Home Novelet Seram/Misteri Sorok!
Sorok!
Mieykid
22/9/2019 05:21:13
7,602
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
1
1

“Tolong aku!” Kedengaran meminta pertolongan semakin kuat.

Jeritan yang bingit menyakitkan telinga Naim. “Arghh..!”

“Ja-jangan...Seman..!” Naim terbangun dari mimpi yang sering dialaminya. Semakin hari semakin teruk mimpinya sejak kejadian itu.

“Aku mintak maaf… Aku tak tahu caranya!” Kata Naim sambil memeluk tubuhnya yang sedang mengigil di atas katil.

Biliknya gelap. Secara tiba-tiba, kedengaran seperti bunyi tapak kaki berada di dalam biliknya.

Naim melihat sekeliling. Memandangkan ini bukan kali pertama dia menghadapi situasi begini, dia cuba untuk beranikan diri.

“Tak payah nak ganggu aku lah!” Naim terus menarik selimutnya dan menyelubungkan badannya sambil memeluk bantal busuknya.

Dia cuba untuk menutup matanya. Bulu romanya meremang merasakan “sesuatu” dekat dengannya.

“Jadi, kau nak biarkan sahaja?” Naim terus turun dari katilnya. Dia terkejut melihat apa yang dipeluknya tadi.

Dia terus berlari mencapai suis lampu biliknya.

“Kalau hantu nak tegur aku sekali-sekala takpa, ni dah hari-hari jenguk susahlah.”

“Allahu Akbar! Allahu Akbar!” Azan Subuh berkumandang.

“Aku diselamatkan lagi oleh azan Subuh, nampaknya aku tak boleh berdiam diri. Aku kena bagitahu yang lain.” Bisik hatinya lalu dia menyiapkan diri untuk ke surau.

 

Setelah tamatnya berjemaah di Surau, kedengaran seseorang memanggilnya dari jauh. “Wey Naim!”

“Kau buat apa dekat sini? Jarang aku nampak kau kat sini. Takut ada makmum kat rumah lah tu.” Rakannya Buntal berasa aneh.

“Sepatutnya yang jarang nampak tu kau tapi memandangkan kau ada kat sini, aku ada benda nak cakap dengan kau dengan yang lain-lain. Boleh tak petang ni kita jumpa dekat rumah Maya? Bawa Ying sekali” Jawab Naim.

“Seman macammana?” tanya Buntal dengan penuh curiga.

“Jangan! A-a-aku n-nak buat suprise nanti untuk dia”. Jawab Seman sambil menggaru kepalanya.

“Laa tak cakap hari jadi dia nak dekat. Okay okay nanti kita jumpa petang ni.” Buntal pun beredar.

“Aku harap korang percayakan aku. Aku akan bawa kau semula dan itu janji aku.” bisik hati Naim.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.