Home Novel Cinta Hatiku Hanya Satu
Hatiku Hanya Satu
Fatina Mudz
13/8/2018 21:54:59
4,496
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

“Aku tinggal di Ampang, kau?”

“Oh…Ampang, aku tinggal di Kajang.” Razak menjawab dengan senyuman.

“Lah, syok lah korang eh, bukannya jauh pun nak ulang-alik Selangor ke Melaka kan? “Untunglah. Lain lah kami ni, nak balik rumah sebulan sekali pun belum tentu tau!” Kendur Yasmin bersuara.

“Eh, janganlah sedih macam ni Yasmin. Kau ada kitaorang apa, kan korang semua. Betul tak?” Semua mengangguk tanda setuju. Aku cuba mereda perasaan sedih yang mula timbul. Kasihan Yasmin sudah tentu dia rindukan keluarganya.

Untungnya aku dapat ulang-alik balik setiap minggu jumpa keluarga, tidak aku sedar ada yang sedih kerana faktor jauh dan kewangan yang menjadikan mereka terpaksa jarang pulang ke rumah masing-masing.

Yasmin tersenyum sambil menjawab, “Tak adalah, Kayla. Aku okay jela. Untung aku tau berkenalan dengan korang semua!”

“Eh, Zarul, kau ni dari tadi memerhati je, kau tinggal mana pulak?” Amir bersuara. Mujur Amir bertanya, aku nak pun nak tau jugak ni.

“Aku dari KL je pun..” Orang KL rupanya. Cit! KL tuh besar bang oi, bukan nak sebut nama tempat, perahsia sungguh.

“Eh, korang sedar tak sedar ni lagi 4 minggu, final exam nak mula ni..Korang semua dah ulang kaji ke?” Tanya Farisha sambil menjungkitkan keningnya.

“Dah tentulah belum weh!” Terkekeh-kekeh gelak si Amir dan Razak. Nampak sangat masing-masing ni suka sangat tak ambil serius lah ni.

“Ish..ish..sabar jela, belajar lah weh. Exam nak dekat dah weh, assignment jangan dilupakan jugak. Yela akhir-akhir sem ni mesti banyak assignment kena hantar, betul tak?” Cakap je lebih aku ni tapi diri sendiri pun tak buat. Teruk betul kau ni, Kayla. Bisik aku sendiri.

Eh..kejap bila sebut assignment ni. Ya Allah! Aku betul-betul terlupa nak siapkan slide presentation aku untuk Rabu ni. Habislah aku. Macam mana aku boleh lupa ni? Aku menepuk dahi aku sendiri.

Lantas aku kemas barang-barang aku tanda mahu bergerak pulang, “Weh, korang aku kena gerak dulu, ada kerja aku lupa buatlah, dahlah aku ada perbentangan minggu ni. Aku balik dulu tau! Seronok jumpa korang hari ini.” Lantas aku membayar untuk makanan dan minuman dan bergerak laju ke arah kampus sambil tu melambai pada mereka.

Terangguk-angguk kepala semua dan memberi pesanan pada aku supaya jalan elok-elok. Dan, baru sahaja aku nak bergerak, tiba-tiba..

Suara Zarul kedengaran..“Biar saya hantar awak, Kayla, lagipun jauh ni jugak nak jalan ni..”

“Eh! Tak apa, awak tak tinggal dalam kampus kan. Tak apa, saya boleh jalan kaki je, tadi pun jalan kaki juga..” Aku menolak ajakannya. Mulut cakap tak nak, tapi hati nak. Hehehe

“Okay lah, kalau awak dah kata gitu. Jalan baik-baik ye. Assalamualaikum.” Balas Zarul sambil duduk kembali.

Hekeleh mamat ni boleh tahan perangai. Ingatkan nak offer lagi. Ei! Geram pulak aku. Bentak dalam hati. Tapi muka harus maintain senyum dan mengganguk tanda okay, padahal hanya hati aku je yang tahu. Siot punya mamat.

Sampai je bilik aku, aku melepaskan marah aku dengan mencampakkan beg atas meja. Berpeluh aku tahan marah. Ish! Offer lah balik. Ini tak terus cakap, ‘Okay’! ‘Okay?’ Dia ingat lawak? Kalau tadi aku terus terima, kang cop gatal pulak!

Farah yang sedari tadi memandang aku dengan penuh tanda tanya, terus bersuara, “Kau kenapa, Kayla? Balik-balik, terus main campak beg je ni. Muka tak payah cakaplah, buruk benor, tengok.” Main angkat-angkat kening pulak si Farah ni. Saja lah tuh nak cari pasal.

“Eeeii, aku geramlah, Farah! Dengan si mamat tu.” Balas aku.

“Kau geram dengan mamat? Siapa mamat?” tanya Farah dengan wajah yang ingin tahu dia.

“Zarul..” Sebut nama dia je, membuat hati aku bertambah panas lagi.

