Kaedah atau teknik belajar memerlukan persediaan dantindakan awal iaitu sebelum, semasa danselepas kelas rasmi di sekolah. Pelaksanaan pembelajaran dalam situasi ini memerlukan pemantauan.Pemantauan boleh dilakukan oleh guru di sekolah dan ibu bapa di rumah bagimemastikan pelajar sentiasa bersedia untuk belajar. Diharapkan pelajar-pelajar dapat memahami danmenguasai sesuatu pelajaran dengan cara bijaksana semasa peringkat awal lagi.Bukan belajar di saat akhir.
Selainitu, motivasi diri juga penting bagi memupuk semangat serta dorongan kepadapelajar untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran. Semogadengan adanya panduan pembelajaran tiga situasi ini dapat membantu pelajarmenghadapi pelajaran seterusnya mencapai kejayaan dengan cemerlang.