Home Novelet Cinta Takdir Cinta Tercipta
Takdir Cinta Tercipta
Myea Miko
16/4/2020 18:21:16
41,955
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 7

Humaira terpegun seketika melihat rumah mewah keluarga Arfan setelah mereka sampai di depan rumahnya. Mula timbul perasaan kurang enak adakah benar dia mahu bekerja di rumah semewah ini.


"Okayy kita dah sampai, jomlah turun." Kata Arfan, terus dia membuka pintu melangkah keluar dari kereta diikuti Humaira. Merek jalan beriringan sehingga sampai depan pintu rumah.


"Assalamualaikum." Arfan memberi salam.


"Walaikumsalam." Terjenguk muka Ariq di sebalik pintu. Terkejut dia melihat wanita yang berada di sebelah Arfan, Wanita yang dilangganya tempoh hari dan wanita itu juga dicari Zack kerana telah melarikan diri. Kini wanita itu berada di depan mata bersama adiknya. Hatinya tertanya apa yang wanita ini mahukan sebenarnya.


Humaira juga terkejut melihat lelaki di hadapanya ini,  Kalau boleh dia ingin lari dari sini, tak ingin dia berdepan dengan lelaki yang telah merosakkan maruahnya sebagai wanita.


Disebabkan Arfan telah menolongnya, dia cuba untuk buang segala ego dan berhadapan dugaaan yang menimpanya dengan tenang.


"Siapa perempuan ni, suka hati kau je kan nak bawak perempuan balik rumah, Kau kena ingat sini Malaysia bukan london yang kau boleh kau suka-suka bawak perempuan masuk kehulu kehilir." Kata Ariq sinis, depan Humaira.


Arfan sudah mengengam penumbuk dengan kata-kata berunsur fitnah yang dilemparkan abangnya kepada dia. Dia cuba mengawal amarahnya kerana tidak mahu menujukkan sikap tidak elok di depan Humaira.


"Abang kalau kau buka mulut boleh tak cakap benda yang baik-baik, jangan main tuduh je. Aku takkan bawak kalau takde izin dari mama dengan babah." Jawab Arfan tenang.


Humaira hanya diam melihat dua beradik itu seperti bertegang urat, walaupun tidak menggunakan kekerasan.


"Apasal mama babah izinkan orang lain masuk dalam rumah kita, dia ni siapa? Tunang kau ke?" Tanya Ariq.


Arfan tidak menjawab malah menolak Ariq ketepi dan memberi laluan untuk Humaira masuk ke dalam rumah. Humaira hanya mengikuti langkah Arfan tanpa mempedulikan Ariq yang sedang memandangnya tajam.


'Tunggu kau, kau ingat kau akan terlepas Arfan' Omelnya sendiri.


"Mama, ohh ma." Panggil Arfan apabila tidak melihat kelibat ibunya di dapur, selalunya waktu begini mamanya sudah ada di dapur untuk menyiapkan makanan tengahari kerana baba balik untuk makan.


"Kau tak boleh ke pergi bilik tengok mama, perlu ke kau jerit-jerit panggil mama." Tegur Ariq sedari tadi mengikuti langkah mereka dari belakang.


Arfan menoleh memandang abangnya.


"Adik  tak jerit, adik cuma panggil salah ke?"


"Adik, abang kenapa ni? Mama ada kat belakang rumah ambil daun pandan masa adik panggil mama tadi." Muncul 

Mamanya dari belakang rumah meleraikan anak-anaknya dari terus bergaduh.


"Adik ni ma, ada ke jerit-jerit panggil ma." Kata Ariq.


"Mama ada je kat belakang ni, siapa tu?" Tanya mamanya apabila ternampak Humaira di sebelah Arfan.


"Dialah yang adik cakap semalam ma, dia kawan adik dari kampung dia datang sini cari kerja tapi susah nak dapat. Tu yang adik beritahu mama semalam." Terang Arfan. Lebih baik dia tidak berterus terang apa yang dia tahu pasal Humaira.


Humaira hanya mendengar apa yang dikatakan Arfan. Dalam hati dia bersyukur ada orang yang sudi menolongnya dengan apa yang telah terjadi padanya.


Ariq yang sedari tadi tidak berganjak dari situ mendengar segala apa yang dikatakan oleh Arfan, dia memandang Humaira dan dengan riak tidak puasa hati.


"Pandai kau berbohong ya perempuan, kau tunggu aku akan bongkarkan siapa kau sebenarnya nanti. Kau ingat kau akan terlepas." Desis hatinya, sambil bibirnya mengukir senyuman sinis memandang Humaira.


Humaira sedari tadi perasaan akan pandangan Ariq terhadapnya, mula perasaan tidak sedap hati timbul.


"Oh ye ke? Inilah orangnya. Mama ingat adik bawak balik bakal menantu mama tadi." Gurau mamanya.


"Taklah mama." Jawab Arfan mukanya sudah merah menahan malu begitu juga dengan Humaira. Baru je beberapa hari kenal takkanlah terus nak kahwin. Bisik hati Arfan.


Humaira terus melangkah menghampiri puan Shafina, tanganya disalam sebelum dikucup lembut. Tenang hati puan Shafina melihat sikap Humaira yang penuh lemah lembut. Puan Shafina terus memeluk dan mencium kedua belah pipi Humaira membuatkan Humaira terharu sudah lama dia tidak merasa kasih seorang ibu.


"Nama anak ni siapa?" Tanya puan Shafina.


"Nama saya Humaira Khadeeja puan." Jawab Humaira.


"Sedapnya nama. Secantik orangnya." 


Humaira hanya mengukir senyum.


"Nak panggil apa ni?" Tanya puan Shafina.


"Panggil saya Maira je puan."


"Yelah, jomlah saya tunjukkan Maira kerja apa nak buat, lepastu saya bawak Maira keliling rumah saya." Puan Shafina menghampiri Humaira dan menarik tangan Humaira mengikutinya jalan sekeliling rumahnya yang besar itu.


Humaira hanya mengikuti tanpa membantah, dia baru je kenal dengan datin Shafina tapi dia rasa selesa sangat apabila berada dengan bakal majikanya ini.


Arfan hanya mengukir senyum melihat Humaira dan mamanya seperti sudah rapat walaupun baru sahaja kenal. Maklumlah anak-anaknya dua-duanya lelaki, bila datangnya Humaira yang masih lagi muda sukalah mamanya bila dia ada geng untuk menemaninya di rumah bila semuanya sibuk dengan kerja.


Ariq yang masih lagi berdiri tidak jauh dari Arfan melangkah menghampirinya.


"Kau jumpa kat mana budak tu?" Tanya Ariq suara diperlahankan supaya tidak didengari oleh sesiapa pun.


"Adik rasa abang tak perlu tahu kat mana adik jumpa dia." Jawab Arfan.


"Macam tu kau jawab dengan abang kau, aku akan cari tahu kat mana kau jumpa budak tu. Jangan harap korang berdua akan terlepas." Kata Ariq tegas.


"Ikutlah abanglah." Jawab Arfan terus dia melangkah berlalu dari situ. Malas dia melayan sikap abangnya yang suka mencari salah dia.


Ariq hanya memandang tajam sehingga Arfan melanglah menghampiri mamanya bersama Humaira yang sedang rancak bersembang di ruang tamu.


"Berlagak kau dengan aku ya, Arfan kau tunggulah derita yang akan datang nanti pada kau." Omelnya dia tidak tunggu lagi di situ, Terus dia melangkah naik ke atas masuk ke dalam biliknya. Sakit matanya melihat mama dan Arfan melayani Humaira dengan mesra padahal baru je berjumpa dan berkerja sebagai orang gaji di rumahnya.


Setelah selesai solat subuh, Humaira terus melangkah pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk keluarga majikanya itu. Biliknya dekat dengan dapur. Datin Shafina ingin memberinya bilik tetamu di atas, sebelah bilik Arfan Tetapi Humaira menolaknya  dengan baik kerana merasakan dia tidak layak duduk di bilik itu memandang dia hanyalah orang gaji di rumah itu bukanya sebagai tetamu.


Ketika Humaira sibuk menyediakan sarapan, Ariq melangkah turun ke bawah, dia mengukir senyuman sinis sebaik melihat Humaira yang sedang sibuk menyediakan sarapan.


Perlahan dia melangkah menghampiri Humaira, dan berdiri di belakang Humaira tanpa dia sedari.


"Untung ya kau, mama aku dah macam sayang kat kau "Sindir Ariq.


Humaira terkejut mendengar suara seseorang dari belakang, terus dia menoleh memandang orang yang menegurnya itu.


Dia terkejut melihat Ariq yang berada di belakangnya.


"Encik buat apa kat sini?" Tanya Humaira.


"Saja nak tengok kau yang cantik ni. Kenapa tak boleh ke?" Ariq cuba mendekati Humairq tetapi dengan pantas Humaira menjauhkan diri.


Kalau bukan pasal Arfan yang sudah menolongnya, tidak mahu dia berkerja di sini. Tak sanggup dia berhadapan dengan Ariq setiap hari. Apa yang berlaku malam itu, pada Humaira tidak pernah luput dalam ingatanya.


"Tak puas ke? encik dah ambil maruah saya aritu, saya tak minta apa-apa pun dari encik."


"Wahhh ayat kau, bagus ehh. Kau jangan besar kepala dalam rumah ni erk! Jangan ingat semua orang suka kau. Kau boleh buat sesuka hati kau je. Ariq memberi amaran.


Belum sempat Ariq menghabiskan katanya, muncul mamanya dari atas. Hairan dia melihat Ariq berada di dapur bersama Humaira.


"Abang, buat apa kat dapur ni?" Tegur Puan Shafina setelah melangkah menghampiri Ariq, Humaira lega dengan kehadiran Datin Shafina ke dapur.


Ariq menyalami tangan puan Shafina sebelum mencium lembut tangan mamanya dan dibalas puan Shafina dengan mencium dahi anaknya.


Begitulah rutin mereka sekeluarga setiap pagi, Datin Shafina dan Dato Arman akan mencium dahi anak-anaknya setiap hari itulah tanda kearaban mereka sekeluarga.


Detik itu membuatkan Humaira terharu dan kagum terhadap cara majikanya melayani anak-anak mereka dengan penuh kasih.


"Abang nak minum air ma." Jawab Ariq sambil mengukir senyuman ke arah mamanya. Walaupun sebenarnya dia bukan nak minum air sangat pun.


Datin Shafina hanya mengganguk mengiyakan.


Selesai minum, Ariq terus melangkah ke ruang tamu, matanya tidak lepas dari memandang Humaira.


"Wahhh nampak sedapnya semua yang Maira masak ni." Kata Datin Shafina apabila dia menghampiri meja makan yang terdapat nasi, bihun dan mee goreng semuanya kegemaran Datin Shafina.


Humaira hanya tersenyum dengan pujian Datin Shafina.


"Ada apa yang boleh saya bantu lagi." Kata Datin Shafina apabila dia menghampiri Humaira yang sedang membancuh air kopi.


"Takpe puan saya dah siapkan semua dah." Jawab Humaira lembut.


Datin Shafina hanya mengganguk mengiyakan, dia masih lagi berdiri di situ sambil matanya tidak lepas dari memandang Humaira, dia mula menyukai gadis itu dari hari pertama dia datang ke rumahnya kerana sikapnya yang lemah lembut dan sopan santun. Wajah gadis itu juga tenang dipandang lagipun dia sudah lama mengiginkan anak perempuan.


"Assalamualaikum and morning semua." Sapa Arfan ceria setelah turun dari biliknya. Dia tersenyum melihat mama dan Humaira yang sedang menyiapkan sarapan di dapur 


'Walaikumsalam anak mama." Datin Shafina terus menghampiri Arfan.


Tangan mama dicapai dan dikucup lembut sebelum bibir mamanya singgah di dahi miliknya.


Sekali lagi Humaira terharu melihat detik itu, kalaulah dia masih ada ibu, mestii ibunya melayaninya seperti itu. Tiba-tiba dia teringatkan arwah ibunya juga suka mencium dahinya waktu dia kecil. Dengan tidak sengaja airmatanya mengalir di pipi tanpa dia sedari.

Arfan yang berhadapan dengan Humaira melhat airmata yang jatuh di pipinya saat dia terpandang Humaira sedari tadi memandang dia dan mamanya.


"Deeja awak okayy ke?" Tanya Arfan, mamanya yang membelakangi Humaira terus menoleh memandangnya. Dia hairan melihat Humaira yang sudah menitiskan airmata di pipinya 


Humaira terkejut dengan panggilan Arfan terhadapnya nama itu buatkan dia makin sebak kerana nama itu merupakan panggilan terakhir ibunya terhadap Humaira.


Datin Shafina tidak bertanya kenapa Arfan memanggilnya dengan panggilan itu, kakinya terus melangkah menghampiri Humaira.


"Kenapa awak menangis ni Maira." Kata Datin Shafina sambil tanganya mengusap lembut airmata di pipi Humaira.


"Takde apa puan, saya cuma teringatkan arwah ibu saya." Jawab Humaira.


"Awak boleh je anggap saya ni macam ibu awak." Perlahan tangan Datin Shafina mengelap airmata yang jatuh di pipi Humaira, membuatkan dia semakin sebak.


Datin Shafina terus menarik Humaira ke dalam pelukanya dan memeluknya erat. Humaira merasa sangat tenang berada dalam pelukan seseorang yang bergelar ibu.


Arfan hanya mengukir senyum melihat keakraban Humaira dan mamanya.





































Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.