Home Novel Cinta PELANGI
PELANGI
Zahra Darina
9/4/2022 13:44:28
6,731
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

SETELAH menghantar Husna ke rumahnya, Tengku Rayyan memulakan pemanduan. Sesekali dia menoleh ke kiri memandang Zara sambil tersenyum. Wajah Zara kelihatan manis ketika berhijab. Sudah empat bulan dia tidak berjumpa Zara. Dia tidak menyangka, daripada seorang gadis free hair, telah berubah menjadi seorang gadis yang berhijab.

            “Kenapa Zara nak keluar dengan Husna tak bagitau abang? Bolehlah abang hantar ke mana-mana saja destinasi Zara. Tak perlu naik grab car. Nasib baik kita terserempak secara kebetulan di restoran tadi.”  Tengku Rayyan masih tersenyum. Hatinya berbunga-bunga.

            “Takpa, Zara tak nak susahkan abang.” Ujar Zara.

            “Susahkan abang? Bila pula Zara susahkan abang?”  Soal Tengku Rayyan. Dahinya mula berkerut.

            “Abang tak payahlah terlalu ambil berat kat Zara. Zara boleh jaga diri sendiri. Abang sepatutnya beri perhatian pada Kak Zahira.” Ujar Zara.

            “Beri perhatian pada Zahira? Kenapa? Abang tak faham.” Tengku Rayyan hairan mendengar kata-kata Zara.

            “Kak Zahira betul-betul suka kat abang. Abang tak sedar ke selama ni?” Terang Zara.

            “Tapi abang sukakan Zara. Bukan Zahira.” Luah Tengku Rayyan. Zara terkejut mendengar luahan spontan Tengku Rayyan.

            “Kenapa Zara? Abang tau kan Zara hanya anak angkat. Zara berasal dari rumah anak yatim. Zara bukan dari keturunan yang kaya. Zara sendiri tidak tahu siapa ibu bapa kandung Zara.” Zara mula sebak apabila sebut tentang ibu bapa kandungnya. Dalam hatinya ingin sekali bertemu dengan ibu bapa kandungnya. Dia amat berharap agar ibu bapa kandungnya masih hidup.

            “Abang tak kisah pasal asal usul Zara. Sebenarnya, abang dah lama tau Zara adalah anak angkat. Yang paling penting sekarang ni tentang perasaan kita. Abang tau Zara juga sukakan abang kan?”  Tengku Rayyan berharap agar Zara berterus terang tentang perasaannya. Tidak perlu lagi memendam rasa.

            “Tapi, Zara tak sesuai untuk abang. Kak Zahira lebih sesuai dan layak.” Ujar Zara.

            “Abang yang berhak pilih siapa yang layak untuk abang.” Tengku Rayyan tetap akan memilih Zara sebagai teman hidupnya. Dia amat pasti dengan pilihannya.

            “Abang,tolonglah. Kesian kat Kak Zahira. Tolonglah terima Kak Zahira.” Zara tetap  berharap agar Tengku Rayyan menerima kakaknya,Zahira sebagai teman hidup.

            “Zara, please! Jangan paksa Abang. Kenapa Zara sanggup korbankan perasaan sendiri kerana Zahira?” Tengku Rayyan hairan dengan Zara. Kenapa  Zara ingin menjaga perasaan Zahira sedangkan Zahira langsung tidak pedulikannya.

Zara hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalan Tengku Rayyan. Tengku Rayyan  juga mendiamkan diri. Dia amat sedih dengan kedegilan Zara. Kenapa Zara harus memikirkan soal perasaan kakaknya yang amat membenci dia?

 

 

MALAM itu, ZAHIRA segera masuk ke dalam bilik Zara lalu menutup pintu bilik itu dengan kuat. Zara yang baru keluar dari bilik air di biliknya terkejut dengan tindakan kakaknya.

            “Kau memang melampau sangat. Kau sengaja kan datang ke restoran tadi?”

            “Tak kak. Zara tak tau yang kak dan Tengku Rayyan ada di situ. Kebetulan, memang Husna ajak Zara makan kat situ.” Terang Zara.

            “Tipu.Ingat aku nak percaya?” Zahira langsung tidak percaya akan kata-kata Zara.

            “Zahira!!! Kenapa tutup pintu bilik Zara kuat sangat?”  Soal Tuan Rahman yang tiba-tiba muncul dengan nada marah. Dia berdiri di muka pintu bilik Zara bersama Puan Ziela. Mereka yang baru selesai Solat Isyak terkejut setelah mendengar bunyi pintu bilik Zara terhempas dengan kuat. Mereka segera bergegas ke bilik Zara.

            Zahira berpaling ke arah bapanya. Dia hanya diam.

            “Siang tadi pun, kamu tutup pintu bilik kamu dengan kuat juga kan? Mama kamu bagitau Papa petang tadi. Kamu sebenarnya ada masalah apa? Apa yang buat kamu tak puas hati? Kenapa kamu marah Zara?”  Soal Tuan Rahman bertubi-tubi. Dia berang terhadap tindakan Zahira.

            “Zara ni. Dia kacau Ira dengan Tengku Rayyan di restoran. Dia dengan kawannya datang ke restoran yang sama.” Jawab Zahira. Dia mula gelisah. Adakah jawapan dia diterima oleh bapanya?

            “Zahira. Kamu ni seorang kakak. Kenapa macam budak-budak ja perangai tu? Kenapa kalau Zara datang ke restoran yang sama? Kebetulan kan? Dengar sini ya. Sepatutnya siang tadi, Zara yang patut keluar dengan Tengku Rayyan. Bukan kamu. Papa dan Mama yang rancang pertemuan Tengku Rayyan dengan Zara. Ibu bapa Tengku Rayyan dah bincang dengan kami. Mereka nak jodohkan Tengku Rayyan dengan Zara. Sebab itu, kami ingin Tengku Rayyan keluar dengan Zara hari ni. Tak sangka Zara ada temujanji dengan kawannya hari ni.”  Terang Tuan Rahman.

            “Kenapa Zara, Papa? Dia kan anak angkat. Kenapa nak jodohkan dia dengan Tengku Rayyan?” Zahira terkejut dengan penerangan bapanya. Dia hairan, kenapa anak angkat yang diberi keutamaan?

            “Kerana Zara anak kandung Papa!” Tuan Rahman terjerit kecil. Dia tidak dapat menahan dirinya untuk meluahkan rahsia sebenar yang selama ini terpendam.

            Puan Ziela sudah mula resah. Rahsia yang selama ini tersimpan rapi sudah terbongkar.

            Zara dan Zahira terkejut setelah mendengar kenyataan itu. Tuan Rahman mula duduk dibirai katil lantas menunduk.

            “Habis,Ira ni anak siapa? Ira anak angkat ke?” Soal Zahira. Matanya mula berkaca-kaca. 

“Ira memang anak kandung Mama. Cuma Papa adalah ayah tiri Ira.”  Terang Puan Ziela.

            “Kenapa? Kenapa baru sekarang bagitau?” Soal Zahira yang tidak berpuas hati.  

            “Sebab selama ni, Papa tak nak Ira kecil hati. Jadi Papa pendamkan saja rahsia ni. Tapi malam ni, Zahira dah melampau. Cara Zahira layan Zara membuatkan Papa sedih. Anak kandung Papa dilayan teruk oleh anak tiri.” Luah Tuan Rahman.

            “Maafkan Ziela, abang. Ziela tidak berjaya mendidiknya menjadi seorang kakak yang baik.” Puan Ziela mula sebak.

            “Abang tak salahkan Awak. Awak dah cuba yang terbaik untuk mendidik Zahira. Abang juga sebagai ayah walaupun hanya ayah tiri juga memainkan peranan  untuk mendidik Zahira. Abang yang gagal mendidik Zahira.”

            “Cukup! Tak perlu dah nak mendidik Ira. Kalau memang Ira menyusahkan Papa dan Mama, malam ini  Zahira akan keluar dari rumah ini.” Zahira mula melangkah keluar dari bilik Zara meninggalkan mereka.

            “Zahira!” Puan Ziela mengikuti langkah Zahira. Air matanya mengalir perlahan ketika mengejar langkah Zahira ke biliknya.

            Zara yang sejak tadi membisu, turut mengikuti langkah Puan Ziela dengan linangan airmata. Tuan Rahman masih duduk di birai katil di bilik Zara. Dia berasa menyesal meluahkan kenyataan yang menyakitkan hati anak tirinya, Zahira.

            Sebaik sampai di bilik tidurnya, Zahira segera menutup dan mengunci pintu biliknya. Dia segera mengambil beg bagasi yang terletak di sebelah almari pakaiannya. Zahira segera memasukkan beberapa pasang pakaiannya ke dalam beg bagasi. Dia ingin keluar dari rumah ini dengan segera. 

            “Zahira! Buka pintu ni. Mama nak cakap.”  Panggil Puan Ziela sambil mengetuk pintu bilik Zahira dengan harapan agar Zahira membuka pintu itu. Namun, tiada jawapan.

            “Kak Ira. Zara minta maaf pasal siang tadi.” Suara Zara pula kedengaran.

            “Kau diam Zara!!! Semua ni punca dari kau lah. Sekarang kau dah puas hati?” Jerit Zahira. Dia bagaikan histeria setelah mendengar suara Zara.

            “Sudahlah. Biarkan dia reda dulu. Dia tengah marah sekarang. Tak perlu paksa dia buka pintu bilik.”  Tuan Rahman yang tiba-tiba muncul di belakang mereka berdua bersuara. Tuan Rahman terus melangkah ke biliknya meninggalkan mereka berdua.

            “Abang,macam mana kalau Zahira betul-betul keluar dari rumah malam ni?” Soal Puan Ziela kepada Tuan Rahman setelah melangkah masuk ke dalam biliknya.

            “Awak yakin ke dia betul-betul nekad nak keluar dari rumah ni?” Soal Tuan Rahman pula.

            “Abang, Zahira kan tengah marah. Dia sendiri cakap akan keluar dari rumah malam ni.”  Puan Ziela duduk di birai katil. Dia betul-betul gelisah. 

            “Awak jangan risau. Abang yakin dia tidak akan keluar dari rumah ini. Dia mana biasa hidup sederhana di luar sana. Esok dia ok la tu.”  Terang Tuan Rahman.

            “Ok, Ziela harap Zahira tak akan keluar dari rumah malam ni.” Puan Ziela berharap apabila menjelang esok, semuanya akan pulih. Semoga Zahira dapat menerima kenyataan ini.

 

 

ZAHIRA berdiri di depan pintu pagar sebuah Rumah Teres Dua Tingkat. Dia menanti pintu pagar itu dibuka. Dua minit kemudian,pintu pagar dibuka. Seorang rakan Zahira hairan melihat beg bagasi yang dibawa Zahira.

            “Ira,kau bawa beg bagasi ni kenapa?” Soal Nadia.

            “Aku nak tumpang tidur di rumah kau malam ni boleh ke?” Zahira amat berharap agar kawannya Nadia membenarkannya menumpang tidur di rumahnya pada malam ini.

            “Sorry Ira. Aku tak bolehlah bagi kau tumpang malam ni. Ibu bapa, kakak dan abang aku ada kat dalam. Mereka datang dari kampung dan tinggal di sini untuk beberapa hari.”  Nadia berpaling ke belakang dan matanya melihat ke pintu rumah. Dia kemudiannya berpaling ke arah Zahira semula.

            “Takpalah kalau macam tu. Aku tidur di hotel saja.” Riak wajah Zahira kelihatan sedih. Zahira mula menarik beg bagasinya dan berlalu pergi meninggalkan Nadia yang masih berdiri di pintu pagar rumahnya. Selepas kelibat Zahira menghilang, Nadia segera menutup pintu pagar rumahnya.

            “Sayang,siapa yang datang tu?” Soal seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di muka pintu rumah Nadia.

            “Bekas awek you lah. Si Zahira tu. Dia nak tumpang di sini malam ni. Dia ada call tadi bagitau yang dia ada kat luar pagar. Masa you dalam toilet tadi.”  Jawab Nadia sambil melangkah ke pintu lantas menutup pintu itu.

            “Dia datang malam-malam ni kenapa?” Soal Nazim kehairanan.

            “Dia nak tumpang tidur di sini malam ni. I bagitau dia yang ibu bapa, abang dan kakak Idatang. Lepas tu dia dengan muka sedih pergi dari sini.” Terang Nadia.

            “You ni sampai hati buat kat kawan macam tu.”  Nazim berpura-pura membuat mimik muka sedih.

            “Habis, you nak kita kantoi dengan Zahira? Kantoi yang you tidur di sini malam ni? Kantoi yang kita dah buat maksiat?” Nadia mula berang. Entah apalah yang difikirkan oleh Nazim ni? Sibuk kasihan terhadap Zahira kenapa? Takkan masih ada perasaan terhadap Zahira lagi?

            “You ni, I gurau pun tak boleh. Serius sangat. Ni mesti you jealous dengan Zahira ni?” Nazim tergelak kecil.

            “Mestilah I  jealous. Dah you tadi macam ambil berat kat dia. Jangan kata yang you masih ada perasaan kat dia.”  Nadia mula luah isi hatinya. Dia memang cemburu terhadap Zahira. Jika tidak, takkan dia sanggup merampas Nazmi dalam diam. Sehingga sekarang, Zahira tidak mengetahui akan hubungan Nadia dengan Nazim.

            “I kan dah  jadi milik you dah sebulan. Takkan masih nak jealous dengan Zahira?” Soal Nazim.

            “Manalah tau kan? Laki macam you bukan boleh percaya. Kaki perempuan.” Nadia sengaja bergurau kasar.  Namun, dia tidak menyangka apa yang terungkap dari  bibirnya benar-benar membuat Nazim tersentak.

            “You ni memang tak sedar diri ka? Sebaiknya you cermin diri you dulu. You tu yang tak berguna. Tikam kawan you dari belakang. You yang goda I. Dengan godaan you tu lah yang menjadi punca I buat keputusan untuk putus dengan Zahira. Sekarang, berani pula you tuduh I kaki perempuan. You memang perempuan yang tak ada maruah.” Nazim benar-benar berang.

            Pang!!! Satu tamparan hinggap ke pipi Nazim. Nadia membelalakkan matanya. Dia tidak menyangka Nazim menggelarnya seorang perempuan tidak bermaruah.  

            “You berani tampar I?  Perempuan tak guna!!!”  Nazim menampar Nadia dengan kuat lantas menolak kasar badan Nadia sehingganya  jatuh terduduk di atas lantai. Nadia menyentuh pipinya yang merah.

            “Mulai malam ni kita putus. Aku tak nak berjumpa lagi dengan perempuan yang tak sedar diri macam kau.” Nazim membuka pintu rumah dan melangkah keluar dari rumah Nadia, meninggalkannya sendirian.

            Nadia mula menangis teresak-esak. Dia menyesal. Akibat mulut jahatnya, dia kehilangan Nazim. Dia tidak akan menyerah. Dia akan cuba untuk dapatkan semula Nazim. Tidak mudah dia lepaskan Nazim begitu saja setelah dia sanggup mengorbankan maruah dirinya. Nazim miliknya selamanya.

 

 

ZAHIRA duduk di perhentian bas sambil menunduk. Dia amat sedih. Dia ingin sangat menginap di hotel mewah malam ni, tetapi dia perlu menahan dirinya. Dia perlu belajar untuk hidup dengan sederhana mulai malam ini. Boleh saja dia menggunakan kad kredit untuk menyewa hotel mewah. Namun dia nekad untuk menjalani kehidupan sederhana sahaja. Lagipun kehidupan mewah yang selama ini dia miliki itu bukanlah miliknya.  Setelah apa yang terjadi malam ini,benar-benar membuatkan Zahira tersedar. Selama ini, dia angkuh dan biadap. Mungkin ini balasan terhadap sikapnya selama ini.

            Dia terlalu selesa dengan kehidupan mewahnya sehingga menjadi angkuh. Malam ini dia mendapat balasan setimpal dengan keangkuhannya. Ternyata Zara, adik tirinya lebih layak memiliki kehidupan yang mewah dan tenang. Malam ini, Zara tidak terseksa lagi dengan layanannya selama ini. Mulai malam ini, Zara pasti akan tidur di rumahnya sendiri dengan tenang tanpa gangguannya, yang selalu menyeksa Zara.

            “Maafkan kak, Zara. Kak dah banyak buat salah kat Zara. Maafkan kak sebab tengking Zara selama ni. Lepas ni kak tak kacau Zara dah.”  Luah Zahira sendirian. Dia menyeka air matanya yang mengalir perlahan di pipi.

            “You buat apa sorang-sorang kat sini?” Kedengaran satu suara menyoal. Zahira segera mengangkat wajahnya yang menunduk sejak tadi. Dia melihat seorang lelaki berdiri di hadapannya.

            “Nazim ke?” Zahira terkejut akan kehadiran Nazim.

            “Ya,I Nazim. You tak berapa kenal  muka I dah ka?  Baru tiga bulan putus terus tak ingat I ka?” Soal Nazim. Dia tersenyum memandang Zahira setelah melabuhkan punggung di sebelah Zahira.

            Zahira tersenyum hambar. Dia sebenarnya tidak selesa akan kehadiran Nazim. Waktu sekarang dia hanya ingin bersendirian.

            “I minta diri dululah.” Zahira mula bangun dengan niat hendak meninggalkan Nazim sendirian. Namun, Nazim yang tiba-tiba berdiri di hadapannya menghalangnya melangkah.

            “I baru ja sampai sini. Baru ja nak sembang dengan you. Takkan nak pergi dah?” Soal Nazim sambil tersenyum.

            “Tak ada apa dah yang kita nak sembang. Kan kita dah lama putus. You yang nak kita putus dulu. Sekarang kenapa tiba-tiba ada di depan I? Siap nak sembang lagi. Kenapa tak sembang dengan awek baru you ja?” Zahira cuba melangkah ke hadapan untuk meninggalkan Nazim, namun dihalang lagi oleh Nazim.

            “Jom ikut I!”  Nazim menarik tangan Zahira dengan niat ingin Zahira masuk ke dalam perut keretanya.

            “Apa pegang-pegang I ni? Lepaslah!” Zahira mula terjerit kecil. Zahira cuba melepaskan dirinya, namun gagal.

            “Woi!!!” Kedengaran satu suara menjerit. Sesaat kemudian, seorang lelaki bertubuh tinggi sedang berjalan laju ke arah Nazim dan Zahira. Zahira terpaku melihat lelaki yang muncul tiba-tiba itu. Dia?

            “Lepaskan dia!!!” Arah lelaki itu.

            “Kau siapa?” Soal Nazim dengan nada marah.

            “Aku bakal suaminya.” Jawab lelaki itu. Zahira pula terkejut dengan jawapan lelaki itu. Bakal suaminya?  Mimpi ke lelaki ni?  

