Home Novel Cinta KuPertahankan Cinta
KuPertahankan Cinta
Amylieyhaizani
9/10/2019 21:40:16
429
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Bab 2

ArjunaSyah atau lebih manja dengan panggilan Syah termenung di balkoni apartmentnya.Matanya merenung jauh ke arah bangunan KLCC yang yang tersergam megah. Panoramaindah bandar Kuala Lumpur menjadi santapan matanya saat itu. Bunyi ngaumankenderaan juga menyapa telinganya tanpa jemu.

            Kuala Lumpur! Inilah kota yang tidakpernah sunyi dari hiruk pikuk penghuninya. Siang atau malam bagaikan tiadabeza. Seakan-akan semuanya berlumba-lumba mencari satu arah yang dinamakankepuasan. Kota yang penuh dengan pancaroba. Baik langkah yang diaturkan,baiklah langkahnya. Andai sebaliknya, adakah takdir yang harus dipersalahkan?

            Arjuna Syah mendengus perlahan.Keindahan malam itu dan malam sebelumnya tidak mampu menenangkan hati danjiwanya saat itu. Terasa bebanan yang tergalas di bahunya. Bebanan yang mungkinakan digalasnya seumur hidup. Mungkin! Itu yang dirasakan oleh Arjuna Syahapabila dipaksa bertunang dengan sepupunya sendiri. Sepupu yang tidak pernahterdetik di hatinya untuk menjadi suri hidupnya kelak.

            Arjuna Syah mengerutkan dahi.Ingatannya berkalih pada perkara yang dibincangkan bersama orang tuanya danadik perempuannya pada minggu sudah.

            “ Semua tu kehendak Mak Long kamuSyah. Mak tak boleh nak halang. Serba salah mak dibuatnya. Kalau mak menolak,mak dikatakan tidak mengenang budi. Bukan Syah tak tahu masa Syah belajar dulu Mak Long dan Pak Long yangtolong bayarkan yuran pengajian Syah. Syah dah lupa?” soal Puan Suhana seakantiada toleransi dalam perbincangan mereka.

            Arjuna Syah mengetap bibir. Pantaspandangannya menghala kepada ayahnya yang sedang menghirup kopi panas.

            “ Macam mana ni ayah. Takkan keranabelajar Syah ditanggung oleh Pak Long , Syah kena ikut telunjuk diorang. Syahjuga ada impian Syah. Hal-hal kahwin ni bukan perkara yang boleh dibuat main!Lagi pun, Syah tak berkenan langsung dengan Zana tu! Sosial!” tekan Arjuna Syahbagaikan hilang sabar. Merah sedikit mukanya menahan marah.

            Arjuna Syah mempunyai kulit mukayang agak cerah, berbadan tegap dan mempunyai auranya yang tersendiri.Senyumannya mampu mencairkan mana-mana perempuan yang melihatnya. Apa yangpaling penting, peribadi yang dimiliki oleh Arjuna Syah yang membuatkan dirinyamenjadi pilihan.

            Encik Darwish menarik nafas panjangdan melepaskannya dengan keluhan yang berat. Dia sebenarnya serba salah untukmembuat keputusan yang memihak kepada anak bujangnya itu.

            Dato’ Zain iaitu papa Zana telahbanyak membantu mereka dari segi kewangan. Pelajaran Arjuna Syah dan anakgadisnya Shima ditanggung seratus peratus oleh mereka. Bukan itu sahaja, rumahburuk mereka yang dulu seakan ingin roboh kini selesa untuk mereka anak beranakduduki. Jika mengharapkan dirinya yang hanya bekerja sebagai penoreh getahbelum tentu mereka mampu menghantar anak mereka masuk ke universiti.

            “ Budi orang payah untuk kitalupakan macam itu sahaja Syah!” tutur Encik Darwish akhirnya.

            Arjuna Syah mendiamkan diri buatseketika. dia menjeling Shima yang asyik membaca novel cinta yang berjudul Dia,Jodohku Rupanya karya penulis Amyliey Haizani.

            “ Tapi ayah, mak…itu bukan bermaksudSyah kena korbankan masa hadapan Syah. Syah bersyukur dan berterima kasihdengan Pak Long dan Mak Long sebab dah banyak bantu keluarga kita. In shaaAllah Syah tak akan lupakan jasa diorang! Tapi bukan dengan cara ni. Syah takcintakan Zana! Dia dan Syah tak serasi!” tokok Arjuna Syah lagi. Besarharapannya agar niat mereka semua terkubur begitu sahaja.

            “ Macam mana abang nak balas jasadiorang? Abang jadi pengurus hotel dekat KL tu pun sebab hotel tu milik PakLong. Lagi pun bila Shima habis belajar nanti, Shima nak kerja dengan Pak Long.Malaslah Shima susah-susahkan diri cari kerja! Penat!” sampuk Shima sambilmeletakkan novel yang dibacanya ke atas meja.

            “ Abang kerja dengan Pak Long sebabdiminta oleh Pak Long. Kalau ikutkan hati abang, abang nak cari kerja tempatlain. Abang tak nak orang kata abang ni asyik mengharapkan ihsan orang. Sampaibila kita nak menyusahkan diorang?” balas Arjuna Syah.

            “ Ala abang…kahwin je lah dengan kakZana tu. Shima suka apa! Kak Zana tu anak Dato’, cantik, putih dan bergayaorangnya. Sudahlah bergaya, ada kereta mewah lagi! Apa lagi yang abang nak? Hatu…restoran yang Kak Zana uruskan tu pun milik dia sendiri. Abang janganlahmenolak tuah! Lagi pun Shima tak suka bakal kakak ipar Shima orang susah. Taksepadan!” celopar mulut Shima menutur kata.

            Arjuna Syah menjeling adiknya. Makinmelampau Shima ni! Getus Arjuna Syah dengan geram.

            “ Yang anak Dato’nya dia! Bukankita. Shima jangan nak meninggi diri tak tentu pasal! Abang tak suka! Shimaingat harta kekayaan tu boleh menjamin kebahagiaan?” soal Arjuna Syah dengansuara meninggi. Shima hanya mencebik tanda tidak berpuas hati.

            “ Sudah-sudahlah bertekaknya. Maktak suka Shima dan Syah bergaduh macam ni. Tak elok! Macam ni lah Syah, mak danayah tak halang kalau Syah nak menolak Zana tu. Nanti pandai-pandai lah makcakap dengan Mak Long kamu. Syah tak perlu cakap apa-apa dengan diorang,” tuturPuan Suhana akhirnya. Ada riak hampa di wajah tuanya.

            Arjuna Syah menghela nafas panjang.Hatinya tidak tenang walaupun kata-kata itu terluah dari mulut emaknya. Diarisau jika berlaku pergaduhan antara mereka adik beradik. Arjuna Syahbetul-betul dalam dilema.

            “ Ayah pun tak paksa Syah. Mungkinrasa segan tu ada sebab terpaksa tolak permintaan orang yang banyak berbudikepada kita. Tapi tu lah, kebahagiaan di dalam rumah tangga bukan boleh diambilmudah. Syah fikirlah masak-masak. Apa saja keputusan Syah, ayah dan makterima,” sampuk Encik Darwish.

            “ Kalau orang berbudi kitaberbahasa! Maruah orang kita kena juga fikir. Kak Zana tu boleh cari orang samataraf dengan dia kalau dia nak! Kalau setakat orang macam abang, sepuluh diaboleh cari!” sindir Shima sebelum bangun untuk berlalu ke bilik. Kata-katanyayang berbisa cukup membuatkan Arjuna Syah terpana.

            Kata-kata kalau orang berbudi kitaberbahasa  membuatkan Arjuna Syah keluuntuk terus berkata.

Pon…pon…

            Bunyi hon dari kenderaan yangbertalu-talu menyentak lamunan Arjuna Syah. Dia menelan air liur yang tersekatdi kerongkong. Tanpa dipaksa kolam matanya mula berkaca.

****

            “ Eh Zana! Tunggulah aku! YaAllah…lajunya kau jalan. Kau nak pergi mana cepat-cepat ni! Malam masih mudalahbeb!” ucap Syasya kawan kepada Zana Lara. Dia yang bekerja sebagai modelsambilan di syarikat majalah tekemuka terkedek-kedek mengejar gadis itu.

            Zana Lara yang mempunyai raut wajahyang cantik, tinggi dan langsing menjadi pilihannya untuk dijadikan teman.Orang cantik mestilah berkawan dengan orang cantik. Barulah serasi!

            “ Yang kau berkasut tumit tinggi tukenapa? Malam-malam tak payahlah beria-ria sangat! Mulalah terkedek-kedek macamitik sekati!” bidas Zana Lara seraya menghentikan langkahnya. Matanya merenungtajam Syasya yang mengurut betis putih miliknya. Syasya adalah kawan baiknyaketika sama-sama belajar di luar negara dua tahun yang lepas.

            Syasya mempunyai pakej sebagai gadisyang cukup sempurna. Namun sikap kebudak-budakan mencacatkan sedikit kesempurnaanyang dimilikinya.  Sempat Zana membuatkesimpulan tentang teman baiknya itu.

            “ Aku kan model! Kenalah jagapenampilan! Kan kau juga yang malu nak jalan dengan aku!” balas Syasya sambiltersengih menampakkan giginya yang putih bersih.

            Zana Lara meneruskan langkah untukmendapatkan kereta BMW berwarna hitam         miliknya. Syasya cepat-cepat beriringan dengan gadis itu.

            “ Zana, betul ke kau nak bertunangdengan teruna idaman tu?” soal Syasya dengan tiba-tiba.

            “ Teruna idaman? Siapa teruna tu?”soal Zana Lara acuh tak acuh sahaja bunyinya.

            “ Ala…Pengurus hotel Indah Mutiaramilik papa kau tu lah. Siapa nama dia? Shah Arjuna ye?” soal Syasya dengan matayang bersinar. Dia pula terlebih over.

            Zana Lara menghentikan langkahnya.Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum.

            “ Teruna idaman ye? Hensem? Tu lahsepupu aku. Nama dia Arjuna Syah. Memang tak lama lagi aku nak bertunang dengandia. Biar orang tahu buah hatiku hensem orangnya. Jangan kau jelous sudah!”ujar Zana Lara seraya mendapatkan keretanya.

            “ Arjuna Syah? Ermmm…boleh tahan!Tapi yang aku nak tahu sekarang, macam mana dengan Rizal? Bukan ke kau denganRizal tu bercinta?” soal Syasya sambil menjungkit kening.

            Zana tersenyum lagi.

            “ Rizal hanya skandal aku. Tak lebihdari tu,” balas Zana Lara sebelum ketawanya meletus kuat. Syasya tersengihbagai siput sedut. Skandal? Boleh tahan!

            “ Tapi kau tak rasa rugi ke? Rizaltu anak Dato’!sama taraf dengan kau!” tutur Syasya seakan menghasut.

            Zana Lara menapak masuk ke dalamkereta diikuti Syasya. Jam di dashboard menunjukkan pukul 3.00 pagi. Diamenghidupkan enjin kereta dan menunggu buat seketika.

            “ Papa aku dah cukup kaya. Aku takperlu harta orang lain untuk tambah kekayaan aku. Apa yang penting, Arjuna Syahada pakej lelaki idaman aku. Dahlah! Jom kita balik!” tutur Zana Lara dengankeras. Syasya menelan air liur. Emo pulak perempuan ni!

Keretabergerak laju meninggalkan kawasan tersebut bersama angin pagi yang menyapamereka berdua.

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.