Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
69,169
Kategori: Buku
Genre: Umum
Kalah

Melihat bintang satu hiasan,
Bayangannya ada di kali,
Masih menanti satu keputusan,
Keputusannya hanya sekali.

Mid : kita akan beranjak ke pusingan ketiga!! Sila ambil tempat masing-masing sebab pusingan ini sangat menarik.

Pengawal Jagat : oi cepatlah!
Mid : nampak sangat tak sabar nak kalah.. hahaha.. sebelum itu.. biar lah saya mulakan dengan satu pantun tekan teki.

Penonton setuju dan teruja.

Mid : Lelaki itu bertapa berkurun, apa dia naik tak pernah turun?

Semua orang mula berfikir. Nampak jelas ada yang sedang kebingungan..

Mid : haa jawab lah.. hahaha..
Salwa : budak ni. Masih kecik pun pandai teka teki ..
Tok Laba : tengok lah dari mana dia datang.. hahaha..
Salwa : eeee.. apa jawapan dia?
Tok Laba : abah pun tak tau.

Raja Muda juga cuba mencari jawapan nya.

Raja Muda : dua tiga telur hangus, jawapan dia hingus!

Semua terdiam mendengar jawapan Raja Muda.

Mid : ampun tuanku, salah jawapan nya..

Penonton pula ada yang menjerit jawapan nya..

"Angin!"
"Layang-Layang"
"Harga ikan"

Semua orang di situ memandang pemuda yang memberikan jawapan harga ikan tadi.

Mid : salah! Semua salah..
Pengawal Jagat : apa jawapan nya?
Mid : baiklah.. jawapan nya adalah...... Buih..

Penonton serta merta menepuk tangan nya dengan kuat. Kenapa mereka tak memikirkan nya?

Mid : di persilakan perserta naik ke atas panggung atau pentas ini. Kerana pusingan ini menentukan siapa yang akan menang.. jadi siap sedia semua.

Yunus dan Jagat naik ke pentas. Jagat dengan wajah yang yakin sedang kan Yunus dengan wajah yang serius dan risau.

Mid : ditangan saya sekarang ada syiling. Pilih antara satu belah.
Jagat : kepala.
Yunus : bunga ..

Mid pun melontarkan syiling itu ke atas.. dannnn... Dapat bunga ..

Yunus : fuh nasib baik..

Mid : baiklah kita mula kan dengan Yunus ....

Yunus : makan asam muka berkerut,
Semut berkumpul melihat gula, kalau lembu makan rumput, nasi makan apa?
Mid : itu dia soalan yang di lempar oleh Yunus. Apa ye jawapan dia?

Jagat mengangkat tangan untuk bertanya.

Jagat : boleh saya balas dengan dua rangkap?

Mid melihat Raja muda. Baginda mengangguk tanda boleh. Jagat faham. Penonton juga kebingungan dengan jawapan nya. Ada yang tolong jawab kan dengan menjerit-jerit.

"Nasi makan air"

"Padi"

"NASI DIMAKAN"

Namun tiada seorang pun memberi jawapan yang betul. Yunus juga tidak memandang penonton.

Jagat : Jalan Anggerik belok ke kanan, jawapannya Nasi Makanan.
Mid : apa kah betul?

Tanya Mid kepada Yunus.

Yunus : betul.

Tok laba dari tempat penonton menepuk dahi nya.

Tok Laba : matilah kita.. kalah lah.

......

Mid : sekarang kita ke Jagat.. silakan pantun tek teki nya.
Jagat : malam raya pasang pelita, apa dia yang selalu ikut kita?

..........

Tok Laba : ah sudah. Apa pula ni?
Salwa : habislah kita...

Salwa menggelengkan kepala nya.

.............

Mid : aduh macamana ni? Kalau dia salah jawab, mati kita. Alamak! Masa nak habis.

............

Raja Muda : macam tak sangka orang yang hebat berpantun lemah dalam teka teki.
...............

Mid : masa dah nak habis.. apa kau buat abang yunus? Cepatlah...
Jagat : perlu kah aku bagi petunjuk..

................

Yunus : eeeee tak guna betul. Teka teki dia langsung tak bagi pentunjuk. Patut lah dia tanya pasal pantun dua rangkap tadi.. pantun kena ada bayangan dan penyata. Kejap ... Ohhh itu dia..

...........

Seketika raut wajah Yunus berubah. Dia tersenyum-senyum.

Yunus : terang bulan berkasih sayang,
Jawapannya sudah tentu lah bayang-bayang.
Mid : apa?! Betul ke?

Semua penonton berdebar-debar menantikan jawapan dari Jagat.

Jagat : ye betul.... Cis..

Penonton dari kampung sutera bersorak-sorai..

"Yehaaaaaaa!!!!"
"Yuhuuuuhuhuuu!!!!"
"Boooooooooo!!!"
"Huuuhuuuuu!!"
"Harga ikan naik!"

Terus sunyi. Semua orang memandang pemuda itu.

Mid : terbaiklah Abang Yunus.. silakan teka teki nya...

Yunus : langitnya mendung menjadi kelam, siapa dia bunga malam?

Penonton jadi kebingungan. Bukan itu saja, Raja Muda juga. Salwa yang pernah mendengar "Bunga Malam" itu terkejut. Dia juga ingin tahu. Tetapi Salwa tahu yang Jagat tahu jawapan nya kerana pernah di beritahu oleh Jagat.

*Hey berapa banyak tahu daaa?

...................

Jagat : hahaahahahaha!!! Itu je ke yang terbaik terbaik kau nak bagi? Hahahaha...
Yunus : huh? Kau tahu ke?
Jagat : kau kan pernah nyanyi lagu itu.
Yunus : itu rahsia woi.. syuhhh.. diam-diam sudah lah. Lagu ciptaan aku tu..

..............................

Salwa jadi teringat ketika itu. Yunus ada menyanyikan lagu untuknya. Rupa-rupanya, itu lagu ciptaan Yunus.

*Lebih tepat nya, ciptaan den..

..............................

Jagat : membawa keris untuk menghunus, orang itu ialah Yunus!
Mid : apa kah benar wahai Abang Yunus?
Jagat : cis budak ni. Dia kau panggil abang ya...

Jagat mengangkat kedua tangannya ke arah penonton tanda dia menang...

Yunus : salah.

Ketika itu, benar terasa sesuatu sedang menikam hati semua orang di situ. Termasuk Tok Laba, Salwa dan Mid.l. mereka bertiga paling terasa kuat nya. Apakah mereka tak salah dengar? Jagat salah ?

Jagat : kau jangan nak menipu!! Aku dengar kau nyanyi. Aku bunga di waktu malam, aku bunga malam~~~
Yunus : ya memang begitu senikata lagu itu. Namun, lagu itu di ibaratkan seperti dia.
Jagat : aku tak faham.

............................

Beberapa tahun lalu, Yunus berehat di sebuah pokok yang dekat dengan paya. Tempat itu jauh dari orang-orang kampung. Kebetulan juga waktu itu, waktu malam.. Sedang dia ingin membuat unggun api di lumut yang bertanah itu, dia terdengar seseorang menangis di tepi paya. Yunus sedar orang itu adalah Salwa. Salwa bersedih hati kerana putus tunang dengan alasan masih muda dari kampung sebelah. Mereka sudah lama menjalinkan hubungan. Sebenarnya, lelaki yang memutuskan pertunangan itu sakit. Sakitnya itu boleh membawa maut. Jadi lelaki itu terpaksa menipu agar Salwa tidak terikat dengan bayang-bayang nya.

Awan hitam di waktu malam bergerak dan menampakkan cahaya bulan menerangi satu bunga yang cantik di tengah paya itu. Bunga malam itu sudah mekar di sinari cahaya bulan. Seketika itu, Salwa tersenyum manis.

Yunus : aduh cantik nya Salwa. Kalau lah aku yang di pandang dia. Kalaulah... Aku yang menjadi bunga malam itu...

Kau menangis ditepian,
Sedih mengalir perih,
Bunyi yang pedih menusuk kalbu,
Hingga terjaga sepiku.

Ku melihat hanya kesepian,
Kerna aku sekuntum bunga,
Bunga yang mekar di waktu malam,
Aku bunga malam..

Kau melihatku...
Kau mengusapkan airmata mu,
Seketika kau tersenyum,
Bahagia...

Andai aku bisa mendekati mu dan menyapa,
Untuk menemani mu,
Cerita derita mu..

Aku ingin sekali buat kau tertawa,
Aku bunga di waktu malam,
Aku bunga malam...

Aku bunga di tengah paya,
Aku bunga malam....

*Sebenarnya bukan begitu maksud lagu ni. Den buat lagu ni berkisar kan tentang bunga malam yg mekar waktu malam. Sedangkan bunga lain hanya mekar waktu siang. Jadi tentu lah bunga malam itu rasa kesepian dan mahukan teman.. haa begitu kisahnya.. hahaha.. nak tahu bunga malam tu apa? Google!

............................

Jagat : tidak!! Tak boleh terima... Tidak.. aku bantah.
Raja Muda : sudah beta katakan. Beta akan adil dengan pertandingan ini. Walaubagaimanapun, ianya tetap teka teki... Kamu yang salah anggap yang Yunus itu bunga malam. Pengawal, tangkap Jagat dan bawa ke penjara istana.
Jagat : tidak!!! Ayah!!! Jagat boleh bayar ayah.. ayah anak apa? Emas? Intan? Berlian? Jagat boleh bagi semua nya . Selamat kan jagat..

Wazir nya melihat tajam kepada Jagat.

Jagat : tak guna!! Kau tu ayah aku!! Jadilah ayah yang benar!!
Wazir : itulah yang ayah sedang buat..
Raja Muda : bagus wazir..

Akhirnya ... Semua orang di kampung sutera bersorak kegirangan sehingga kuatnya lebih dari bunyi siren kemenangan. Yunus menang. Mereka pun berpesta besar-besaran di kampung itu.. orang-orang jagat di minta beredar dari situ jika tidak mahu masuk penjara.

Yunus menjadi orang penting Raja muda. Dia juga tinggal di kota untuk mengajar orang-orang di kota. Semestinya dia tidak keseorangan. Salwa, sah menjadi isteri Yunus selepas seminggu dari pertandingan itu. Raja Muda yang membantu mereka berdua. Abu sadad pula, walaupun sudah berkahwin dengan Puteri, dia masih berniaga Mi Ayam di warungnya. Warung nya sekarang sudah berkembang besar. Hanis menjadi pembantu kepada Abu sadad. Kerana selalu menolong Abu Sadad mengambil barang dari istana, Raja Muda tertarik dengan Hanis. Mereka masih dalam cuba-cuba. Belum berkahwin. Bukan itu saja, Yunus membuka perpustakaan dan kedai buka. Mereka boleh sewa atau membeli terus buku-buku yang mereka mahukan.

Tok Laba masih menjadi penghulu di kampung Sutera. Orang-orang kampung juga hormat kepada nya. Kerana banyak membantu ketika zaman di tindas Jagat. Jagat di kenakan hukuman penjara seumur hidup. Sesekali Wazir ada bertemu dengan nya, namun Jagat tidak dapat di tolong. Dia menjadi pendendam dan gila pada masa yang sama. Melihat hal itu, Wazir lebih mementingkan keluarga nya sekarang. Dia selalu pulang ke rumah untuk menemani isteri dan anak-anak nya yang lain. Wazir ada dua isteri. 🤭.

Salwa, beberapa bulan kemudian hamil. Yunus gembira bukan main. Subur rupanya. Puteri pula, tinggal menunggu hari kelahiran anak pertama.

Mak laba, masih macam biasa. Mid pula mengembara mencari ilmu pengetahuan. Sesekali dia menziarahi kakaknya, Salwa di kota itu.
Kampung sutera kini aman dan terus beraktiviti seperti biasa. Setiap gaya bicara mereka di selitkan dengan pantun....


TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy