Home Novel Komedi/Romantik Komedi Adakah Kau Menungguku?
Adakah Kau Menungguku?
Aaliya Adni
9/12/2020 20:27:52
14,370
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 21

Perempuan berkaca mata hitam dengan logo jenama Gucci, bersanggul tinggi, dengan shawl yang menampakkan jambulnya, anggun dengan rantai replika Heritage in Bloom, tiba-tiba melangkah masuk ke dalam lobi pejabat itu. Dia menunggu seketika di sofa sambil melayan telefon bimbitnya.

Ketika itu beberapa orang staf sedang baru pulang dari makan tengahari dan berbual santai sambil bergerak ke arah pintu utama ke ruang pejabat. Kelihatan mereka masuk seorang demi seorang dengan menggunakan kad akses masing-masing. 

          “Puan, cari siapa ya?”tanya penyambut tetamu.

          “I nak berjumpa denganlady boss you,” kata perempuan itu, mukanya agak ketat.

          “Puan Layla? Maaf jika tak ada temu janji, kami tak dibenarkan…”

Tak sempat habis dia berkata-kata,perempuan itu terus sahaja menonong mengikut arah staf yang sedang masuk ke ruang pejabat itu.

“Mana pejabat Puan Layla?” tanyanya.

Staf yang terpinga-pinga, angkat bahu, kemudian menuding ke arah pejabat Layla.

Gadis penyambut tetamu itu tiba-tiba datang berlari-lari ke arah mereka.

          “Puan…puan tak boleh masuk tanpa kebenaran! Puan Layla sedang ada majlis kecil di ruangpejabatnya…Tolonglah puan!” rayunya.

Namun perempuan itu terus sahaja melangkah laju ke arah pejabat Layla.

 

Pintu yang diperbuat dari papan bubinga Afrika itu dikuaknya. Kelihatan beberapa orang lelaki berpakaian kemas sedang berdiri dengan sebiji kek tinggi dan beberapa bouquet bunga bersusun di tepi dinding. Memang sungguh ada majlis kecil sedang berjalan.

“Kurang ajar!” tempik perempuan itu.Langkahnya makin laju ke arah susuk yang amat dibencinya.

Semua mata di dalam bilik itumemandang ke arahnya.

“Huh…Kau memang tak sedar diri kan?Laki aku yang kerepot tu pun kau nak sondol?”  Di akhirnya berdepan betul-betul dengan Layla.

Beberapa orang hadirin cuba menerpake arah perempuan itu.

“Leave her alone. This is my battle.”

Tanpa menunggu lebih lama, pantastangan perempuan itu naik untuk menampar pipi Layla.

Layla memaling muka ke sisi secara spontan bagai mengelak penangan wanita itu. Tangannya pantas pula menangkap pergelangan tangan perempuan itu.

“Kau kebulur sangat nak jantan ke?”tanya perempuan itu. “Cari lah kat tempat lain, jangan kacau rumahtangga aku, paham?”.

Dia cuba menyentap tangannya dari cengkaman Layla, tetapi tidak dilepaskan. “Lepaskan aku!!!” dia menjerit sekuat hatinya.

Dua orang lelaki body guard datang menerpa ke arahnya lantas menahannya dari menyerang Layla lagi.

“Keluar.” Ucap Layla dengan nada yang beku, sambil melepaskan tangan wanita itu.

Perempuan itu diheret keluar. Dia meronta-ronta.

“Kau siapa halau aku..kau berani beromen dengan Dato MK..kau goda dia ya?” jerit perempuan itu lagi. “Aku isteridia yang sah. Kau ingat kau hebat sangat? Betina garit.”

Perempuan itu menjerit sambil menyentap tangannya dari dipegang body guard. Dia diheret keluar dari bilik itu.

Semua mata beralih semula kepada Layla.

Layla mengangguk ke arah pembantunya yang tercegat di pintu.

Pintu bilik itu ditutup.

               “Don't fight a battle if you don't gain anything by winning...” ucap Layla seolah-olah berfalsafah kepada diri sendiri. “Teruskan majlis..” kata Layla tenang,dengan mendepang tangannya.  Tiada apa yang akan mengganggu kemahuannya. Tidak ada sesiapa manusia yang akan menghalang impiannya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.