Home Untold Story Umum Masam manis
Masam manis
NAMJ
16/4/2020 18:50:51
6,479
Kategori: Untold Story
Genre: Umum
Senarai Bab
1

Termenung aku sendirian pada waktu petang.Disapa angin yang menghembus perlahan.Satu persatu kisah diulang tayang difikiran.Dulu aku tak sabar untuk  jadi dewasa.Boleh cari kerja,dapat duit banyak dan jadi kaya. Jika diberi pilihan sekarang aku mahu jadi kanak-kanak semula.

Orang tanya “kenapa nak jadi kecil semula sedangkan kau dah dewasa?”

“Sebab kau tak perlu serabutkan kepala fikirkan masalah yang tiada penghujungnya.”

Waktu kecilku tidak la seindah mana.Bukan seperti novel yang sentiasa manis setiap hujung chapters.Biasa la budak sekolah suka mengejek dan mengata.

Si Hitam buruk rupa.”

Zaman sekolah semua belum matang.Itulah kenangan yang aku simpan sampai sekarang.Yang penting kita masih kawan.

Ahh,bestnya.rindu kat semua.” 

Semakin dewasa semakin kau faham.Inilah realiti dunia persinggahan sementara kita.Pepatah ada  mengatakan, 

 “Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya”

“Don’t just a book by its cover.”

“Indah khabar dari rupa.”

Sekarang aku percaya pepatah itu tidak wujud saja-saja.

Kita manusia dicipta dengan personaliti yang berbeza.Ada begitu dan ada begini.Tidak mengapa aku tak lagi salahkan mereka.Aku juga pernah buat salah dan sering terluka.

Let’s move on.Jangan terus terluka,ayuh jalan saja.

Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan dipertengahan.Aku cuba lari dari realiti.Ingatkan sakit hanya sekali rupanya bertubi-tubi.Satu persatu halangan dan ujian datang seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Selalu aku persoalkan takdir Tuhan.

kenapa mesti aku???” berderai air mata bersama hati yang terguris.

Tapi Allah kata “ Tak akan kau diuji,melampaui batasan kemampuanmu.”

Jujur aku kata terlalu penat jadi dewasa.Apakah daya aku bukan pemilik masa.Hadap saja pasti ada hikmahnya.Ada ketika rasa mahu terus tidur.Dibuai sebuah mimpi lagi indah daripada realiti.

Auch,sakitnya tak terperi.!”

Mana mungkin gampang aja,terus kau lurus jalan ke syurga.Kita semua pendosa jauh dari kata sempurna.Syukur juga masih ada yang menerima aku seadanya.

Ada insan yang datang berkongsi rezeki dan mencipta memori.Lalu dia pergi.Manisnya sentiasa ada dan pahit harus ditelan jua.Setiap jalan  cerita tak sama.Baik mahupun buruk perlu aku terima.

Terima kasih untuk segalanya.”

Itulah rencah kehidupan seorang manusia.Ada masam,manis,pahit dan sebagainya yang perlu kau hadap.Sedangkan Nabi darjatnya tinggi masih lagi berterusan diuji.


Previous: Masam manis

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NAMJ