Suatu masa dahulu ada seekor kucing
bernama Rio. Rio merupakan kucing yang sangat cantik bulunya. Apabila matahari terik bulunya bersinar terang umpama
bintang. Dan bila malam bulu Rio menjadi berbelang seperti Pelangi. Namun
begitu Rio tidak pernah sombong pada kawan-kawannya yang lain. Rio tinggal
bersama seorang perempuan tua di banglo putih dihujung kampung. Setiap hari Rio
dibelai dan dimanjai. Bulunya sering sahaja disikat rapi. Saban malam pula
Perempuan Tua itu akan membelainya sambil melihat bintang yang bersinar
Disebalik dinding rumah Banglo itu
terdapat sebuah lubang kecil yang didiami oleh Miki dan Mini. Saban malam Miki
dan Mini si tikus kecil akan keluar mencari makanan. Miki dan Mini juga
merupakan kawan kepada Rio si kucing
cantik. Apabila tiba waktu malam Rio akan memberikan keju dan pelbagai jenis
makanan kepada Tikus kecil ini.
Pada suatu hari Miki dan Mini keluar
berjalan-jalan. Sedang mereka bermain di balik timbunan dedaun tiba-tiba datang
seekor kucing jantan yang sangat besar
dan garang. Miki dikejar oleh Kucing jantan itu. Mini sempat menyorok di balik
Tin kosong. Dari kejauhan Miki mencicit lari dikejar Kucing jantan itu. Mini
pulang ke rumah dengan perasaan sedih
Apabila malam menjelang tiba Miki masih
lagi tidak pulang ke rumah. Mini teresak menangis. Menanti kepulangan Miki. Rio
seperti biasa duduk dihadapan dinding yang sedikit berlubang yang merupakan
pintu rumah Mini dan Miki. Lama di tunggu kedua sahabatnya itu tak keluar lagi
“meawwww meaoww” Rio mengiaw memangiil
sahabatnya
“mana Mini dan Miki ni kebiasaanya dah
ada dekat sini” Rio meninjau di sebalik lubang itu
Mini keluar dari lubang kecil itu sambil
menangis
“Mini mengapa kamu menangis?
Mana
Miki?” Tanya Rio kehairanan matanya meliar mencari kelibat Miki si tikus jantan.
“Miki di kejar kucing jantan petang tadi
semasa kami keluar bersiar-siap” beritahu Mini sambil menangis
Rio turut bersimpati.
Pada keesokan paginya. Miki masih lagi
tidak pulang. Mini sudah putus asa. Rio kasihan melihat sahabatnya itu.
Hari demi hari Miki masih lagi tidak
pulang. Mini jatuh sakit dan akhirnya mati. Rio bersedih dengan apa yang
terjadi.
Sejak miki dan mini tiada di rumah itu.
Rio menjadi sunyi. Hampir sepanjang masa Rio menanti dilubang kecil itu dan
meletakan keju dihadapannya. Sesekali air matanya mengalir.
Pada suatu malam Rio meletakan seketul keju
di hadapan lubang itu, lalu datang seekor semut Hitam si Dudu cuba menarik keju itu. Rio hanya memerhati dan
berkata
“wahai semut hitam yang kecil mahukah
kau berkawan dengan ku” soal Rio kepada semut Hitam itu.
“Tidak aku tidak mahu berkawan dengan
kau… kau adalah musuh kami” jerit Semut Hitam Si Dudu.
Rio
sedih dan berjalan meninggalkan semut hitam itu bersama kejunya tadi.
Sejak dari itu Rio hanya meletakan keju
di lubang kecil itu sementara dirinya duduk di hujung penjuru melihat gelagat
si semut kecil bersama kawan-kawannya menarik keju yang diletakan. Hari demi
hari berlalu Rio masih meletakan makanan disitu. Bahkan bukan sahaja keju malah
segala jenis makanan disitu. Semut kecil yang dahulu hanya sedikit kini semakin
banyak. Sesekali Rio mengeow menganggu
sekumpulan semut itu dari jauh.
Pada suatu hari Rio tertarik untuk
berjalan-jalan di luar kawasan rumah. Rio tertarik dengan ladang bunga yang
terletak di seberang jalan rumahnya.
“wah cantiknya bunga ni…” Rio tertarik
dengan keindahan disitu. Ini la kali pertama dirinya melangkah ke taman itu.
Mungkin disini sahabatnya Miki dan Mini dahulu bermain. Rio khusyuk sambil
mengejar rama-rama yang berterbangan.
Tiba-Tiba
SYITTTTTT… satu semburan air tepat kene
pada mata kirinya. Melompat-lompat Rio berlari dari rimbunan ladang bunga
disitu. Terpisat-pisat Rio mengosok mata kirinya.
Makin lama mata kirinya menjadi pedih.
Rio mengeow ngeow mengadu kesakitan
“meow meow”
Akhirnya Rio tertidur.
Pabila
malam menjelang tiba, Rio masih di bakul tempat tidurnya. Badannya menjadi semakin
lemah. Mata kirinya yang tadi pedih menjadi kabur sebelah. Dengan badan yang
tak larat Rio melompat keluar dari bakulnya dan menuju ke dapur. Seketika Rio
muncul dengan keju di mulutnya dan diletakan di tepi Lubang dimana semut-semut
kecil itu mendapatkan makanan. Sebaik sahaja meletakan makanan yang dibawa Rio
kembali ke bakulnya.
Seperti biasa sang semut hitam si Dudu
kembali ke tempat itu. Kali ini Dudu berasa hairan mengapa Rio tidak berada
disitu. Seperti kebiasaan. Sebaik sahaja rakan-rakannya yang lain mengangkat
keju ke sarang. Dudu mencari kelibat sang kucing yang baik hati itu. Sebaik
sahaja ternampak bakul tempat tidur Rio, Dudu memanjat melihat keadaan Rio
“wahai kucing yang baik hati… apa yang
terjadi padamu… kamu sakit kah” soal sang semut hitam. Rio hanya membuka mata
kanannya yang tidak sakit.
“Semut hitam tidak takutkah kau padaku”
soal Rio serta merta.
“tidak… kau seekor kucing yang baik
hati” jawab semut hitam.
“bolehkan kita bersahabat?” soal Rio
lagi. Tidak menghiraukan kesakitan yang ditanggungnya
“ye.. mulai sekarang kita sahabat”
Rio
dan Sang Semut hitam Dudu bersalaman tanda persahabtan.
“kau sakit kah ” soal Dudu si semut
Hitam
“Mata aku di sembur Racun tumbuhan
semasa aku berjalan-jalan ditaman bunga petang tadi” beritahu Rio sambil itu
dia menggosok matanya yang semakin pedih dan tidak dapat dibuka lagi.
Malam
itu Sang semut Hitam dudu menemani Rio yang sedang sakit. Rio sangat gembira
kerana dia sudah ada sahabat baru.
Keesokan paginya sewaktu peremempuan tua itu mahu memberikan
Rio makan. Dia perasan yang mata kiri Rio berair dan tidak boleh dibuka. Terus
Dibawa Rio ke Klinik untuk diberikan rawatan.
Malah
semasa Rio dibawa ke Klinik Dudu sang semut Hitam menemani Rio dengan Duduk Di
balik Bulu Rio yang cantik. Rio yang mengjaknya.
Seminggu kemudian mata Rio kembali
pulih. Rio dan Dudu menjadi sahabat dan mereka berdua bahagia tinggal di rumah banglo
putih itu.
TAMAT