8,561
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

Bilik Mesyuarat 01

"Menyusahkan betul budak berdua ni. Dah tahu Prof Helt nak jumpa hari ni, hari ni jugak diorang hilang ya. Kalau aku jumpa budak berdua tu, siap nanti!" Vishvak membebel dalam kegeraman.

"Aku pun hairan juga, ke mana perginya budak berdua tu. Lagipun, mereka tu ahli baru, tak tahu selok belok tempat ni. Jangan bimbanglah Vishvak, takkan ke mana budak tu. Jomlah, Prof Helt nak jumpa tu. Jangan kita pula yang terlambat." Sahut Frezay.

"Tapi kau kan tahu, Prof Helt tu 'singa' orangnya. Mampuslah kita kalau Prof tahu budak-budak tu tak ada bersama kita. Kau dah lupa ke?" bantah Vishvak.

"Alah, ini buka salah kita pun. Dah diorang nak hilang, lantaklah. Kenapa, kau takut? Relakslah," kata Frezay dengan bersahaja. Dalam hatinya, hanya Tuhan saja yang tahu maha hebatnya gelora jiwa nak berdepan dengan Prof tua yang dikenali sebagai 'perantara singa dua benua (Afrika Utara dan Selatan).

"Harap-harap tak apalah," Vishvak bersuara kendur.

Bilik Kajian Fosil Purba..

"Kat mana ni?" Kai memerhati sekeliling.

Baru dia sedar, dirinya buka lagi berada dalam bilik yang luas tanpa perabot tetapi berada dalam sebuah hutan yang masih segar udaranya. Dia berasa sangat tenang, seolah-olah kepalanya disimbahi dengan air. Terasa damai dan sejuk sekali. Dia membuka mata. Memerhati sekeliling. Matanya menangkap sesusuk tubuh yang kaku, bersandar di sebatang pokok. Mata tubuh itu, terbuntang luas, seperti terkejut. Perlahan-lahan, Kai menghampiri dan menggoncang tubuh itu. Senyap, tidak berkutik langsung.

PANGG!!!

"Hah.h..h, kenapa...kat mana? Reinna terpinga-pinga.

Melihatkan Kai didepannya sedang ketawa berdekah-dekah, timbul rasa geram dalam dirinya.

"Kenapa kau tampar aku hah?" Api kegeramam Rienna mula memuncak.

"La, suka hati akulah nak buat apa pun. Aku nak tampar ke, nak tendang ke, ataupun masukkan kau dalam mulut raksasa pun boleh, itu bukan hak kau."

"Dasar lelaki biul. Weh, kau ingat aku yang kecil molek dan comel sentiasa ni mudah sangat ke nak jadi bola kau? Hello, aku ni mahal tau!"

"Mahal? Nampak macam murah je. Cuma mata kau yang nampak ...."

"Nampak apa?" Rienna sudah bercekak pinggang.

"Menawan."

"Huh?"

"Err..tak de, tak de." Kai tergagap-gagap.

Rienna memincingkan matanya kepada muka gelabah Kai dan kemudian bibirnya mengukir senyum.

"Aha!" Rienna berasa seronok sangat dapat kenakan Kai. Dapat tengok mukanya yang makin handsome bila gelabah lagi dia suka. Memang kacak! 'Op..cop, cop Rienna, jangan puji dia sangat!'

"Ehem...berangan la tu." Suara Kai mencantas lamunannya.

Rienna kembali ke alam nyata. Mukanya serta-merta masam mencuka bila tengok cara Kai mentertawakannya.

"Kau patut cermin muka kau tadi, macam hantu kekurangan vitamin," Sindir Kai sambil ketawa terbahak-bahak.

"Kau atau aku yang kekurangan vitamin? Aku rasa kau yang akan kekurangan vitamin nanti. Bye," sahut Rienna dan berlari sekuat hati.

"Budak ni memang kekurangan zat," bisik Kai sendirian.

Tapi dia faham apa yang Rienna maksudkan dengan 'kekurangan vitamin' apabila........

Mukanya pucat lesi. Kalau ditoreh pun tidak berdarah. Lembaga dinosour di depannya memang menakutkan. Kakinya seperti dipaku di atas tanah tu. Dia ingin lari tapi tak boleh.

GRRRR!!!

"Maaf, saya bukan kawan awak. Saya...saya ....saya nak lari sekarang!!!!" katanya dengan terketar-ketar dan secara automatik, kakinya membuka langkah seribu.

Bilik Kawalan Utama..

TIT...TIT....TIT....

Siren kecemasan di bilik kawalan berbunyi dengan nyaring. Para petugas di situ kelam kabut. Bagai terkeluar biji mata Prof Helt melihat ahlinya berada dalam zon larangan. Marahnya bukan kepalang.

"Keluarkan mereka dari situ," Prof Helt memerintah.

Gelang perak yang terlilit di tangan Kai dan Rienna bercahaya dan serentak dengan itu juga, Kai merasakan dirinya ditarik oleh satu gelombang electromagnet. Seketika, dia berasa lega tetapi.......

"Macam mana korang boleh masuk ke kawasan tu hah?" Suara itu yang kedengaran pada pendengaran pertamanya. Dia berpaling, demi itu....

ALAMAK, PROFESOR HELT! Serentak perkataan itu keluar dari mulut budak berdua itu.

"Saya..errr maksud saya kami ...terjatuh Prof," Kai tergagap-gagap.

"Terjatuh???" Pekik Prof Helt yang memaksa Kai dan Rienna serta Semua orang di situ menutup telinga mereka.

"Err..Prof, mereka berdua ni ahli baru di sini. Mengkin mereka terjatuh dengan tak sengaja. Kan di sini banyak peralatan tersembunyi," Vishvak membela dan sengaja tersenyum. Senyuman plastik. Senyuman yang tidak berapa menjadi.

"Huh," Prof Helt mendengus kasar. Marah benar nampaknya dengan perlakuan budak-budak tu. Termasuk Vishak dan Frezay sekali.

"Sudah, pergi masuk ke bilik dan jangan keluar ke mana-mana lagi. Sekali lagi aku nampak kau semua keluar, nahas!" Tambah Prof Helt dan sempat memberi amaran keras.

Kai meneguk air liur yang terasa melekat di kerongkong. Rienna pula menggeletar kepala lulut. Vishvak dan Frezay pula saling berpandangan. Kecut perut dengan amaran tadi. Bukan mereka tak tahu dengan perangai Prof Helt. Lebih-lebih Vishvak dan Frezay, senior di situ. Satu pasukan tahu dengan perangai profesor tua tu.

>> bersambung

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh