Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,115
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

"Naufal..." Kedegaran segar suaranya di panggil di hujung telinga Naufal. Panggilan yang tadinya dia begitu berkira-kira untuk di angkat dek nafsu amarahnya minggu yang lalu mulai padam saat terkenangkan ibunya Puan Mardiah.

"Abanglah..." Tikasnya sambil merapatkan dirinya menghadap komputer riba di hadapannya.

"Ya, abang... Actually, i have something to talk to you." Naufal kembali menegakkan tubuhnya saat mendengar permintaan tersebut. Fikiranya mula menerawang pelbagai perkara.

"Sekarang ke? Go on." Jelasnya bersedia untuk mendengar.

"No, buka dalam talian. Boleh ke abang datang jumpa saya di Hua View Hotel?"

"Hua View Hotel? Bila?"

"Kalau abang tidak keberatan hari ini, jam 10.00 pagi. Saya tunggu." Segera Naufal memandang ke arah jam rolex di tanggannya. Tepat jam 8.45 pagi.

"Baiklah." Jawabnya sambil mengangguk-angguk kepala.

Tanpa berlegah dia terus keluar dari pejabatnya. Entah kenapa hatinya sedikit keruan saat mendengar permintaan Xu Zhimo sebentar tadi. Sesegera itu juga dia memecut keretanya ke Hua View Hotel.

Setibanya di sana jam menunjukkan 9:45 pagi. Kehadirannya awal dari temujanjinya. Dia memang seorang yang tepat pada janjinya. Pantas dia masuk dan melilau memerhati sekelilingnya. Kelihatan beberapa orang penyambut tetamu sedang sibuk dengan tugasnya. Bell boy yang berada di tepinya memberi senyuman manis setelah menyapanya. Dia membalas kembali.

Seketika itu dia melihat kelibat seseorang yang amat di kenalinya sedang keluar dari pintu lift menuju ke restoran hotel tersebut. Pelahan dia bergerak duduk di ruang menunggu di lobi hotel tersebut sambil memerhatikan gerak-geri kelibat tadi.

Hatinya mula tertanya-tanya siapa Xu Zhimo sebenarnya. Anak matanya sedari tadi langsung tidak beralih arah. Kerancakan Xu Zhimo berbual dengan beberapa jejaka yang lagakknya pekerja restaurant tersebut di pantaunya teliti. Dia mula mencebik bibirnya. Seketika itu dia pantas mengeluarkan telefon bimbitnya. Fikirannya seakan mula berteka-teki identiti Xu Zhimo.  Pantas dia meneliti latar belakang hotel tersebut di talian. Namun hampa, langsung tiada apa yang membantunya. Hatinya mula berkira-kira untuk menghubungi Amani, namun seketika itu kelihatan Xu Zhimo sudah mula melangkah ke ruang lobi.
Seperti sedar akan kehadirannya, dari jauh sudah galak senyuman Xu Zhimo ke arahnya.

"Asalamwalaikum.." sapa nya dengan senyuman yang manis. Tangannya pantas di hulur bersalam. Kelihatan beberapa pekerja di ruang hadapan leka memerhatinya saat dia memberikan salam tersebut.

"Walaikumsalam" Naufal segera berdiri dan menyambut salam tangannya. Dalam hatinya sedikit riang dengan sapaan Xu Zhimo sebentar tadi.

"Kita ke restaurant, makan-makan minum-minum dulu." Ajaknya sambil mempersilakan Naufal ke arah restaurant. Naufal tersenyum kebetulan dia belum sempat untuk bersarapan pagi tadi.

"Rezeki jangan di tolak..." Jawabnya sambil tersenyum.

Tiba di restaurant mereka segera membuat pesanan. Lagaknya masing-masing dengan laparnya.
"Apa perkembangan terbaru, sejak akhir ni kamu tak datang melawat ke rumah." Soal Naufal segera , dia sudah tidak sabar menunggu hal yang ingin di bincangkan oleh jejaka di hadapannya itu.

"Kebelakangan ini saya agak sibuk. Sebenarnya saya sudah bekerja." Sedikit terlopong Naufal mendengar penjelasannya.
"Begitu.. Baguslah kalau macam tu, kalau tak risau pula saya dengan Amani. Kalau kamu dah berkahwin pasti kamu bawa dia bersama ke China." Luahnya tanpa rasa kesal. Hatinya sedikit senang bila mendengar penjelasan jejaka dihadapannya sebentar tadi.

"Abang janganlah risau... Sebenarnya hajat saya ingin berbincang soal perkahwinan ini. Apa yang harus saya buat , lagipun saya tak mahu membuang masa memandangkan banyak hal yang perlu saya segerakan." Jelasnya sambil meratap teliti wajah Naufal.

Yalah, dalam keadaan genting sekarang dia harus pantas. Lagi-lagi dengan keadaan kesihatan yeyenya. Lagipun dia memang dah tak sanggup lagi berjauhan dengan kekasih hatinya itu. Kalau boleh setiap masa dia ingin menghadap wajah kekasihnya itu.

"Kamu sudah nekad?" Soal Naufal.
Xu Zhimo hanya mengangguk, namun anak matanya tepat ke arah anak mata Naufal ibarat menyuarakan isi hatinya.

"Amani bagaimana? Kamu dah tanya dia?" Tanya Naufal lagi. Benar-benar inginkan kepastian. Hal ini bukan hal yang boleh di bawa main baginya. Dia tidak mahu ada penyesalan di akhirnya kelak. Walau siapa pun cinta hati Amani dia akan pastikan lelaki itu membahagiakan Amani sehingga hayatnya.

"Saya dah tanya Amani. Dia setuju dan minta saya datang ke rumah untuk meminangnya dan itulah sebab saya ingin berjumpa dengan abang terlebih dahulu. Saya ingin mendapat pandangan abang dan bantuan dari abang."

Naufal mula menyandarkan dirinya, wajah Xu Zhimo di tatapnya lebih dalam. Wajah jernih Xu Zhimo perlahan-lahan membuka hatinya. Dia sedikit sedar akan keikhlasan Xu Zhimo. Dia kembali tersenyum. Senyumnya kini dibalas Zu Xhimo. Hatinya mula terikat bila melihat senyuman jejaka muda di hadapannya itu. Mungkin inilah sebabnya Amani benar-benar gilakan jejaka China ini. Senyumannya sangat menusuk ke hati. Manis sangat! Getusnya dalam hati.

"Kamu datanglah ke rumah nanti abang bantu apa yang patut. InsyaAllah."Jawabnya.

"Tapi saya ada satu hal lagi bang... Kalau boleh saya nak majlis saya hanya kecil-kecilan atau sederhana. Lagipun abang pun tahukan saya baru sahaja bekerja." Kini Naufal sedikit terpana dengan permintaannya.

"Tak boleh ke bang?" Soalnya saat melihat perubahan wajah Naufal.

"Berkenaan hal tu, kita bincang bersama ibu dan Amani. Nanti kamu datanglah ke rumah. Maklumkan pada abang. Kalau tak nanti boleh abang bawa ke rumah sekali."

"Baiklah."

"Oh ya, kamu kerja di mana? Katanya tadi dah kerja kan?" Pantas Naufal menyoal sebelum dia terlupa akan hal yang satu itu.

"Saya kerja di sini bang."

"Abang memang dah agak dah tadi. Dah berapa lama?"

"Barulah juga dua tiga hari yang lalu."

"Baguslah tu, nanti kalau dah kahwin kamu nak menetap di sini atau pulang ke China?" Kini Naufal mula bertukar menjadi detektif sambilan. Segala persoalan di fikirannya pantas di soalnya. Dia tidak mahu ada rasa syak mahupun rasa kurang percaya terhadap Xu Zhimo. Mulai saat itu dia haris akur dengan jodoh Amani. Sebagai abang dia harus membantu apa yang harus bagi melindungi kebahagian Amani.

"Rasanya akan terus bekerja di sini.InsyaAllah, abang sekali doakan urusan saya mudah ya."

"InsyaAllah.. Aminn... Senanglah juga hati abang mendengar, yalah kamu pun tahukan Amani tu anak tunggal, nanti ibu pasti sunyi jika Amani jauh darinya. Kalau hanya di Malaysia taklah ralat sangat tapi kalau kamu bawa Amani tu ke China bukan ibu sorang yang susah hati, abang pun sekali susah hati. Kamu pun tahu Amani tu macam mana. Tak habis-habis buat orang risau je kerja dia."Luah Naufal.

Xu Zhimo hanya tersenyum. Senang dia mendengar luahan Naufal. Beruntung Amani, banyak orang sayangkan dia. Getusnya dalam hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI