Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
ASSALAMUALAIKUM NABILA
Abil Ross
27/8/2019 20:27:41
6,619
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 21

          “Craakkkkk…”

          Aku terhenti seketika apabila terdengar bunyi sesuatu benda yang baru sahaja dipecahkan. Bunyinya begitu kuat sekali dan ia membuatkan jantungku berdenyut laju.

          ‘Apa lagi yang dia buat kat belakang tu, kau memang tak bagi aku hidup senang ke,’ aku bermonolog lagi sambil aku berjalan perlahan-lahan menuju ke anak tangga tersebut tanpa sebarang tolehan ke belakang.

          “Craakkkkk…”

          Bunyi itu datang kembali dan kali ini bunyi itu semakin kuat apabila sesuatu benda yang telah pecah secara satu-persatu. Nabila masih lagi tidak mahu menoleh ke arah belakangnya dan masih lagi meneruskan perjalanan untuk ke tingkat tiga tetapi Nabila memberhentikan jejak langkah kakinya untuk ke arah anak tangga tersebut kerana langkahnya menjadi kaku apabila dia cuba untuk sampai ke sana.

          “Pakk..pakk.. pakk.. pakk..”

          Nabila berasa tidak tenteram apabila terdengar lagi bunyi hentakkan tapak kasut yang sedang menghampiri ke arahnya itu. ‘Apa masalah perempuan ni, aku tak kacau boyfriend kau lah,’ aku bermonolog lalu terus menoleh ke belakang untuk mengetahui apa yang sudah terjadi.

          Aku terus membulatkan kedua belah mataku kerana pelajar perempuan itu telah berdiri tegak di belakangku dengan hanya beberapa langkah sahaja lagi untuk menghampiri aku.

          “Aaarrgghhhh..!!!” Aku menjerit dengan begitu kuat sekali lalu terus berlari menuju ke anak tangga.

          Aku terus berlari tanpa menghentikan langkahku lalu aku menoleh ke belakang untuk memastikan pelajar itu tidak mengejar aku tetapi malang sekali dia pun turut mengejar aku dalam keadaannya seperti terkena histeria.

          “USTAZ..!!!” Aku berteriak lalu aku memanggil Ustaz Adha yang sedang membaca sesuatu ayat di luar pintu tandas perempuan yang berada di tingkat dua itu.

          “Ustaz, tolong saya.” Aku tercungap-cungap untuk membukakan kata-kata.

          “Astraghfirullah Al Adzim.” Ustaz Adha terkejut lalu terus memulakan bacaan ayat kursi dan pelajar perempuan yang terkena rasukkan itu terhenti apabila mendengar ayat suci Al-Quran tersebut.

          “Kamu, pergi masuk ke kelas kamu.” Tegur UstazAdha kepada Nabila lalu dia meneruskan bacaan ayatnya itu.

 

 

HARI sudah semakin suntuk, untuk menyelesaikan segala tugasan dalam masa satu hari pun memang tidak akan habis. Kerja memang penting, badan yang sentiasa berfungsi ini juga amat penting untuk kita merehatkan diri kita sendiri. Apa gunanya kalau diberikan 24 jam dalam sehari, tetapi tidak pandai untuk menggunakan masa dengan sebaiknya yang mungkin.

          “Weyyy, aku dah tak larat laa.” Enny merungut apabila sudah sampai ke rumah mereka.

          “Tak larat apa.”

          “Makan burger punyalah banyak, memang tak larat laa nak bergerak.” Nabila mencelah lalu mengusik rakan sekerjanya itu sambil menghulurkan kunci rumah kepada Enny.

          “Ishhh, bukan tu laa.” Enny mencebik lalu mencubit lengan Nabila. Nabila hanya tersengih sahaja.

          “Ni pasal kerja. Petang sampai ke malam baru nak balik rumah.” Enny merungut lagi.

          “Kerja pula, bertimbun-timbun. Tak pernah nak habis.” Rungut Enny lagi.

          “Nak buat macam, dah kerja kita kan.” Celah Nabila.

          “Sabarlah, seminggu je lagi.” Sambung aku sambil memujuk Enny untuk bersabar.

          “Tapi………. Auchhh….”

