Saiz Queensland yang
berpuluh ganda Malaysia juga tidaklah menggusarkan kami, jika berdasarkan
bahawa Queensland adalah "negeri gergasi" bagi benua Australia.
Queensland adalah pengeluar arangbatu utama dunia, banjir menyebabkan kerugian
kira-kira AUD2.4 billion (kira-kira RM7.2 bilion) bagi Industri arangbatu.
Arangbatu banyak digunakan bagi industri janakuasa elektrik, kesan kenaikan
harga dijangka akan dihadapi oleh negara-negara pengimport arangbatu dari
Queensland, untuk janakuasa elektrik. hal ini mungkin memberi kesan kepada
tariff elektrik pada sesetengah negara yang mengimport arangbatu untuk
janakuasa elektrik.
Akhirnya
menenggelamkan 75% Queensland dengan ditambah banjir dari hujan lebat dari
Wilayah Towoomba dan Ipswich. Siapa sangka genap hari ke 8 dari bermulanya
banjir yang menenggelamkan Bundaberg, Rockhampton dan Gympie. Kotaraya Brisbane
yang canggih lengkap kemudahan turut ditenggelami air. Paras Brisbane River
cepat meningkat dalam beberapa jam melepasi paras bahaya banjir besar pada
tahun 1974. Banjir di bahagian utara membawa Inland Tsunami di Towoomba,
manakala 1/3 Daerah Ipswich ditenggelami air.
Amaran melalui berita
TV dikeluarkan dari masa ke semasa berhubung dengan kemungkinan berlakunya
banjir yang dikatakan bakal meningkatkan lebh daripada 20% paras air Brisbane
River. Manakala siaran berita TV kerap memaparkan 'inland tsunami' yang berlaku
di wilayah Toowoomba, di mana kereta yang tiba-tiba dijalanraya dihanyutkan
oleh arus deras yang melanda ekoran hujan lebat dan banjir.
Seorang ibu kelihatan
hanya sempat berteriak dan melambai-lambai anak lelakinya yang berada di dalam
kereta yang sedang dibawa arus deras, sementara itu beberapa kenderaan juga
kelihatan dihanyutkan oleh air dan arus deras serentak dengan kereta yang
mengandungi kanak-kanak lelaki dan dihanyutkan dibawa arus.
Selain daripada itu
pesanan yang diterima melalui SMS dari Brisbane Times juga amat menggusarkan,
ditambah lagi dengan kemaskini status rakan-rakan di suburb yang lain yang
bimbang dengan keadaan cuaca di laman Facebook masing-masing. Hujan masih turun
mencurah-curah. Langit 19 Januari 2011 di Tennyson kelihatan gelap dan suram.
Jiran-jiran sudah mula sibuk memunggah barang-barang.
Lori-lori kelihatan di sana sini bahkan
terdapat jiran-jiran yang telah mula bersedia dengan bot laju. Oleh kerana
kawasan kediaman kami yang terletak di dalam suburb Tennyson berhampiran dengan
Brisbane River, tidak hairanlah jika bot laju menjadi sebahagian keperluan bagi
penduduk di sini.
Biasanya pada hujung
minggu, jiran-jiran yang memilik bot akan keluar bercuti dengan menarik bot
mereka dengan kenderaan masing-masing ke kawasan pantai dan sungai, sebagai
aktiviti riadah dihujung minggu. Bunyi punggah memunggah dan lori yang berhenti
tidak putus-putus. Hujan masih lebat. Kami sekeluarga bimbang begitu juga
dengan saudara-mara ditanahair. Pada waktu tengahari 19 Januari, kami masih
sempat ke pasaraya Woolworth yang terletak sejauh 15 km dari rumah kediaman
untuk mendapatkan barang-barang keperluan dan makanan, yang dijangkakan akan
sukar apabila banjir melanda.
Dalam perjalan ke
pasaraya berkenaan kami masih sempat singgah dan meletakkan kereta berdekatan
Brisbane River dari arah Tennyson Playground, untuk melihat paras air. Selain
kami, kelihatan ramai yang berpayung turut serta melihat paras air Brisbane
River. Dalam perjalanan melalui Indooropilly Road, suasana kelamkabut turut
kelihatan di suburb berdekatan.
Kawasan yang kami
lalui semuanya sepanjang Brisbane River dan jarak sungai berkenaan dengan
kawasan rumah amatlah dekat. Sesampainya di pasaraya Woolworth yang terletak di
Suburb Corinda, kelihatan orang ramai sudah berpusu-pusu masuk dan mendapatkan
bekalan keperluan. Masing-masing sibuk mencari dan mendapatkan keperluan
seperti susu, roti dll.
Orang ramai beratur
panjang untuk membayar, masing-masing sibuk menceritakan keadaan cuaca semasa.
Ada yang berbual mengenai paras air dan kemungkinan banjir, termasuklah arahan
berpindah. Sekembalinya kami di rumah kediaman, kami sekeluarga sibuk mengemas
barang-barang dan meletakkan perkakas dan peralatan elektrik di tempat yang
setinggi mungkin. Semua telah dikemaskan. Rakan-rakan yang tinggal di suburb
yang lain turun menyarankan kami berpindah dengan segera, termasuk jiran
sebelah rumah Mrs. Margaret turut berpesan supaya berpindah segera ke tempat
selamat. Katanya banjir yang bakal melanda adalah jauh lebih buruk, daripada
apa yang beliau alami sejak tahun 1974.
“We
really needs god help at this momment, we pray for safety from any disaster,
you have a little baby,” kata Mrs. Margaret.
Wanita Australia yang dilahirkan di
England ini amat ramah, beliau dan suaminya selalu bertanya khabar keluarga
kami sejak kami mula tinggal di Tennyson. Beliau adalah seorang yang aktif
menjalankan kerja-kerja amal di gereja, begitu juga suaminya.
Bagaimanapun beliau menghormati kami
sekeluarga, walaupun kami adalah muslim tunggal di Tennyson. Ini kerana ramai
pelajar-pelajar Malaysia lebih tertumpu di Sub-bandar St. Lucia, Yeronga dan
Fairfield. Sepanjang kami di sini, beliau tidak pernah menjalankan dakwah
ugamanya.
Saudara zarizi yang tinggal di sub-bandar Oxley, turut mempelawa kami berpindah ke kediamannya yang terletak jauh
dari Tennyson dan kemungkinan tidak menghadapi masalah banjir yang bakal
melanda. Zarizi datang ke Brisbane menemani isterinya Mariam, yang mengikuti
pengajian Ph.D di Universiti of Queensland. Mereka datang setelah sebulan kami
berada di Brisbane dan tinggal berjauhan dari komuniti pelajar malaysia,
seperti juga kami. Segalanya telah siap sedia, barang-barang telah dikemaskan
di dalam rumah. Pada petang 19 Januari, kami berserah kepada Tuhan tentang apa
yang bakal belaku. Ikhtiar telah dilakukan, doa dipanjatkan ke hadrat Allah
supaya semuanya selamat dari bencana yang bakal menimpa.
Bacaan Surah Yaasin mengakhiri
saat-saat akhir kami bersedia untuk bergerak meninggalkan rumah kediaman.
Perasaan bimbang masih juga melanda kerana Brisbane River terletak di bahagian
belakang rumah, ianya hanya dipisahkan dengan kawsan kediaman dan bonjolan
memanjang bukit kecil sepanjang King Arthur Terrace.
Nama-nama jalan di Tennyson adalah
mengambil nama epik Inggeris yang terkenal iaitu King Arthur, oleh itu nama
watak dalam epik tersebut seperti Merlin, Camelot, Lancelot dll diabadikan pada
nama jalan di Sub-bandar Tennyson. Watak-watak tersebut juga muncul dalam siri
“Merlin' yang dimainkan di saluran 7 TV Australia, ketika itu. Pada jam 6.30
malam, kami mula bergerak ke Acacia Ridge.
Kelihatan jiran kami Mrs. Sharon dan
Mr. Jepp masih menikmati makan malam dan tidak kelihatan akan berpindah.
Perjalanan di teruskan melalui Corinda dan kelihatan suasana kelam-kabut
sepanjang jalan. Akhirnya kami sampai dengan selamat ke rumah Zarizi, walaupun
terpaksa melencong ke berbagai jalan untuk mengelak kawasan yang mula dinaiki
air. Kami bermalam dengan selamatnya. Hujan masih terus mencurah, kaki langit
tidak kelihatan, guruh dan kilat sering kedengaran.
Kawasan kejiranan kelihatan sibuk
dengan punggah-memunggah, bunyi lori dan lain-lain kenderaan serta penduduk
yang siap sedia berkemas untuk berpindah kelihatan pada waktu pagi 20 Januari.
Kami keluar ke jalanraya berhampiran, kelihatan banjir telah mula melanda Sub-bandar
ini. Beberapa buah kereta kelihatan mula ditenggelami air hampir paras bumbung
di sebuah stesen minyak.
Kawasan jalanraya seolah-olah seperti
sungai dan bersambung dipenuhi banjir yang mula bergerak deras dan paras air
kelihatan begitu cepat meningkat dan menenggelamkan beberapa kenderaan. Ketika
itu kawasan rumah zarizi masih lagi selamat, bagaimanapun jalan-jalan di
sekitarnya mula dipenuhi air. Kami mengambil keputusan untuk bergerak keluar
dari Acacia Ridge sebelum jalan-jalan tidak dapat dihubungi kerana banjir.
Kami perlu keluar segera sebelum banjir
besar melanda. Rakan-rakan yang tinggal di Sub-bandar lain turut menghubungi
dan bertanya khabar dan ada yang turut menawarkan rumah mereka sebagai tempat
berteduh. Pada petang itu kami melepasi Acacia Ridge dan mencari perlindungan
di Eight Miles Plain yang terletak berpuluh km dari tempat banjir.
Kawasan ini tidak ditenggelami banjir
walaupun lebih 80% dari Queensland tenggelam.Syukur masih ada tempat selamat.
Penduduk kawasan ini nampaknya tidak mengambil kisah tentang apa yang berlaku
di CBD Brisbane ketika itu. Di sini kami menumpang rumah saudara Yusof. Yusof
juga dikenali sebagai Yusof Singapore kerana berasal dari Singapura. Beliau
telah bermastautin di Brisbane, kirakira 7 tahun dan akhirnya mendapat taraf
permastautin tetap (PR) Australia.
Beliau tinggal bersama isteri dan 3
orang anak perempuan. Kmai dapat melupakan sebentar apa yang berlaku sepanjang
dua hari lalu. Di sini kami tinggal selama 3 hari 2 malam. Ketika itu TV
sentiasa melaporkan keadaan banjir, ada laporan mengenai Indooropilly etc. Sub-bandar
tempat kami tinggal tenggelam dan begitu juga dengan Corinda.
Kami lihat Tennyson telah tenggelam
begitu juga susana kejiranan di Corinda, Indooroopilly etc, semuanya hampir di
paras bumbung. kelihatan sebuah kapal layar hancur tersangkut di jambatan yang
merentangi Indooropilly River, begitu juga dengan Brisbane. semuanya hampir
lumpuh dengan banjir yang datang bersama selut kehitaman. Pada hari kedua di
rumah yusof singapore, kami cuba kembali ke rumah kediaman yang ditinggalkan
kerana berita TV melaporkan bahawa air telah mulai surut di Sub-bandar
tertentu.
Sepanjang perjalanan di dapati kawasan
yang dilanda banjir yang mulai surut kelihatan seperti kolam tasik yang luas.
Kenderaan bersesaksesak membawa bantuan dan peralatan. Kami sampai di Tennyson
tetapi tidak boleh masuk kerana air masih melimpah dan menenggelamkan rumah.
Sungguh dahsyat banjir yang melanda.
Dari berita dilaporkan beberapa rumah
rakan rakan di Fairfield telah ditenggelami air hingga hampir tenggelam,
pasaraya Fairfield Garden juga hampir tenggelam di mana penanda aras jalan juga
hampir tenggelam. 6 bulan diambil bagi memulihkan Fgarden. 27 buah jeti Feri
rosak dan QUT lumpuh di Margaret St kerana kerosakan janakuasa. Kami melewati
kawasan belakang rumah melalui King Arthur Terrace dan melompat pagar melalui
rumah Mr. Eric. Kawsan hadapan rumah tenggelam begitu juga jiranjiran semuanya
tenggelam.
Di Camelot St, kami selamat air hanya
mencecah lantai. Rumah seperti rumah Malaysia yang berkedudukan 3 kaki dari
tanah terselamat kerana, banjir tidak melanda dengan teruk disebabkan adanya
jalan berbukit di King Arthur Terrace. Setibanya kami di bahagian belakang
rumah alangkah gembiranya kami kerana tiada sebarang tanda-tanda air di kws,
belakang rumah. Lalu dengan mudah melalui backyard masuk melalui pintu
belakang.
Bersyukur. Apablia masuk ke dalam
rumah, kelihatan mellalui jendela rumah2 jiran masih tenggelam dan ada yang
masih berkayak di Vivian St. dan Camelot St. Sebahagian air masih berada di
bahagian hadapan rumah oleh kerana bhgi belakang yang menghala ke King Arthur
Terrace agak tinggi dan bahagian hadapan rumah yang menghala ke Camelot St agak
landai, hanya sebahgaian sahaja kawsan rumah ditenggelami air. Kelihatan jiran
sibuk dan mula membersihkan rumah.
Alangkah baiknya hati Mr. Mrs Allen
yang telah membersihkan kawasan tepi rumah sebelum kami tiba, kelihatan tiada
sebarang selut. Mr & Mrs Allen kelihatan tabah walaupun 3 buah rumah
anaknya ditenggelami banjir di paras bumbung di sub-bandar Corinda dan Chelmer.
Fendi Ameen setelah selesai mengambil apa yang patut kami terus beredar
meninggalkan kws. rumah berjalan kaki kira2 10 km ke tempat kereta ditinggalkan
berhampiran Tennyson Golf Club.
Perjalanan diteruskan, melewati Fairfiled Road
menghala ke Brisbane Market dan Indooropilly yang masih ditenggelami air,
sebagaian dari kawasan hanya kelihatan bumbung rumah sahaja. begitu juga dengan
kawsan Tennis Queensland yang menjadi laluan pantas dari Tennyson ke fairfield
Road juga masih ditenggelami air. Jalan ke Brisbane Market terputus, kenderaan
bersesak-sesak dan ramai yang terpaksa meredah pembahagi jalan untuk keluar
dari kawsan yang ditenggelami air.
Kelihatan rumah yang dihuni oleh pendatang
dari Afrika di Palomar Rd dan Mollabin Crest juga kelihatan tenggelam dan hanya
menampakkan bumbung rumah. Kami meneruskan perjalanan melalui Mooroka dan
seterusnay kembali ke rumah saudara Yusof Singapore. Keesokan harinya kami
sekeluarga kembali ke Tennyson setelah yakin bahawa air telah surut. dari
laporan berita TV, dilaporkan bahawa paras air telah mula surat di kawasan-kawasan
yang teruk dilanda banjir pada hari ke tiga. Ketika sampai kws banjir di
sepanjnag perjalanan ke rumah kediaman di Tennyson seumpama medan perang.
Di sana-sini terdapat kawalan tentera
yang lengkap bersenjata dan kelengkapan kenderaan. Tentera buat pertama kali
kelihatan di segenap ceruk rantau Brisbane CBD mengawal keselamatan penduduk,
pekerja sukarela bantuan dan pergerakan orang-orang di kawasan bencana.
Sebelumnya tentera Australia hanya kelihatan ketika sambutan ANZAC Day yang
biasanya akan membuat perarakan dan kawad kehormatan di sekitar Brisbane City
terutamanya ANZAC square.
Benar air telah surut apabila kami
melewati Palomar Road dan akhirnya melepasi The Brisbane Golf Club melalui King
Arthur Terrace, Vivian St dan akhirnya ke Camelot St. Di sana-sini
beratus-ratus pekerja bantuan sukarela telah mula bergerak dan melakukan kerja
pembersihan di rumah-rumah kediaman yang dilanda bencana. Mereka dikatakan
datang dari seluruh Australia, ada yang mewakili badan-badan amal, syarikat
swasta dan ada yang datang secara persendirian. Akhbar melaporkan berpuluh
beribu pekerja bantuan telah mendaftar untuk memberi bantuan sukarela kepada
penduduk yang ditimpa bencana.
Pada 16 Januari 2011, ABC News melaporkan
bahawa "Queues of willing volunteers stretched for more than a kilometre
at assembly points across Brisbane today", bagi melakukan kerjakerja
proses pemulihan akibat banjir (floods recovering process).
Manakala berita yang disiarkan melalui
Courier News pada 15 Januari pula melaporkan "By early this morning, 7000
volunteers had flowed in to Brisbane City Council's four volunteer centres to
head to some of the worst hit centres. By this afternoon, the number of
volunteers was around 11,500".
Betapa teruknya bencana yang menimpa
Brisbane terjawab apabila Community Queensland pada siaran beritanya pada 13
Januari 2011, memetik kata-kata Datuk Bandar Brisbane bahawa
"Make no mistake, Brisbane is experiencing its greatest natural crisis
in over a hundred years. Unlike the flood in 1974, the existence of the
Wivenhoe Dam has helped absorb the vast majority of the floodwaters. If not for
Wivenhoe we would have faced flooding the likes of which we cannot comprehend.
As I write this the flood is peaking at around 4.2 meters. At 4am this morning,
the peak measured 4.46 metres. Although it was less than the 1974 flood, almost
12,000 residential properties and 2,500 commercial properties were flooded. The
damage bill is enormous and tomorrow Brisbane will begin the massive clean-up
operation and we need your support. The Brisbane sub-bandars worst impacted by
the flooding include: Brisbane City, St Lucia, West End, Rocklea, Graceville,
Chelmer, Oxley, Fairfield, Toowong, South Brisbane, New Farm, Yeronga, Milton,
Sherwood, Jindalee, Tennyson, Auchenflower, Sinnamon Park, Archerfield,
Windsor, Taringa, Westlake, Fig Tree Pocket, Indooroopilly, Newstead, Sumner,
Bulimba, Corinda, Coopers Plains, Albion, Norman Park, Paddington, Kenmore,
East Brisbane, Coorparoo, Bellbowrie, Yeerongpilly, Riverhills, Woolloongabba,
Seventeen Mile Rocks, Hawthorne, Darra, Moorooka, Bowen Hills, Pinkenba, Middle
Park, Balmoral, Kangaroo Point, Mount Ommaney, Hamilton, Acacia Ridge, Highgate
Hill, Willawong, Anstead, Jamboree Heights, Fortitude Valley, Salisbury,
Hemmant, Greenslopes, Wacol, Chapel Hill, Herston, Brookfield, Pinjarra Hills,
Karana Downs, Durack and Pullenvale."
Bekalan elektrik terputus selama hampir
seminggu. Semua keperluan memasak menggunakan dapur yang biasa digunakan untuk
berkemah, yang boleh memuatkan gas memasak di dalam tabung kecil. Rumah-rumah
kediaman di Brisbane biasanya menggunakan dapur elektrik atau gas. Gas
disalurkan secara terus oleh pihak pembekal seperti Origin Energy yang
menyalurkan gas kepada lebih 3 juta pengguna turut terjejas akibat bencana yang
melanda. Kami bergelap selama hampir 11 hari dengan ditemani cahaya lilin.
