Home Novelet Alternatif ETHEREAL
ETHEREAL
Lee
18/10/2021 15:22:51
14,208
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Senarai Bab
LILY

Tamat saja kelas tambahan di sekolah, Lily seperti biasa menunggu bas di depan sekolah. Tapi lain pula hari ini. Abah sendiri yang datang menjemputnya. Jarang jarang abah datang ambilnya, selalunya dia pulang sendiri. Masuk saja dalam kereta, Lily tidak terus bertanya. Kalau ada apa apa, di rumah saja dia akan bertanya. Cukuplah dia bersyukur abah mahu ambilnya hari ini. Awalnya Lily ingat mereka akan terus pulang ke rumah, tapi sangkaannya meleset bila kereta yang dipandu Encik Amerudin mula memasuki ke kawasan sekolah elit.


Lupa pula dia yang kembarnya sekolah di sini.


Victor High School.


Sebuah sekolah elit untuk golongan bangsawan atau golongan berada. Tapi kalau si Adam sekolah sini, kiranya keluarga mereka ni boleh tahan kaya la kan? Tapi yang kaya raya tu abah dan mama mereka. Lily memandang luar tingkap. Melihat pelajarnya di situ memakai uniform sekolah yang berbeza daripada mereka yang hanya sekolah biasa. Penuh gaya dan paling penting, konfiden.


Enjin kereta dimatikan. Pandangan Lily kembali tertumpu pada abah. "Bukan Adam pergi balik naik motor ke?" soalnya. Tapi Encik Amerudin tak segera balas. Dia hanya pesan dia ada urusan sebentar di pejabat sekolah Adam.


Tinggallah Lily bersendirian di kereta sementara menunggu abahnya. Bosan duduk di dalam kereta, Lily ambil keputusan untuk keluar dari kereta dan berjalan di kawasan sekitar. Sambil dia jelajah sekitar kawasan, dia perasan ada beberapa mata memperhatikannya. Tapi Lily tak ambil endah.

Sampailah dia ditegur.


Pandangan Lily jatuh pada sekumpulan pelajar. Malas mahu cari pasal, Lily kembali mengorak langkah. Tapi masih saja Lily dengar suara mengata dirinya.


'Teruk betul sekolah Adam ni' omelnya perlahan.


Hai Lil, mengata nampak!


Bibir diketap perlahan. Macam manalah dia boleh lupa pasal Adam. Lupa yang mereka berdua boleh baca fikiran masing masing!


Kau buat hal ek Adam sampai abah kena datang sekolah kau.


Tak sampai sepuluh minit Adam dah muncul depan mata. Reaksi Adam? Cuak betul! "Hai kau memang buat hal ke tu?"


Dari muka cuak terus dibuat muka marah. "Aku ni budak baik tau! Mana ada masalah aku buat. Tapi kan... Kau rasa kenapa abah ada kat sini?"


Seperti Lily juga, Adam panasaran dengan keberadaan abah mereka di sekolahnya. "Apa kata kau tanya dia nanti?" Adam mula beri idea. Kembarnya mula pandang semacam. "Kau kan rapat dengan abah." sambungnya bersahaja.


Tapi memang betul pun kata Adam. Kembarnya memang rapat dengan abah manakala dia dan Irish pula rapat dengan mama. Mungkin sebab abah dan Lily banyak persamaan. Disebabkan Adam dan Irish ni banyak akal, banyak kerenah, hanya Puan Najah yang boleh layan peel mereka berdua. Tapi kalau perangai menjadi jadi, baru abah masuk campur.


Percayalah abahnya nampak tegas dan menakutkan walaupun tak buat apa apa.


Hampir satu jam menunggu, Adam dah selesai jadi tour guide Lily. Mata mata masih lagi tak lepas dari memandang Lily. Umpama Lily itu alien.


Chill je. Dorang semua jakun jumpa orang biasa biasa.


Dan Lily hanya boleh buat tak tahu saja.



Usai saja makan malam, Lily disuruh untuk masuk ke bilik bacaan. Katanya ada perkara penting. Dengan penuh debaran Lily mengikut jejak Encik Amerudin masuk ke bilik bacaan. Adam hanya perhati kembarnya.


"Mama rasa kenapa ek?"


"Sibuk je Adam ni." bebel Puan Najah. Kadang kadang anak bujangnya boleh tahan menyibuk!


Sementara di bilik bacaan, Lily hanya membisu. Di atas meja kerja abah ada uniform sekolah serta sekeping kertas. Matanya mula mengimbas uniform sekolah tersebut. Serupa seperti uniform sekolah Adam. Oh wait! Ada name tag nama Lily Sofia.


Eh?


Wajah Encik Amerudin dipandang seakan tidak percaya. Harapnya bukanlah apa yang difikirnya.


"You're gonna go to the same school with Adam."


Satu ayat saja sudah cukup buat Lily terbungkam. Encik Amerudin perasan wajah mendung anaknya, tetapi hanya dibiarkan saja. "Ni uniform Lily. Dekat kertas ni ada jadual dengan loker Lily." sambungnya.


Kalau Lily dah terkejut, Adam di luar bilik bacaan apatah lagi. Tak pernah terlintas untuk satu sekolah menengah dengan Lily.


Lily lihat abahnya sudah kembali ralit dengan dokumen kerja. Nafas ditarik sedalam yang mungkin sebelum dihembus perlahan. "Tapi Lily tinggal lagi setahun je abah."


"Masuk Adam." serta merta Lily menoleh pada pintu. Lambat lambat muncul Adam sambil menggaru kepala.


"There will be no bargaining, Lily Sofia." ujarnya lembut tapi tegas. Kedua dua anaknya dipandang silih berganti, 

"Abah dengan mama kena pergi France dengan London. Dua bulan. Since Irish kat MRSM, we both decide for you to stay at VHS. Adam pulak boleh stay kat rumah. If you're up to something, you know the consequences right?"


Tersedak si Adam bila abah bagi warning macam tu, "Tak. Tak. Along tak buat kerja gila." tersangkut sangkut Adam menjawab.


Raut wajah Lily suram. Risau sebenarnya bila dia kena pindah tempat baru. Nak nak lagi sekolah elit. Sudahlah tadi dia datang melawat, dah dipandang semacam. Masuk asrama? Fuh, ni first time dia kena tidur selain rumah! Boleh ke dia survive? Buatnya nanti kena buli macam mana?


Laju saja Adam menyiku Lily di sebelah, serentak mematikan segala kerunsingan di fikiran. "Dude, berhenti over thinking boleh tak? Sakit doo kepala aku bila dengar kau punya over thinking." bebel Adam. Tapi apa yang dirisaukan Lily sebenarnya masuk akal. Dia sendiri tahu budak budak sekolahnya macam mana. Harap kembarnya punya daya tahan tinggi jelah.


"Both of you may go out now."


Tanpa menunggu lama Adam bangkit dan meninggalkan Lily yang masih lagi tak berganjak dari tempat duduk. Dia malas nak tunggu jadinya dia ambil keputusan untuk keluar. Baik dia siapkan kerja sekolah, sudahlah esok kena hantar!


Sudah lima minit berlalu, Lily masih lagi di situ. Encik Amerudin angkat pandangannya dari dokumen. Dia hanya tersenyum. "Build your own confidence, Lily Sofia. Step outside of your comfort zone. Tak ada apa yang akan berlaku. Kalau ada pun, you will fight. Because I know you can."


Dengar saja kata kata abah, Lily hanya mengangguk dan senyum nipis. Kalau abah dah percayakan dia, takkan dia tak boleh percaya diri sendiri kan? Uniform dan kertas jadualnya diambil sebelum dia melangkah keluar dari bilik bacaan.



"Cepatlah Lily! Grab dah sampai ni woi!" laung Adam geram. Lama betul dia kena tunggu seketul Lily Sofia. Sampaikan grab dah sampai pun batang hidung Lily masih lagi tak muncul.


Pebenda yang kau buat lama sangat?!


Tak lama kemudian Lily mula muncul siap berpakaian seperti seorang Victorian. Mungkin sebab dah biasa nampak Lily pakai baju sekolah biasa, jadi Adam hanya pandang Lily pelik. Yalah tak sangka dia dengan Lily satu sekolah.


Tapi apa apalah. Lengan Lily dicapai dan ditarik untuk masuk dalam kereta. Harapnya mereka berdua tak lambat hari ni.


Sebelum kenderaan yang dinaiki mereka masuk ke pekarangan sekolah, Lily menyuruh driver Grab berhenti di luar. Tahulah Adam yang kembarnya tidak mahu ada sebarang perhatian.


"Tapi kita senyap pasal ni tau."


Wajah serius Lily dipandang. Lambat lambat dia hanya mengangguk. Iyakan saja permintaan Lily. "As you wish, Lil."


Mereka mula berpisah destinasi sebaik saja tiba di Cerulean Cover. Lily perhatikan Adam yang sudah pergi ke lokernya. Sama seperti Lily, dia mula mencari lokernya.


Kalau ikutkan, loker untuk pelajar menengah atasan terteletak di bahagian utara. Tapi disebabkan kesemua loker di situ sudah penuh, loker Lily ditempatkan di bahagian pelajar form six.