“Aduhai…kau ni, Kayla..Sebut nama dia, kau ingat aku tau siapa ke? Setahu aku tak ada pun budak nama Zarul dalam kelas kita ke, batch kita ke? Ke aku tak perasan?”

senior kita, tapi dia budak akaun lah..aku kenal dia semalam sebab dia satu group dengan aku.”

Terangguk-angguk Farah, “Oh, jadi apa yang buat kau marah dia? Kau baru kenal dia semalam kot? Kau mereng ke apa, Kayla?”

Citt, main kasar minah ni. “Ish, kau ni. Tadi, kitaorang lepak sama-sama dengan group kitaorang yang semalam, konon nak celebrate lah, lepas tu tadi aku cakap nak balik sebab aku teringat, aku lupa nak buat slide untuk rabu ni..lepas tu aku bangunlah nak balik, and, tetiba, dia berdiri, offer nak hantar aku balik..tapi aku, kena lah jual mahal sikit, tolaklah permintaan dia, terus dia tak jadi nak hantar dan duduk balik…”

Panjang lebar aku terang, boleh pulak si Farah ni bantai gelakkan aku. Aku buat lawak ke? “Kau apahal gelak?” nada aku bertukar menjadi menyampah bila dengar Farah ketawa.

“Kau lah, Kayla. Lawak lah kau ni!” Terkekeh-kekeh ketawa dan aku hanya tenung dia sambil menayang muka tak puas hati.

“Ish kau ni..lambat pick up betul. Yela, cerita dia sekarang, dia offer nak hantar balik..kau bajet jual mahal, kau ingat dia nak offer kau balik ke? Bengong lah kau, Kayla..” Terang Farah.

“Yela, mestilah kena lah jual mahal! Eeeii, dah lah malas nak layan kau. Baik aku buat kerja aku... karang tak ada perbentangan untuk kita semua, baru padan muka!” Terus aku jelir lidah pada Farah.

“Eeeii, macam budak-budak. Tu, handphone berkelip-kelip tu, abang Zarul kot telefon nak pujuk. Nampak sangat ada hati dekat mamat tuh..” Perli Farah sambil tergelak-gelak tengok aku.

Terus aku cubit paha Farah. Aduh! Malunya aku. Nampak ke macam aku ni ada hati dekat dia? Eeeii, malunya. Nasib baik, Farah je perasan, kalau tak, malu weh.

Lantas aku capai telefon aku, ternampak satu Whatsapp mesej masuk dari ibu aku yang bertanya, hujung minggu ni aku balik ke tidak. Laju aku menaip, membalas mesej ibu aku.

“Farah, kau balik hujung minggu ni?” tanya aku kepada Farah.

“Tak kot..hujung minggu ni, ingatkan nak siapkan assignment microeconomics tu. Kenapa? Kau nak balik ke?” Terus aku menggelengkan kepala.

“Taklah, aku tanya je. Sebab mama aku tanya, aku balik ke tak..Aku jawab tak. Tu yang tanya kau. Kalau kau balik, aku balik sekali lah, tak nak aku duduk bilik sorang. Takut!”

Farah tidak menjawab, dan hanya meneruskan kembali kepada pembacaan buku novel yang baru dibelinya. Aku terus bergerak ke meja, membuka laptop aku untuk menyiapkan slide presentation untuk subjek Principle of Management yang tertunggak.

Sedang aku leka membuat kerja, telefon aku menyala tanda ada mesej masuk. Lantas aku capai untuk melihat siapa pengirimnya. Alangkah terkejut, dan hati aku rasa gembira apabila melihat nama pengirimnya. Rasa nak melompat.

“Hi, Kayla. Busy ke?” Mesej dari Zarul Ilman.

Terus laju aku menaip, “A little bit. Siapkan assignment, you?”

“Tak berapa sibuk sangat..tu yang saja nak mesej awak, tapi kalau awak sibuk, tak apa lah..” Eh, tak boleh jadi ni. Tak nak lah macam ni. Getus Kayla perlahan. Laju tangan menekan punat telefon membalas mesej Zarul.

“Eh, tak ada lah, tak ada lah sibuk mana pun. Tinggal satu slide je untuk siapkan ni. Awak tak ada assignment yang nak kena buat ke?”

“Oh..ada tu memang ada tapi biasalah kan, datang mood malas, memang malaslah nak buat..” Balas Zarul.

Baru aku nak balas, Zarul membalas lagi, “Kesian kat awak petang tadi, balik jalan kaki..patutnya saya hantar je awak, tapi..tuhlah..”

“Rasa bersalah pulak..” balas Zarul lagi.

“Eh, tak apa, bukan salah awak pun, saya yang tak nak awak hantar. Lagipun, awak kan sewa diluar, susahkan awak pulak nak hantar saya kat dalam kampus ni…”

“Ke awak takut boyfriend awak nampak? Tu yang saya terus duduk balik tu..”

“Mana saya ada boyfriend..I risau girlfriend you pulak serang I nanti, kalau nampak you hantar I..” Ciss, itu yang dia fikir. Ingat aku ada boyfriend?

“Hahaha..Saya pulak dikata ada girlfriend. Tak ada lah. Mana ada..”

Tersengih-sengih aku sepanjang bermesej dengan Zarul. Rasa macam nak jerit kegembiraan bila dia kata tak ada girlfriend. Yay!!! Ada peluang macam ni! Nampaknya semester dua ni, semester paling best lah ni! Sorak aku dalam hati.

Aku menggeliat bangun, melihat jam menunjukkan 6 pagi. Menggolekkan diri ke kiri dan ke kanan sambil tersenyum kegembiraan bila teringat sepanjang malam aku bermesej dengan Zarul semalam. Rasa gembira hati. Tanpa lengah lagi, aku bangun menuju ke tandas untuk mandi, nak mengambil wuduk.

Sekembali aku dari tandas, kelihatan Farah yang baru bangun tidur, memandang aku.

“Awal bangun? Mimpi apa? Selalu nak 6.30 lah, 6.40 lah baru bangun..” tanya Farah yang masih memandang aku yang tengah meletak barang-barang mandian aku.

“Saja, bangun awal, tak boleh ke?” Terlebih gembira mungkin menyebabkan aku bangun awal gamaknya. Farah hanya menjungkitkan bahunya pabila mendengar jawapan aku dan terus bangun menuju ke tandas.

Selepas selesai menunaikan solat subuh. Aku mencapai telefon aku, terus membuka Whatsapp Zarul, jari aku laju menaip untuk mengucapkan, ‘Selamat pagi’ tapi nanti apa pulak kata dia. Aku memadam terus mesej, dan meletakkan kembali telefon di tepi bantal aku.

“Farah, jom pergi breakfast kejap lagi, nak tak?” Aku tanya Farah sebaik melihat dia duduk di katilnya.

Tanpa banyak kata, Farah menjawab, “Okay”.

Jam 7.45 pagi baru aku dan Farah bergerak menuju ke dewan makan untuk makan pagi. Menu menarik hari ini. Aku membeli nasi lemak dengan ayam goreng, manakala, Farah membeli bihun goreng.

Selepas membuat pembayaran, kami berdua bergerak ke meja hujung dewan dan menikmati makan pagi yang lazat.

“Kayla, petang ni kau datang untuk bola jaring?” Farah bersuara memecah kesunyian kami berdua.

“Pergi kot. Tengoklah dulu, kalau aku rajin. Kau pergi tak?” Aku bertanya pada Farah.

“Entahlah. Aku macam malas lah. Tak payah pergilah weh. Kita sewa kereta ke bandar nak tak? Stress lah. Lagipun harini satu kelas je kan kita.”

Bagus juga cadangan Farah ni, boleh beli barang-barang keperluan sikit. Lantas aku mengangguk setuju dan membuat panggilan kepada Mak Cik Aisya untuk menyewa kereta.

Setelah selesai semua, aku dan Farah terus bergerak ke bilik, bersiap-siap untuk ke kelas pagi ini. Sepanjang berada dalam kelas, aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran pada hari ini. Fikiran aku masih menerawang pada mesej daripada Zarul. Hati masih terasa gembira.

Selepas dua jam, kelas pun tamat. Farah terus menepuk tangan aku, dan bertanya, “Termenung je kau dalam kelas harini? Dah kenapa? Tersenyum sorang-sorang, nasib baik, Puan Fauziah tak tegur kau tau.”

“Tak ada apa lah, Farah. Jom lah, dah janji dengan Mak Cik Aisya nak ambil kereta tengahari ni. Jomlah cepat. Lambat gerak, lambat balik pulak.” Laju tangan aku mengemas barang-barang aku.

“Ini depositnya. Terima kasih Mak Cik Aisya. Kami gerak dulu ye.” Sejurus membayar deposit, terus kami bergerak ke Dataran Pahlawan untuk membeli belah barang keperluan.

Selepas membeli barang di Watson, aku dan Farah mengambil keputusan untuk makan tengahari di KFC.

“Kayla, kau ni kan, badan dekat sini tapi fikiran kau tmpat lain kan? Aku tanya pun kau tak dengar kan?” Cubitan Farah dipipi aku, mengejutkan aku dari lamunan.

“Hah? Kau cakap apa, Farah?” Aku benar terasa bingung.

“Ish! Kau kenapa? Macam orang angau je. Tersenyum, tersengih lah. Kau jatuh cinta dengan senior tuh eh? Kan kan kan..” Aduh! Farah ni…

Aku hanya menjungkitkan bahu. Mengiyakan pun tidak, menidakkan pun tidak juga. Aku pun tidak pasti apa yang aku rasa. Farah malas nak melayan aku kerenah aku yang angau ni. Dan, aku hanya tersenyum..


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fatina Mudz