            “Wah,cepatnya you dah ada penggantiI. Patutlah sombong tadi. Rupanya dah ada calon suami.”  Nazim cuba mengawal perasaan marahnya. Rupanya dia ada pengganti yang lebih hebat dari segi penampilan. Dia kalah. Dia mula melepaskan tangan Zahira. Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam perut kereta. Dia memandang ke arah Zahira dan lelaki itu beberapa saat sebelum kereta Honda City nya berwarna putih meluncur laju meninggalkan mereka berdua.

 

 

DIA hanya terpaku melihat gerak geri lelaki tadi yang berjalan menuju ke sebuah kereta Peugeot 3008 SUV berwarna biru yang di parkir tidak jauh dari perhentian bas tempatnya berdiri.

            “Cik,buat apa lagi kat situ? Nak lelaki tadi datang kacau Cik lagi ke?” Lelaki itu menjerit setelah melihat Zahira yang berdiri seperti patung. Zahira yang mengelamun tersedar. Dia segera laju melangkah ke arah lelaki itu.

            “Encik!” Panggil Zahira.

            “Zarif!” Lelaki itu bersuara.

            “Ha?”

            “Nama saya Zarif.”  Lelaki itu memperkenalkan diri.

            “Encik Zarif. Saya rasa...”

            “Panggil saya Zarif saja. Tak perlu panggil Encik bagai.” Pinta Lelaki itu.

            “Tapi...”

            “Masuk!” Arah Zarif.

            “Tak payahlah. Saya boleh naik teksi saja. Encik tak perlu susah-susah. Encik tolong saya tadi pun dah besar rahmat. Encik boleh tak keluarkan semula beg bagasi saya?” Zahira berasa segan terhadap lelaki yang berdiri di hadapannya ini.

            “Malam ni, saya rasa macam mimpilah. Saya rasa dulu pernah terserempak dengan seorang perempuan yang sangat angkuh. Yang pernah menghina saya. Yang pernah memalukan saya di hadapan orang ramai. Hanya kerana saya tidak sengaja tumpahkan air kopi panas di bajunya.” Luah Zarif. Masih segar dalam ingatannya peristiwa suatu ketika dulu yang amat memalukan dirinya.

            Zahira terkejut setelah mendengar kata-kata lelaki yang bernama Zarif itu.  Air matanya mengalir semula. Ternyata lelaki ini masih berdendam padanya.

“Saya ulang sekali lagi. Keluarkan beg bagasi saya!” Arah Zahira. Dia menyeka air matanya.

Zarif terpaku saat melihat Zahira yang sedang menyeka air matanya. Tanpa berlengah, dia mengeluarkan beg bagasi Zahira dari bonet keretanya.

“Terima kasih sebab tolong saya tadi tapi tak perlulah Encik nak susahkan diri Encik untuk tolong saya jika Encik masih nak ungkit kisah lalu dan masih berdendam dengan saya. Saya minta maaf atas sikap saya dulu yang pernah menghina dan memalukan Encik di hadapan pelanggan-pelanggan di restoran tempat Encik bekerja. Dan tahniah atas kejayaan Encik sekarang. Apa yang Encik miliki sekarang, Encik memang layak dapat.” Zahira tersenyum hambar sebelum berpaling ke belakang dan melangkah meninggalkan lelaki yang bernama Zarif itu. Zarif terpaku melihat gadis itu melangkah. Benarkah gadis ini yang pernah menghina dia dulu? Kenapa lain sangat sikap dia?

 

 

SEHINGGA jam 1 pagi, dia menangis di perhentian bas itu. Dia benar-benar menyesal dengan sikapnya selama ini. Sikapnya yang suka menghina, memalukan dan menengking orang di sekelilingnya. Dia benar-benar menyesal. Sekarang dia sudah menerima balasan akan tindakannya selama ini.

LELAKI yang bernama Zarif itu, memerhatinya darijauh sehingga jam 1 pagi. Dia berasa bersalah pula. Disebabkan tidak tahan lagi melihat gadis itu menangis sejak tadi, dia segera keluar dari perut keretanya,lantas melangkah ke arah gadis itu.

