Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SIAPA TAK SAYANG BINI? Raya!
SIAPA TAK SAYANG BINI? Raya!
Nur Insyirah
9/7/2014 16:05:10
12,539
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Episod 2 - Petua Mak!

Amili memisat-misat matanya. Terasa kantuk masih bersisa. Belakang tangannya dibawa ke bibir. Sudah tiga kali dia menguap. Tetapi matanya enggan celik. Terasa lesu badannya. Dengan mata yang masih terpejam, Amili mengeliat malas.

“Sayang… bangunlah. Lamanya tidur…”

Serta merta mata yang masih pejam tadi terbuka luas. Amili mencari-cari arah suara yang cukup dikenalinya.

“Abang kat mana?”

“Sinilah.”

Kening Amili bertaut. Hairan! Langsung tidak kelihatan figura suaminya. “Sini tu kat mana? Tak nampak pun?” sekilas, Amili memandang jam di dinding. 9.30 malam! ‘Lamanya aku tidur!’ desis hatinya. Mata sepet itu kembali ditebarkan ke sekeliling biliknya sehinggalah dia nampak ‘sesuatu yang bergerak-gerak di sebalik langsir balkoni kecil bilik tidur mereka.

“Kenapa tak menyorok dalam dalam tandas aje? Best sikit boleh kuak lentang dalam bathtub?” perli Amili, sengaja! Selimut tebal yang membaluti tubuhnya ditolak hingga mendedahkan perutnya yang sudah memboyot.

“Ala… dia tu… asal kita dekat aje, uweek. Asal dekat aje uweek. Rindu tau! Abang tengok dari balik langsir ni pun, jadilah…”balas Fahim dalam nada rajuk. Jauh di sudut hatinya tetap rasa sayu. Tapi setiap kali rasa itu menyapa, cepat-cepat dia campak jauh-jauh perasaan itu. Pengorbanan san susah payah Amili mengandungkan zuriatnya sudah cukup besar. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengannya yang terpaksa tidur berasingan.

Amili menekup mulutnya. Terasa lucu mendengar omelan Fahim. “Abang… sinilah…”

“Tak nak. Nanti abang yang kecewa.”

“Sinilah sayang…” panggil Amili lagi dengan nada menggoda.

“Err… Mili jangan macam-macam… janganlah goda abang macam tu… nanti abang jugak yang kecewa, Mili…” lirih nada suara Fahim yang masih setia di balik langsir.

Amili mula tarik muncung sedepa. “Abang ni… masa Mili panggil tak nak datang pulak! Masa tak panggil asyik nak menempek aje…”

Belum sempat bait-bait ayat merajuk Amili habis, Fahim terlebih dahulu meluru keluar dari balik langsir dan melompat naik ke atas katil mereka. “Abang datang, sayang!”

Lama Amili merenung wajah berharap suaminya. Tanpa kata, pandangan mereka bertaut. Amili mengusap wajah suaminya.

“Abang dah makan?”

Fahim menggeleng perlahan. Tangan isterinya yang melekap di pipi dipegang lembut sebelum dikucup. “Abang tunggu Mili bangun. Sedap tau mak masak… Sup ayam special untuk Mili. Kesian isteri abang ni… teruk bebenar alahannya.”

Amili terharu. Sikap Fahim yang satu inilah yang menjadi penguat kasih antara mereka. Fahim benar-benar berubah 360 darjah. Dia bagaikan melihat Fahim yang baru.

“Err… sayang diam aje ni… nak muntak lagi ke sebab abang duduk dekat sangat dengan sayang ni?” Wajah Fahim berubah cuak bila Amili hanya mendiamkan diri.

“ALLAH… Mili tengah feeling romantik ni ! Abang ni kacau daunlah. Karang Mili muntah betul-betul atas abang baru tau!” usik Amili. Tubuhnya diginjak hampir ke tubuh suaminya. Perlahan-lahan dia merebahkan kepala di atas riba Fahim. Tangan kanan suaminya dibawa ke perut yang memboyot. Manakala sebelah lagi dilekapkan ke kepalanya. Ingin dibelai…

Fahim tersenyum senang. Lama dia menanti detik ini! ‘Terima kasih mak! Petua mak memang mujarab!’ desis hati kecilnya. Teringatkan petua Mak Diah, Fahim tersenyum lagi. Makin lama, makin lebar. Bibirnya diketap pula bila dia rasa ingin ketawa mengenangkan peel alahan Amili.

“Mak dulu kan, masa mengandungkan Im, mak pun tak boleh bau badan ayah. Tak tahulah kenapa. Ayah Im dah sampai mati akal. Mak lagilah sedih. Masa mengandunglah kita nak perhatian suami, tapi masa tu tak boleh. Situasi mak sama macam Mili sekarang ni. Agaknya, anak kamu ni betul-betul ikut perangai kamu kot Im?”

Fahim mengerutkan dahinya. “Habis? Ayah buat macam man? Jenuhlah mak… empat bulan lagi Mili nak beranak tu haa… takkan Im nak kena tidur luar lagi? Cukup-cukuplah yang dok ada ni. Apa kes main-main mata dari jauh aje?”

