Home Novelet Keluarga Asam Pedas Brokoli
Asam Pedas Brokoli
Tinta Ana
17/2/2018 00:21:49
14,123
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 1

Sedari pagi, keluarga Haji Hamidi menunggu di Balai Ketibaan di Lapangan Terbang Alor Setar. Anak kedua keluarga ini, Mohd Irfan Hairil akan pulang setelah melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat dalam jurusan Sains Komputer. Irfan yang singgah di Kuala Lumpur akan tiba pagi ini setelah menyelesaikan beberapa hal di sana. Malah, Irfan telah memberi khabar kepada mereka tentang pernikahannya dengan seorang gadis dari sana sebelum kepulangannya ke Malaysia. Terkejut, gembira, marah – semuanya bercampur- baur dalam keluarga ini. Bagi Hajah Naimah, isteri Haji Hamidi, Irfan tidak mengutamakan keluarga dengan memilih untuk menikahi gadis asing.

Jantung Hajah Naimah bagaikan nak tercabut. Dia bimbang dengan banyak perkara. Salah satunya tentang status agama menantunya nanti, Dia juga bimbang Irfan tidak akan pulang lagi dan mengambil keputusan untuk terus menetap di luar negara.

“Irfan dah besaq, pandai pulak tu. Dia tau apa yang dia buat. Selama dia duduk Amerika, kita percaya dekat dia, Tak kan kali ni tak boleh? Anak kita akan buat benda yang betoi.”

Lembut Haji Hamidi menasihati Hajah Naimah. Akhirnya dia lembut hati juga. Dia serahkan segalanya kepada Allah SWT. Hajah Naimah pasti, anak keduanya itu tidak akan melakukan sesuatu yang memalukan ibu bapanya sendiri. 

  “Jangan pertikai status agamanya hanya sebab dia mualaf. Di sisi Allah, kita semua sama. Kalau kita pandang rendah sebab kita Islam lebih lama, bongkak namanya,” tegur Haji Hamidi lagi. 

Hajah Naimah berisgtifar panjang. Dia bersyukur Haji Hamidi dapat membuka matanya semula. Hampir saja dia menjadi seorang yang bongkak dan takbur hanya kerana dia memeluk agama Islam sejak lahir sedangkan menantunya itu baru mengucap syahadah. 

“Adakah Islam kita lebih dari dia? Dari sudut mana kita menilai semua itu?” tingkah Hajah Naimah, menginsafi diri. Mujur Haji Hamidi menasihatinya. Kalau tidak dia pasti melakukan dosa dengan mengungkit begitu.

Setelahsetengah jam lagi menunggu, terdengar pengumuman ketibaan pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur. Hajah Naimah bingkas bangun, terasa begitu lambat Irfan muncul. Penantiannya berakhir apabila penumpang- penumpang pesawat itu mula keluar dari pintu Balai Ketibaan.

“Itu pun abang hang!” Hajah Naimah berdiri apabila nampak anak lelakinya itu dari jauh. Biarpun sekian lama tidak berjumpa, seorang ibu dapat mengenali anaknya dengan mudah. Matanya perasan seorang wanita tinggi lampai, setinggi Irfan sendiri dan berselendang mengekori Irfan dengan rapat. 

Bila dekat, wajah wanita itu makin jelas. Matanya berwarna hijau menghiasi wajahnya yang putih dan mulus. Memang tak ada langsung Melayu di wajahnya, itu pasti. Tapi wanita itu memang sangat cantik. Bibirnya menguntum senyum manis walaupun kelihatan agak gementar untuk menghampiri mereka.

Irfan segera menyalami dan memeluk ibu bapanya. Terpancar kegembiraan di wajahnya. Apatah lagi, mereka sudah enam tahun tidak bertemu. Setelah adik bongsunya menyalaminya, Irfan berpaling ke arah wanita di sebelahnya.

“Umi, abah, ini Ashley Aisyah, bini saya,” Irfan menunjukkan Ashley yang berdiri di sebelahnya.

Ashley mendekati mereka menghulurkan, teringat kata- kata Irfan tentang cara- cara bersalaman apabila bertemu dengan ibu bapa. 

Haji Hamidi menyambut tangan Ashley tapi tidak berkata apa- apa. Dia bukan pandai sangat berbahasa Inggeris. Hajah Naimah juga melakukan perkara yang sama. Bila tiba giliran Irdina memperkenalkan diri, dia terus bertanya khabar.

“I’m Irdina. How are you?” tanya Irdina. 

“Fine, terima kasih. Irdina umur berapa?” tanya Ashley dengan Bahasa Melayu baku bercampur Bahasa Inggeris. 

Mereka terlopong. Boleh cakap Melayulah pulak Minah Saleh ni!

Irfan tergelak. “Ashley boleh cakap Melayu sikit- sikit. Dia belajaq lepaih kenai saya.”

“Oh,” Hajah Naimah tergelak kecil. Penat saja dia bisukan mulut.

Haji Hamidi sendiri tersenyum. “Baguihlah. Risau jugak abah tak bercakap langsung dengan dia nanti.”

“It’s okay abah. Saya belajar sikit- sikit,” balas Ashley dengan pelatnya.

“And saya boleh ajar!” balas Irdina, memaut tangan kakak iparnya.

“Terima kasih,” balas Ashley.

Irfan tersenyum, senang hati melihat adik bongsunya mudah menerima kehadiran Ashley. Matanya mencari abang sulungnya, Izwan. 

“Abang hang kerja. Depa anak beranak tak balik minggu ni. Dia kata kenduri nanti dia balik jumpa hang,” kata Haji Hamidi setelah perasan Irfan mencari ke sana- sini.

“Abang dok kolompo lagi ka?” tanya Irfan. 

“Dak, dia tukaq pi Penang dah,” jawab Hajah Naimah.

‘Dekat ja Penang dengan Alor Setar. Tak boleh balik sat pun?’ rungut Irfan dalam hati. Mereka sudah enam tahun tidak bertemu. Tapi mungkin abangnya betul- betul sibuk jadi dia tidak merungut panjang.

“Jom, kita balik! Boleh rehat,” ajak Haji Hamidi. 

Irfan menghulur tangan kepada Ashley yang tersenyum menyambut tangannya. Mereka berpegangan tangan mengikut ahli keluarga mereka pulang.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.