            “Sudahlah tu! Macam budak-budak tau menangis berjam-jam. Jom saya hantar ke hotel. Takkan awak nak menangis kat sini sampai esok pagi? Saya dah mengantuk. Letih saya tengok awak menangis.” Bebel Zarif. Zahira terkejut setelah mendengar suara Zarif. Dia mengangkat wajahnya melihat Zarif berdiri di hadapannya. Zahira menyeka air matanya.

            “Encik tak balik lagi ke?  kenapa pula Encik tengok saya menangis? Encik tak tengok jam ke? Sekarang dah jam 1 pagi.” Zahira hairan. Kenapa pula lelaki ini sanggup tengok dia menangis berjam-jam?

            “Awak ni banyak sangat soalan. Cepat pergi masuk ke dalam kereta! Kalau awak degil, saya angkat awak.”

            “Encik bukan suami saya tau. Suka hati ja nak angkat anak dara orang.” Zahira mula bangun. Dia mengikut saja arahan lelaki yang bernama Zarif itu. Dia letih untuk bertekak dengan lelaki itu.

 

 

ZAHIRA berdiri kaku di depan pintu sebuah Hotel Lima Bintang. Zarif yang sudah maju ke hadapan berhenti serta merta dan berpaling ke belakang melihat Zahira. Dia berpatah balik dan laju melangkah ke arah Zahira.

            “Tercegat apa lagi kat sini?” Soal Zarif.

            “Encik Zarif...”

            “Kan saya dah cakap, panggil saya Zarif saja.” Zarif segera memintas.

            “Sebenarnya, Hotel ni mewah sangat. Saya tengah berjimat. Saya tak mampu untuk membayar harga Hotel ni walaupun untuk semalam.” Terang Zahira.

            “Cik Zahira! Awak tak perlu risau. Awak tak perlu bayar. Free ja.” Terang Zarif.

            “Macam mana tau nama saya? Saya rasa belum bagitau nama saya.”

            Zarif tidak menjawab soalan Zahira. Dia terus melangkah ke kaunter penyambut tetamu. Zahira kemudiannya mengekori Zarif  ke kaunter tersebut.

            “Tuan Zarif nak dua suite room di tingkat 15 an?” Soal seorang gadis penyambut tetamu. Dahi Zahira mula berkerut selepas mendengar panggilan itu.  Tuan Zarif?

            “Ya, saya nak tempah dua suite room.”Jawab Zarif.

            “Baik, Tuan Zarif.”  Penyambut tetamu tadi segera mengambil kunci untuk dua suite room yang ditempah, lalu menyerahkannya kepada Zarif.

            Zarif segera melangkah ke arah lif.  Zahira hanya mengekori Zarif tanpa bersuara. Dia tidak menyangka yang penyambut tetamu juga mengenali Zarif. Silap. Tuan Zarif.

 

 

ZAHIRA merebahkan badannya di atas katil setelah selesai mandi. Penatnya. Jam menunjukkan jam 3 pagi, namun dia tidak mengantuk. Dia terasa penat, tetapi tidak mengantuk. Sesekali dia mengelamun. Dia teringat akan perbualan di dalam lif tadi.

            “Bagi nombor phone awak.” Pinta Zarif.

            “Nak buat apa?” Soal Zahira terkejut.

            “Sekarang awak dengan saya. Keselamatan awak tanggungjawab saya. Kalau jadi apa-apa saya yang bertanggungjawab. Bagi ja la. Apa yang susah sangat?”

            Zahira memejamkan matanya sebentar untuk bertenang. Dia malas mengingati lelaki yang bernama Tuan Zarif itu. Menyakitkan hati saja. Dia tidak menyangka rupa-rupanya orang yang dia hina sebelum ini sudah menjadi kaya. Siap dapat gelaran Tuan Zarif.  Dia pula sekarang terpaksa menjalani kehidupan yang sederhana. Inilah balasan atas perbuatannya selama ini. Dia akan cuba untuk redha. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zahra Darina