Home Novel Cinta Tapi Bukan Kamu
Tapi Bukan Kamu
Amaryllis Dahlias
26/3/2024 15:09:10
1,233
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3


Mereka melangkah pantas menuju ke arah dewan di mana majlis reunion sekolah dijadualkan.


“Hai akhirnya ketemu lagi kita semua dalam reunion ini,” sapa seorang pemuda berkumis nipis.

Rayyan menoleh ke arah suara itu.

“Owh…Zain? Long time no see…semua hadir ke ni?” tanya Rayyan senyum mesra.

“Tak semua. 90% kehadiran kita tahun ni Rayyan,” kata lelaki bernama Zain itu.


“Welcome to reunion class of 2006,” satu suara lagi menyapa. Seorang wanita yang agak gempal lebar senyumannya.

“Wah…Rayyan…” tegur wanita itu.


“Aisyah…kan?” reaksi Rayyan, antara ingat lupa dengan wanita yang sedang berdepan dengan mereka.

“I bet ini your better half?” tanya wanita gempal bernama Aisyah. Senyum menyungging.

“Yeah…ini Eden Isabella. My wife.” Jelas Rayyan sambil memegang pinggang Eden mendekatkan ke tubuhnya.

“Awww romantiknya dia…” lebar senyuman Aisyah sambil matanyaada kenyitan dan menjeling ke arah seseorang.

“Kan?” sahut seorang wanita. “Memang Rayyan ni tersangat romantik.”


Rayyan tersentak apabila mendengar suara dan berpaling ke arah wanita itu. Tetapi wanita itu pantas sahaja beredar pergi sambil ketawa.


Aisyah tersenyum lebar.

“Hahaha…memang…untung sangat you ni, nama wife you ni siapa tadi? Maaf tak dengar betul-betul…” tanya Aisyah semula.

“Eden Isabella…tapi awak boleh panggil saya Bella.” Jawab Edengugup seketika. “Ada apa-apa yang saya tak tahu di sini? Macam ada some private joke… siapa yang tadi tu?” dia berbisik.


Aisyah ketawa.

“Ohh tidak…kami hanya gembira melihat Rayyan sudah bahagia sekarang,” jelas Aisyah sempoi. “Enjoy the food. Jom kita ambil makanan di sana dan duduk sembang-sembang…”


Eden menyinggul Rayyan yang hanya mengangguk.

“Takpa you kenal-kenal lah dengan kawan-kawan I…diorang semua baik saja…” Rayyan memberikan lampu hijau. Eden senyum, sepasang lesung pipit muncul di pipinya.

“Tak sabar nak balik, bila tengok you senyum macam tu,”bisik Rayyan di telinga Eden.

“Ish…gatal tau…” sengih lebar Eden mendengar bisikan Rayyan.“Tunggu I punya balasan pula malam nanti…”

“Ehh tak sabar nak dapat balasan,” gurau Rayyan. “PergilahAisyah tunggu kat baine marie tu…tapi jangan percaya sangat kata-kata dia, diatu kuat membongak…” pesan Rayyan dalam suara yang hanya Eden dapat dengar.


Ketika Eden berlalu, dia menyedari beberapa orang kawan Rayyan datang mengelilingi Rayyan sambil ketawa memandang ke arahnya. Apakah dia bahan jenaka mereka, dia berteka-teki sendirian. Jika benar, apakah tindakan Rayyan..mahu juga dia tahu…

 

“So I dengar you all berdua baru nikah?” tanya Aisyah.

“Hmm…yeah lebih kurang lah…maaf, Rayyan tak jemput Aisyah ke?”tanya Eden kehairanan.

“Taklah…kami faham Rayyan, asalkan dia gembira… kami puntumpang gembira. Tapi memang tak sangka…” tiba-tiba ada ayat tergantung…

Ini yang tak sedap hati ni, bisik hati Eden. Apa jua yang tersirat dalam ayat yang tergantung itu?

“Tak sangka?” tanya Eden berbulu.

“Ye lah…memang ada iras tapi dulu Rayyan suka wanita yang kurus…you body solid, cantik…baguslah…dia dah move on…” kata Aisyah senyum penuh makna.

 

Tiba-tiba tangan Rayyan mendakap erat Eden Isabella dari arah belakang.

“What’s wrong?” tersentak Eden Isabella mengesan sesuatu tidak kena.

“Eh Rayyan? Kami pun terkejut…” Aisyah yang sedang menyusun cup cake ke dalam piringnya menggeleng kepala.

“Jom duduk dengan Rayyan…” usul Rayyan kepada Eden.

“Amboi pengantin baru ni, tak boleh berpisah…” usik Aisyah. “Jomkita semua duduk di sana.”

Mereka melangkah ke arah satu meja berdekatan dengan makanan di piring masing-masing.


“Kenapa sayang? Ada apa yang tak kena?” tanya Eden kepadaRayyan separuh berbisik.

“Tak ada apa-apa…Bella ni cepat betul trigger…chill…” bisik Rayyan di telinga Eden.

“Do I look okay?” tanya Eden mencari-cari jawapan di mata Rayyan.

“Bella asalkan Rayyan tengok Bella okay dah cukup. Rayyan tak suka kongsi perhatian Bella dengan orang lain okay…” lembut sahaja suara Rayyan memujuk Eden yang semakin tidak selesa.

“Excuse me I nak ke washroom sekejap,” pinta Eden. Dia perlu menyiasat mungkinkah penampilannya yang menjadi jenaka di situ.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias