Home Alternatif Thriller/Aksi KORBAN PUTERI AMEN-RA
KORBAN PUTERI AMEN-RA
Pero D. Zoref
29/8/2016 23:27:57
11,184
Kategori: Alternatif
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
KORBAN PUTERI AMEN RA #6- PENGAKHIRAN?

Kuala Lumpur, 7 tahun kemudian..


    Wardah berdiri di depan cermin bersiap-siap untuk pergi kerja. Sudah 5 tahun dia berkhidmat sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


   TOK! TOK! kedengaran bunyi pintu biliknya di ketuk seseorang.


   “ Isya! Sekejaplah ummi tengah bersiap ni,” laungnya. Rumaisya, puteri kesayangannya dengan Allahyarham suaminya, Fazrul. Sehingga saat ini Wardah hidup sendirian membesarkan Rumaisya. Bukan tidak ada jejaka-jejaka yang mencuba nasib untuk memperisterikan dirinya. Namun semuanya ditolak dengan baik oleh Wardah. Hatinya tidak terbuka dengan mana-mana lelaki lagi.


   “Ummi! tadi pak cik jambang datang, Nenek yang buka pintu. Dia ada hantar barang untuk ummi.”Laung kanak-kanak 6 tahun itu dari luar bilik.


   “Pakcik Jambang? Siapa pula yang datang pagi-pagi ni?” Wardah tertanya-tanya sendirian. Dia menapak ke muka pintu, tombol pintu dipulas olehnya lalu daun pintu itu dikuak perlahan.

 

   “Barang apa pula wahai tuan puteri Rumaisya?” Wardah menguntum senyuman di saat menatap puteri kesayangannya. Dia melutut lalu diusap kepala anaknya itu. Rumaisya menghulurkan satu kotak yang berbungkus kemas dengan pembalut plastik.


   “Ummi ada beli barang online ke?” suara anak kecil itu mencelus.


   “Ermmm..takde rasemya” balas Wardah sambil memorinya ligat memutar kalau-kalau dia ada memesan barangan secara online. Dia membuka bungkusan plastik itu, satu kotak hitam dengan dihiasi dengan corak bungaan berwarna emas dipegangnya kini. Dia membuka kotak itu.


   Berderau darahnya, melihat isi di dalam kotak itu. segera Wardah bangun lalu berlari meninggalkan Rumasya terpinga-pinga di muka pintu biliknya. Lariannya terhenti di pintu utama rumahnya, pantas tangannya membuka pintu. Wardah berlari keluar ke halaman rumahnya. Pandangannya melilau seolah-olah mencari seseorang. Air mata mula bergenang.


   “Abang!..mana Abang pergi!” laung Wardah, namun laungannya tiada sahutan. “Wada tahu abang masih hidup!” Wardah kembali menatap pisau bersarung keemasan dengan ukiran-ukiran mesir kuno di dalam kotak hitam itu. Wardah mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Sebak meruntun hatinya apabila terbaca tulisan pada penutup kotak hitam itu.


   ‘LINDUNGI DIRIMU, DAN PUTERI KITA..’

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.