu dah masuk cakap aku pegi toilet tau. " kata Aliya yang bangun dari tempat duduknya.
" Aku teman kau . " putus wafa.
Aliya hanya menggeleng .
" Aku okay lah. Aku boleh pergi sendiri. Korang jangan lah risau. " kata Aliya bersama senyuman hambar.
Aliya beredar keluar dari kelas.
Di kelas 5 Aspirasi. Huzairie hanya duduk termenung. Terngiang - ngiang lagi perbualan di antara beberapa budak perempuan di telinganya.
*Flashback*
Semasa Huzairie sedang membelek - belek buku di rak perpustakaan , tiba - tiba dia tidak sengaja terdengar akan beberapa suara pelajar perempuan yang sedang berbual perlahan di rak sebelah dan seperti menyebut - nyebut nama Aliya Sofrina.
" Padan muka dekat Aliya Sofrina tu kan ? Siapa suruh dia rampas prince charming kita ? " kata seorang pelajar perempuan yang berkaca mata.
" Kan ? Teruk gila kelmarin dia kena hahahahaha . Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. " kata seorang lagi pelajar perempuan.
" Tapi kan kalau Tengku tahu macam mana ? Pastu dah lah kelmarin , pembantu peribadi dia yang sergah kita. Kalau dia tak datang mesti lagi best kita kenakan si Aliya tu . " kata pelajar si kaca mata tu lagi.
" Ohh dia tak tahu kot . "
Huzairie sedikit tersentak apabila terdengar akan perbualan itu. Hah ? Apa yang jadi dekat Aliya kelmarin sebenarnya ni ? Kuzaimie tahu sesuatu tapi dia tak bagi tahu aku pun ?
*EndFlashback*
" Tengku ? Jauh termenung ? " sapa Kuzaimie tiba - tiba.
Automatik Huzairie memandang ke arah Kuzaimie dengan pandangan yang sukar ditafsir.
" Kau bagitahu aku sekarang apa yang jadi sebenarnya dekat Aliya kelmarin ? " kata Huzairie mendatar.
Mata Kuzaimie sedikit terbuntang. Alamak Tengku dah tahu ke ?
" Errr sebenarnya macam ni .... " Kuzaimie membuka cerita tentang kejadian sebenar.
************
Aliya berjalan menuju ke tandas. Dia ingin membasuh muka supaya segar. Lagi beberapa langkah sahaja hendak sampai ke tandas tiba - tiba seseorang merentap tangannya dari belakang.
" Minah kampung ! " jerit Dania.
Aliya terkejut. Dia mengaduh apabila tangannya direntap kuat.
" Lepas lah tangan aku . Sakit tau tak ! " balas Aliya.
" Hahahaha sakit ? Tak sesakit hati aku bila dapat tahu yang kau kahwin dengan Huzairie ! " kata Dania lagi.
Tangan Aliya masih dipegang kejap oleh Dania. Stella dan Huza hanya tersenyum sinis.
" Kau ni kenapa hah ? Masih lagi tak boleh terima kenyataan ? Ya memang aku minah kampung tapi tengok minah - minah kampung aku pun , aku juga yang kahwin dengan Huzairie kan ? Sudah lah Dania . Stop la semua permainan kau ni. Tolong jangan jadi budak - budak boleh tak ? " luah Aliya .
Berdesing telinga Dania mendengarkan setiap butir perkataan dari mulut Aliya. Dia merasa seperti maruahnya dipijak - pijak.
" Wafa , Firzana ... mana Aliya ? " tanya Huzairie cemas.
Terkejut Wafa dan Firzana apabila Huzairie tiba - tiba masuk ke kelas dan menerpa ke arah mereka. Nasib baik cikgu tak ada. Kalau tak dah kena halau Huzairie.
" Errr dia pergi tandas.. " jawab Wafa.
Terus Huzairie melangkah keluar dari kelas 5 Bestari untuk mencari Aliya. Ya selepas mendengar semua cerita dari Kuzaimie. Huzairie berasa begitu bersalah kerana menuduh Aliya yang bukan - bukan.
Apabila Huzairie hampir sampai ke tandas.
Alangkah terkejutnya apabila Huzairie melihat Dania ketua geng wannabe menampar pipi Aliya. Selepas itu tiba - tiba Aliya jatuh pengsan !
" Aliya ! " panggil Huzairie.
Terus Dania and the geng lari lintang pukang apabila mendengarkan suara Huzairie.