(bahagian tiga)
Sanak-saudara yang
sebentar tadi memenuhi perkarangan Banglo Al-Amin kini sudah memenuhi Masjid
Negara, Kuala Lumpur. Bukan sahaja saudara-mara, malah sahabat handai aku jua turut
datang. Perkahwinan aku ini memang dibuat secara besar-besaran atas kehendak
umi, abi dan bakal keluarga mertuaku. Tapi, siapakah bakal suamiku? Bagaimana
rupanya? Aku jadi mengeluh memikirkannya. Ya, aku akan terima dia seadanya!
Buat Azam, Selamat pengantin baru.
“Arissa, pengantin
lelaki dah sampailah.” Bisik Sha ke telingaku.
Mataku hendak
mencuri-curi pandang wajah pengatin lelaki. Tetapi begitu samar akibat terlalu
ramai yang berkumpul melihat pengatin lelakinya. Ahh, mengganggulah mereka ni!
Yang nak nikahnya aku, mereka pula yang excited
melihat pengatin lelakinya.
“Ya Allah, Arissa!
Pengatin lelakinya....” aku terkejut apabila menyaksikan reaksi Sha melihat
pengatin lelaki itu. Sha seperti teragak-agak nak bercakap.
“Apanya, Sha?
Cakaplah. Kenapa dengan pengatin lelaki itu?” aku jadi tertanya-tanya. Aku
benar-benar berdebar.
“Tak ada
apa-apalah. Saja aku nak buat cuak. hehehe” Gurau Sha
dengan ketawa kambingnya.
“Kau ni jangan buat
aku gelabah!” Satu cubitanku hinggap dilengan Sha. Sha mengaduh sakit. Tapi
wajah Sha bagaikan menyorok teka-teki yang buat aku semakin gusar.
Mikrofon yang
digunakan tuk kadi mula bergema masjid. Kiranya, majlis akad nikah akan
bermula.
“Baiklah. Saya
mulakan ya?” Ujar tuk kadi itu.
“Nama pengantin
lelakinya..err.. Tengku Raziff Azam bin Tengku Khaliff Azril ya?”
“Ya saya.” Lelaki
itu menjawab.
Aku terkedu. Tengku
Raziff Azam?! Dengan pantas, aku berdiri dari tempat dudukku.
“Azam!” Aku sedikit
terjerit apabila sebaik sahaja aku berdiri, dihadapan tuk kadi itu dengan jelas
adalah Azam, bakal suami aku!
“Arissa...” Azam
bersuara lembut. Tetapi dia tidak bereaksi terkejut “beruk” seperti aku pun.
Adakah dia sudah mengetahui dari awal?
Semua yang berada
didalam masjid itu memandang tepat kearah aku. Ahh! Aku tak peduli! Yang aku
kesahkan sekarang ini, mengapa Azam tidak beritahu selama ini dia adalah bakal
suamiku? Dia permainkan perasaaan akukah selama ini?!
“Azam, macam mana
awak boleh berada disini? Awak ke yang jadi bakal suami saya? Ya Allah, aku ini
mimpi ke? Saya tak percaya yang menjadi pengatin lelaki itu adalah awak, Azam.
Saya tak mahu teruskan perkahwinan ini sekiranya awak tak bagi penjelesannya
sekarang juga!”
Azam ketawa kecil.
Lalu, dia juga turut berdiri. Sekarang, para tetamu memandang ke arah Azam
pula. Wah, para tetamu hari ini dapat tonton drama freelah nampaknya.
“Arissa, pada
asalnya saya tak tahu pun pengantin perempuan itu adalah awak. Tapi semasa saya
sedang perjalanan hendak ke sini, saya membaca kad perkahwinan kita. Saya
terkejut apabila nama pengatin perempuan yang tertulis disitu adalah awak,
wanita yang saya impikan untuk menjadi isteri saya. Sebab itu, saya rasa begitu
teruja untuk berkahwin dengan awak, Arissa.” Kata Azam dengan hati yang begitu
senang sekali.
Aku jadi terkedu.
Aku benar-benar tak sangka selama ini lelaki yang umi dan abi nak jodohkan
adalah kekasih aku sendiri. Aku memandang wajah umi dan abi yang
terpinga-pinga. Begitu juga wajah pucat ibu azam, Puteri Aisyah Safie, wanita
yang dahulu menolak aku mentah-mentah untuk menjadi isteri Azam. Sekarang, dia
sendiri yang dah beria-ia meminang aku tanpa tahu aku yang sebenarnya!
“Umi, abi. Maafkan
adik. Sebenarnya, Azam inilah bekas kekasih adik. Adik mahu dia menjadi suami adik,
menantu umi dan abi. Puan Aisyah, benarkanlah anak puan, Azam, menjadi suami
saya. Untuk pengetahuan puan, sayalah kekasih Azam yang dahulu puan tolak untuk
menjadi menantu puan. Janganlah memandang sebelah mata pada saya kerana dahulu
saya tidak bagus dalam pelajaran ketika zaman persekolahan. Tetapi saya ada
maruah dan matlamat yang tinggi untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna.
Percayakanlah saya, puan. Restuilah kami.” Aku berlutut dihadapan ibu Azam. Aku
mahu buktikan padanya, siapa aku.
“Maafkan saya,
Rissa. Saya tak pernah nak mengetahui diri kamu yang sebenar semasa menjadi
kekasih Azam. Tapi, saya dah menilai kamu semasa saya merisik kamu pada Al-Amin
dan Aisyah. Kamu benar-benar wanita yang tak pernah putus asa. Malah, sekarang
saya pun baru tahu kamulah yang bertakhta di cinta Azam. Jadi,sebagai tebus
kemaafan saya sebab sudah menolak kamu dahulu, sudilah untuk menjadi isteri
azam, menantu saya. Ya?” Ucap Puteri Aisyah Safie sambil mengalirkan air
matanya.
Aku tak mampu
berkata-kata lagi. Aku terlalu bersyukur dan gembira kerana akhirnya aku
mendapat restu untuk bersama dengan cinta sejatiku!
“Puteri Arissa
Adriana binti Tengku Al-Amin, didalam rumah Allah S.W.T. ini dan rahmat
dari-Nya, saya ingin meminang awak disaksikan ibu bapa kita dan seluruh tetamu
disini, sudikah awak menjadi isteri saya, bidadari saya untuk dunia dan
akhirat?” Pantas aku berdiri kembali dan memandang ke arah Azam. Selamba sahaja
Azam mengucapkannya dengan menggunakan mikrofon tuk kadi. Aduh, segannya!
Airmata kegembiraan
laju menitis dari kelopak mataku. Ya Allah, moga ini adalah keputusan aku yang
dirahmati-Mu.
“Dengan rahmat-Mu,
Ya Allah yang Maha Besar, saya menerima pinangan Tengku Raziff Azam kerana
nikmat cinta yang Engkau berikan dan kerana-Mu, Allahuakhbar.” Senyuman aku
terukir. Inilah kenangan aku yang paling bahagia. Terima kasih, Ya Allah.
Aku kedengaran
suara-suara didalam masjid itu mengucap syukur. Makin bertambah bahagia aku
merasa, begitu juga dengan Azam!
“Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah memberi rahmat dan kebahagiaan yang
berkekalan pada pasangan dan para tetamu disini. Insya-Allah. Errr..Dah habis
drama? Saya nak mula ni. Kalau ya pun, bagilah balik mic saya tuh.” Pantas tuk kadi tuk ambil kembali mikrofon ditangan
Azam. Tetamu mula ketawa melihat gelagat tuk kadi itu. Aku dan Azam berasa malu
juga sebab sempat ber”drama”.
Dengan satu kali lafaz, Arissa kini menjadi isteri Azam
yang sah. Maka, selesailah sudah majlis akad nikah pasangan tersebut. Sebaik
selesai solat sunat, mereka kembali ke Banglo Al-Amin untuk menikmati sedikit
jamuan. Ada juga saudara-mara dan tetamu lain sibuk untuk persiapan majlis
persandingan esok.
“Azam, awak tak mahu
join family lain dekat bawahkah? Awak tak lapar?” Tanyaku selepas aku masuk
ke bilik pengatinku.
“Tak mahulah, Sayang. Saya masih kenyang. Lagipun, saya
rasa letih pula. Marilah sini, duduk sebelah saya ya!” pujuk suamiku. Aku duduk
di hujung katil, sebelah Azam.
“Ris, sepanjang kita bercinta saya tak pernah sentuh
awak. Kalau keluar date pun, sentiasa
ada teman. Sekarang ni, saya dah pun bergelar suami awak. Rasa bagaikan
semuanya mimpi! Subhanallah.” Katanya sambil memandangku. Tangannya memegang
erat tanganku.
“Mestilah. Sebelum bernikah, kita ada batasnya yang kita kena
jaga. Awak, saya sayang awak! Alhamdulillah.” Aku melentokkan kepalaku
dibahunya.
“Saya pun sayang awak juga!” Kepalanya juga dilentokkan
ke kepalaku.
“Awak, inilah indahnya apabila cinta direstui...
Segala-galanya indah kerana dari-Nya, Allah S.W.T. yang Maha Agung, lagi Maha
Pengasih.” Ucapku untukmu, Suamiku dan untuk-Nya.
***TAMAT***