Home Novel Cinta Dear First Love
Dear First Love
Suhailah Selamat
7/2/2020 23:36:57
6,577
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

Arahan dari pekerja hotel supaya meninggalkan bilik masing-masing dan turun ke lobihotel dengan kadar segera sengaja tidak diendahkan oleh Myria. Dia tetap mahu menunggu Nas di sini bersama Kevin walaupun lelaki itu berkeras agar diaturutkan sahaja arahan itu.

            “Turun ke bawah sekarang dan naik bas yang pihak hotel dah sediakan. Bas tengah tunggu dekat depan lobi hotel.Semua ni demi keselamatan kau juga, Myria,” tegur Kevin sambil berpeluk tubuhdi hadapan gadis itu. Diikutkan hati, mahu sahaja dia mencempung tubuh kecil Myria lalu dibawa turun ke bawah. Tapi nanti Berth naik angin pula sebab sesuka hati sentuh gadis itu tanpa kebenaran lelaki itu!

            “Tak nak!” Muncung Myria sudah panjang sedepa. Sengaja dikalihkan tubuhnya menghadap ke arah dinding kaca.

            “Jangan degil! Cepatlah turun! Bas tu dah nak gerak, tahu tak. Aduh!” Kevin memicit-micit kepalanya yang berdenyut sakit. Pening betul layan anak dara seorang ini. Banyak kerenah betul! PatutlahBerth selalu marah-marah bila Myria tunjuk perangai keras kepala dia. Diasendiri pun hampir hilang sabar juga.

            “Saya cakap tak nak. Tak naklah!”Myria tetap dengan keputusannya untuk terus tinggal di sini. Dia ingin pulangke rumah bersama-sama dengan Berth. Dan keputusannya adalah muktamad! Titik!

            Mata gadis itu terus membuntang besar sebaik sahaja matanya terpandangkan susuk tubuh seseorang yang berpakaian serba hitam sedang turun menggunakan tali di luar dinding kaca hotel. Bukanseorang. Tapi ramai! Gaya masing-masing dah serupa macam cicakman.

            “Kevin, tengok tu!” jerit Myria.Jari telunjuknya yang sedang menggeletar hebat itu diangkat ke atas lalu menunjuk ke arah dinding kaca di depan mereka.

            “Apa dia? Ah, bullshit! Cepat keluar dari sini, Myria!” Tangan gadis itu segeradicapai sebelum mereka berlari keluar dari bilik hotel itu. Dalam kalangan orang-orangbawahannya. Tidak ada seorang pun yang memaklumkan pada dia yang budak-budak Vender telah mula bertindak!

            Ah, terlupa pula dia yang sebentar tadi dia memang ada tanggalkan headphone tanpa wayar itu sebelum masuk ke tandas.Takkan nak patah balik ke bilik tadi pula. Kerja gila namanya!

            ‘Prang!’ Bunyi kaca pecah bergemakuat dari serata arah.

            “Argh!” Myria terjerit kecil apabila tubuhnya tiba-tiba ditarik seseorang dari arah belakang. Pegangannya pada tangan Kevin turut terlepas sama. Sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, susuk tubuh yang berpakaian serba hitam terus muncul di ruang mata.

            “Kau nak lari ke mana, ha?” ujar suara itu dengan nada yang sinis sekali. Hanya mata dan hidungnya sahaja yang kelihatan kerana masing-masing pakai topeng muka warna hitam. Muncung riffle dihala tepat ke arah Myria yang sedang ketakutan. Wajah pucat gadis itu dipandang dengan perasaan teruja.


P/s- sesiape yg berminat boleh order novel ini melalui fajar pakeer

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat