Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Jodohku Mr.Anoyying
Jodohku Mr.Anoyying
Myea Miko
23/3/2020 11:24:58
37,050
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

"Aku terima nikahya Aisy Faiha binti Ahmad fazil dengan mas kahwinya 300 ringit tunai." Dengan sekali lafaz Luthfi Hariz sah menjadi suami kepada Aisy Faiha dengan disaksikan tiga orang abangnya dan abahnya sebagai jurunikah.


Luthfi menghampiri Aisy untuk membatalkan air sembahyang debaran terasa di dadanya, saat bibirnya mengucup dahi Aisy. 


Dia yakin Aisylah isteri kiriman tuhan untuknya dan dia berjanji dengan diri sendiri yang dia akan menjaga aisy seumur hidupnya.


Aisy juga begitu hatinya berdebar, terasa nak tercabut jantungnya bila Luthfi menghampirinya. Pandangan Lutfi terhadapnya buat dia terpegun seketika.


"Alahai nampak handsome lah pulak mamat ni." Desis hati kecilnya.


Aisy menyalami tangan Luthfi, dan mengucupnya perlahan. Luthfi membalas dengan memegang kepalanya perlahan.


Persandingan mereka dibuat di sebuah dewan, ramai jemputan yang hadir termasuklah keluarga belah Luthfi dan Aisy.


Luthfi segak berpakaian sut berwarna hitam lengkap, manakala Aisy pula cantik dengan dress labuh sesuai dengan imejnya yang bertudung. Mereka seperti pinang di belah dua, sesuai sangat serasi gituu.


Wajah kedua-dua mempelai tidak lekang dari senyuman untuk tetamu yang mengucapkan tahniah buat mereka.


Ketika makan beradap, Luthfi sedari tadi tidak lekang memandang Aisy yang sudah sah menjadi isterinya.


Mana tidaknya Aisy namoak lain setelah mengenakan makeup di wajah nya menampakkan lagi keserian di wajahnya dan bertambah cantik.


"Kenapa tak makan, aku tahulah aku cantik. Tak perlulah nak pandang sampai macam tu sekali." Katanya perlahan, kalau lah mamanya dengar dia bahasakan aku kau dengan Luthfi, mahunya dia kena bebel sepanjang malam dengan mamanya.


"Aku jadi kenyang bila tengok muka kau, serius kau memang cantik." Luthfi masih memandang Aisy, membuatkan Aisy bertambah malu, sabar je lah dia dengan perangai suaminya ini.


Ibu luthfi yang sedari tadi melihat Luthfi yanh tidak makan dan hanya menatap wajah isterinya, menghampirinya dan menepuk bahunya perlahan.


"Fi makan dulu, kalau nak sangat tengok isteri tu ha! balik karang tengok puas-puas ya."Tegur ibu luthfi perlahan.


"Baik ibu." Jawab luthfi sopan, dan terus menjamah makanan yang ada.


Aisy tergelak kecil melihat riak muka Luthfi ditegur oleh ibunya, kelakar habis nyaris Aisy tak ketawa dengan kuat, kalau tak bergema satu dewan ni dengan ketawa Aisy.


Setelah selesai mandi, Aisy terus melabuhkan badanya di atas katil, kerana terlalu penat melayan tetamu yang hadir. Lutfi pula masih menyembang dengan keluarganya di luar.


Beberapa minit kemudian, Luthfi masuk ke dalam bilik dan terus melompat di atas katil sengaja untuk mengusik Aisy. 


Aisy yang baru nak pejam mata terkejut bila katilnya bergegar, terus terbangun dan dia melihat Luthfi baring di sebelahnya sambil menyilangkan kakinya.


Aisy terus bangun dari pembaringanya, dan duduk di atas katil memandang Lutfi yang hanya beriak selamba.


"Kau tak boleh naik atas katil elok-elok ke?" Aisy sudah bercekak pinggang.


"Suka hati akulah katil aku." Jawab Luthfi selamba.


"Aku tahulah." Aisy mengambil bantal dan ingin tidur di bawah tetapi dihalang oleh Luthfi.


"Kau jangan mengada nak tidur bawah ya, kalau kau tidur bawah maknanya kau dah berdosa dengan aku, a.ka.a suami kau ni. Luthfi memberi amaran.


Langkah Aisy terhenti, terus dia duduk balik di atas katil.


'Eei dia ni main ugut-ugut pulak.' Desis hatinya.


"Dah tak payah nak buat muka termenung kat situ, baik kau tidur." Lutfi sudah memejam matanya, Aisy pula masih duduk di atas katil, dia terpandang wajah Luthfi ketika tidur.


Dia ni buat aku berdebar je, setiap kali  pandang dia apasal handsome sangatt cair mak nak


"Yang kau pandang muka handsome aku ni tak berkelip tu dah kenapa? Luthfi perasan pandangan Aisy terhadapnya kerana dia hanya berpura-pura tidur.


"Mana ada aku tengok kau? perasantan lah kau ni." Aisy cover malu, dan terus tidur membelakangi Luthfi.


Luthfi pula senyum sengett mendengar suara Aisy yang cover malu cumel sangatt.


"Kau nak berdosa sekali lagi ke? tidur belakangkan suami." Luthfi mencuit bahu Aisy, supaya tidur menghadapnya. Terus Aisy memusingkan badanya memandang Luthfi dengan jelingan tajam, Luthfi hanya beriak selamba.


Buka sahaja mata pada pagi itu, Aisy terkejut kerana dia tidur beralaskan lengan suaminya yang agak sado, patutlah tidurnya lena tanpa gannguan, rupanya dia merasa sangat selesa apabila beralaskan bantal lengan suaminya.


Tanganya pula elok memeluk pinggang Luthfi erat, Luthfi pula menghadap memandangnya sambil srbelah tanganya memeluk Aisy erat. dadanya pula betul-betul hampir dengan muka Aisy.


Aisy merenggankan sedikit pelukanya. Perlahan kepalanya mendongak memandang wajah Luthfi yang begitu tenang ketika tidur. Wajah itu dipandang sekejap, terasa debaran di dadanya saat terpandang wajah tenang Luthfi. Perlahan bibirnya mengukir senyum, dia patut mula menerima Luthfi sebagai suaminya. Apa yang terjadi antara mereka dulu adalah masa lalu, apa yang ada depan matanya sekaranglah dia kena terima dengan sepenuh hati.


Beberapa minit kemudian, Luthfi mengerakkan badanya membuatkan Aisy terus menutup matanya semula nanti kantoi la Aisy sedang memandangnya.


Luthfi membuka matanya, bibirnya mengukir senyum saat memandang wajah tulus Aisy yang sedang tidur, rambut Aisy disebak ke tepi. Tubuh kecil Aisy dipeluk sekejap sebelum bibirnya mengucup dahi Aisy sekejap. Terus dia bangun melangkah ke bilik.air untuk mandi. Dia tak kisah kalau Aisy menyedari perbuatan, lagipun Aisy sudah pun menjadi miliknya, suka hati dialah nak buat apa kan?


Aisy yang pura-pura tidur sedar akan segala perbuatan sweet Luthfi terhadapnya, hatinya saat ini terasa nak meletop hanya ditahan. Setelah Luthfi masuk ke dalam bilik air, Aisy membuka matanya, dia bangun dari pembaringan, sebelah tanganya memegang dahinya yang dicium Luthfi tadi, sebelah lagi tanganya pula memegang dadanya yang hampir meletup.


"Apasal pagi-pagi dia dah buat benda sweet kat aku ha!" Omel Aisy sendiri, dengan riak mukanya yang masih terkejut. Terkejut ke suka sangat tu Aisy ooi! 









Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.