“Congratulations
on your doctoral degree!”bunyi email yang ku terima dari
pihak Queensland University of Technology.
Aku perlu pulang Ke
Tanah Ratu.Kepulanganku bukan untuk bermukim sekali lagi. Kepulanganku tidak
bersama seluruh keluarga. Komitmen kerja dan persekolahan anak-anak menjadi
faktor penghalang. Disamping kos penerbangan, penginapan dan lainnya adalah
faktor utama Aku perlu pulang untuk majlis Konvokesyen yang dijadualkan pada 12
December 2012. Konvokesyen yang diadakan pada musim panas.
Aku pernah
menangguhkan majlis konvokesyen yang telah diadakan pada musim sejuk, pada bulan
julai sebelumnya. Menghadiri majlis konvokesyen adalah sesuatu yg amat
diidamkan sebagai pelajar. Apatah lagi dilangsungkan di luar negara. Ijazah
akan dianugerahkan dengan penuh gilang gemilang, satu anugerah yg menandakan
sebuah kejayaan.
Sebenarnya aku boleh
memilih untuk hadir majlis konvokesyen yg bakal diadakan bagi pelajar QUt dari Asia
tenggara. Biasanya diadakan di Singapura atau Kuala Lumpur. Tapi bagiku
menghadiri majlis konvokesyen yg dilangsungkan di Queensland Art Theater lebih penuh makna. 10 Disember 2012, aku
mengunjungi bumi Tanah Ratu, tempat aku bermukim selama lebih dari empat tahun.
Menjalani kehidupan
susah senang di bumi asing. Kisah suka duka yang membuatkan aku kental
menghadapi dugaan dan rintangan, dengan sokongan padu dari isteri dan anak-anak
tersayang. Mereka sebenarnya turut berjuang hidup di bumi asing.
Menjalani suasana
persekolahan, bersaing dalam pelajaran dengan pelajar yang datang dari berbagai
sudut dunia. Disamping rakyat Australia sendiri. Bersama anak lelakiku Syauqi,
aku kembali ke tanah ratu. Perjalanan yg kelihatan lancar pada mulanya nampak
bermasalah. Visa pelawat yg dipohon secara online
terdapat kesilapan kecil. Visa yang diluluskan terdapat kesilapan nombor
passport antarabangsaku. Aku tidak dibenarkan masuk ke ruangan pelepasan di
LCCT, melalui pesawat Air Asia x yang akan berlepas ke Gold Coast dari KLIA.
Dari Gold Coast aku
telah menyewa kereta dengan budget rental bergerak ke Brisbane yg terletak
sejauh 98 km dari LCCT Gold Coast.Aku bernasib baik masih ada rakan di tanah
ratu sudi menumpangkan kami dua beranak untuk tempoh selama 2 malam. Pihak
imigresn Australia yang ditempatkan di LCCT, tidak memberi kelulusan masuk ke Australia.
Begitu ketat kawalan
yg dilakukan oleh pihak berkuasa Australia hingga menempatkan Pegawai imigresen
di kaunter masuk. Ini kerana kemasukan ke Australia amat memerlukan visa
pelawat yang diluluskan oleh pejabat Imigresen Australia di Kuala Lumpur.
Permohonan visa pelawat boleh dibuat secara online, Sebanyak Aud20 bayaran dikenakan
bagi setiap orang yang mengemukakan permohonan. Setelah hampir 30 Minit serta
atas pertolongan petugas Air Asia barulah aku diberi kebenaran masuk.
Pengubahsuaian dilakukan
pada rekod visaku. Aku bersyukur. Hanya kekurangan satu digit pada rekod nombor
passport antarabangsa menyebabkan sistem Imigresen Australia menolak dan aku
tidak dibenarkan masuk dan seterusnya berlepas dengan penerbangan Air Asia ke
Gold Coast
**.
"You, will be the first, kata pendaftar kepadaku
setelah siap menyusun atur kedudukan kami di dalam dewan. Kemudiannya kami
diarahkan masuk Ke dewan mengikut susunaN. Perarakan masuk graduan dijalankan.
Masuk ke Dewan dengan iringan muzik dan semua hadirin berdiri hormat.
Semua mengambil
tempat dan diakhiri dengan perarakan masuk pelajar ijazah pertama. Kelihatan pendaftar
memulakan ucapan dan mengalukan kehadiran chancellor.
"With the power given to me by the senate. I
confIrmed that all candidate for this morning ceremony are conffered to the
degree as stated in the ceremony booklet,” pendaftar memulakan upacara.
Seterusnya Chancellor
Peter Coaldrake memberi ucapan aluan dan diikuti dengan ucapan professor dari Fakulti
Sains dan Kejuruteraan, Peter Rosemann.
"Chancellor, the
first candidate for this ceremony is Mr. Mohd Afandi Md Amin,” dengan
pengumuman dari pendaftar aku melangkah naik ke pentas. Bersalaman dengan Chancellor. Seterusnya graduation citation dibacakan.

Aku menjadi orang
pertama naik ke atas pentas menerima ijazah. Kemudian aku diperkenalkan kepada
chancellor para hadirin. Pendaftar membaca 'gaduation citation' secara ringkas.
Graduation citation adalah ringkasan mengenai penyelidikan yang dijalankan oleh seorang
pelajar kedoktoran. Ianya perlu disediakan dalam 150 patah perkataan dan
memerlukan kelulusan penyelia utama kajian.
Semasa ijazah
dipersembahkan graduation citation
dibaca secara ringkas kerana catatan penuh telah dimasukkan di dalam buku
cenderamata di majlis konvokesyen yg telah diedarkan pada semua tetamu. Menjadi
orang pertama naik ke pentas memang mendebarkan