Masalah paling besar bagi Hajah Naimah sekarang ialah apa yang patut dia masak untuk menantu dari luar negaranya itu. Bolehkah wanita itu makan makanan seperti orang tempatan? Persoalan itu mula bermain di mindanya apabila Irfan mengumumkan yang dia akan membawa Ashley pulang berjumpa mereka. Dia pernah ajukan soalan itu kepada Haji Hamidi beberapa minggu yang lepas.
“Patutkah kita belajaq masak makanan orang putih? Mee apa yang depa makan tu? spa- spa-”
“Spagheti umi,” celah Irdina apabila Hajah Naimah tergagap- gagap.
“Ha, yang tu lah! Tak pun goreng daging sekeping macam dalam tv tu, jamu dia makan.”
“Stik umi,” sekali lagi Irdina mencelah.
“Tak payahlah, masaklah macam biasa. Lagipun dia mai tempat kita, boleh dia belajaq adat dan cara hidup kita. Setakat spagheti semua tu, dia boleh makan di Amerika,” jawab Haji Hamidi.
“Tapi bolehkah? Satgi dia tak boleh makan macam mana? Mati kebuluq pulak menantu kita,” kata Hajah Naimah dengan riak wajah risau.
“Dia belajaqlah. Dia kahwin dengan orang Melayu, belajaqlah cara hidup orang Melayu!” tegas Haji Hamidi.
Hajah Naimah akhirnya mengalah. Jadi selepas masuk ke dapur, dia segera menyediakan juadah makan malam. Sudah lama Irfan tidak pulang, pasti dia teringin makan asam pedas ikan pari yang merupakan makanan kegemarannya. Hajah Naimah turut meminta Irdina membantu menyediakan ulam- ulaman dan sambal belacan.
“Wah, sedapnya bau!” tegur Irfan yang masuk bersama Ashley.
“Mestilah, tengok siapa yang masak!” kata Hajah Naimah.
Ashley yang kini lengkap berkain batik menghampiri Irdina yang menumbuk sambal belacan.
“Apa tu?” tanya Ashley yang melihat dengan penuh minat.
“Ini sambal belacan. We use…umm…cabai melaka…hmm, chilies sajalah! So we add chilies with…umm….Bang Ngah, belacan apa dalam bahasa orang putih?” tanya Irdina kepada Irfan.
“Shrimp paste,” jawab Irfan, tersenyum simpul.
“Ha, shrimp paste!” Tersengih Irdina.
“It smell a bit,” komen Ashley, menghidu belacan dari jauh.
“Yes, but taste really good later!” Irdina menunjuk ke lesung dan menunjukkan aksi cara menggunakannya. “Put chilies, shrimp paste, salt, sugar and we pound! Pound! Pound! Pound! Until we feel satisfied! Then add limau nipis later.”
“Limau nipis, lime,” tegur Irfan, menahan gelak melihat raut wajah Ashley yang terkejut melihat Irdina menumbuk dengan sepenuh tenaga.
Irdina menjeling Irfan. “Taulah! So add lime juice later.”
“Oh, is it spicy?” tanya Ashley.
“Yes, spicy! Very spicy! Pedas! Pedas!” jawab Irdina dengan bersungguh- sungguh.
Ashley mengangguk- angguk, kemudian berpaling kepada Irfan. “Do you like spicy food?”
“Yes, I love spicy food! And umi is making my favourite, asam pedas ikan pari,” jawab Irfan.
Terus Ashley menghampiri Hajah Naimah, cuba melihat apa yang dimasaknya.
“Smell nice,” komen Ashley.
“Ha? Umm…thank you! Thank you!” balas Hajah Naimah.
Sebenarnya dia langsung tidak faham apa yang dikatakan oleh Ashley tapi dia rasa menantunya itu baru memujinya.
“Maybe umi boleh teach saya how to cook it,” kata Ashley dengan penuh harapan. Jika ini makanan kegemaran Irfan, dia pasti mahu belajar. Dan tidak ada cikgu yang lebih baik dari mentuanya itu kerana masakan yang dimasak oleh Hajah Naimah pastinya paling digemari oleh Irfan.
Terkebil- kebil Hajah Naimah memandang Irfan. Irdina pula tergelak- gelak.
“Dia mintak umi ajaq dia masak asam pedas tu nanti,” kata Irfan.
“Oh, lagu tu!” Raut wajah Hajah Naimah nampak lega. “Boleh! Boleh! Nanti umi ajaq!”
“She said yes,” kata Irfan, menterjemah untuk Ashley pula.
“Terima kasih umi!” kata Ashley dengan gembira.
“Yes, thank you! Terima kasih!” balas Hajah Naimah.
Makin kuat Irdina tergelak. Terasa malu pula Hajah Naimah.
“Dah, tak payah dok tang ni. Ambik ni, pi bakaq dekat luaq. Ayah hang dok pelekat api di situ dari tadi,” kata Hajah Naimah, menghulurkan besen berisi ayam dan ikan yang sudah diperap.
Irfan cuma tersenyum sambil mengambil besen itu. Dia terus menarik tangan isterinya keluar. Irdina yang melihat mereka terkekeh- kekeh.
“Romantik depa dua no umi,” kata Irdina.
“Gatai sangat eh hang ni!” tegur Hajah Naimah dengan rasa tidak senang hati.
“Mana ada? Chek teghuq apa yang chek nampak ja,” kata Irdina.
“Toksah dok teghuq, biaq pi kat depa. Bagi siap kerja hang lekaih!”
Irdina kembali menyambung kerjanya dengan senyum simpul dibibir. Irfan dan Ashley pula keluar ke belakang.
“So you like those ‘pedas’ food,” komen Ashley.
“Yes, I do,” balas Irfan.
“But you hardly eat spicy food when you’re with me.”
“Because you don’t really like spicy food.”
Ashley tersenyum. “You choose the food I like?”
“Yes.”
“Then I should try the food you like,” kata Ashley, memegang erat tangan suaminya. “And you shouldn’t your preference because of me.”
“But I don’t mind. I love you,” kata Irfan, tersenyum.
“But I love you more!” balas Ashley, tersenyum manis.
Mereka berdiri, memandang ke arah mata masing- masing, tersenyum mesra.
“Oi pengantin baru! Cepat bawak mai besen tu! Satlagi kalau lambat masak, mengamuk umi hang!” herdik Haji Hamidi, bercekak pinggang memandang mereka berdua.
Hilang terus suasana romantik itu. Ashley dan Irfan sama- sama berpandangan sebelum tergelak. Irfan segera menarik tangan isterinya keluar.