Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 35

“BIL..”

          “Bil.. Bangun…”

          “Kau dah lewat ni ke kelas.” Jerit Tika kepada Nabila lalu menggoyangkan badan Hana untuk mengejutkannya dari tidur.

          “Sepuluh minit lagi…” Sahut Nabila dalam keadaan mamai.

          “Banyaklah kau sepuluh minit. Tadi cakap lima minit, ni dah dua puluh minit.” Tika hanya membebel sahaja.

          “Okay okay, Hana pergi dulu mandi. Lepas tu, baru aku.” Sahut aku.

          “Kelas Hana pukul 9, kau tu pukul 8 pagi.” Jerit Tika lagi.

          “Oiii, bangun laa.” Celah Aliya lalu membalingkan bantal goleknya ke arah Nabila.

          “HAAaaaaaaaaaa haaa….”

          Waktu pagi ini membuatkan Nabila berasa malas untuk gerak keluar ke kuliahnya. Bukan hanya sehari sahaja subjeknya di waktu pagi tetapi tiga dari enam subjek itu adalah di waktu pagi pada hari yang lain. Kalau kelas di waktu petang, memang dia malas sekali untuk ke kelas, lebih baik belajar di waktu pagi dan otak masih lagi segar untuk berfikir.

          “Assalamualaikum, semua.” Sir Norman memberi salam kepada pelajar-pelajarnya yang berada di dalam kelas itu.

          “Waalaikumusalam, sir.” Serentak pelajar-pelajar menyahut salam pensyarah mereka itu.

          “Hari ni, saya nak bagi satu tugasan untuk presentation yang akan datang.” Sir Norman hanya menunjukkan sehelai kertas yang berada di tangan kanannya itu.

          “Bil, kau dengan ikin kena satu group dengan aku.” Bisik Anis kepada Nabila.

          “Ehh, kejap. Sir tak cakap apa-apa lagi. Baru tugasan.” Celah Nabila seketika.

          “Aku tahu. Kejap lagi sir cakap laa.” Lantas sahaja Anis menyahut.

          “Dan saya nak kamu semua buat dalam group.” Sambung Sir Norman seketika.

          “Kan aku dah cakap.” Celah Anis lalu dia hanya tersengih sahaja.

          “Yelah…”

          “Sir, nak berapa orang dalam satu group?” Terlintas di fikiran Shah untuk menanyakan soalan tersebut.

          “Lima orang sahaja.” Jawab Sir Norman.

          “Haa, aku nak ambil kau..kau..” Sampuk Anis lalu dia terus mengeluarkan sehelai kertas untuk menulis nama-nama pelajar dalam kumpulannya itu.

          “Apa-apa saja lah.” Nabila hanya menggelengkan sahaja kepalanya lalu matanya begitu berat untuk membuka kembali.

          “Ahh.” Nabila tersentak seketika apabila terdengar bunyi ketukkan perlahan dari belakang kerusinya.

          “Hi, awak.”

          “Hi.”

          “Awak dah ada group dah.” Tanya seorang pelajar perempuan yang bertudung kuning itu.

          “Saya dah ada. Sorry.” Nabila tersengih sahaja.

          “Ohh, okay.”

          “Cuba awak tanya budak depan tu, dia macam tak ada group je.” Sahut Nabila.

          “Okay, terima kasih.”

          “Sama-sama.”

          “Okay semua. Lepas waktu saya nanti, kamu semua boleh sambung discuss.” Sampuk Sir Norman seketika.

          “Apa yang kamu faham tentang ‘Organizational Leadership’?” Soal Sir Norman kepada pelajar-pelajarnya.

          “Kepimpinan.” Jawab Shah dengan pantasnya.

          “Lagi.”

          “Ketua.” Jawab salah seorang pelajar lelaki yang berada di belakang Shah.

          “Ketua apa. Ketua keluarga.” Celah Sir Norman seketika lalu pelajar yang lain hanya tergelak sahaja akan soalannya itu.

          “Nabila!!!” Sir Norman terus memanggil Nabila yang asyik dari tadi termenung sahaja.