          “Takde tapi tapi, kau nak mandi dulu atau aku yang mandi dulu.” Aku mencelah sambil tanganku merayap-rayap untuk mengambil bantal yang terletak di atas sofa itu lalu terus membalingkannya ke arah Enny.

          “Kau pergilah, aku nak rest jap.” Enny memuncungkan sahaja mulutnya itu lalu mengambil telefon pintarnya yang berada di dalam beg tangannya.

          “Okay.” Aku terus menyakatnya dengan membalingkan bantal ke arahnya lagi.

          Aku berasa lega apabila dapat menyegarkan diri setelah penat bekerja di luar sana. Di dalam dunia ini tidak ada yang mudah bagi setiap pekerjaan, mesti menghadapi dengan segala kesusahan dahulu dan barulah kita dapat merasa kesenangan dengan hasil yang kita usahakan sendiri.

          Apabila selesai sahaja menunaikan solat Isyak, Nabila meneruskan dengan solat Tahajjud bagi menenangkan lagi fikiran dan jiwanya untuk mulakan dengan hari yang baharu.

          ‘Ahhh, ngantuknya. Nak buka laptop ke tak,’ fikir aku dalam keadaan mataku yang begitu mengantuk sekali. ‘Tak payahlah, esok pagilah buka. Tidur dulu,’ fikir aku lagi lalu aku terus merebahkan diri di atas katil yang empuk itu.

          “Ehh, Enny mana ye.” Hatiku terdetik seketika lalu menoleh ke arah jam yang tergantung di dinding itu.

          “Huishhh, dah 2:50 pagi. Mana pula budak ni.” Mataku sudah menjadi lali kerana terlampau mengantuk dan badan pun tidak bermaya untuk gerakkan diri dari katil itu.

          “AAAAAARRrrrkkkk..!!!”

          Aku terkejut lalu terus aku terbangun dari katil secara tiba-tiba. ‘Aduh, sakitnya kepala aku ni. Siapa pula yang menjerit tengah malam ni, nasib baik roh aku sempat nak masuk,’ aku bermonolog sambil tangan kananku mengurut-urut di bahagian kepala. Aku berasa pening dan sakit kepala apabila baru beberapa saat sahaja aku terlelap lalu dikejutkan dengan suara perempuan menjerit.

          “TOLONG..!!!”      

          “JANGAN CEKIK AKU..!!!”

          “Aduh, setan mana pula yang menganggu hidup aku ni.” Aku berasa bengang apabila tidurku diganggu dengan keadaan aku yang terlampau letih untuk melayannya.

          “JANGAN KACAU AKU..!!!” Jeritan tadi telah kembali mengejutkan Nabila sekali lagi.

          “Hishhh, setan ni.. SETAN..!!!” Aku membulatkan mataku lalu bingkas bangun dari katil untuk mendapatkan sesuatu yang berada di ruang tamu.

           “Astraghfirullah Al Adzim. ENNY..!!!” Aku terus mendapatkan Enny yang sedang terbaring di atas sofa sambil meronta-ronta untuk meminta pertolongan.

          “Enny, bangun Enny. Mengucap Enny..!!!” Aku masih lagi memegang kedua-dua belah tangan Enny kerana dia ingin mencederakan dirinya sendiri.

          “Bismillahirahman Ni Rahim…” Aku terus membaca ayat Al-Fatihah dan kemudian dengan bacaan ayat Kursi serta diikuti dengan selawat lalu aku meniup secara perlahan-lahan di bahagian kepala Enny.

          “Astraghfirullah.. Astraghfirullah.. Astraghfirullah..” Enny tersedar dari tidurnya lalu terus beristighfar sambil memegang dadanya itu.

          “Kau okay tak.” Aku mengurut-urut belakang Enny. Enny hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

          “Lain kali basuh kaki dulu, kan dah mimpi bukan-bukan.” Aku membebel.

          “Kau dah solat Isyak belum.” Soal aku lalu aku hanya memerhatikan sahaja wajah Enny yang tiba-tiba menjadi pucat dan masih lagi dalam keadaan yang trauma. Enny hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

          “Dah, pergi solat, lepas tu kau pergi mandi. Lepas tu, tidur..!!!” Tegas aku.

