Home Novel Cinta SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
Sayhazs Zailie
19/8/2017 17:44:25
36,964
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

*TQ Portal Ilham for created this lovely cover...


“BAIK. Nampaknya kita dah dengar semua perbentangan laporan dari setiap departmen. Setakat ni, saya berpuas hati. Semuanya berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Keep up the good work.

Yang mana saya dan Harrys tegur tadi... please take note, ya. Tolong perbaiki secepat mungkin since our grand annual meeting will be held in a couple of months. Please make sure everything is well-prepared before the day turns out. Are you guys clear with that?”

“Baik, Tengku!”

Good. Harrys? Ada apa-apa lagi nak cakap?”

Nope.”

“Yang lain... ada apa-apa lagi nak diutarakan? Sebelum kita tangguhkan mesyuarat.”

“Tak ada, Tengku!”

“Oh, ya! Sebelum terlupa. Tengku Haiyan tak ada hari ni. Ada mesyuarat dengan kerajaan. Jadi saya nak sampaikan salam beliau tentang kejayaan Haiyan Holdings merangkul dua anugerah dalam Asia Pacific Enterprenurship Awards malam minggu lepas.”

Seraya tepukan bergema dalam bilik mesyuarat tersebut. Bersama sorakan dan ucapan tahniah dari setiap yang ada.

“Kemenangan ini adalah hasil usaha kerja keras dari seluruh warga Haiyan. Jadi Tengku ucapkan setinggi–tinggi terima kasih pada semua. Dan sebagai meraikan pencapaian cemerlang syarikat, satu majlis doa selamat dan bacaan yasin akan diadakan. Tarikh, masa dan tempat akan saya beritahu nanti. Mungkin kita akan buat di sebuah masjid as requested by our chairman. Jadi saya minta anda maklumkan pada semua staf departmen yang anda wakili.”

“Baik, Tengku!”

“Baiklah. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya tangguhkan dulu mesyuarat kita pada hari ini. See all of you at our next meeting two weeks from now. Assalamualaikum.”

Usai mesyuarat ditamatkan, semua yang hadir bersurai. Masing-masing membawa diri ke haluan untuk menyambung kembali tugas.

“Rys, jangan lupa lepas ni. Temujanji dengan Bursa Malaysia. Then we go straight to Kota Damansara for site visit. Abang tunggu kau kat bawah in 15 minutes.”

Tengku Hafiy terus berlalu keluar dari bilik mesyuarat. Tinggal Tengku Harrys di situ menanti seseorang yang sedang melangkah ke arahnya.

“Okey, Irish. Akak keluar dulu. Jumpa kat bilik Encik Naufal nanti.”

Kak Faridah terus menapak keluar. Seakan mengerti Tengku Harrys ingin berjumpa isterinya bila sosok lelaki itu sudah bersandar di birai meja.

“Harrys nak ke Bursa lagi?” soal Irish sebaik pintu kaca bilik mesyuarat tertutup.

“Hmm.”

“Belum selesai urusan kat sana?”

“Belum.”

Irish mengangguk faham. Sedia maklum memandangkan Haiyan Holdings tersenarai dalam Main Board di Bursa Malaysia. Dah tentu banyak hal yang nak diuruskan.

Sorry tak bagitahu awal. Harrys lupa lansung pasal appoinment hari ni. Banyak benda fikir dalam kepala.”

“Tak apa.”

“Selesai semua, Harrys terus ke Damansara. Lawat projek dengan syarikat along tu.”

“Along pun ada nanti?”

Yes. Cause we gonna have a follow up meeting after that.”

Irish terdiam sejenak. Hati bagai dijentik kala nama Izzul disebutkan.

“Irish?”

“Hmm?”

Are you okay?”

Irish angguk lagi.

“Nak ikut sekali?

“Buat apa?”

“Boleh jumpa along nanti.”

“Nak ke Bursa dulu, kan. Bukan terus ke sana.”

“Tak salah pun. Boleh tengok macam mana nak handle saham dan pelaburan Haiyan. Belajar something. Pernah ke sana?”

“Pernah. Masa belajar dulu,” akui Irish. Pelajar jurusan kewangan sepertinya memang takkan berpisah dari dunia pelaburan.

So... is it yes or no?”

“Lain kali mungkin. Hari ni Irish ada discussion dengan Encik Naufal dan Kak Faridah. Pasal annual report. Nanti Harrys sampaikan salam pada along,” pinta wanita itu. Pandangan dihala pada Tengku Harys yang tak berkalih merenungnya sejak tadi. “Err... kalau tak ada apa-apa Irish keluar dulu.”

Seraya sususk itu mengatur langkah. Namun belum sempat, tangannya dicapai Tengku Harrys semula.

I'm sorry.”

“Kenapa?”

Lately Harrys dah jarang dapat lunch dengan Irish.”

Bibir Irish mengorak senyum. “Tak apa. Harrys sibuk, kan? Hari lain masih ada lagi.”

“Kalau boleh setiap saat Harrys nak Irish ada depan mata,” bicara lelaki itu. Genggaman pada tangan Irish kian erat bertaut.

“Harrys okey?

“Kenapa tanya macam tu?”

Seems like you're seducing me this time.”

No. I'm not.”

“Mulut cakap macam tu. Tapi tangan tak pandai menipu.” Irish cuba provokasi Tengku Harrys. Tapi sikit pun lelaki itu tak terusik.

“Harrys cuma pegang tangan aje. Tapi kalau Irish cakap Harrys cuba nak goda, I'm fine with that. Kalau nak betul pun, Harrys boleh buat sekarang.”

“Eh, jangan!” Irish cuba leraikan genggaman. Tetapi ditarik kembali lelaki di depan.

Why not? Irish yang cakap sangat tadi, kan?”

“Irish main-main jelah.”

But for me... it was an accusation. Alang-alang dah kena tuduh, baik teruskan.”

“Harrys!”

Kali ini Irish tarik tangannya kuat-kuat. Genggaman terlepas. Segera langkah dihayun meninggalkan bilik mesyuarat dalam debaran yang dah bermacam-macam rentak.

Tawa Tengku Harrys terus berderai. Seronok dapat tengok wajah kalut itu kelam kabut ketakutan.

“Nak sakat orang, kan? Just in your dream, sayang. Irish belum kenal lagi Harrys macam mana.”


RESTORAN Mak Ani kelihatan sibuk tengah hari itu. Dikunjungi ramai pelanggan yang ingin mengisi perut. Tak menang tangan pemilik dan pekerjanya melayan tiap pesanan yang masuk. Dan di tengah-tengah kerumunan pengunjung, sekumpulan wanita turut mengisi meja makan di luar kedai makan tersebut.

“Hari ni aku rasa seronok sangat! First time meja kita full table. Kalau tak selalu mesti ada yang kurang. Cik Irish ada, Cik Reen tak ada. Kalau Cik Reen ada, Cik Irish pulak tak ada. Nasib tak baik, dua-dua sekali tak ada!” Zaryn memula bicara di kala masing-masing sibuk menjamah makanan depan mata.

“Kan? Aku pun sama. Seronok sangat hari ni dapat lunch dengan semua! Rasa balik semula macam dulu-dulu!” sokong Natasya.

“Haiya! Cik Irish dengan Cik Reen saja, maa? I?”

“Kau dah memang selalu tak ada pun, Elaine. Ni pun kau ada sebab si apek tu pergi site visit dengan big boss, kan. Kalau tak, berdesup hilang!” tempelak Zaryn.

“Yelah. Orang dah kahwinlah katakan. Mesti nak makan dengan suami table-mate aku yang sorang ni.” Farisya mencelah.

“Eh... mana ada, mey! I selalu juga lunch sama you all, tau. Itu pun Henry yang suruh.”

“Iya ke, Elaine?”

“Betullah, Isha! He already knew how close we are. Semua orang pun tahu maa kita semua ni kan ‘The Famous Gang of Haiyan’!”

“Isk! Tetiba pulak rasa diri aku ni famous, you olls! Tak sangka kita diberi gelaran sampai macam tu!”

“Amboi... kau, Ryn. Pantang, kan? Pantang orang sebut macam tu. Cepat nak perasan!” selar Insyirah pada gadis di depannya.

“Eh, mestilah! Ingat senang ke nak jadi terkenal dan diingati satu company macam tu? Kan, Kak Mai?”

“Hmm... yelah kut. Eh! Tapi bukan kau dah memang famous ke, Ryn?”

“Asal pulak Kak Mai cakap macam tu?”

“Kau kan minah gosip Haiyan Holdings. Satu bangunan kenal kut!”

“Kak Maiii!!!” jerit Zaryn serta-merta. Hingga menggamit pandangan kiri, kanan, depan, belakang mereka.

“Oi, Ryn! Slow sikitlah suara tu! Malu semua orang tengok!” jerkah Natasya. Buat Zaryn cepat-cepat tekup mulutnya.

“Aduh, Tasya. Sorrylah! Aku tak sempat nak coverlah! Dah Kak Mai serang aku tak bagi signal apa-apa!”

Bibir Natasya tergelak serta-merta. Niat nak marah. Tapi gelagat lucu Zaryn buat dirinya tak dapat menahan ketawa. Satu meja sekali terjebak ketawa sama.

“Kau ni kan, Ryn. Tak berubah-ubah dari dulu, kan. Bab-bab gosip, viral, popular ni laju aje masuk line!” getus Kak Maisarah, buat gadis di sebelahnya itu tersipu-sipu wajah. “Tapi kan... akak rasa kita jadi famous pun sebab ada Cik Irish dengan Cik Reen dalam geng ni. Kalau tak, dah tentu sendu masing-masing!”

“Betul! Yang tu In setuju, Kak Mai!”

“Tapi Reen baru aje join geng ni, Kak Mai. Tak ada pengaruh sangat pun. Kalau Kak Irish, yelah. Sebab Kak Irish lagi lama dengan semua. So, Kak Irishlah pengaruh terbesarnya!”

“Tak adalah, Reen. Geng ni memang dah happening. Peramah, baik, mesra. Sebab tu orang senang dengan semua,” dalih Irish yang sudah merah muka.

“Tapi betul jugak cakap Cik Reen tu. Yelah... isteri CFO companylah katakan. Mestilah popular, semua orang kenal. Jarang tau nak dapat orang berpangkat macam ni nak lepak dengan staf biasa-biasa macam kita!” Natasya menambah.

“Lepas tu masuk pulak Cik Reen, kan! Dahlah anak chairman, COO pulak tu! Hmm.... makin bertingkat-tingkatlah tahap ke’famous’an kita, you olls!” bicara Zaryn penuh teruja.

Kali ini Tengku Hazreen pula yang tersipu-sipu. Ditarik seketika kain selendangnya menutup wajah yang dah merona malu.

“Tak kisahlah kan siapa yang ada dalam geng ni. Yang penting semuanya best, satu kepala, selalu masuk air. Baik jumpa macam ni, baik kat grup whatsapp. Always happening! Tu yang Reen suka. Sampaikan kalau tak bercakap satu hari dengan semua, rasa tak lengkap hidup Reen! Silap-silap, boleh sakit jiwa!” seloroh Tengku Hazreen membibitkan tawa mereka.

“Betul, betul! Tak sangka Cik Reen pun masuk air sama macam kita orang, maa. I ingat lagi itu hari masa first day Cik Reen masuk. Kita orang takut betul mau tegur sama you, tau!”

“Ya ke, Elaine? Kenapa pulak?”

“Takut Cik Reen tak mau layan kita orang, maa!”

“Ha’ah kan, Elaine. Last-last siapa jugak yang pergi tegur? Minah gosip ni jugak, kan? Haa!” Zaryn ulang balik gelaran yang tadi disebut Kak Maisarah.

Bibir Tengku Hazreen tersungging kecil. Momen hari pertama di Haiyan Holdings tersingkap kembali.

Memang waktu itu dia rasa separuh mati. Mana nak study semua tentang syarikat. Dengan tak ada kawan lagi. Keluar makan tengah hari pun seorang diri. Papa dan abang sulungnya awal-awal dah keluar pergi meeting.

Nak tak nak, redah sajalah pergi. Dijadikan cerita, masa nak keluar dari lobi, tiba-tiba Zaryn menyapanya ajak lunch sekali. Bersama teman-teman yang lain. Dari situlah bermulanya babak perkenalan mereka hingga dia terjebak dalam kumpulan ini.

“Terima kasih semua sebab sudi jadi kawan Reen.”

“Uih! Patutnya kita orang yang ucap terima kasih kat Cik Reen, tau! Sebab sudi terima

orang yang tak setaraf ni jadi kawan. Berbual, bergaul, bergurau tanpa ada jurang.”

“Janganlah cakap macam tu, Tasya. Kita manusia semua sama aje. Tetap hamba ALLAH. Rambut sama hitam. Darah sama merah. Meninggal nanti pun kain kafan sama putih.

So... tak ada bezanya. Standard tu cuma pemisah ciptaan dunia semata-mata.”

See? Cik Reen cakap macam tu lagilah kita orang respect. Susah tau nak cari kawan yang high standard macam Cik Reen kat dunia ni. Mana nak dapat?”

“Betul! Satu dalam seribu pun belum tentu. You're such a kind, great, and humble royalty blood in this world. Sama macam semua keluarga Cik Reen. Sebab tu semua orang suka!” Farisha setuju dengan kata-kata Natasya.

“Aduh... janganlah puji Reen sampai macam tu sekali! Malu sangat dah ni!”

Raut Tengku Hazreen kian membahang. Tak betah dengan pujian yang berbakul-bakul diberikan. Sudahnya muka disembam ke bahu Irish menyorok segan.

Irish sekadar tersenyum melihat adik iparnya. Spontan bahu gadis itu dipaut melayan tingkah manjanya. Dia sendiri pun tak sangka Tengku Hazreen akan jadi sebahagian mereka. Terkejut jugalah bila dapat tahu masa kali pertama keluar lunch dengan rakan-rakannya.

“Tak payah nak malu-malulah, Cik Reen. Sememangnya keluarga Cik Reen baik-baik belaka. Sebab tulah sampai sekarang kita orang setia berkhidmat kat Haiyan Holdings. Sayang nak berhenti!” Kak Maisarah bersuara semula.

“Mesti Kak Irish pun dapat layanan macam ni kan masa mula-mula kerja? Sebab tu Kak Irish melekat sampai sekarang dalam geng ni.”

“Pertama kali jejak Haiyan masa interview pun dah rasa macam jumpa keluarga sendiri, Reen. Semua staf Haiyan baik sangat.”

“Cik Irish pun seribu kali baik apa. Memang patutlah kita orang bagi layanan five stars. Tapi kalau dapat yang berlagak, sombong, kerek ala-ala ratu universe konon, haa... memang mendapatlah sebijik dengan kita orang!” tingkah Zaryn penuh ‘emo’. Seraya tawa di meja makan empat segi itu kembali meletus.

“Eh! Kita ni selamba badak aje, kan? Tak rasa bersalah pun.”

“Dah kenapa cakap macam tu, Kak Mai?”

“Yelah, In. Bukan main selamba aje dok panggil lagi Cik Irish macam tu. Kan Cik Irish dah kahwin. Dah jadi isteri Tengku Harrys pun. Mana boleh panggil cik dah, kan? Nak-nak pulak Cik Irish dah bergelar Che Puan sekarang.”

“Ha’ah. Ya tak iya jugak! Selamba betul aje kita ni, kan. ”

“Tulah. Tapi kan... dah terbiasalah. Macam tak best pulak nak panggil lain. Che Puan Irish? Puan Irish? Ke Madam Irish? Isk! Macam tak kena aje!” Natasya suarakan pendapatnya.

“Tak apa. Saya tak kisah awak semua nak panggil apapun. Asalkan selesa, dah cukup.”

“Tapi tu kata Cik Irish. Tengku Harrys macam mana?” tanya Insyirah.

“Tak apa, mey! I rasa Tengku tak kisah pun!”

“Kau memandai aje kan, amoi! Mana kau tahu?” tutur Insyirah lagi.

“Kalau Tengku tak suka, mesti dia dah buat annoucement satu Haiyan Holdings, maa!”

Sekali lagi tawa di meja makan itu berderaian dengan celoteh gadis Cina tersebut.

“Wey, moi! Kau ingat ni, apa? Nak buat pengumuman raya? Sampai nak announce satu syarikat bagai!”

“Eh, Zaryn! I cuma cakap saja, maa...”

“Agak-agaklah kau, Elaine. Tengku Harrys nak buat macam tu? Hmm... aku kerat potong jarilah!”

“Rileks, semua. Cool. Chill. Reen berani jamin Abang Harrys takkan marah punya. Semua nak panggil Kak Irish cik ke, Che Puan ke, madam ke, apa ke, he would absolutely don't mind. Sebab dia tahu Kak Irish dah jadi hakmilik mutlak dia pun!”

“Ya ke, Cik Reen?”

“Abang Reen, Kak Mai. Tahulah Reen. Tapi kalau belum kahwin tu, hmm... mau menggelabah jugak rasanya! Lagi-lagi orang panggil Kak Irish ‘cik’. Tak pasal-pasal kekasih hati cantiknya disambar orang!”

“Reen!” Dan-dan itu Irish tepuk lembut lengan adik iparnya. Buat luar kedai makan Mak Ani hingar lagi dengan tawa.

“Cik Reen dah buat Cik Irish blushing nampaknya!”

“Tak apa, Farisha. Janji Reen tak sakat Kak Irish depan Abang Harrys. Kalau tak, mahu sekarang Reen dah lari tawaf satu kedai Mak Ani ni dikejar dia agaknya!”

Makin galak tawa kumpulan itu dengan kata-kata Tengku Hazreen. Sikap gadis itu saling tak tumpah macam Tengku Hafiy. Peramah, ceria, suka buat orang ketawa. Berbeza dengan Tengku Harrys yang lebih cool, agak serius, tak banyak cakap.

“Ha, Cik Reen kita ni bila pulak?”

“Apa yang bila tu, Tasya?”

“Nak jadi hakmilik mutlak seseorang.”

“Reen? Hmm... lambettt lagi agaknya. Calon suami pun tak nampak-nampak.”

“Ala... ada tu punya. Silap-silap dah jumpa pun. Cik Reen aje yang tak perasan!”

Tengku Hazreen tergelak. “Siapa tu, Zaryn?”

“Siapa-siapalah, Cik Reen.”

“Kalau betul ada, Reen tak tunggu dah!”

“Tak tunggu apa, Cik Reen?”

“Nak jamu awak semua makan nasi minyaklah!”

“Kalau macam tu, sekarang jugak saya doa untuk Cik Reen.” Spontan Zaryn menadah tangan. “Ya ALLAH... moga-moga hari ni Engkau campakkan jodoh Cik Reen kami ni depan mata, Ya ALLAH. Aamiin!”

“Aamiin....!!!” Serentak semuanya membalas. Diiringi gelak tawa mereka berlapan.


AUDI R8 Suzuka Grey Metallic itu meluncur tenang atas jalanraya. Walau keadaan lalu lintas petang begini agak sesak dengan kenderaan, namun tak sikit pun menjejaskan emosi pemandunya. Malah mulut gadis itu ceria saja berceloteh bermacam-macam cerita.

“Hai... kalau macam ni gayanya, alamat lewatlah kita sampai rumah, Kak Irish.”

“Tak apalah, Reen. Janji selamat sampai.”

“Kalau hari-harilah jammed macam ni, boleh sakit jiwa jugak kan kak?”

“Kalau macam tu, Reen naiklah Pak Man dengan papa. Senang sikit. Tak payah susah-susah drive. Duduk rileks aje kat belakang.”

“Ha’ah, kan. Betul jugak. Tapi masalahnya... Reen tak suka nak tumpang-tumpang orang. Tak bebas nak bergerak ke mana-mana. Tu satu. Buatnya lambat kang, confirm kena tazkirah! Aduhhh!”

Gelak Irish terurai. Wajah Tengku Hazreen sekilas dipandang.

“Sebab tu Reen lagi suka drive sendiri, ya?”

“Ha, lah. Reen lebih rela drive sendiri, kak. Tak kisahlah kena hadap jammed ke apa. Dari susahkan orang nak kena tunggu. Lagipun Reen dah biasa bawa kereta sendiri sebelum ni. Nak pergi celah mana pun senang.”

Irish mengangguk setuju dengan adik iparnya. Waima dia sedia tahu Tengku Hazreen memang suka berdikari. Walaupun gadis itu diberi pilihan Tengku Haiyan untuk punya pemandu sendiri.

Samalah macam dirinya. Lebih suka memandu sendiri. Dari zaman belajar, sampailah dah bekerja. Tapi semuanya terhenti sejak berkahwin dengan Tengku Harrys. Nak pergi mana-mana sekarang, lelaki itu yang akan bawa. Sikit pun tak bagi drive sendiri. Kecuali emergency.

“Harrys tak sempat balik ofis mungkin. Mesyuarat tak habis lagi. Irish balik dengan Reen, okey. Only with her. Not by yourself. Not anybody. Without my known.”

Pesanan Tengku Harrys lewat di telefon tadi terngiang kembali di tabir memori. Tidak hanya hari ini, malah acapkali bila mereka tak dapat balik sekali. Lelaki itu akan pastikan dia cuma balik dengan ahli keluarga. Kalau semua dah tak ada, baru green light menyusul untuk tumpang rakan sekerja. Itupun yang rapat sahaja.

Bukan nak kongkong. Tapi lebih kepada berhati-hati. Pengalaman lalu buat lelaki itu ingin melindunginya sehabis baik. Tak nak pisang berbuah dua kali.

“Kak Irish ada nak singgah mana-mana? Nak beli apa-apa ke sebelum balik?”

“Tak ada rasanya. Kenapa? Reen ada ke?”

“Tak tahulah. Tekak ni macam teringin nak makan pizza pulak!”

“Kalau macam tu, singgahlah sekejap. Nak bungkus ke nak makan?”

“Bungkus aje kut. Kang lambat sampai rumah, risau pulak semua orang. Lagi-lagi Abang Harrys. Yelah... Reen pegang amanah bawa wife tersayang dia, kan!”

Gelak spontan terhambur dalam kereta. Ada saja modal Tengku Hazreen buat orang ketawa. Tapi gelak mereka tak lama bila kereta yang dinaiki tersangkut-sangkut gerakannya.

“Eh, eh. Kenapa pulak ni?”

“Kenapa, Reen?”

“Tak tahulah, kak. Tiba-tiba aje macam ni.”

Tengku Hazreen cuba mengawal pedal minyak dan break. Kut-kut boleh stabilkan keretanya kembali. Tapi nasib tak baik. Enjin terus terhenti berfungsi. Cepat-cepat stereng diarah keluar ke lorong kecemasan.

“Aduhhh! Dia buat hal pulak!”

“Cuba Reen start balik.”

Tengku Hazreen akur. Beberapa kali enjin cuba dihidupkan. Tapi, tak berkesan.

“Reen nak pergi check sekejap.”

Punat bonet hadapan lantas ditekan. Gadis itu keluar dari kereta. Pintu bonet enjin dinaikkan. Terjenguk-jenguk kepalanya mengintai ke dalam.

“Pandai jugak Reen pasal kereta.” Duga Irish yang turut turun.

“Pandai? Takat tengok, pegang-pegang pandailah, kak. Apa ada dalam ni satu apa benda pun Reen tak kenal!” Gadis itu tergelak. Sempat buat lawak dalam situasi tengah tegang. “Ni kalau Abang Harrys... tahulah dia benda-benda macam ni. Selalu memang kereta Reen dia yang service. Tapi sekarang mesti dia tengah sibuk meeting. Aduh... macam mana ni!”

“Cubalah call. Mana tahu dah selesai. Atau akak callkan.”

“Tak apa, Kak Irish! Reen call.”

Gadis itu mengambil telefon dalam beg. Nombor abangnya didail. Beberapa kali cuba, tapi hanya keluhan yang terbit. “Tak dapat. Call Abang Hafiy pun tak dapat.”

“Papa? Atau Pak Man?”

Sekali lagi jari mendail nombor. Tak berjawab juga. Saat telefon ditekup ke telinga untuk kali kedua, sebuah Porsche Panamera GTS berwarna putih tiba-tiba beri signal ke tepi. Gerakannya mula perlahan, dan terus berhenti di bahu jalan.

Tengku Hazreen pandang Irish, Irish pandang Tengku Hazreen. Masing-masing cuak memikir siapa di dalam kereta itu. 10 saat menunggu, satu susuk berkacamata hitam akhirnya keluar dari perut kereta tersebut.

“Abang Rul!”

Dalam pakaian pejabatnya, Fezrul mengatur langkah mendekati. Senyuman kecil lantas terlakar di bibir pada dua wajah yang sangat dikenali.

“Tak sangka pulak Abang Rul yang berhenti.”

“Kebetulan abang lalu tadi. Nampak kereta berhenti kat tepi. What’s wrong?”

“Tak tahulah. Tiba-tiba enjin mati.”

Fezrul menyinsing lengan kemeja putihnya. Melihat-lihat ke dalam bonet enjin kereta Tengku Hazreen. Dia taklah tahu sangat. Setakat tengok-tengok, boleh lagi.

“Dah call siapa-siapa?” tanya Fezrul.

“Dah. Reen dah call papa, Abang Harrys, Abang Hafiy. Tiga-tiga tak angkat.”

“Mekanik?”

Tengku Hazreen tergelak. “Satu nombor mekanik pun tak ada dalam phone Reen ni, bang. First time ni jadi macam ni.”

Fezrul tegakkan badan. Dia pun kurang pasti apa masalah sebenar. Silap betulkan, takut lagi parah.

“Tak apa. Biarkan kereta Reen kat sini. Nanti abang call kawan abang suruh uruskan. Reen pergi ambil barang Reen. Jom, abang hantar balik. Awak sekali, Irish.”

“Betul ke ni, Abang Rul? Tak menyusahkan ke?”

Small matter.”

Bonet enjin ditutup Fezrul semula. Pasti kereta Tengku Hazreen selamat berkunci, lelaki itu kemudian membawa gadis tersebut dan Irish menaiki keretanya.

“Terima kasihlah, Abang Rul. Sudi hantar kita orang balik.”

It’s okay. Bukan selalu pun.”

Sorrylah Reen susahkan abang. Dahlah kena hantar balik. Kena uruskan kereta Reen lagi. Segan pulak!”

“Kalau abang tak tolong, orang lain yang akan berhenti tolong, Reen. Nampak dua orang perempuan kat tepi jalan, dengan kereta rosak, lewat petang macam ni. Kalau tak ada yang berhenti, something wronglah tu!

Lagipun bukan orang lain pun. Adik dengan wife kawan baik abang sendiri. Kalau abang tak berhenti tadi, tahu dek Harrys, masak abang kena ganyang nanti!” tingkah Fezrul. Sekaligus bibitkan tawa yang lain. Seketika mata lelaki itu mengerling wajah di belakang melalui cermin. “Awak sihat, Irish?”

“Sihat, alhamdulillah. Terima kasih Fezrul sebab tolong saya dengan Reen.”

“Alah. That's what friend for, right?”

Sekali lagi tawa menghiasi bibir tiga insan di dalam kereta itu.

“Hai... kempunanlah Reen nak makan pizza hari ni, Kak Irish!”

“Tak sangka nak jadi macam ni, Reen. Insya-ALLAH, lain hari mungkin.”

“Reen nak makan pizza?” Fezrul mencelah.

“Ha’ah, cadangnya macam tulah tadi. Tapi tiba-tiba kereta mogok buat hal, tak jadilah. Tak ada rezeki hari ni.”

“Ada lagi kut.”

“Hmm? Abang Rul cakap apa?”

“Jom, makan pizza.”

Tengku Hazreen beralih duduk ke kanan menghadap Fezrul. “Abang Rul biar betul?”

“Betullah.”

“Serius ni?”

“Iya. Tapi kena bagitahu dululah orang kat rumah. Nanti semua risau tunggu.”

“Ya ALLAH... dapat jugak Reen makan pizza hari ni. Syukur alhamdulillah!” Tengku Hazreen mengaminkan doanya. “Hiys! Abang Rul ni betul-betul jadi hero Reen hari nilah! Tolong Reen. Penuhkan hajat Reen nak makan pizza. Ya ALLAH! Terima kasih sangat-sangat, bang! Sekarang jugak Reen call mama!”

Fezrul melirik Tengku Hazreen di sebelah dalam kacamata hitamnya. Entah kenapa melihat tawa gembira gadis itu, hatinya jadi bahagia. Umpama baru dapat pujuk kekasih hati yang sedang berduka.

Don’t talk nonsense, Rys.”

I’m talking the right thing, bro.”

“Mati hidup balik pun jantung aku takkan dapat rasa apa-apa pada Reen.”

“Yaa... we’ll see. Apa jantung kau cakap kalau terjumpa dengan adik aku lepas ni. Tak rasa apa-apa, atau berdegup laju tak henti-henti.”

Nah!

Memang jantungnya sekarang berdegup hebat macam tak nak pergi-pergi. Waima sejak terpandang wajah Tengku Hazreen saat keluar kereta tadi, debar dadanya dah mula tak tentu hala macam dilanda ombak besar tsunami.

Apa kes ni, Fezrul? Termakan balikkah dengan kata-kata sendiri?


** LAMA TAK UPDATE THIS STORY #Sejiwa SEBAB TUNGGU NEWS...

ALHAMDULILLAH PUAN EDITOR DAH BAGI GREEN LIGHT UNTUK SUBMIT FULL MANUSKRIP SEKUEL #BayanganGurauan NI... ^^

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.