Dia perasan ada mata memandang, sama seperti semalam. Biasalah pelajar baru selalunya jadi perhatian satu sekolah. Nak nak lagi kalau masuk semester kedua sekolah. Lagi boleh cam siapa budak baru.


Buka saja loker, buku akademik sudah tersedia. Lily agak jakun sebab ni kira first time dia ada loker dekat sekolah. Macam wah tak payah bawa buku balik.


Beberapa buku teks dan buku tulis diambil lalu dimasukkan dalam beg. Loker ditutup dan dikunci. Selesai saja dia mengunci loker, Lily perasan di sebelah kirinya ada seorang lelaki. Tak ambil endah dengan kewujudan lelaki itu, Lily terus gerak mencari kelibat Adam.


Jom aku tunjuk kelas kau kat mana


Berguna betul ada kuasa telepati dengan kembar, tak perlulah dia menempel dengan Adam untuk cari kelas di mana. Karang tak pasal pasal orang pandangnya pelik lagi. Kalau boleh dia tak mahu dikenali di sini. Lagipun orang dah cop dirinya sebagai budak biasa biasa. Jadi biarlah macam tu.



"This is your new classmate, Lily Sofia." tutur Madam Maya sewaktu memperkenalkan pelajar baru di kelasnya.

Lily hanya senyum rata rata budak kelasnya beri pandangan, 'Dude, I don't give a single damn about you. '


Tanpa membuang masa, disuruhnya Lily untuk ambil tempatnya di tepi tingkap. Buku matematik dikeluarkan. Belum apa apa lagi, dia terdengar suara Adam.


Selamat berjuang di tempat baru! Harap kau tak mati. Heh


Lily mengeluh perlahan. Sangatlah bermakna kata kata yang didengarnya. Siapa kata ada kembar ni best? Lagi huru hara kalau ada kuasa telepati. Paling tak best dengan telepati ni, Adam boleh sesuka hati dengar apa yang difikirnya sedangkan dia langsung tak boleh nak ceroboh fikiran Adam. Macam ada satu dinding tebal yang menghalangnya.


It's not my fault that I can hear your thoughts Lily.


Baru je cakap tadi!



Am berjalan melewati block menengah rendah. Kalau diikutkan hati, tak adanya dia nak menapak ke sini. Tapi disebabkan tadi dia baru bertembung dengan Sir Jeremy, tak pasal pasal dia disuruh untuk menghantar buku latihan di kelas 4 Wales. Nak tak nak dia kena hantar jugak. Tulah merayap sesuka hati kan dah mendapat!


4 Wales.


Dari luar kelas je dah betapa sudah riuh. Masuk kelas? Lagilah bising. Am main masuk saja dan letak buku buku tersebut di atas meja guru. Kerusi cikgu ditarik dan tanpa segan silu dia duduk. Wow. Ni satu satunya kelas yang tersangatlah tak ambil peduli pasal sekelilingnya. Agaknya kalau bunyi loceng kebakaran, mati budak budak ni. Yalah kalau dah gini gayanya, silap hari bulan sedar ada api pun dah terlambat nak selamatkan diri.


Diperhati ada beberapa kelompok. Masing masing asyik berborak sampaikan tak perasan ada senior kat depan kelas. Entah apa yang diborakkan mereka semua, Am malas nak ambil tahu. Matanya kemudian beralih pada budak perempuan yang melangkah masuk.


Baru sebelah kaki dah menapak masuk, ada yang membaling kek ke arahnya. Tak sempat untuk Am lihat siapa pelakunya, budak perempuan tadi habis kena makan dengan kek. Seisi kelas ketawa dengan insiden yang berlaku. Riak wajah Am mula berubah dengan suasana yang terjadi. Budak perempuan tadi cuma senyum saja. Sapu tangan dikeluarkan dan perlahan dia mengelap mukanya.


"Siapa yang baling kek tadi?" jerkah Am. terus hilang tawa semua. Masing masing mula menunduk. Tak berani nak bertentang mata dengan Am. barangkali mereka semua baru perasan ada senior dalam kelas mereka.


Satu demi satu budak dipandang bengis. "Dasar pengecut." suaranya tegas. Am kembali memandang pelajar perempuan di pintu. Name tag yang comot dibaca. Lily Sofia."Kau budak, ikut aku."


Gigi diketap perlahan. Melihat muka serius senior dihadapannya buatkan Lily tak berani nak melawan kata. Sudahnya dia ikut saja langkah senior itu.


Am sudah jauh melangkah ke hadapan, namun dia masih dapat menangkap suara yang menyindir budak malang. Karang kalau dia mengamuk lagi, kecoh nanti. Bukan sifat dia nak buang tenaga dengan masalah remeh.


Previous: PROLOG
Next: ADAM

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lee