Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku villainess pantang menyerah kalah!
Aku villainess pantang menyerah kalah!
Seri Pagi
12/3/2020 11:52:05
366
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
04

"Farrah..Saya dengar apa yang berlaku di Kafeteria. Jika saya ada bersama awak, dah tentu saya tolong awak."

 

Sewaktu melalui lobi, Haris terserempak dengan Farrah. Agaknya dia berasa risau dengan kejadian beberapa hari lepas.

 

"Terima kasih. Tapi itu Cuma salah faham. Awak tak perlu risau."

 

Oleh kerana ramai pekerja lain berada dalam Kafeteria ketika itu, mereka semua melihat insiden yang berlaku antara Farrah dan Diyana. Selepas itu Farrah berusaha menjelaskan perkara sebenar dengan pertolongan Shiela dan Nana. Semua yang bertanya secara terus pada mereka berdua sudah tentu tahu cerita sebenar dan sebarkannya pada orang lain.

 

"Tapi tidak semua percaya dengan cerita awak."

 

"Terpulang pada mereka nak percaya atau tidak. Yang penting Farrah beritahu perkara sebenar."

 

Daripada berdiam diri, lebih baik nafikan khabar angin yang tidak betul ini. Walaupun tidak semuanya, ada pekerja lain yang pasti percaya pada Farrah.

 

"Apa rancangan awak selepas setahun ni?" soal Haris lagi. Jelas sekali diatidak puas hati mendengar jawapan pantas dari Farrah.

 

"Berhenti kerja."

 

Tentunya kekok jika suatu hari nanti Amir jadi pengarah baru syarikat dan mengarah Farrah melakukan itu dan ini. Sebelum perkara begitu berlaku, lebih baik cabut awal-awal lagi.

 

Haris mengerut dahi.

 

Farrah kehairanan.

Mengapa Haris? Tapi terima kasih kerana berasa risau. Walaupun awak adik Amir, awak masih ingin berkawan dengan Farrah. Sebab ini Farrah rasa bersyukur. Tapi awak tak perlu risau dengan perkara yang tiada kaitan dengan awak.

 

Atau..Mungkinkah awak..

 

Awak adalah orang yang ditugaskan untuk mengawasi tindakan Farrah? Kalau ya, Farrah akan tunjukkan Farrah tidak ada niat tersembunyi!

 

"Tentu awak fikirkan sesuatu yang bukan-bukan sekarang ni? Kalau awak nak tahu Farrah,kadangkala apa yang awak fikirkan jelas terpampang pada reaksi awak. Itu kelemahan awak." jelas Haris sambil menepuk bahu Farrah. "Lain kali awak perlu berhati-hati!"

 

"Eh!?"

 

Betulkah!?Tak sangka awak boleh perasan Haris! Daya pemerhatian awak sangat tajam. Lain kali Farrah akan berhati-hati.

 

 

 

Nampaknya perbualan ini belum berakhir kerana Haris menggesa Farrah makan tengahari bersama dengannya. Sudah tentu bersama Shiela dan Nana. Dan apabila mereka berempat duduk semeja bersama-sama dalam Kafeteria pada waktu tengahari, Shiela dan Nana amat teruja sekali.

 

"Betulkah awak pandai masak? Jenis masakan apa yang awak tahu? Ada peluang untuk rasa suatu hari nanti?" Soal Nana seperti penemuramah. Dia bersedia menulis setiap perkataan yang keluar dari mulut Haris.

 

"Saya tak tahu dari mana awak dengar perkara ni tapi saya Cuma tahu buat resepi yang mudah sahaja." jawab Haris sambil menambah dia terpaksa belajar memasak sewaktu belajar di luar negara.

 

"Hebat..point awak makin bertambah. How dreamy, lelaki yang pandai masak.. Betulkan Farrah?" Puji Shiela kekaguman.

 

"Ya.Mereka kata lelaki yang pandai masak lebih popular." Balas Farrah. Dan masakan mereka lebih sedap. Farrah sendiri tak tahu tapi ada orang kata begitu.Sebut tentang memasak, Farrah akui dia gagal dalam bab ini. Awak Cuma perlu cuci beras beberapa kali dan letak dalam rice cooker. Bagaimana selepas masak,Farrah dapati beras bertukar bubur. Sangat misteri.

 

"Haris,awak tak ada kekasih. Dalam LinkComm ni, ada tak perempuan yang berjaya menarik perhatian awak?" Soal Nana sekali lagi.

 

Cukup berani Nana! Tapi soalan ini bagus sekali. Tengok.. Shiela sendiri terpaku menunggu jawapan Haris. Tapi Farrah juga nak tahu!

 

"Tentang ni….." Haris terhenti apabila mendapati pandangan ketiga-tiga wanita tertumpu padanya. Tanpa berkelip.

 

-KLAK-

Air dalam gelas dihadapan Haris tumpah. Serta-merta air membanjiri meja. Mujurlah tiada siapa yang terkena air tersebut.

 

"Farrah..Panggil cleaner. Lepas tu, belikan minuman yang sama untuk saya." Haris memberi arahan pada Farrah.

 

"O-okey."Dengan pantas Farrah beredar dari meja mereka.

 

Hhmm- mungkin Farrah salah tengok, tapi Haris sengaja tumpahkan air atas meja?

 

***

 

"Shiela..Nana..Mari pindah meja!" Pelawa Haris bagaimana dia telah pun duduk dimeja sebelah yang kosong.

 

Tanpa membuang masa, Shiela dan Nana duduk dihadapan Haris. Berbeza dari keadaan tadi, kini mereka bertiga lebih banyak diam dari bercakap. Suasana mesra tadi hilang. Sekarang ini seperti ada aura serius disekeliling Haris.

 

Shiela dan Nana berasa tidak selesa dengan perubahan Haris.

 

"Apa pandangan awak berdua tentang Farrah? Terus terang saya katakan, pada mulanya saya sangsi dengan hubungan awak berdua dengan Farrah. Tapi kamu berdua tetap bersama dengan Farrah selepas dapat tahu dia bukan lagi bakal tunang anak pengarah. Tak sangka ada real friendship dalam LinkComm ni."

 

Shiela dan Nana terkejut dengan pengakuan Haris.

Lelaki ini 100% berbeza seminit lalu. Haris ada 'dua muka'. Mulutnya juga lancang.

 

"Apa yang awak cakap ni? Farrah kawan baik saya. Walaupun awak anak pengarah, saya takkan maafkan awak. Ramai orang cemburu dengannya tapi tidak tahu betapa susahnya dia berusaha ingin dapatkan pengakuan dari semua orang. Terutamanya dari keluarga awak. Farrah sebenarnya sangat baik hati." marah Shiela pada Haris.

 

"Betul tu.Saya terhutang budi pada Farrah. Semua orang prejudis pada apa yang saya lakukan pada mulanya tapi Farrah sudi berkawan dengan saya sejak awal lagi. Apa yang saya ada sekarang ini semua kerana Farrah." Kali ini Nana luahkan perasaannya. Dia meletakkan nota atas meja.

 

"Bertenang!Saya Cuma uji kamu berdua. Tapi tak semua Farrah beritahu pada awak berdua kan?Awak tahu dia akan berhenti selepas setahun nanti?" Beritahu Haris pada mereka berdua. Dia juga jelaskan kesemua perjanjian yang ada antara Farrah dan keluarganya.

 

Shiela dan Nana tergamam.

 

"Mengapa dia tak beritahu semuanya pada kami berdua?" Shiela seakan tidak percaya..

 

"Rasanya dia taknak kamu berdua risau. Saya tahu perangainya." Balas Haris."Apa yang kamu berdua buat selepas Farrah tiada nanti? Selepas tahu perkara sebenar, cuba halang Farrah dari berhenti? Awak tentu tahu Amir akan lakukan apa sahaja untuk bersama Diyana. Sebab itulah Farrah terima hakikat bahawa dia takkan berada lama dalam LinkComm."

 

Shiela dan Nana terdiam. Mereka tak dapat menjawab Haris.

 

"Masih ada setahun untuk kamu berdua bersama Farrah. Bagaimana buatkan dia berasa selesa dan gembira setahun ini? Selepas itu saya akan tolong kamu berdua.Bekerja untuk saya ada faedahnya. Saya tetap anak kedua pengarah. Tapi awak berdua perlu tolong saya sekarang ni."

 

"Apa yang perlu kami lakukan?" Nana bersuara. Shiela disebelah berbisik "Hei!" kerana ragu-ragu.

 

"Ada beberapa info yang saya perlukan. Dan beberapa gosip untuk awak sebarkan."

 

"Saya bukan penyebar gosip. Saya ada kredibiliti sendiri. Nampaknya saya tak boleh tolong awak." Tolak Nana.

 

"Jangan risau. Gosip yang awak perlu sebarkan berkaitan dengan saya. Semuanya benar." Jelas Haris. Nana kelihatan berminat semula.

 

Haris kemudiannya merenung Shiela.

 

"Saya nak awak laporkan segala aktiviti Farrah. Semuanya."

 

"S-saya belum setuju lagi.."

 

"Iced Lemon Tea dah sampai. Fuuh! Tak sangka ramai orang di kaunter sekarang ini!" Farrah yang baru tiba membawa dulang. Dia meletakkan gelas minuman dihadapan Haris.

 

"Terima kasih Farrah." Balas Haris sambil tersenyum. Muka serius tadi hilang. Dengan segera dia membasahkan tekaknya. Hanya beberapa teguk selepas itu, Haris mula berdiri. "Saya teringat sesuatu.. nampaknya saya tak boleh lama disini."

 

"Tak makan? Farrah betul-betul rekomen Chicken Ch-.."

 

"Next time!" Balas Haris dengan cepat.

 

Sebelum pergi, dia sempat menjeling pada Shiela dan Nana dan memberi pandangan 'Jangan beritahu Farrah, jika tidak..'

 

Dengan senyap, ketiga-tiga wanita itu memerhati Haris berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan.

 

"FARRAH! BERHATI-HATI DENGAN HARIS." dengan segera Shiela dan Nana menerpa kearah Farrah.

 

"Apa yang berlaku?" jawab Farrah masih terkejut. Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyebut apa-apa selepas itu.

 

 

 


Suatu hari, Farrah mendengar perbualan sekumpulan pekerja wanita. Bukan niat Farrah untuk curi dengar, tapi mereka bercerita dengan suara cukup jelas. Menurut mereka, Diyana dijemput oleh Amir datang ke kediaman untuk melawat ibu Amir,Datin Rohayu. Perkara ini diakui sendiri oleh Diyana.

 

Apabila seorang pekerja wanita menegur sebentuk cincin emas dijari Diyana, Diyana memberitahu itu ialah pemberian dari Datin Rohayu sendiri. Pada awalnya, Datin tidak setuju dengan hubungan Amir dan Diyana tetapi terharu melihat kesungguhan dan pujukan Amir. Dipendekkan cerita, Datin merestui hubungan Amir dan Diyana.

 

Ini cerita lama. Farrah tahu cerita ini sejak di Bilik Pengarah sebelum ini.

 

Tapi semenjak kejadian itu, ramai pekerja mula berbaik-baik dengan Diyana. Semua pekerja tahu Farrah tidak jadi bertunang dengan Amir lalu menganggap Diyana adalah pengganti Farrah. Kisah cinta mereka juga digembar-gembur oleh pengikut mereka berdua. "Indahnya!", "How Nice!" begitulah respon pekerja lain apabila mendengar kisah cinta mereka yang berbeza status.

 

Mereka berdua kelihatan gembira sekali. Bayazid juga bersama mereka berdua. Mereka bertiga digelar 'famous trio' LinkComm. Hidup mereka umpama reality tv show.

 

Semua memandang dengan rasa kagum. Pekerja lain adalah penonton.

 

Agaknya inilah perasaan watak sampingan dalam sebuah drama. Farrah salah seorang dari mereka semua.

 

Oleh kerana Farrah banyak mendiamkan diri dan tidak menonjol, selama dua bulan inihidupnya aman. Sehingga satu hari.

 

 

 

Setelah selesai menghadiri satu mesyuarat, Farrah menutup pintu bilik itu. Oleh kerana semua pekerja yang menghadiri mesyuarat dengannya tadi telah beredar awal, dia merupakan orang terakhir sekali meninggalkan kawasan itu. Untuk ke Lif, dia perlu melalui satu koridor panjang dimana kanan dan kiri dipenuhi dengan bilik-bilik mesyuarat tertutup.

 

Dalam perjalanan, mata Farrah tertumpu pada satu bilik dimana pintunya tidak tertutup rapat. Seperti pekerja bertanggungjawab, dia bersedia untuk menutup pintu ituapabila dia terperasan ada seorang dalam bilik berkenaan.

 

Dalam bilik itu, dia melihat seorang pekerja wanita mengangkat pasu kaca setinggi-tingginya lalu menghempas ke lantai. Bunyi kaca pecah bergema dalam tingkat itu.

 

Oleh kerana pekerja wanita itu membelakangi pintu, dia tidak sedar perbuatannya diperhatikan Farrah. Malah Farrah terkejut apabila mendapati siapa sebenarnya pekerja wanita itu. Diyana!

 

Kau lagi!?

 

Farrah tidak mengerti maksud perbuatan Diyana memecahkan pasu dengan sengaja tapi ada sesuatu yang tak kena pada Diyana. P-Psycho!?

 

Menakutkan!

 

Farrah tak nampakk apa-apa pun! Farrah tak nampak sesiapa dalam bilik ini! Nanti dulu.. Diyana masih tidak sedar. Lebih baik beredar dengan senyap.

 

Kaki..cepat gerak!

 

Bagaimana kaki Farrah tidak dapat bergerak, lebih teruk lagi menggeletar. Tak Guna!

 

Nasib tidak menyebelahi Farrah, terlalu panik, tubuhnya terkena pintu apabila kakinya dapat bergerak semula. Akibatnya Diyana menoleh apabila terdengar bunyi seretan.

 

PIINNNTTTTTTTUUUUUUUUUUUU!

 

Kedua-dua mereka kini saling berpandangan. Kekok. Diyana turut panik. Dengan segera dia tunduk dan cuba mengutip kaca diatas lantai.

 

"Bahaya! Jangan guna tangan." larang Farrah. Dengan segera dia masuk ke dalam bilik dan berdiri dihadapan Diyana.

 

Apa nak jadi jadilah!

 

"Saya dengar bunyi pecah!" sekumpulan pekerja yang berada berdekatan kawasan itu mula melihat apa yang berlaku.

 

Oh Tidak! Kamu semua muncul pada masa yang salah.

 

Dalam pandangan mereka semua, mereka melihat bekas bakal tunang Amir dan kekasih barunya dalam sebuah bilik. Dihadapan Diyana yang sedang tunduk adanya kaca pecah dan Farrah yang sedang berdiri menghadap Diyana.

 

Semua dapat mengagak apa yang berlaku.

 

Farrah mengeluh.

Ini adalah contoh terbaik salah faham. Dan seperti biasa, dia akan nafikan apa yang mereka semua fikirkan.

 

"Farrah terdengar bunyi kaca pecah. Apabila sampai sini, Farrah nampak keadaan ni." Beritahu Farrah pada semua yang ada. Dia tipu. Bagaimanapun dia tidak dapat jelaskan sebab Diyana menghempas pasu kaca ke lantai dengan sengaja.

 

Semua pekerja yang berkumpul tidak berkata apa-apa. Bagaimana riak wajah mereka menunjukkan rasa curiga pada Farrah.

 

Kemudian datang tukang bersih dengan alatan membersih lalu segera menyapu kaca pecahitu.

 

Kewujudan Farrah diabaikan sebentar. Tiada siapa melayannya. Ini kali pertama Farrah rasadia tidak berkuasa. Pekerja lain mula berbisik-bisik sesama mereka.

 

Farrah tahu jika dia tidak selesaikan salah faham ini dengan segera, masalah lain akan timbul.

 

"Farrah sama macam semua orang. Farrah.. Farrah juga terkejut!" Entah mengapa otaknya tidak berfungsi ketika itu. Kosong.

 

Diyana pula diam sejak tadi. Kalaulah dia boleh kata sesuatu sekarang ini. Tapi adakah dia sudi tolong Farrah?

 

Seseorang…Tolonglah Farrah leraikan salah faham ni! Shiela.. Nana.. Sesiapa sahaja..

 

Farrah berdoa. Agak lama.

 

Tiba-tiba bahunya ditepuk. Dengan segera dia menoleh.

 

"Saya percayakan awak Farrah." Haris muncul mengurangkan ketegangan. Dia kemudian memerhati keadaan sekeliling.

 

Doanya termakbul, Haris datang bagai penyelamat. Farrah berasa lega. Matanya penuh dengan harapan.

 

"Awak okey Diyana?" Soal Haris apabila pandangannya beralih kepada Diyana.

 

"Ya."

 

"Ada sesuatu yang awak nak beritahu pada semua yang ada disini?" soal Haris sekali lagi.

 

Diyana merenung Farrah. Dia kemudian menggelengkan kepala sebelum menyebut "Tiada."

 

Kali ini Haris memandang semua pekerja lain. "Nampaknya Diyana tidak mahu perkara ini dibesar-besarkan. Harap semua yang ada faham. Sesiapa yang masih ragu boleh lihat CCTV di koridor."

 

Farrah tersedar.

Ah! Kamera pengawasan. Kenapa dia tidak terfikir sebelum ini. Malangnya tiada CCTV dalam bilik mesyuarat.

 

Awak hebat Haris!. Pantas berfikir. Melalui CCTV, mereka akan tahu Farrah tidak datang bersama Diyana ke bilik mesyuarat itu. Lagipun bunyi pasu kaca pecah dan tempoh Farrah berdiri di hadapan pintu berbeza. Farrah masuk ke dalam bilik selepas bunyi pasu pecah kedengaran.

 

Dengan cepat, semua prasangka pekerja lain tadi hilang.

Ini perbezaan pesona setiap orang? Tiada sesiapa percayakan Farrah tadi.

 

"Jika tiada apa-apa lagi, Saya dan Farrah perlu beredar sekarang." Tanpa membuang masa, Haris menarik lengan Farrah lalu beredar keluar dari bilik mesyuarat itu. Setelah mereka berdua berada jauh dari kawasan itu, Haris melepaskan lengan Farrah.

 

"Nampaknya masalah suka datang cari awak. Mujurlah saya lalu tempat tu." Haris memberitahunya.

 

"Farrah pun tak suka cari masalah. Apa boleh buat." 

 

"Kali ini awak bernasib baik. Dah sedar betapa pentingnya pertolongan orang lain? Awak perlukan saya."

 

Farrah diam tidak dapat membalas Haris. Apa yang dikatakan Haris itu betul. Hari ini dia bertuah, tapi bagaimana hari lain?

 

"Haris.."

 

"Hmm?"

 

"Terima kasih. Awak betul-betul selamatkan Farrah tadi."

 

"Sama-sama."

 

 

 

 

 

Seperti biasa, cerita mengenai Farrah, Diyana dan kaca pecah tersebar.

 

Kerana pertolongan Haris, mereka tidak menyalahkan Farrah. Insiden kali ini dianggap berlaku secara kebetulan.

 

Bagaimanapun Farrah perasan pandangan pekerja lain terhadapnya amat berbeza dari sebelum ini. Awak disana, mengapa kelihatan takut?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Seri Pagi