“Eleh… baru alah macam tu dah merungut. Isteri yang mengandung tu lagi teruk tahu tak? Tengok Mili tu, lembik dah mak tengok. Nasib ler jugak dia makan suplemen yang dia jual tu. Kalau zaman mak dulu… Alahai…”

“Yelah-yelah… cepatlah mak! Bagilah petua ayah tu…” rengek Fahim. Hatinya sudah tidak sabar. Rindunya untuk memeluk isteri tercinta makin membuak-buak.

Mak Diah geleng kepala. “Hish! Tak menyempat-nyempat!”

“Mestilah! Siapa tak sayang bini, mak…”

Mak Diah menggeleng sambil ketawa kecil. Tubuh tua itu seraya bagun dan ingin menuju ke bilik.

“Lah… mak ni, tadi cakap nak bagi petu… ni mak nak pi mana pulak?”

“Alahai… anak bertuah oii… Mak nak pi ambik untuk Im lah ni!”

“Im tak sakit! Im tak nak pergi klinik. Im nak tahu petua yang arwah ayah buat tu… please, mak! Please…..” rayu Fahim lagi.

“ALLAHUAKBAR… Anak oii… Hah! Kalau tak menyempat sangat mai sini ikut mak.” Mak Diah terus berlalu. Hilang kata dengan kerenah Fahim yang pertama kali dilihat sepanjang dia membesarkan Fahim.

“Mak cari apa?” soal Fahim tidak sabar.

Mak Diah diam. Tangannya laju menyelongkar isi beg pakaiannya.

“Mak… mak nak cari apa ni? Lambat lagi ke?”

“Hah! Jumpa pun!”

Mata Fahim bulat merenung botol bedak berwarna merah yang dihulurkan oleh Mak Diah.

“Nak buat apa dengan bedak ni, mak?”

“Haa… bedak ni bagus! Bau badan hilang kalau pakai bedak Agnesia ni. Tak payah pakai deodorant lagi.” Jelas Mak Diah.

“Arwah ayah pakai bedak ni ke mak?” Fahim ragu-ragu. Perlahan-lahan dicium pula bau bedak itu.

“Tak payah nak cium-cium… bedak tu tak ada bau macam bedak-bedak atau pewangi yang kamu suka pakai tu. Tapi bedak nilah bagus kalau nak sembunyikan bau badan. Tak adalah Mili asyik muntah aje bau badan kamu nanti.”

Riak muka Fahim berubah. Terus dicium bawah lengannya. “Im baru tukar aje perfume ni, mak! Bau segar aje. Kalau BVLGari dulu kotlah, baunya kuat. Tapi yang BodyShop ni baunya segar. Mana ada busuk. Im pun bukannya jenis cepat berpeluh macam adik tu…”

Mak Diah terus ketawa besar. “Mak tak cakap ketiak kamu busuk! Tapi tindak balas kimia perfume kamu dengan bau badan asli mungkin menyebabkan baunya lain di hidung Mili. Tak selesa, mual. Baik pakai yang tak ada bau. Apa daa… mak yang belajar tak tinggi pun boleh fikir.”

“Macam tu eh?”

“Yelah… tapi mak punya ni dah nak habis. Lama dah mak tak pakai sebab bini kamu belikan mak tiga set minyak wangi siap ada bedak-bedak lagi.” Terang Mak Diah panjang lebar.

“Ooo… macam tu…”

“ABANG!”

Fahim tersentak. Pandangannya dihalakan ke bawah. Tepat ke wajah muncung Amili. “Err… apa sayang? Panjang pulak flashback abang tadi. Jangan marah ye?”

“Abang menungkan apa? Teringatkan siapa? Oh! Bini depan mata pun teringatkan orang lain ke?” rajuk Amili. Tangan Fahim yang membelai rambutnya ditepis. Dia ingin segera bangun tetapi bahunya ditekan dan dia kembali baring atas paha suaminya.

“Mana ada ingat orang lain. Mestilah abang ingat bini abang ni. Rindu tau…” Fahim mula mengayat.

Amili mencebik. “Yelah tu…”

“Sumpah! Abang rindu… agak-agak peel Mili dah kembali normal ke belum?”

Amili menjongketkan bahunya. “Entahlah… mana Mili tau. Bukannya Mili minta jadi macam ni.Bukan Mili buat-buat nak muntah bila abang dekat. Dah betul… Mili pun nak jugak…” Kata-kata Amili terhenti bila anak matanya direnung dalam-dalam oleh suaminya. Lama! Hingga dia menjadi malu.

“Nak apa?” soal Fahim dengan nada menggoda. Senyumannya meleret bila tiba-tiba wajah putih bersih isterinya bertukar kemerah-merahan.

“Tak ada apalah…”

“Cakap dulu!”

“Mili laparlah… tak kesian kat anak ke? Jom kita makan ya sayang?” rengek Amili perlahan. Nada suaranya pula makin manja hingga Fahim kalah.

“Okey! Abang surrender! Cepat bagun!”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.