          Aku tidak mahu memanjangkan lagi keadaan ketika itu, cuma pada malam itu Enny memerlukan rehat yang secukupnya sebelum bermulanya tugasan kami pada hari esok.

          Bagiku, perkara ini memang sudah biasa untuk kita beringat-ingat apabila kita keluar pada waktu malam ataupun balik rumah di tengah-tengah malam. Memang ada benda yang suka mengikut, tetapi kita juga perlulah beringat, jangan terlampau leka dengan keadaan yang berada di sekeliling kita.

          Bunyi yang bising telah membuatkan Nabila berasa rimas dan ingin sahaja untuk dia memaki-hamun kepada orang lain, tetapi keadaan di sini memang akan menjadi riuh-rendah dengan pelbagai gelagat masyarakat yang ada di Cyberjaya ini.

          “Runtuhan berlaku di Sungai Tebing..!!! Ramai yangjadi korban ni. Kesiannya.” Nabila hanya meneliti setiap perkataan yang dibaca olehnya di surat khabar dengan penuh teliti.

          “Bayi dijumpai di tong sampah..!!! Haa, ni kejam.” Sambung Nabila lagi.

          “LGBT..!!! Aishh, ni tak payah baca.” Nabila melipatkan kembali surat khabar itu lalu diletakkan semula ke tempatnya.

          “Enny.. kau okay tak.” Aku menyoal kepada Enny yang asyik mendiamkan diri sahaja.

          “Okay.” Ringkas Enny.

          “Dari meeting pagi tadi murung je aku tengok.” Aku hanya memandang sahaja wajah Enny yang tidak begitu ceria seperti selalunya.

          “Okay je.” Ringkas Enny.

          “Kau mimpi apa malam tadi.” Soal aku lagi.

          “Huhh.” Enny membulatkan kedua belah matanya lalu melihat keadaan di mana pelanggan-pelanggan yang sedang menjamah hidangan mereka di sebuah kafe yang bernama ‘Big Bob Burger and Coffee’, dan dia hanya melihat di sekelilingnya sahaja sebelum memulakan perbicaraannya.

          “Sebenarnya kan Nab.” Enny berasa resah.

          “Kita balik malam-malam memang ada benda yang ikut.” Celah aku seketika.

          “Taulah aku tak basuh kaki lepas balik rumah.” Enny mengaku kesilapannya itu.

          “Tau tak apa.”

          “Tapi kan, aku mimpi pelik sangat.” Sambung Enny.

          “Tu semuanya mainan syaitonnnn.” Celah aku lagi.

          “Tau, tapi mimpi ni macam real. Macam betul-betul berlaku.” Enny menjelaskannya.

          “Nak buat macam mana, setan boleh buat macam-macam.” Aku menjawab dengan selambanya.

          “Tapi aku nampak kau cekik aku.” Sambung Enny. Nabila tersedak seketika ketika hendak menghirup air jus orennya itu.

          “Ehh, aku bukan setanlah nak cekik orang.” Aku tersentak seketika.

          “Bukan kau setannya, tapi setan tu mirip dengan kau. Dengan rambut kau yang terurainya. Tiba-tiba cekik aku. Tak bernafas aku, tau tak.” Enny menjelaskannya lagi.

          “Yang tulah kita kena beringat. Tapi, nape muka aku juga yang kena, tak ada muka orang lain lagi ke.” Aku sedikit merungut lalu tersengih seketika.

          “Mana aku tau. Nanti hari lain, dia ambil muka aku pula.” Enny terfikir akan sesuatu yang tidak pernah dijangka.

          “Kau nak ke.” Aku menyergah Enny.

          “Ehh, tak naklah aku.”

          “Dah minum coffee tu, apa yang special sangatlah burger kat sini.” Nabila hanya mengecilkan sahaja matanya itu lalu melihat Enny tersengih-sengih apabila salah seorang pelayan lelaki yang sedang menuju ke arah meja kami untuk menghantar hidangan.

          ‘Patutlah dia suka sangat makan kat sini, tergoda dengan abang burger rupanya. Boleh tahan juga waiter kat sini, hensem juga mamat kat sana tu,’ fikir aku sejenak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Abil Ross