Blurb buku
Hari yang dianggap cukup menenangkan telah menyaksikan sesuatu yang mengerikan yang tidak
terjangkau dek akal.
Bagaimana… bagaimana dia boleh menyaksikan keseluruhan adegan itu? Sedangkan skrin besar di
hadapannya tidak memaparkan apa-apa langsung kecuali garisan berwarna gelap dan terputus-
putus! Sejak dari awal lagi siarannya telah terputus.
Bagaikan deja vu. Khaira Maryam cuba menyelamatkan lelaki misteri itu daripada menjadi mangsa
pembunuhan. Saat mata mereka saling bertaut, bagaikan ada renjatan elektrik yang mengalir di
setiap pembuluh darahnya.
“Awak siapa?” - Khaira Maryam
“Oh? Aku? Kau rasa aku siapa, Khaira Nafisa?
Ataupun kau betul-betul dah lupakan aku lepas terjun
ke dalam kolam tadi. Kolam renang bukan untuk tempat bunuh diri, sayang.” - Basit Al-Haq
Pertemuan yang hanya bertahan selama beberapa detik itu telah menarik Khaira Maryam ke dimensi
lain! Lalu mempertemukan semula dia dengan lelaki misteri itu dalam waktu dan tempat yang
berbeza.
Jiwa Khaira Maryam dan Khaira Nafisa telah menjadi satu melalui jasad yang bukan kepunyaannya!
Magnolia. Negara misteri di mana penduduknya telah dijangkiti virus yang mampu mengubah
mereka menjadi makhluk misteri yang bernama Raksasa Besi.
Untuk pulang ke dunia asal dan mengembalikan jiwanya ke tempat yang sepatutnya, Khaira Maryam
harus mencari tahu keberadaan kunci yang menghubungkan portal masa dan juga gerbang pintu
sihir.
Mampukah dia mencari kunci kepada dua pintu gerbang tersebut?
Mungkinkah Basit Al-Haq sekadar berlakon menjadi watak antagonis sedangkan lelaki itu sebenarnya
dalang di sebalik kekacauan yang berlaku?
Kadangkala apa yang kita lihat tak semestinya apa yang kita fikir dan rasa. Barangkali yang berlaku
adalah sebaliknya.
“Kali ni, awak percayakan saya tak?” – Khaira Maryam
“Aku ada perancangan sendiri. Aku tahu kau sedih. Aku pun sama macam kau. Tapi, kita tak
boleh terlalu ikutkan perasaan. Sebab…” – Basit Al-Haq
Kerana dunia yang tampak aman tidak semestinya selamat….
Berminat boleh order melalui wasap fajar pakeer 0128006944
atau di shopee Fajar pakeer.
Terima kasih
😁