Suasana sekitar kejiranan juga gelap, seolah-olah kembali ke zaman tanpa
bekalan elektrik. Untuk memasak kami menggunakan sejenis dapur yang dikuasakan
dengan gas butane, yang biasa digunakan untuk perkemahan pengakap.
Sebuah pusat penempatan banjir dibuka
dengan serta-merta di Yeronga State School. Semua lapisan masyarakat tanpa
mengira warna kulit dan ugama bersama-sama menyiapkan pusat penempatan dan
bantuan. Bantuan dari berbagai pihak mula tiba di pusat itu. Segala jenis
makanan dan peralatan, pakaian, mainan bayi dan keperluan rumah ditempatkan di
situ untuk mangsa banjir. Mangsa banjir perlu pergi ke pusat itu dan boleh
mengambil apa sahaja barang keperluanyang ada yang diletakkan dalamsatu
kawasan tanpa dikawal dengan ketat.


Makanan ruji masyarakat Australia
seperti susu, cheese dan roti termasuk roti untuk kebab yang disukai oleh
orang-orang Afghanistan dan Afrika juga tersedia. Barang-barang keperluan
harian, barangan bayi juga turut tersedia.
Makanan ruji masyarakat Australia
seperti susu, cheese dan roti termasuk roti untuk kebab yang disukai oleh
orang-orang Afghanistan dan Afrika juga tersedia. Barang-barang keperluan
harian, barangan bayi juga turut tersedia.
“You
need more,” sapa seorang petugas di tempat penyediaan bantuan dan keperluan
itu kepadaku. Dia melihat aku hanya mengambil sebungkus roti yang tersedia
serta sebotol susu segar. Roti dan susu segar disediakan oleh syarikat
pengeluar susu dan roti yang biasanya menyediakannya untuk pasaran di
pasaraya-pasaraya utama seluruh Brisbane dan Australia. Sana-sini kelihatan lori-lori
pengangkut susu dan roti dipakir dan ada pekerja-pekerja yang sedang
mengagihkan bekalan di pusat itu. Mangsa-mangsa banjir juga hanya mengambil untuk
bekalan setakat yang perlu. Mereka cukup berdisiplin.
“I
only need more milk. These for my neighbour. They have suffered more than me,”
aku memaklumkan kepada petugas untuk mendapatkan lebih bekalan susu segar. Susu
itu kemudiannya kaan diberikan kepada Mrs. Margaret dan Mr. Allen. Mereka tidak
datang ke pusat bantuan kerana dua buah rumah anak mereka ditenggelami banjir
di Corinda. Tiada apa-apa yang boleh diselamatkan lagi.
“These for you, “kataku menghulurkan
beberapa botol susu segar dan bungkusan roti kepada Mrs. Margaret. Dia
sekeluarga kelihatan bersedih, anak-anak cucunya juga kelihatan diam. Tiada
suasana riang di situ.
Tidak berhenti-henti Mrs. Magaret
mengucapkan terima kasih atas sedikit bekalan makanan yang aku bawa kepada
mereka. Begitu juga dengan keluarganya. Pun begitu dia tetap menawarkan
kepadaku susu dan roti, dia meminta aku mengambilnya. Aku menolaknya dan
berkata “You need more than me, we only need rice. Milk and bread is for you.”
Susu dan roti bukanlah makanan ruji
bagi kita orang Asia, berbeza dengan masyarakat Inggeris yang menjadi ruji yang
wajib bagi mereka. Kita lebih memerlukan beras dan nasi. Tambahan pula anak
kelahiran Kedah, Negeri Jelapang Padi.Tiada bekalan beras disediakan di pusat
bantuan. Bagaimanapun nasib baik bekalan beras di rumahku masih mencukupi untuk
dua-tiga minggu lagi. Ini kerana sebelum banjir melanda kami telah pun membeli
bekalan dan lain-lain keperluan termasuk beras. Hanya orang Asia seperti
Vietnam, Thailand dan Malaysia sahaja akan membeli beras yang dijual dalam
karung seberat 10 kilogram.
Masyarakat Inggeris hanya membeli beras
dari jenis beras perang atau “Brown Rice” dalam paket-paket 500 gram dan 1
kilogram. Stok beras dari jenis “long grain rice” di pasaraya akan habis
diborong oleh masyarakat Asia, khususnya dari negara-negara ASEAN. Jika kita
membawa sekarung beras seberat 10 kilogram dan bertemu dengan orang Vietnam
yang membawa sekarung atau dua karung beras yang sama , itu adalah perkara
biasa. Lain pula jika bertemu dengan masyarakat Inggeris, mereka akan tersenyum
dan kadang-kadang kanak-kanak Inggeris akan hairan dan berkata “Why you take a lot. It is not good for you?”
Itu adalah lumrah kehidupan, bak kata pepatah “Lain padang lain belalangnya”.
Kemudian apabila bekalan elektrik
pulih, terpancar di siaran TV pagi petang dan berkali-kali bahawa pentadbiran
Queensland di bawah Anna Bligh
bersetuju untuk memberi bantuan kewangan kepada semua mangsa banjir tidak
mengira samada warganegara Australia atau tidak. Bantuan itu dikenali sebagai
“hardship allowance” kerana ketiadaan bekalan elektrik dan penderitaan akibat
banjir. Syukur dengan keluargaku seramai enam orang, sebanyak AUD850 telah
diberikan oleh kerajaan Queenslandmelalui
pusat bantuan di Yeronga State School.
Bantuan disalurkan dengan pembuktian
melalui passport dan alamat tempat tinggal. Passport mengesahkan bahawa mangsa
adalah pendatang yang sah melalui undang-undang dan alamat tempat tinggal semasa
banjir melanda. Pihak urusetia yang mengendalikan bantuan kewangan telah
disediakan peta berskala yang menunjukkan lokasi kawasan liputan banjir, oleh
Brisbane City Council. Peta itu amat teliti menunjukkan kawasan bencana. Bagi
mangsa yang tinggal di luar kawasan liputan banjir mereka tidak layak diberikan
bantuan bantuan kewangan tersebut.
Hari-hari berikutnya aku turut membantu
jiran-jiran sekitar membersih dan mengangkut barang-barang yang telah rosak dan
ditenggelami banjir. Semua barang-baran yang rosak akan dikumpulkan dan
seterusnya akan diangkut oleh lori-lori sampah Brisbane City Council. Aku tidak
dapat bersama-sama membantu rakan-rakan senegara yang ditenggelami banjir di
Fairfield kerana satu-satunya kenderaan yang ada mengalami kerosakan. Kereta
yang agak lama mengalami masalah pada bateri, baterinya sudah luput hayat dan
perlu diganti. Ketika itu agak sukar untuk mendapatkan bekalan bateri baru
kerana kedai-kedai alatganti masih belum dibuka, semuanya di lokasi yang
ditenggelami banjir.
Kami hanya mendapat maklumat mengenai
rakan-rakan melalui telefon. Rumah saudara Zam di Fairfield ditenggelami air
hampir paras bumbung. Ramai rakan-rakan senegara membantu saudara Zam untuk
memindahkan barangan yang rosak. Petugas-petugas sukarela juga turut sama-sama
membantu. Selepas bencana banjir saudara Zam sekeluarga terpaksa berpindah ke
rumah yang lain di Yeronga kerana rumah sewanya mengelami kerosakan yang agak
teruk. Urusan berpindah juga kemudiannya dibantu oleh rakan-rakan senegara
termasuk ahli-ahli PPMQ.
Sebuah bilik gerakan banjir juga telah
dibuka di Hawken Drive, St. Lucia, berdekatan kampus UQ. Bilik gerakan itu
diketuai oleh saudara Zul Rahim, seorang pelajar Ph.D. dari USM, Kubang Kerian.
Beliau telah menggerakkan pusat bantuan di situ dengan membentuk sebuah
jawatankuasa yang dianggotai oleh AJK PPMQ bagi mengenalpasti keperluan dan
penyaluran bantuan segera kepada mangsa banjir dari kalangan warganegara
Malaysia, selepas banjir surut. Gerakan yang dilakukan amat cepat dan dapat
meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir. Bantuan daripada pejabat
HCM Sydney masih belum tiba. Bagaimanapun bantuan kewangan kepada mangsa banjir
cepat disalurkan oleh pihak HCM Malaysia di Sydney. Ramai mangsa telah diberi
bantuan kewangan mengikut saiz keluarga dan tahap kerosakan.
Aku hanya mendapat panggilan telefon
melalui penasihat latihan JPA di Sydney bertanyakan tentang bencana banjir.
Begitu juga rakan-rakan yang lain. Dua hari selepas daripada tarikh kejadian
banjir beberapa akhbar Malaysia di tanahair melaporkan keadaan pelajar-pelajar
Malaysia yang menderita akibat banjir, tekanan perasaaan, kehilangan harta
benda dan dokumen-dokumen pengenalan,tambahan pula bantuan khusus dari HCM
Sydney masih belum tiba.
Selepas beberapa hari tersiarnya berita
di akhbar Malaysia, tersebar berita pihak HCM Sydney akan datang memberi
bantuan. Bilik gerakan di St. Lucia diminta bersiap-sedia seadanya kerana
rombongan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia beserta penasihat-penasihat
pendidikan serta pegawai-pegawai kedutaan akan datang dan membawa bantuan.
Kami
mangsa-mangsa banjir dan petugas gerakan menunggu dengan sabar rombongan yang
dijanjikan. Akhirnya berita tersebar bahawa PM Dato’ Seri Najib sudah berada di
Melbourne dan dijangka membuat lawatan ke Brisbane, sebelum berlepas balik ke
Kuala Lumpur. Bagaimanapun, berita yang sah adalah sepasukan Putera 1 Malaysia
yang dipimpin oleh Dato’ Abdul Aziz Abdul Rahim, Ketua Putera 1Malaysia akan
turut sama dengan misi bantuan. Pada 24 Januari 2011, Pegawai-pegawai kedutaan
dari HCM Sydney datang berserta Kumpulan Putera 1Malaysia.
Kedatangan
pegawai-pegawai dari HCM Sydney termasuk penasihat-penasihat pendidikan amatlah
dialu-alukan. Banyak masalah pelajar dapat diatasi melalui nasihat dan
rundingan. Penasihat-penasihat pelajar dari KPT, MARA dan hampir semua penaja
turut hadir. Pelajar boleh berbincang mengenai berbagai perkara termasuklah
masalah gangguan pelajaran dan keperluan lanjutan tempoh pengajian yang
terjejas, bantuan-bantuan yang perlu dan seumpamanya. Aku sendiri berbincang
dengan penasihat pendidikan dari Kementerian Pendidikan iaitu Ustaz Mohd Sabri
berhubung lanjutan tempoh pengajian kerana pejabat pasca siswazah yang terletak
di Margaret Street ditutup sehingga empat bulan. Begitu juga dengan lain-lain
masalah yang dihadapi oleh pelajar, mereka juga turut mengemukakan masalah yang
hampir sama.
Penasihat-penasihat
pelajar juga turut mengadakan siri pertemuan dengan pelajar-pelajar dan pihak
university berhubung masalah yang dihadapi akibat banjir. Petemuan-pertemuan
yang diatur dengan bantuan PPMQ amatlah bermanafaat kepada pelajar-pelajar yang
terjejas teruk akibat banjir.
Pada
hari yang dijanjikan itu bilik gerakan dan bangunan serta kawasan sekitarnya
dipenuhi oleh pelajar-pelajar Malaysia yang terjejas akibat banjir. Suasana
semakin sibuk dengan kedatangan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia serta
pegawai-pegawai dari HCM Sydney, serta pasukan Putera 1Malaysia. Bangunan yang
menempatkan bilik gerakan seolah-olah rumah kenduri, dengan penyediaan juadah,
longgokan kotak-kotak misi bantuan yang dilekatkan bendera Malaysia serta
potret Dato’ seri Najib. Petugas-petugas Putera 1Malaysia membahagikan baju T
warna putih berlogo putera 1Malaysia untuk dipakai oleh pengunjung yang datang.
Ramai yang sibuk memakai baju T itu, seolah-olahnya semua adalah ahli pasukan
Putera 1Malaysia.
Sebahagian
daripada pasukan Putera memasang “banner” yang memaparkan kehadiran Putera di
bangunan dan kawasan itu. Majlis dimulai dengan penerangan ringkas mengenai
bilik gerakan dan tahap masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang
terjejas teruk akibat bencana banjir. Taklimat tersebut disampaikan oleh
saudara Zul Rahim dan Megat, dan turut dihadiri oleh beberapa pegawai UQ. Imam
Masjid Buranda turut hadir memberikan sokongan dengan menawarkan hostel di
masjid bagi pelajar-pelajar yang kehilangan tempat tinggal.
Selepas
taklimat ringkas, majlis diteruskan dengan ucapan saudara Zul Rahim, Dato’ Aziz
Rahim dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Dato’ Salman yang berasal
dari kampung Utan Aji, Perlis.
Kapal dagang
Muatan sarat
Bawa penuh
kayu meranti
Datang kami
membawa hajat
Untuk membantu
saudara saudari
Itulah antara baitbait pantun yang
dibacakan melalui ucapan Ketua Putera 1Malaysia, yang diketuai oleh Yg. Bhg.
Dato' Abdul Aziz Rahim. Seramai 67 orang anggota datang atas misi bantuan
kemanusian kepada para pelajar malaysia di Queensland, khasnya Brisbane. Dari
ucapan aluan Dato' Aziz, misi kali ini berbeza kerana bantuan disalurkan ke
negara maju, sebelumnya kumpulan ini telah sampai di Gaza, palestin dan Jepun.
Inilah kali pertama di dunia pertama,
yang sebelumnya hasrat Malaysia menyalur bantuan tidak direstui oleh
Pesuruhjaya tinggi Australia di Kula Lumpur. Pendirian Australia adalah jelas
kerana sebagai negara maju mereka telah menolak bantuan yang ditawarkan oleh
Singapura dan Indonesia.
Mangsa-mangsa banjir kemudiannya
mendapat kotak-kotak berisi bekalan makanan seperti beras, sardine, biskut,
susu tepung, rempah-ratus dan sebagainya yang diedarkan oleh pasukan Putera. Ini
termasuk juga bantuan beberapa helai kain selimut yang diedarkan. Mangsa-mangsa
yang kehilangan barangan dan rumah sewa ditenggelami banjir diberikan bantuan
kewangan serta sebuah netbook bagi setiap satu keluarga. Sungguh terasa amat
terharu kerana sepanjang hidup di Malaysia, majority tidak pernah merasai
suasana bencana banjir yang dahsyat, apatah lagi menerima bantuan bekalan makanan
dan keperluan melalui kotak-kotak bekalan itu.
Pada malamnya pula diadakan majlis
suaikenal di antara pelajar-pelajar Malaysia di Queensland dengan ahli-ahli
Putera. Majlis berjalan lancar dengan suasana harmoni. Seperti biasa juadah
makan malam disediakan oleh pelajar-pelajar secara gotong-royong.
Sesungguhnya, bencana banjir hanya
datang sekejap tetapi kesan bencana tersebut amatlah berpanjangan. Beberapa
pasaraya telah ditutup, perkhidmatan feri City Cat terjejas teruk, perpustakaan
awam turut ditutup. Beberapa suburb yang tersedia pasaraya seperti mati kerana
tidak dapat beroperasi. Suatu tempoh yang lama diperlukan untuk kembali pulih.
Fairfield yang menjadi tempat kami membeli-belah mengambil masa tiga bulan
untuk pulih sepenuhnya dengan pembukaan semula pasaraya Coles dan sebagainya di
Fairfield Garden. Begitu juga keadaannya dengan suburb-suburb yang terjejas
teruk seperti Corinda. Beberapa minggu university ditutup dan
pensyarah-pensyarah hanya meneruskan tugas di rumah.
Kawasan kejiranan semakin hari semakin
lengang kerana ramai yang berpindah ke suburb yang lain, terutamanya kawasan
yang kurang terjejas. Jiran-jiran berpindah, suasana waktu malam kelihatan
sunyi di sana-sini. Di kawasan kediaman kami di Camelot Street hanya beberapa
buah rumah sahaja didiami oleh penduduk yang terdiri daripada tuan punya rumah.
Kebanyakkan rumah yang disewa kelihatan berantakan akibat bencana banjir,
lengang ditinggalkan. Beberapa minggu kemudian kawasan kejiranan dan suburb
sekitarnya kembali sibuk dengan kerja-kerja pembaikan rumah yang rosak teruk.
Aku terpaksa memohon perlanjutan tempoh
selama enam bulan dengan biasiswa dengan alasan terjejas akibat banjir. Kesan
banjir mengurangkan tumpuan terhadap pelajaran kerana kampus ditutup selama
tiga bulan dan tidak dapat menjalankan perbincangan dengan penyelia
penyelidikan. Seorang pelajar Ph.D. amat perlu berbincang dengan penyelia
mengenai kemajuan penyelidikan dan masalah yang dihadapi.
Ketika itu aku sedang menyiapkan tesis
pengajian di bahagian analisa data dan mencari penemuan-penemuan berkaitan
penyelidikan yang dijalankan. Kebanyakkan perisian berlesen yang digunakan
hanya dipasang pada computer di pejabat pasca-ijazah, fakulti di bangunan
Margaret Street yang tenggelam.
“You need at least six month to finish
your thesis,” Richi Nayak mencadangkan kepadaku.
“Please draft you letter! I will
strongly support you.”
Atas nasihat Richi aku kemudiannya
memohon perlanjutan tempoh pengajian selama enam bulan sehingga Ogos 2011 bagi
menyiapkan tesisku. Semasa kedatangan penasihat pendidikan dari Sydney, aku
telah berbincang dan mendapat nasihat daripada Ustaz Mohd Sabri. Beliau turut
membantu untuk menyampaikan masalahku kepada Penasihat Latihan JPA di Sydney
bagi tujuan sokongan permohonan perlanjutan tempoh. Permohonan itu kemudiannya
dimajukan dengan sokongan untuk kelulusan perlanjutan tempoh pengajian selama
enam bulan, oleh Ketua pengarah Perkhidmatan Awam.
Akhirnya, aku telah diberi kelulusan
perlanjutan tempoh HLP dengan biasiswa. Kerajaan Malaysia bersetuju membiayai
segala perbelanjaan pengajian termasuk elaun sara hidup, sepertimana kelulusan
peringkat awal, cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa. Ini adalah rahmat
dari kejadian bencana banjir, kerana tanpa alasan yang kukuh tidak semudah
pihak JPA memberikan kelulusan perlanjutan tempoh pengajian dengan biasiswa.
Kami sekeluarga amat bersyukur.
Selepas mendapat kelulusan aku
meneruskan pengajian seperti biasa hinggalah dapat menghadapi panel pemeriksa
di Final Seminar, dan seterusnya melengkapkan tesis pengajian bagi tujuan
pemeriksaan oleh pemeriksa luar yang dilantik oleh fakulti.