          “Ahh. Ye sir.” Nabila tersentak lalu fikirannya bercelaru seketika.

          “Sir tanya, apa yang kamu faa….”

          “Orang yang memimpin dalam sesebuah organisasi.” Nabila terus memotong ayat Shah apabila dia belum sempat untuk menghabiskan ayat ungkapannya itu.

          “Kawan kamu tak habiskan ayat lagi, tau tau kamu dah ada jawapan.” Sir Norman hanya tersenyum lalu menggelengkan sahaja kepalanya itu.

         “Sorry sorry.” Nabila hanya tergelak sahaja lalu kembali mendiamkan dirinya.

          Sir Norman terus mengajar dan menerangkan tentang subjek yang dia ajar kepada pelajar-pelajarnya. Walaupun agak membosankan semasa belajar di dalam kelas apabila pensyarah mereka bercerita dari luar topiknya, mereka tetap akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap subjek tersebut. Kecuali Nabila yang asyik dari tadi mengelamun dan mula berasa mengantuk apabila cerita pensyarah itu semakin panjang.

          ‘Aku tak boleh tahan laa, ngantuk sangat ni. Please, please, jangan mengantuk. Sepatutnya waktu pagilah fresh otak and boleh berfikir. Sir ni pula asyik bercerita je,’ fikir Nabila. ‘Setan dah mula bergayut dah ni kat mata aku,’ Nabila hanya merungut sahaja di dalam hatinya lalu fikiran menjadi lesap dan kabur.

           “Bil, bangun.” Anis mencuit lengan Nabila yang sedang tertidur itu.

          “Ahhh.” Nabila menjadi mamai.

          “Bangunlah, jangan tidur.” Tegur Anis.

          “Astraghfirullah Al Adzim. Aku tertidur doh.” Nabila menjadi terkejut lalu matanya terus menjadi segar dari mengantuk.

          “Aku nampak.” Sahut Anis.

          “Huishh, 20 minit aku tidur.” Nabila terkejut lagi apabila melihat jam di tangannya.

          “Okay, kita sambung.” Celah Sir Norman seketika.

          Nabila hanya terkejut lagi, ‘alamak, dia tunggu aku bangun tidur ke. Matilah aku macam ni, habislah kau Nabila,’ fikir Nabila seketika lalu dia terus menumpukan perhatiannya terhadap mata pelajaran yang dia pelajari sekarang.

 

 

Dua jam kemudian…

          “Weh, susah giler aku nak faham soalan ni.” Zul hanya menggaru-garukan kepalanya sahaja apabila melihat beberapa soalan matematik yang sukar untuk dia fahaminya itu.

          “Rilek laa, aku pun tak buat lagi.” Jawab Mawi dengan tenang.

          “Kau tak faham. Aku tak boleh, kalau soalan-soalan yang mental macam gini.” Rungut Zul dengan keadaannya yang kusut itu.

          “Nanti kita buat sama-sama laa. Sekarang kita isi perut dulu.” Jawab Mawi lagi.

          “Kau tengok tu, Nabila okay je. Tenang je aku tengok dia makan.” Sahut Mawi.

          “Oiii, jadi tak tenang aku.” Jawab Nabila seketika lalu dia sambung kembali menyuap makanannya ke dalam mulutnya.

          “Kau faham tak, apa sir ajar semalam.” Terlintas di fikiran Mawi untuk menanyakan soalan kepada Nabila.

          “Setakat ni, Alhamdulillah laa. Tak merosot lagi.” Jawab Nabila dengan selambanya.

          “Perrrr… deep betul ayat kau ni. Zul, tengok kawan kau ni.” Mawi hanya memuncungkan sahaja mulutnya itu.

          “Kawan kau juga.” Jawab Zul seketika.

          “Bil, nanti ajar aku.” Zul hanya menunjuk-nunjukkan sahaja soalan yang ada di dalam bukunya itu.

          “InsyaAllah, kalau aku faham, aku ajar kau.” Nabila hanya menyahut sahaja.

          “Okay.”

          “Jomlah, masuk kelas.” Sahut Nabila lagi.

          “Jom.”

          Nabila terus bergegas ke bangunan C untuk menuju ke kelas Statistiknya. Dia hanya terpegun seketika apabila dia sudah tiba di muka pintu kelas. Dia hanya melihat beberapa orang pelajar yang sudah berada di tempat duduk bahagian depan sekali dan dia hanya berfikir di mana tempat duduk yang paling selesa baginya untuk menumpukan perhatiannya.

          ‘Takkanlah aku nak duduk sebelah Shah. Tak naklah aku. Kalau kat sana, macam hujung je. Kalau yang ni, macam depan sangat dengan tempat lecture. Tak apalah, aku duduk kat tengah-tengah tu jelah, lagi bagus,’ fikir Nabila seketika.

          Keadaan di dalam kelas itu menjadi semakin sempit apabila dipenuhi dengan berpuluh-puluh buah kerusi beserta dengan gabungan meja. Pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas itu bersemangat untuk memulakan pengiraan yang telah diberikan oleh Sir Amirul. Sedangkan, Nabila masih lagi dalam keadaan mengantuk dan dia tidak boleh membukakan matanya lagi.

          “Okay, kita dah habis bab10. Sekarang, saya nak kamu semua buat latihan dalam buku biru.” Sahut Sir Amirul.

          “Ahhh.” Nabila terjaga dari tidur.

          ‘Astraghfirullah Al Adzim. Aku tidur lagi ke dalam kelas. Aduh, habislah aku macam ni,’ fikiran Nabila menjadi bercelaru seketika.

          ‘Padahal, sekejap saja aku pejamkan mata. Tadi aku nampak sir baru nak start chapter 10. Aduh, aku tidur lama sangat laa ni,’ rungut Nabila di dalam hatinya. ‘Apa yang sir ajar tadi. Biar aku tengok nota di sebelah,’ fikir Nabila lagi.

          Sir Amirul hanya memerhatikan sahaja gerak-geri Nabila yang asyik meneliti setiap pengiraan yang ada di dalam bukunya. Lalu, Sir Amirul pun menuju ke arah Nabila untuk melihat cara pengiraannya dalam bentuk statistik. Sir Amirul hanya mendiamkan dirinya sahaja dan tersenyum apabila sudah melihat hasil jawapan yang telah dibuat oleh Nabila.

          ‘Aduh, sir ni. Janganlah buat aku nervous. Entah apa jawapan aku ni betul atau tidak. Dahlah aku tertidur tadi, memang satu benda aku tak faham,’ Nabila hanya bermonolog sahaja.

          “Haa, nasib baik betul.Tidur sampai ternganga, nasib baik tak masuk lalat.” Sahut Sir Amirul.

          “Ahh, sorry sir.” Nabila hanya tersengih sahaja lalu menundukkan kepalanya ke bawah kerana berasa malu dalam keadaannya yang sebegitu.

          “Haa, ni… Mana jawapannya!!!” Soal Sir Amirul kepada pelajarnya.

          “Tengah nak dapat ilham, sir.” Jawab Mawi secara spontan lalu hanya tersengih sahaja.

          “Tadi yang saya ajar tu, fokus sampai tak berkelip. Takkan tak dapat ilham lagi kot.” Soal Sir Amirul lagi sambil kedua-dua belah tangannya mencengkam pinggang di hadapan Mawi.

          “Yang fokus tulah, otak saya tak terima.” Jawab Mawi lagi dan hanya menundukkan kepalanya sahaja.

          “Banyaklah. Zul..!!! Kau tengah buat apa tu?” Soal Sir Amirul kepada Zul pula.

          “Saya tengah mengira, sir. Tapi jawapan saya tak sama dengan sir.” Jawab Zul sambil menggarukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

          “Jalan kira tak betul, mestilah jawapannya tak sama.” Sir Amirul hanya menggeleng-gelengkan sahaja kepalanya apabila melihat pelbagai kerenah pelajar-pelajarnya itu.

          “Okay semua, esok saya nak tengok jawapan kamu satu persatu.” Sambung Sir Amirul.

          “Baik, sir.”

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.