Home Jenaka Lucu Gajah Liar
Gajah Liar
12/5/2015 17:47:34
5,417
Kategori: Jenaka
Genre: Lucu

Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara. Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah sesat. Hari sudah hampir senja. Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhilitan : “Awas, kawasan gajah liar!”

Dua pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum. Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan, “Kamu berdua jangan panik. Atok aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura sebatang pokok kayu.”

Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah pengembara.

Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi,”Atuk engkau di mana sekarang?”. Pengembara yang tersenyum tadi menjawab,”Atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar!”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.